klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, April 6, 2010

ALiA
bahagian 40


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Mama apa khabar?” Alia memeluk tubuh wanita itu. Pn.Hamidah tersenyum gembira bila melihat Alia datang.

“Mama sihat. Seronok tengok Alia dan Syah bersama semula.” Ujarnya dengan rasa bahagia. Alia tersentak. Spontan matanya memandang wajah Syah. Syah tersenyum.

“Kali ni, biarlah kekal hingga ke akhir hayat. Syah, cepat-cepat uruskan perkahwinan kamu tu. Kita buat cara yang sepatutnya.,” Pn.Hamidah menarik tangan Alia menuju ke ruang tamu. Alia menjeling tajam Syah yang sedang tergelak di belakangnya.

“Alia duduk dulu, mama nak ke dapur sekejap,” Pn.Hamidah menepuk bahu Alia. Alia angguk kepala. Syah duduk santai dihadapannya sambil merenung wajah Alia. Alia gelisah. Renungan tajam itu membuatkan degupan jantungnya tidak teratur. Alia mencapai bantal kecil lalu melempar ke arah Syah dan sempat di sambut oleh Syah.

“Apa yang awak bagi tahu mama? Kenapa mama fikir kita dah bersama semula?” Soal Alia geram. Syah meletakkan jari telunjuknya ke mulut.

"Abang cakap macam tu, sebab, mama tak sihat. Tak sampai hati nak hampakan harapan dia,” Syah menerangkan pada Alia.

”Kenapa awak bagi harapan palsu pada dia? Awak nak mama terus berharap, dan bila perkara tu tak terjadi, dia semakin kecewa? Itu yang awak nak?” Alia membebel. Alia merasakan tindakan Syah itu tidak membantu mamanya.

”Alia belum berpunya kan?” Syah bertanya terus. Alia tersentak.

”Maksud awak?” Alia kerutkan dahi.

”Kita sama-sama belum berpunya. Rasanya tidak ada masalah,” Alia tergamam.

”Awak tak boleh buat saya macam tu,” Alia berdengus. Geram. Syah tersenyum.

”Kenapa Alia? Muncung je. Syah buat hal?” Pn.Hamidah menegur. Alia tersenyum kemudian geleng kepala.

”Mana ada , ma. Mulut Alia memang dah lama muncung,” Syah sengaja mengenakan Alia. Alia gigit bibir tanda geram yang amat sangat.

”Jangan di layan Syah tu. Minum dulu. Malam ni temankan mama ye. Bermalam kat sini jelah. Esok Alia kerja ke tak?” Pn.Hamidah bertanya

”Tak. Hari ni pun kerja setengahari,” Alia menjawab perlahan.

”Baguslah. Bilik Alia tu, masih macam dulu jugak.” Alia angguk kepala. Syah merenung Alia yang sedang berbual dengan mamanya.

”Syah...dah sampai ke mana? Apa perbezaan Alia dulu dan Alia sekarang,?” Pn.Hamidah bertanya sambil tersenyum. Syah tersentak.

”Takde beza,” Jawabnya selamba. Alia mejeling sekilas ke arah Syah. ’Memang nak kena orang tua ni,’ Alia mengutuk dalam hati. Syah tersenyum. Dia tahu, Alia sedang marah. Dia suka melihat Alia marah. ’Perangai masih tak berubah,’ Syah tersenyum.
’Suka hati oranglah. Saya bukan macam awak. Cepat berubah hati,’ Alia dan Syah saling berbalas pandang. ’Hati saya tak pernah berubah. Semua itu hanya salah faham,’ Mereka berbicara dari hati ke hati.

”Mama ingat, kali ni kita buat dengan beradat sikit. Kita pergi merisik, kemudian bertunang dan kahwin. Buat majlis besar-besaran. Dulu tak sempat buat semua tu,” Pn.Hamidah merancang untuk anaknya. Alia tersentak lalu menoleh ke arah Pn.Hamidah. Dia serba salah. Syah hanya tenang di hadapannya.

”Mama ni, lambatlah. Nanti kita bincangkan tentang tu,” Syah berkata perlahan. Kasihan melihat wajah kelat Alia.

”Mana boleh lambat-lambat. Mama nak buat kenduri tu tengah bulan depan. Umur kamu berdua tu, bukan makin muda. Bila lagi nak timang anak kalau ditangguhkan.” Alia tidak selesa. Sungguh dia tidak menyangka kehadirannya bersama Syah disalahertikan. Dan Syah pula tidak menafikannya.

”Mungkin minggu depan, mama akan jumpa ayah Alia. Kalau tak pun, mungkin esok,” Alia tunduk memandang lantai.

”Tapi, ma...” Alia angkat muka mengharap Syah membantah.

”Nak kena tanya Alia dulu, ma. Takut dia belum bersedia,” Alia tersentak. Syah tersenyum. Kerana dia tahu, Alia tidak akan menolak.

”Alia ada masalah ke?” Pn.Hamidah bertanya sambil merenung wajah pucat itu. Perlahan Alia geleng kepala.

”Baguslah. Kalau macam tu, senang hati mama. Kalau mama pergi awal pun, mama rasa tenang dapat tengok kamu berdua bersatu semula.” Pn.Hamidah tersenyum. Alia menjeling tajam Syah yang tersenyum lega.

*************************

”Kenapa awak tak membantah cadangan mama tadi?” Alia bercekak pinggang. Ketika itu mereka berada di halaman rumah. Selepas makan malam, Syah mengajak Alia duduk di halaman rumah. Malam itu, Alia tidur di rumah tersebut.

”Abang kasihan tengok mama. Dari dulu dia ingin Alia menjadi menantunya. Kita cuba dulu,” Syah menyeluk poket seluarnya.

”Cuba? Awak ingat perkahwinan ni apa, kalau ok teruskan, kalau tak ok, kita tamatkan? Macam tu?” Alia berkata marah. Syah merenung wajah tegang itu. Syah menarik nafas kemudian menghembus perlahan. Merenung wajah yang sedang marah itu.

”Alia Najwa, saya, Syah Aiman minta maaf banyak-banyak. Selama ni, Syah Aiman hanya cintakan Alia Najwa seorang. Dari dulu, sekarang dan selamanya,” Syah menggenggam erat tangan Alia sambil matanya merenung jauh kedasar hati Alia. Alia tersentak. Dia terdiam tanpa kata. Beberapa saat kemudian, Alia mencubit pipinya. Dia mengaduh kesatikan.

“Alia tak bermimpi,” Syah tersenyum bila melihat Alia mencubit pipinya. Memang dari dulu lagi dia ingin meluahkan perasaannya pada Alia.

”Sudikah Alia Najwa menjadi isteri untuk Syah Aiman,” Syah mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Alia tersentak lagi. Perlahan Syah mencapai tangan halus itu lalu menyarung cincin tersebut ke jari manis Alia. Alia masih tidak bergerak.

”Cincin ni,” Alia merenung cincin silver itu. Cincin yang sama Syah hadiahkan buatnya lebih 8 tahun dulu. Cincin itu dikembalikan selepas mereka berpisah.

”Cincin ni tetap jadi milik Alia. Sama seperti hati abang ni,” Syah menepuk dadanya. Alia terharu.
Melihat senyuman Syah, Alia melepaskan tangannya lalu berlari masuk ke dalam rumah. Syah tergelak besar. Dia tahu, Alia juga mencintainya.
Alia mundar mandir di dalam bilik. ’Kenapa baru sekarang dia meluahkannya? Alia pun cintakan abang,’ Ucapnya sungguh-sungguh. Cincin dijari dicium lama.

”Yah..... dia cintakan aku,” Alia seakan-akan ingin menjerit. Alia menghubungi Maziah.

”Assalammualaikum, mak cik.” Maziah memberi salam.

”Upsss....Sorry cik kak. Waalaikumsalam.” Alia tersipu malu.
”Apa yang kau merepek tengah malam buta ni? Aku nak tidur tahu tak,” Maziah berkata malas. Dia melihat jam. Pukul 12.30 pagi. Ariy disebelah sedang nyenyak tidur.

”Awal jugak kau tidur. Masih awal ni,” Alia tersenyum bahagia

” Mata aku nak tidur, tak kira awal ke akhir.” Maziah membebel. Alia tergelak.

”Dengar dulu. Aku yakin, selepas ni, kau tentu tak dapat tidur sampai pagi,” Alia tertawa jahat.

”Apa dia?” Maziah bertanya lemah.

”Dia cintakan aku dan melamar aku jadi isteri dia,” Alia berkata gembira.

”Apa? Apa kau cakap? Siapa yang cintakan kau, siapa yang melamar kau?” Maziah duduk tegak. Segar matanya mendengar kata-kata dari mulut Alia.

”Sekarang dah segar ye?” Alia tergelak.

”Abang Syah..Upssss...Dia.. luahkan perasaan dia kat aku tadi,” Alia tutup mukanya dengan bantal.

”Betul ke?” Maziah bertanya teruja. Hilang rasa mengantuknya.

”Aku tak tahu nak jawab apa. Tapi aku rasa, aku baru je terima lamaran dia, bila aku berlari masuk ke dalam rumah tadi,” Alia garu kepala yang tidak gatal. Maziah tergelak.

”Tentu kau tunduk malu. Kemudian lari terus masuk dalam rumahkan? Memang itulah cara yang paling baik menerima lamaran dari lelaki yang kau puja selama ini,” Maziah tergelak. Alia garu kepala.

”Tapi...aku tak cakap pun yang aku setuju. Lepas dia cakap dia cintakan aku, aku terus blah. Malu beb. Tapi kau rasa dia tahu tak?” Alia bimbang.

”Kau cintakan dia?” Maziah pula bertanya. Alia mendiamkan diri.

”Walaupun kau tak cakap, dia tahu kau ada hati kat dia. Aku ucapkan tahniah.” Alia senyap

”Aku nak tidur ni. Nanti kita cerita lagi,” Maziah memberi salam. Alia duduk di tepi katil. Perasaannya berbaur.
Ketukan di pintu bilik membuatkan Alia terkejut. Dia menoleh ke pintu. Perlahan Alia menapak ke pintu biliknya. Dan bila pintu bilik terbuka, wajah Syah yang tersenyum menyapa matanya.

”Kenapa?” Soal Alia hairan. Syah masih tersenyum.

”Errrr...Setuju ke tidak?” Alia kerutkan dahi. Tidak memahami soalan Syah.

”Setuju apa?” Soalnya pula.

”Jadi isteri saya,” Alia tergamam. ’Dia mengetuk pintu bilikku sebab nak tahu jawapan aku. Apa aku nak buat ni?’ Alia bingung.

"Boleh tak kita bincangkan perkara ni esok. Dah lewat ni. Saya mengantuk,” Alia cuba mengelak. Syah hampa.

"Please. Selagi Alia tak bagi jawapan, abang tak dapat tidur. Alia nak abang duduk kat depan pintu ni sampai pagi?” Syah mengertak. Alia merenung tajam wajah lelaki itu. ’Perangai masih macam budak-budak,’ Alia mengutuk Syah. Perlahan Alia angguk kepala.

"Alia setuju? Tapi sejak bila Alia bisu? Angguk-angguk macam burung belatok,” Alia bercekak pinggang. Syah tersenyum. Dia memang suka melihat Alia marah.

"Ok sayang. Mimpi tentang abang sekali ye,” Syah beredar. Alia menutup pintu bilik. Beberapa saat Alia bersandar di pintu bilik. Kemudian dia tersenyum dan menggeleng kepala.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, aku berdoa padaMu, semoga semuanya berjalan lancar dan jodoh kami berkekalan,” Alia berdoa kemudian dia merebahkan diri di atas katil.

No comments:

Post a Comment