klik untuk ke blog di alam angker

Friday, April 30, 2010

TAKDIR 

episode 25




“Kau apa khabar?” Hamdan bertanya perlahan. Shima tersentak. Fikirannya melayang entah ke mana.
“Aku biasa je. Cuma ada masalah kecil je. Maklumlah anak-anak tengah membesar ni,” Shima tersenyum.
“Belum ada pertambahan penduduk ke?” Hamdan bertanya sambil tersenyum. Shima menjeling tajam wajah rakannya itu. Teringat kejadian sebulan yang lepas. Kerana perkara tersebut, Shima semakin menjauhkan dirinya dari Azmy. Bimbang perkara tersebut berulang lagi.
“Sibuk pasal aku. Kau tu....bila lagi nak cari orang baru?” Shima bertanya kasar.Hamdan tersengih.
“Dah jumpa. Tapi...ada masalah sikit, sebab bunga tu ada dalam taman orang,” Shima merenung wajah Hamdan teman rapatnya semasa disekolah menengah.
“Huh!!!!Bahaya tu. Lebih baik kau lupakan dia. Carilah yang bukan milik orang. Masih ramai perempuan baik kat luar sana,” Shima menghirup air sirapnya. Dia tidak menyangka Hamdan akan muncul dihadapan pejabatnya setelah agak lama mereka tidak berjumpa.
“Entahlah. Tapi... aku dengar, dia ada masalah dengan tuannya, mungkinkah aku akan ada peluang untuk menjadi tuannya?” Hamdan merenung wajah Shima. Betapa semenjak mereka berjumpa semula setelah 8 tahun tidak bertemu membimbitkan benih-benih cinta dalam hatinya. Dan hampir 3 tahun menjejaki Shima, akhirnya dia berjaya. Dan khabar berita yang diterimanya dari Rosmah menguatkan lagi keazamannya.
“Kau dan suami kau, macamana?” Hamdan cuba mencungkil rahsia. Shima tersenyum kelat.
“Kami? Macam biasa. Macam pasangan lain jugak.” Shima menjawab perlahan. Dia tidak akan sekali-kali membongkar rahsianya.
“Aku dengar suami kau hilang ingatan, betul ke?” Shima angguk kepala.
“Dulu. Sekarang dia dah ok.” Hamdan angguk kepala.
“Kau tak kerja ke hari ni? Terkejut betul aku, bila mereka kata ada Pegawai Polis nak jumpa aku. Pening kepala aku bila memikirkan kenapa pulak polis nak jumpa aku,” Shima tersenyum dan Hamdan tergelak.
“Aku tak sempat nak kenalkan diri, dia terus interkom kat kau.” Shima tergelak. Betapa Syuhada kelam kabut mengetuk pintu biliknya tengahari tadi.
“Kebetulan aku ada kerja kat pejabat sebelah tu, awal pagi tadi, aku nampak kau masuk ke sini, jadi aku singgah sekejap. Dah lama tak jumpa kau,” Meraka sama-sama tergelak. Bercerita tentang kenangan lalu.
***********************************
“Errrr....Azmy, tu...Shima kan? Isteri kau? Apa dia buat dengan pegawai polis tu? ” Azmy menoleh ke arah yang ditunjuk rakannya. Dia terkejut bila melihat Shima sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang memakai baju seragam polis. Dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu.
“Ye.” Jawabnya perlahan sambil tersenyum. Walau senyuman itu nampak tidak ikhlas. Rasa cemburu melihat Shima bergelak ketawa dengan lelaki lain. Sedangkan ketika bersamanya, terlalu susah untuk mendengar gelak ketawa isterinya itu.
“Nak tegur dia?” Adam bertanya lembut.
“Errr...Takpe. Dia dan kawan dia tu. Dia dah bagi tahu aku tadi.” Adam angguk kepala. Pada masa yang sama, Shima menoleh ke arah mereka. Wajah Shima berubah pucat. Azmy tersenyum padanya dan melambai tangan. Shima tersenyum dan senyumannya nampak hambar sekali.
“Siapa tu?” Hamdan bertanya hairan.
“Suami aku. Nanti aku kenalkan kau dengannya.” Shima tunduk memandang pinggannya. Rasa bersalah menerpa kerana dia keluar tidak memberitahu suaminya.
“Wow!!!! Memang betul apa yang Rosmah cakap. Laki kau tu memang kacak. Berapa umur dia sekarang? ” Hamdan bertanya lagi.
“42 macam tulah.” Hamdan angguk kepala.
“Tak nampak macam orang umur 42. Mesti ramai peminatkan?” Shima tersenyum lagi.
“Biasa je.” Shima menjawab lemah.
“Owh!!!Dia tak marah kau keluar dengan aku ni?” Shima angkat muka memandang wajah Hamdan.
“Errrr...taklah. Dia tahu aku ramai kawan lelaki. Lagipun, cinta aku untuk dia,” Shima tersengih. Hamdan kelihatan kecewa.
“Kau cintakan dia. Maksud aku...sangat menyintai dia?” Hamdan merenung wajah Shima yang jelas kelihatan muram.
“Sangat. Dia yang pertama dan terakhir,” Jawabnya yakin.
“Semoga bahagia selamanya,” Ucap Hamdan ikhlas. Walaupun dia menyintai Shima dalam diam, dia tetap mendoakan kebahagiaan orang yang dia cinta. Kerana cinta tak semestinya bersatu.
“Terima kasih sebab mendoakan kebahagiaan aku. Aku pun harap kau jumpa perempuan yang baik. Kerana, lelaki yang baik pasti akan berjumpa perempuan yang baik juga. Betulkan?” Shima tersenyum bila melihat Hamdan tersengih.
“Bertuahnya dia. Kalaulah aku di tempat dia, aku akan pastikan kau bahagia selamanya,” Shima tersenyum. Kemudian mengeluh.
“Entahlah Ham, dalam rumahtangga ni, tidak sepanjang masa kita gembira. Ada waktunya kita bermasam muka. Bergaduh. Tetapi, dengan pergaduhan, kita akan saling mengenali pasangan kita. Bila bergaduh, kadang kala aku terlepas cakap. Tapi dia ok je. Dia terima dan berusaha untuk berubah,” Shima berkata tenang. Memang semenjak mereka bersama semula, sering kali mereka bergaduh. Dan tanpa dia sedari, setiap apa yang dia katakan, Azmy akan cuba memperbaiki dirinya. Itu membuatkan Shima semakin rasa bersalah dengan perbuatannya yang sering membelakangi suaminya itu.
“Ye. Jangan ikut jejak langkah aku. Perkahwinan pertama aku, memang banyak masalah. Aku tak pandai nak membimbing isteri. Masa tu, aku masih muda, kau faham jelah. Bila darah muda ni, cepat sangat naik angin. Bergaduh kerana perkara kecil je. Akhirnya, dia tak tahan, kami berpisah. Nak berpisah pun banyak jugak masalah. Macam-macam. Aku nak nasihatkan kau. Walaupun suami kau marah, berusahalah memujuknya. Lelaki ni, memang tak suka dicabar.” Shima angguk kepala. Memang diakui kata-kata Hamdan itu ada benarnya.
“Oklah. Dah lewat ni. Aku kena balik ke ibu pejabat. Ada apa-apa, call aku,” Mereka beredar ke pejabat masing-masing. Shima mengeluarkan telefon bimbitnya. Perlahan-lahan tangannya mendail nombor telefon Azmy. Kemudian dia mengeluh bila mesin peti suara yang menjawab panggilannya. ‘Mungkin dia sedang meeting,’ Shima berkata perlahan bagi membuang rasa bimbangnya.
*******************************
“Ya Allah ya Tuhanku, betul ke keputusanku ini? Kenapa dia tidak gembira ketika bersamaku. Apakah aku terlalu memaksanya untuk hidup bersamaku,” Azmy mengeluh. Rasa bersalah kerana memaksa Shima menerima dirinya semula.
“Dia sepatutnya berkahwin dengan lelaki yang baik. Aku tidak layak untuknya,” Azmy terus-terusan mengutuk tindakannya. Tanpa dia sedari, kereta yang dipandunya memasuki jalan ke kampung Shima.
“Assalamualaikum,” Azmy memberi salam. Kedengaran salamnya bersambut. Azmy menanti dengan tenang di pintu rumah Shima.
“Waalaikumsalam. Ehhhh!!! Azmy, naiklah,” Azmy menaiki tangga dengan perlahan kemudian meyalami tangan bapa mertuanya.
“Ayah apa khabar?” Soalnya sopan.
“Ayah sihat. Ni kenapa, datang malam-malam buta ni?” Sebelum duduk dia sudah dihujani soalan. Azmy tersenyum lemah.
“Ada meeting kat kawasan berdekatan, dah lewat sangat tu yang My singgah kat sini. Ingat nak bermalam di sini dulu,” Azmy memberi alasan yang dirasakan logik. Pak Zaki angguk kepala. Kemudian, Pak Zaki merenung wajah muram Azmy itu. Dia seperti dapat menangkap sesuatu dalam mata menantunya itu.
“Shima dan budak-budak tu, apa khabar?” Pak Zaki bertanya khabar anak dan cucu-cucunya.
“Mereka sihat. Ayah dan mak, sihat?” Azmy pula bertanya. Dia tidak tahu apa yang harus dibualkan dengan bapa mertuanya.
“Azmy ada masalah?” Azmy angkat muka memandang wajah tenang bapa mertuanya. Azmy tunduk.
“Shima ada buat hal? Shima masih tak dapat terima Azmy semula?” Azmy gelisah. Rasa menyesal pulak datang ke kampung tersebut. Sekarang mungkin bapa mertuanya sudah dapat mengesan masalah dalam rumahtangganya.
“Ayah.....Errrrrr...Betul ke tindakan saya ni? Kembali pada Shima?” Pak Zaki tersentak. Tidak menyangka soalan itu yang akan ditanya. Lama dia merenung wajah Azmy yang sarat dengan masalah.
“Maksud My?” Azmy mengeluh.
“Semenjak kami bersama semula, Shima tak pernah gembira. Dia menerima saya semula sebab anak-anak. Ayah rasa tindakan saya ni betul ke?” Azmy memandang wajah bapa mertuanya. Pak Zaki tersenyum.
“Dulu, ayah pernah cakap, Shima ni keras hati, tetapi dia juga seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Bersabarlah. Bagi dia masa,” Nasihat Pak Zaki dipandnag sepi.
“Tidak, yah. Saya hanya mahu dia bahagia. Bila melihat dia tidak gembira, saya juga merasakan perkara yang sama. Mungkin kami tak patut bersama semula, dan saya sepatutnya beri dia peluang untuk bersama dengan lelaki yang dia suka,” Azmy bersuara tersekat-sekat. Pak Zaki terkejut mendengar kata-kata dari mulut Azmy. Azmy pulak sudah menundukkan wajahnya memandang lantai sambil kedua-dua tangannya menyentuh dahi. Terdengar esak kecil. Pak Zaki memeluk tubuh sasa itu.
“Sabar, My. Ayah yakin, Azmy masih orang yang Shima cinta. Ayah faham perangai anak ayah tu. Dia takkan terima My semula jika dia tidak cintakan My.” Azmy menangis lagi.
“Dia terima saya sebab anak-anak kami. Kalaulah saya tak hilang ingatan dulu, tentu perkara sebegini tidak terjadi,” Azmy mengesat airmatanya.
“Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Percayalah. Allah S.W.T nak bagi ujian. Dan Azmy patut sahut cabaran ni. Jangan mudah mengalah. Dan yang penting, jangan sampai My kehilangan orang yang tersayang. Berusahalah merebut kembali hatinya,” Azmy mendiamkan diri. Memikirkan kata-kata bapa mertuanya. Akhirnya Azmy angguk kepala.
****************************

No comments:

Post a Comment