klik untuk ke blog di alam angker

Friday, April 30, 2010

TAKDIR 

episode 25




“Kau apa khabar?” Hamdan bertanya perlahan. Shima tersentak. Fikirannya melayang entah ke mana.
“Aku biasa je. Cuma ada masalah kecil je. Maklumlah anak-anak tengah membesar ni,” Shima tersenyum.
“Belum ada pertambahan penduduk ke?” Hamdan bertanya sambil tersenyum. Shima menjeling tajam wajah rakannya itu. Teringat kejadian sebulan yang lepas. Kerana perkara tersebut, Shima semakin menjauhkan dirinya dari Azmy. Bimbang perkara tersebut berulang lagi.
“Sibuk pasal aku. Kau tu....bila lagi nak cari orang baru?” Shima bertanya kasar.Hamdan tersengih.
“Dah jumpa. Tapi...ada masalah sikit, sebab bunga tu ada dalam taman orang,” Shima merenung wajah Hamdan teman rapatnya semasa disekolah menengah.
“Huh!!!!Bahaya tu. Lebih baik kau lupakan dia. Carilah yang bukan milik orang. Masih ramai perempuan baik kat luar sana,” Shima menghirup air sirapnya. Dia tidak menyangka Hamdan akan muncul dihadapan pejabatnya setelah agak lama mereka tidak berjumpa.
“Entahlah. Tapi... aku dengar, dia ada masalah dengan tuannya, mungkinkah aku akan ada peluang untuk menjadi tuannya?” Hamdan merenung wajah Shima. Betapa semenjak mereka berjumpa semula setelah 8 tahun tidak bertemu membimbitkan benih-benih cinta dalam hatinya. Dan hampir 3 tahun menjejaki Shima, akhirnya dia berjaya. Dan khabar berita yang diterimanya dari Rosmah menguatkan lagi keazamannya.
“Kau dan suami kau, macamana?” Hamdan cuba mencungkil rahsia. Shima tersenyum kelat.
“Kami? Macam biasa. Macam pasangan lain jugak.” Shima menjawab perlahan. Dia tidak akan sekali-kali membongkar rahsianya.
“Aku dengar suami kau hilang ingatan, betul ke?” Shima angguk kepala.
“Dulu. Sekarang dia dah ok.” Hamdan angguk kepala.
“Kau tak kerja ke hari ni? Terkejut betul aku, bila mereka kata ada Pegawai Polis nak jumpa aku. Pening kepala aku bila memikirkan kenapa pulak polis nak jumpa aku,” Shima tersenyum dan Hamdan tergelak.
“Aku tak sempat nak kenalkan diri, dia terus interkom kat kau.” Shima tergelak. Betapa Syuhada kelam kabut mengetuk pintu biliknya tengahari tadi.
“Kebetulan aku ada kerja kat pejabat sebelah tu, awal pagi tadi, aku nampak kau masuk ke sini, jadi aku singgah sekejap. Dah lama tak jumpa kau,” Meraka sama-sama tergelak. Bercerita tentang kenangan lalu.
***********************************
“Errrr....Azmy, tu...Shima kan? Isteri kau? Apa dia buat dengan pegawai polis tu? ” Azmy menoleh ke arah yang ditunjuk rakannya. Dia terkejut bila melihat Shima sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang memakai baju seragam polis. Dia seperti pernah melihat wajah lelaki itu.
“Ye.” Jawabnya perlahan sambil tersenyum. Walau senyuman itu nampak tidak ikhlas. Rasa cemburu melihat Shima bergelak ketawa dengan lelaki lain. Sedangkan ketika bersamanya, terlalu susah untuk mendengar gelak ketawa isterinya itu.
“Nak tegur dia?” Adam bertanya lembut.
“Errr...Takpe. Dia dan kawan dia tu. Dia dah bagi tahu aku tadi.” Adam angguk kepala. Pada masa yang sama, Shima menoleh ke arah mereka. Wajah Shima berubah pucat. Azmy tersenyum padanya dan melambai tangan. Shima tersenyum dan senyumannya nampak hambar sekali.
“Siapa tu?” Hamdan bertanya hairan.
“Suami aku. Nanti aku kenalkan kau dengannya.” Shima tunduk memandang pinggannya. Rasa bersalah menerpa kerana dia keluar tidak memberitahu suaminya.
“Wow!!!! Memang betul apa yang Rosmah cakap. Laki kau tu memang kacak. Berapa umur dia sekarang? ” Hamdan bertanya lagi.
“42 macam tulah.” Hamdan angguk kepala.
“Tak nampak macam orang umur 42. Mesti ramai peminatkan?” Shima tersenyum lagi.
“Biasa je.” Shima menjawab lemah.
“Owh!!!Dia tak marah kau keluar dengan aku ni?” Shima angkat muka memandang wajah Hamdan.
“Errrr...taklah. Dia tahu aku ramai kawan lelaki. Lagipun, cinta aku untuk dia,” Shima tersengih. Hamdan kelihatan kecewa.
“Kau cintakan dia. Maksud aku...sangat menyintai dia?” Hamdan merenung wajah Shima yang jelas kelihatan muram.
“Sangat. Dia yang pertama dan terakhir,” Jawabnya yakin.
“Semoga bahagia selamanya,” Ucap Hamdan ikhlas. Walaupun dia menyintai Shima dalam diam, dia tetap mendoakan kebahagiaan orang yang dia cinta. Kerana cinta tak semestinya bersatu.
“Terima kasih sebab mendoakan kebahagiaan aku. Aku pun harap kau jumpa perempuan yang baik. Kerana, lelaki yang baik pasti akan berjumpa perempuan yang baik juga. Betulkan?” Shima tersenyum bila melihat Hamdan tersengih.
“Bertuahnya dia. Kalaulah aku di tempat dia, aku akan pastikan kau bahagia selamanya,” Shima tersenyum. Kemudian mengeluh.
“Entahlah Ham, dalam rumahtangga ni, tidak sepanjang masa kita gembira. Ada waktunya kita bermasam muka. Bergaduh. Tetapi, dengan pergaduhan, kita akan saling mengenali pasangan kita. Bila bergaduh, kadang kala aku terlepas cakap. Tapi dia ok je. Dia terima dan berusaha untuk berubah,” Shima berkata tenang. Memang semenjak mereka bersama semula, sering kali mereka bergaduh. Dan tanpa dia sedari, setiap apa yang dia katakan, Azmy akan cuba memperbaiki dirinya. Itu membuatkan Shima semakin rasa bersalah dengan perbuatannya yang sering membelakangi suaminya itu.
“Ye. Jangan ikut jejak langkah aku. Perkahwinan pertama aku, memang banyak masalah. Aku tak pandai nak membimbing isteri. Masa tu, aku masih muda, kau faham jelah. Bila darah muda ni, cepat sangat naik angin. Bergaduh kerana perkara kecil je. Akhirnya, dia tak tahan, kami berpisah. Nak berpisah pun banyak jugak masalah. Macam-macam. Aku nak nasihatkan kau. Walaupun suami kau marah, berusahalah memujuknya. Lelaki ni, memang tak suka dicabar.” Shima angguk kepala. Memang diakui kata-kata Hamdan itu ada benarnya.
“Oklah. Dah lewat ni. Aku kena balik ke ibu pejabat. Ada apa-apa, call aku,” Mereka beredar ke pejabat masing-masing. Shima mengeluarkan telefon bimbitnya. Perlahan-lahan tangannya mendail nombor telefon Azmy. Kemudian dia mengeluh bila mesin peti suara yang menjawab panggilannya. ‘Mungkin dia sedang meeting,’ Shima berkata perlahan bagi membuang rasa bimbangnya.
*******************************
“Ya Allah ya Tuhanku, betul ke keputusanku ini? Kenapa dia tidak gembira ketika bersamaku. Apakah aku terlalu memaksanya untuk hidup bersamaku,” Azmy mengeluh. Rasa bersalah kerana memaksa Shima menerima dirinya semula.
“Dia sepatutnya berkahwin dengan lelaki yang baik. Aku tidak layak untuknya,” Azmy terus-terusan mengutuk tindakannya. Tanpa dia sedari, kereta yang dipandunya memasuki jalan ke kampung Shima.
“Assalamualaikum,” Azmy memberi salam. Kedengaran salamnya bersambut. Azmy menanti dengan tenang di pintu rumah Shima.
“Waalaikumsalam. Ehhhh!!! Azmy, naiklah,” Azmy menaiki tangga dengan perlahan kemudian meyalami tangan bapa mertuanya.
“Ayah apa khabar?” Soalnya sopan.
“Ayah sihat. Ni kenapa, datang malam-malam buta ni?” Sebelum duduk dia sudah dihujani soalan. Azmy tersenyum lemah.
“Ada meeting kat kawasan berdekatan, dah lewat sangat tu yang My singgah kat sini. Ingat nak bermalam di sini dulu,” Azmy memberi alasan yang dirasakan logik. Pak Zaki angguk kepala. Kemudian, Pak Zaki merenung wajah muram Azmy itu. Dia seperti dapat menangkap sesuatu dalam mata menantunya itu.
“Shima dan budak-budak tu, apa khabar?” Pak Zaki bertanya khabar anak dan cucu-cucunya.
“Mereka sihat. Ayah dan mak, sihat?” Azmy pula bertanya. Dia tidak tahu apa yang harus dibualkan dengan bapa mertuanya.
“Azmy ada masalah?” Azmy angkat muka memandang wajah tenang bapa mertuanya. Azmy tunduk.
“Shima ada buat hal? Shima masih tak dapat terima Azmy semula?” Azmy gelisah. Rasa menyesal pulak datang ke kampung tersebut. Sekarang mungkin bapa mertuanya sudah dapat mengesan masalah dalam rumahtangganya.
“Ayah.....Errrrrr...Betul ke tindakan saya ni? Kembali pada Shima?” Pak Zaki tersentak. Tidak menyangka soalan itu yang akan ditanya. Lama dia merenung wajah Azmy yang sarat dengan masalah.
“Maksud My?” Azmy mengeluh.
“Semenjak kami bersama semula, Shima tak pernah gembira. Dia menerima saya semula sebab anak-anak. Ayah rasa tindakan saya ni betul ke?” Azmy memandang wajah bapa mertuanya. Pak Zaki tersenyum.
“Dulu, ayah pernah cakap, Shima ni keras hati, tetapi dia juga seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Bersabarlah. Bagi dia masa,” Nasihat Pak Zaki dipandnag sepi.
“Tidak, yah. Saya hanya mahu dia bahagia. Bila melihat dia tidak gembira, saya juga merasakan perkara yang sama. Mungkin kami tak patut bersama semula, dan saya sepatutnya beri dia peluang untuk bersama dengan lelaki yang dia suka,” Azmy bersuara tersekat-sekat. Pak Zaki terkejut mendengar kata-kata dari mulut Azmy. Azmy pulak sudah menundukkan wajahnya memandang lantai sambil kedua-dua tangannya menyentuh dahi. Terdengar esak kecil. Pak Zaki memeluk tubuh sasa itu.
“Sabar, My. Ayah yakin, Azmy masih orang yang Shima cinta. Ayah faham perangai anak ayah tu. Dia takkan terima My semula jika dia tidak cintakan My.” Azmy menangis lagi.
“Dia terima saya sebab anak-anak kami. Kalaulah saya tak hilang ingatan dulu, tentu perkara sebegini tidak terjadi,” Azmy mengesat airmatanya.
“Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Percayalah. Allah S.W.T nak bagi ujian. Dan Azmy patut sahut cabaran ni. Jangan mudah mengalah. Dan yang penting, jangan sampai My kehilangan orang yang tersayang. Berusahalah merebut kembali hatinya,” Azmy mendiamkan diri. Memikirkan kata-kata bapa mertuanya. Akhirnya Azmy angguk kepala.
****************************

Impak cuaca PANAS

RENCANA UTAMA





FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.
Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius.

Meskipun fenomena itu jarang berlaku, namun kesannya cukup dirasai oleh sebahagian besar penduduk di negara ini. Kepada mereka yang banyak menghabiskan sebahagian besar waktu bekerja di luar, cuaca panas mengakibatkan rasa tidak selesa. Di sesetengah kawasan, cuaca panas mengakibatkan kebakaran hutan dan tanah kering mengakibatkan tanaman mati.

Persoalannya, apakah punca berlakunya cuaca panas yang melampau itu? Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng, kedudukan matahari yang hampir tegak di kawasan khatulistiwa dan liputan awan yang berkurangan antara faktor penyumbang keadaan tersebut.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan fenomena El-Nino sederhana yang berlaku di Lautan Pasifik Tengah.



PANAS yang keterlaluan boleh mengakibatkan air sungai surut.






"Cuaca panas dan kering ini bermula pada bulan Februari hingga pertengahan Mac 2010 di negeri-negeri di utara Semenanjung, Sabah dan utara Sarawak," katanya.

El-Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia.
Kesannya turut dirasai di banyak negara termasuk di Asia Tenggara.

El-Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali di antara tahun 1951 hingga tahun 1998. Kejadian El-Nino yang terburuk berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1982 hingga tahun 1983, 1997 dan 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.

Pada tahun yang sama, beberapa buah negara-negara di Asia iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit seperti taun, demam denggi dan malaria.

Walaubagaimanapun katanya, hujan mula turun bermula minggu ketiga bulan Mac lalu bagi mengurangkan sedikit impak cuaca panas dan kering yang berlaku.



CUACA panas yang melampau mengakibatkan kemarau di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia.


Penurunan paras air

Fenomena cuaca panas dan kering kata Kok Seng dijangka berterusan sehingga Mei 2010. Begitu juga di Sabah. Bahagian pedalaman, pantai barat dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus kurang daripada paras purata. Bahagian-bahagian lain dijangka menerima hujan pada paras normal.

Menurut Kok Seng, seluruh negeri Sarawak dijangka kembali menerima hujan pada paras purata untuk sepanjang April hingga Jun 2010.

"Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis sepanjang musim panas ialah 38.1 darjah Celsius pada 9 Mac 2010 berbanding 40.1 darjah Celsius di tempat yang sama pada tahun 1998.

"Kesan kehadiran El-Nino yang sederhana kuat ini, taburan hujan di Sabah dan negeri-negeri di utara Semenanjung berada di bawah paras purata bagi bulan Februari sehingga pertengahan Mac 2010.
El-Nino bukan sahaja memberi kesan kepada manusia bahkan ia mengakibatkan penurunan paras air di beberapa buah kawasan tadahan air di negeri ini.

Sementara itu, beberapa kawasan di Malaysia turut mengalami musim kemarau dan paras air di empangan dan sungai yang surut.

Beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Perlis dan utara Kedah serta kebanyakan bahagian di Sabah mencatat Indeks Penilaian Kebakaran yang tinggi. Hutan di kawasan ini mudah terbakar dan jika berlaku kebakaran ia mudah merebak dan sukar dikawal.

Adakah fenomena yang berlaku mempunyai hubung kait dengan pemanasan global? "Pemanasan global juga dikaitkan dengan kemarau, kekerapan ribut petir, peningkatan intensiti taufan, peningkatan paras laut, pengurangan lapisan ais dan sebagainya," kata Kok Seng.

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Morni Mamat memberitahu, kebanyakan kebakaran hutan disebabkan perbuatan manusia untuk tujuan pertanian atau jahat.
Menurutnya, kebakaran hutan di Malaysia biasanya melibatkan kawasan tanah peroi atau tanah gambut. "Ia jarang melibatkan hutan, kecuali kejadian jerebu pada tahun 1998 di negeri Sabah dan Sarawak.
"Kawasan yang sering terlibat dalam kebakaran adalah Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Raja Muda Musa, Sijangkang, Johan Setia Klang, Paya Wetland, Dengkil dan Ladang Sawit Banting di negeri Selangor serta Sungai Tujuh di Miri, Sarawak," katanya.

Dalam keadaan cuaca panas melampau, pihak bomba sentiasa bersiap sedia untuk menggerakkan pegawai dan anggota dalam tempoh 24 jam.



ORANG ramai dinasihatkan supaya minum banyak air ketika cuaca panas.






Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri-negeri membuat persediaan berjaga-jaga dengan memantau kawasan-kawasan yang kerap berlaku kebakaran di kawasan tanah gambut.

Antara kaedah yang dijalankan dengan membuat rondaan dan mengenal pasti punca air yang berhampiran bagi memastikan semua operasi pemadaman berjaya.

Selain itu, pihak bomba juga akan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat pembakaran terbuka.
Adakah cuti anggota bomba dibekukan apabila cuaca panas melanda negara? Morni memberitahu, cuti rehat anggota tidak akan dibekukan kecuali berlaku kejadian bencana seperti kebakaran hutan, banjir dan sebagainya.

Bagaimanapun, bagi anggota yang dibenarkan bercuti, mereka boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa sekiranya khidmat mereka diperlukan.

Seperti anggota pasukan keselamatan yang lain, pegawai di jabatan itu juga perlu meninggalkan alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi di balai bomba berhampiran jika keadaan mendesak mereka apabila dipanggil bertugas.

"Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang itu kerap berpeluh. Kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan sekali gus menyebabkan individu terbabit cepat rasa letih dan kurang bertenaga," kata Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Lailanor Ibrahim.
Tambahnya, cuaca panas juga boleh menyebabkan gangguan emosi kepada sesetengah orang akibat rasa tidak selesa dengan persekitaran atau terdedah dengan cuaca panas.




PIHAK bomba sentiasa memantau kawasan yang kerap berlaku kebakaran.




Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air, kurangkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan pakailah topi atau payung.

"Makan banyak buah-buahan yang mengandungi banyak air, pakai pakaian yang cerah kerana pakaian berwarna gelap menyerap haba," ujarnya.

Bagaimanapun kata Lailanor, suhu di negara kita tidaklah sepanas negara-negara di Asia Barat hingga seseorang itu boleh mengalami strok haba (heat stroke).

Wednesday, April 28, 2010

Projek Monarch

 

 

Fail No. 000543371-Project Monarch.Iaitu salah satu folder terpenting dalam kajian kawalan minda "mindcontrol" di bawah Protocols of The Elders of Mindcontrol.Di bawah ini adalah penjelasan terperinci tentang program kawalan minda Dajal Laknatullah yang diberi nama Projek Monarch.Projek Monarch adalah intipati dari MK-UlTRA,satu lagi projek usahasama Dajal Laknatullah dan orang-orang Amerika yang sesat kegelapan di mana ketika itu amat obses dengan pengetahuan sains tahap tinggi yang dimiliki oleh Dajal yang sebelum itu mengambil kesempatan dari umurnya yang amat panjang mengkaji sains kawalan minda dari sumber-sumber Firaun Mesir,Babilon,Sumeria dan mistik pagan termasuk dari bangsa-bangsa misteri berteknologi tinggi yang dimusnahkan Allah s.w.t akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.

Kepada bekas-bekas mangsa "mindcontrol" atau pencabulan seks sama ada dari ritual sesat atau disiplin perubatan tertentu,dinasihatkan supaya membaca artikel ini dengan kawalan pakar terlatih atau tidak membaca langsung artikel ini.Di dalamnya penuh dengan 'trigger' (perkataan sensitif yang hanya dapat ditafsirkan oleh orang yang mengalami trauma tertentu) dan ini amat merbahaya kepada bekas mangsa "mindcontrol".

-M.O

Di tengah-tengah pembohongan dan penyelewengan ke atas masyarakat awam,menerusi medium-medium yang telah dimanipulasikan,wujud satu daripada kejahatan dan kekejian yang dilakukan sebahagian manusia;satu bentuk kawalan minda yang sistematik yang mana telah menyerap di setiap lapisan masyarakat selama lebih dari 50 tahun.Untuk secara objektifnya menegaskan yang berikutnya,seseorang mungkin memerlukan menyemak semula pemahaman yang selama ini diterima dan dianut merujuk kepada keadaan dualistik kemanusiaan.

Menyelesaikan soalan bersifat falsafah sama ada kita di pihak yang benar atau di pihak yang salah adalah sama dalam membentuk realiti kepada persepsi kita,secara spesifiknya ketidaktetapan spiritual di dalam kehidupan.

Penjelasan ini adalah bagi memperkuat bukti kepada kebenaran dokumen-dokumen rahsia milik kerajaan Amerika,individu-individu yang mempunyai hubungan dengan komuniti intellijen Amerika,penulisan sejarah,kajian subjek kawalan minda,penerbitan dari pengamal perubatan kesihatan mental dan temuramah yang diambil dari orang-orang yang terselamat dari pengaruh yang tidak disedari kepada bentuk yang kompleks dari kawalan minda berasaskan-trauma yang dikenali sebagai PENGATURCARAAN MONARCH.

Peringatan kepada bekas-bekas mangsa kawalan minda (mindcontrol) atau mangsa pencabulan ritual,terdapat sejumlah 'triggers' di dalam artikel ini.Oleh itu disarankan mereka tidak membaca artikel ini kecuali telah dipulihkan dengan sistem sokongan yang berkaitan atau telah dirawat/dikembalikan personalitinya.

*selepas ini istilah mindcontrol digunakan untuk merujuk kepada kawalan minda berkaitan

Sejarah Mindcontrol

Kultus-kultus misteri dari Mesir Kuno,Greek,India dan Babilon membantu menempatkan asas kepada okultisme,membawa maksud 'pengetahuan yang tersembunyi'.Satu daripada tulisan awal memberikan rujukan kepada okultisme adalah Egyptian Book of The Dead,sebuah kompilasi pengamalan ritual secara terperinci menerangkan kaedah penderaan dan gertakan (untuk mencipta trauma),dan penggunaan ubat-ubatan (dadah) dan kata-kata mantera (hipnotisme),sesungguhnya mengakibatkan wujudnya perhambaan total kepada mangsa.Ini semua ada ramuan utama kepada sebahagian dari okultisme yang dikenali sebagai Satanisme,merentasi zaman-berzaman.

Ketika abad ketiga belas,Gereja Roman Katolik telah meningkat pengaruhnya dan meneguhkan kekuasaannya merentasi Eropah melalui apa yang dinamakan Mahkamah Inquisition.Satanisme telah berjuang untuk selamat dari jangkamasa pemburuan Inquisition ini dengan menyerap ke dalam bayang-bayang pelbagai kumpulan mistik keagamaan.

Dalam tahun 1776,seorang Bavarian Jesuit yang dikenali sebagai Adam Weishaupt telah diarahkan oleh Rothschild untuk memusatkan pangkalan kuasa kultus-kultus misteri kepada apa yang digelar Illuminati,yang bermaksud 'Yang Mendapat Pencerahan'.Ini adalah penggabungan keturunan ajaran sesat (occultism bloodlines) yang berkuasa,kelompok rahsia (secret societies) tahap elit dan persaudaraan Masonic (Freemason) yang berpengaruh,dengan keinginan untuk membina perancangan kepada 'New World Order'.Matlamat kepada perancangan ini adalah untuk memberikan kebahagiaan sejagat untuk umat manusia.Walau bagaimanapun,yang sebenarnya mereka sedikit demi sedikit cuba untuk meningkatkan kawalan mereka ke atas dunia,dan menjadi raja atau 'tuan' kepada planet ini.

"Sekutu Anglo"

Dalam abad ke 19,Inggeris dan Jerman telah dikesan sebagai pusat utama kepada pengaruh Illuminati.Ia kemudiannya menjadi kejutan untuk mengetahui bahawa kerja-kerja pertama di dalam kajian Behavioral Science telah dilaksanakan di England pada tahun 1882,ketika teknik-teknik awal dalam psiakiatri dan perubatan yang terlibat dalam mindcotrol telah dirintis di Institut Kaiser Wilhemn di Jerman.

Tavistock Institute of Human Relations telah ditubuhkan di London dalam tahun 1921 untuk mengkaji 'breaking point' manusia.Kurt Lewin,seorang ahli psikologi Jerman,telah menjadi pengarah kepada institut tersebut pada tahun 1932,di mana pada masa yang sama Nazi Jerman telah meningkatkan kajian mereka di dalam bidang neuropsikologi,parapsikologi dan okultisme turun-temurun.Menariknya,satu penukaran idea saintifik telah berlaku di antara England dan Jerman,terutamanya dalam bidang genetik;gerakan yang taksub untuk meningkatkan spesis manusia menerusi kawalan faktor keturunan dalam penjodohan.Kumpulan kejahatan di antara dua negara telah dibentuk,sebahagiannya menerusi Order of The Golden Dawn,kelompok rahsia yang mana terdiri daripada ramai pegawai berpangkat tinggi di dalam Parti Nazi dan aristokrasi British.

Pegawai SS Nazi yang terkenal,Heinrich Himmler,telah ditugaskan di dalam projek saintifik yang dikenali sebagai Lebersborn,yang mana dimasukkan program pemilihan keturunan dan pengambilan anak,secara khusus sejumlah besar anak kembar dari mereka.Matlamat mereka di dalam program ini adalah untuk mencipta bangsa unggul (Aryan) yang akan mencurahkan taat setia kepada Third Reich (New World Order-Tata Dunia Baru)

Banyak di antara persiapan ujikaji memberi perhatian kepada kejuruteraan genetik dan pengubahsuaian tingkahlaku yang mana telah dipimpin oleh Dr. Josef Mengele di Auschwich, di mana dia secara kejam menganalisa kesan-kesan 'pengikatan-trauma',warna biji mata dan 'twinning' ke atas mangsa-mangsanya.Disamping ujikaji perubatan yang tidak berperikemanusiaan yanag mana dilaksanakan di kem konsentrasi,sesetengah daripada kanak-kanak tersebut telah dijadikan subjek kepada ujian kejutan elektrik secara besar-besaran.Sedihnya,ramai di antara mereka mati semasa kekejaman ini berlangsung.Pada masa yang sama,proses 'bersih-otak'telah dilaksanakan ke atas penghuni kem konsentrasi Dachau,di mana mereka ditempatkan di bawah pengaruh hipnosis dan diberi dadah halusinogen 'mescaline'.Ketika perang,ujikaji tingkalaku yang sama dipimpin oleh Dr. George Estabrooks di Universiti Colgate.Penglibatannya dengan pihak tentera,CID,FBI dan agensi-agensi lain meninggalkan rahsia yang terselubung.Namun begitu,Estabrooks dalam kesempatan tertentu 'menyimpang' dan membincangkan kerja-kerjanya yang mana terlibat dalam penciptaan pembawa hipnosis-terprogram dan personaliti berpecah terhipnosis.

Selepas Perang Dunia Kedua,Jabatan Pertahanan Amerika secara rahsianya mengimport ramai saintis dan perisik elit Nazi Jerman dan Fasis Itali ke dalam Amerika Syarikat melalui Amerika Selatan dan Vatikan.Nama kod bagi operasi ini adalah PROJEK PAPERCLIP (atau dikenali juga sebagai Operasi Paperclip).Salah seorang yang terkemuka ialah Jeneral Reinhard Gehlan,seorang Jerman.Dia ialah ketua intellijen Hitler ke atas Rusia.Menjelang ketibaannya di Washington pada tahun 1945,Gehlen telah bertemu dengan presiden Truman,Jeneral William "Wild Bill" Donovan,Pengarah Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) dan Allen Dulles,iaitu yang kemudiannya menjadi pendukung CIA.Objektif sesi 'cambah-minda' mereka adalah untuk mengorganisasi operasi intellijen Amerika,memindahkannya kepada sebuah organisasi sulit efisien-tahap tinggi.Kemuncak penglibatan mereka menghasilkan Central Intelligence Group pada tahun 1946.Organisasi ini dinamakan semula dengan nama baru,Central Intelligence Agency (CIA) pada tahun 1947.

Reinhard Gehlan juga mempunyai pengaruh amat besar dalam membantu mencipta National security Council,dari apa yang diambil dari National Security Act pada tahun 1947.Serpihan perundangan tertentu diperalatkan untuk melindungi aktiviti haram pihak kerajaan yang amat banyak sekali,termasuk program sulit kawalan minda.


bersambung...


...akan datang "Evolusi Projek MK-ULTRA"  


Makluman :

Semua Artikel Ini Adalah Hak Milik Http://Mistisfiles.Blogspot.Com. Posting Dib Log Ini Hanyalah Untuk Bertujuan Menyebarkan Ilmu. Semua Yang Dipaparkan Memerlukan Anda Untuk Berfikir Dan Pihak Kami Tidak Memaksa Anda Untuk Menerima Pandangan Yg Diutarakan. Tq

Tuesday, April 27, 2010

Tamadun 1900 tahun di Merbuk


Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (berbaju biru-dua dari kiri) melihat tapak penggalian sambil diberi penerangan oleh kakitangannya berkaitan penemuan dua tapak tinggalan sejarah di Sungai Batu,Lembah Bujang Merbok.


LEMBAH Bujang merangkumi keluasan kira-kira 300 kilometer persegi bermula dari Gunung Jerai di daerah Kuala Muda, Kedah hingga menyeberangi Sungai Muda memasuki kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Ia merupakan kawasan peradaban tertua di Asia Tenggara dengan mula dikenal pasti berdasarkan penemuan lebih 20 candi oleh Kapten James Low pada tahun 1840.

Ekskavasi yang dijalankan sebelum ini juga mendapati kawasan tersebut merupakan sebuah pelabuhan utama di Asia Tenggara.

Penemuan candi-candi lama dan artifak yang dikatakan bertarikh abad ke-6 hingga 12 Masehi turut menjurus kepada pelbagai kisah peradaban.

Namun begitu, ia tidak dapat dibuktikan kesahihan berikutan tarikh yang diberikan hanyalah anggaran dan mempunyai banyak kelemahan.

Keadaan tersebut mendorong kepada masalah kekurangan pengetahuan tentang kewujudan tamadun awal di negara ini.

Menyedari hakikat berkenaan, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah merancang pelan penyelidikan lengkap untuk mencari tapak baru dan meminta bantuan pakar arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan kajian menyeluruh di Lembah Bujang.

Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi USM berjaya menemui sebuah pusat tamadun yang dilengkapi monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun di Sungai Batu, Merbok.

Lebih menakjubkan, misi penyelidikan yang diketuai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin itu membuktikan adanya kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah yang serba lengkap dengan konsep keagamaan, sosioekonomi dan perdagangan.

Penyelidikan di kawasan seluas tiga kilometer persegi di sebuah ladang sawit di tepi Jalan Lencongan Merbok itu turut meletakkan ia sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara. Ia mengatasi Angkor Wat di Kemboja yang wujud sekitar abad ke-12 Masihi dan Borobodur, Indonesia (abad ke-9 Masihi).

Menurut Mokhtar, penyelidikan itu bermula pada tahun 2007 apabila pihaknya yang diberikan tanggungjawab oleh JWN menemui sebuah tapak baru berdekatan Sungai Batu Besi melalui kaedah pemetaan awal.

Katanya, para penyelidik mengesan 30 bukit kecil atau dalam bahasa saintifik dikenali sebagai 'mound' di kawasan itu yang dijangka mempunyai pelbagai fungsi seperti kediaman dan pemerintahan.

Bertitik tolak dari situlah, proses ekskavasi dimulakan pada 1 Februari 2009 melibatkan kira-kira 70 orang staf PPPAG, penuntut jurusan arkeologi USM dan kakitangan Muzium Arkeologi Lembah Bujang serta penduduk setempat.

Hasil pertemuan itu kemudiannya didedahkan kepada pengetahuan umum pada 4 Mac 2009. Pada ketika itu, para penyelidik berjaya menjumpai dua artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi sekitar abad ke-3 Masihi.

Misi penyelidikan tersebut diteruskan para dengan bantuan beberapa tokoh akademik seperti Profesor Sam Teng Wah (pakar kimia); Profesor Ruslan Rainis (pakar data sistem maklumat geografi); Profesor Madya Dr. Nawawi Nordin (pakar data geofizik); Profesor Madya Dr. Wan Fauzy (pakar penggambaran) dan Profesor Madya A. Rahman (pakar data seni kreatif) serta beberapa penuntut peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Tidak lama selepas itu, ia berjaya menghasilkan perkembangan positif dengan penemuan satu kompleks baru berserta 90 tapak di kawasan berkeluasan 3 kilometer persegi itu.

Mokhtar memberitahu, kompleks dan monumen tersebut disifatkan penting kerana ia merupakan kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

"Kajian saintifik ke atas 10 tapak telah berjaya menonjolkan Malaysia sebagai kawasan tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara," katanya.

Bukti-bukti lain seperti tapak peleburan besi, dewan, bangunan, upacara amal, batu bata, atap genting, tembikar dan lain-lain telah memberikan interpretasi jelas tentang kefahaman sejarah warisan lebih menyeluruh.

Lebih penting lagi, satu batu bersurat yang ditemui turut mengukuhkan lagi bukti kewujudan tamadun tersebut.
Batu bersurat terbabit ditulis dalam bahasa Sanskrit Pallava yang berkisar kepada kepercayaan Buddha, animisme dan fahaman spiritual masyarakat purba di Sungai Batu.

Ekoran penemuan berkenaan juga, para penyelidik telah mendapatkan pengesahan pentarikhan di beberapa makmal termasuklah di Beta Analytic Lab di Amerika Syarikat, University Oxford, University of Washington dan Korea Basic Science Institute di Korea menerusi kaedah 'Radio Carbon' dan OSL (Optically Stimulated Luminescence).

"Hasil yang diperoleh menunjukkan tarikh sah bahan sejarah tersebut ialah pada tahun 110 Masehi," kata Mokhtar.

Ketika ditanya tentang pemilihan lokasi Sungai Batu sebagai pusat tamadun oleh masyarakat purba, beliau memberitahu, data geofizik menunjukkan kawasan tersebut mempunyai jarak kira-kira dua kilometer dari sungai dan paya bakau.

"Ini bermakna, besar kemungkinan kawasan sekitar Sungai Merbok yang sekarang jaraknya kira-kira lima kilometer dari pusat tamadun, dahulunya adalah lautan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penyelidikan kawasan tersebut perlu diteruskan memandangkan ia berpotensi untuk memberikan kepelbagaian bukti lain yang dapat mengukuhkan kajian ketamadunan negara.
"Ia sangat penting untuk membolehkan kita menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kedudukan penting dalam Asia Tenggara sejak dahulu kala lagi," tegasnya.
TAKDIR 

episode 24




Hubungan Azmy dan Shima kembali seperti diawal perkahwinan mereka. Semakin Azmy cuba mendekatkan dirinya pada Shima, semakin Shima menjauh darinya. Tiada gurau senda dan tiada keceriaan dalam rumah tangga mereka.
“Mari...abang tolong hantar Shima ke pejabat,” Azmy menawarkan khidmatnya. Shima memandang sekilas wajah suaminya kemudian mengangguk perlahan. Oleh kerana keretanya berada di workshop, Shima terpaksa bersetuju untuk menumpang suaminya. Azmy tersenyum senang. Dia cuba memenangi hati Shima semula. Ketika Shima masuk ke dalam kereta, dia terpandang sejambak bunga mawar yang masih segar ditempat duduk sebelah pemandu. Keinginan untuk mengetahui pemilik bunga itu sangat kuat, tetapi Shima berpura-pura tidak berminat untuk bertanya. Azmy tersenyum bila menyedari perubahan di wajah Shima. Sedikit demi sedikit dia dapat melihat cahaya cinta diwajah isterinya. Dan dia yakin bahawa Shima masih menyintainya, dan mungkin Shima masih marahkannya.
“Tolong letak bunga tu kat belakang ye. Terima kasih,” Azmy mengerling ke arah Shima yang berwajah kelat disebelahnya. Dalam hati Azmy tergelak. Tahu bahawa isterinya itu ingin tahu siapakah gerangan pemilik jambangan bunga tersebut.
“Shima lapang tak tengahari ni?” Azmy bertanya lembut. Wajahnya tenang sambil matanya terus memandang ke depan.
“Tak.” Jawabnya sepatah. Azmy tersenyum. Berusaha melindungi rasa kecewanya.
“Ok. Takpe. Ingatkan nak ajak Shima lunch. Dah lama kita tak keluar bersama,” Azmy berkata sayu. Shima terus mendiamkan diri. Fikirannya masih terganggu dengan kehadiran jambangan bunga itu.
“Balik nanti tunggu abang tau.” Shima angguk kepala.
“Shima....errrr,” Azmy merenung wajah muram isterinya. Azmy mencapai jambangan bunga di tempat duduk belakang kemudian memberikannya kepada Shima.
“Untuk Shima,” Shima tersentak. Hendak menolak dia serba salah bila melihat wajah ikhlas suaminya.
“Untuk apa? ” Shima bertanya dingin. Azmy tetap tersenyum.
“Untuk isteri abang,” Ucapnya yakin. Shima berdengus. Walau hatinya berbunga riang, dia tidak mahu terpujuk dengan helah lelaki itu.
“Terima kasih. Tapi..jangan cuba pujuk saya lagi, saya tak suka,” Shima keluar sambil membawa jambangan bunga tersebut. Azmy mengeluh kecewa. Hati Shima terlalu keras untuk dipujuk. Azmy cuba untuk faham, Shima mungkin sudah serik mempercayainya lagi. Segala yang dia lakukan semenjak mereka kembali bersama semuanya dipandang sepi. Bermacam-macam perkara yang dilakukan untuk merebut kembali cinta isterinya, semuanya menemui jalan buntu.
Enam bulan berlalu tanpa ada perubahan. Shima tetap dengan pendiriannya. Masih bersikap dingin.
“Amir, sayang mama. Rindunya kat anak mama ni,” Shima menyua pipinya pada anak kecil itu. Dengan pantas Amir mencium pipi mamanya. Ketika itu mereka sedang bersantai diruang tamu. Hari cuti adalah masa untuk mereka meluangkan masa bersama.
“Amar pun sayang mama,” Amar pula mencium pipi ibunya. Tersenyum Shima bila melihat anak-anaknya begitu menyanyanginya. Terlupa segala penat lelah menjaga mereka ketika anak kecil itu masih bayi. Wajah Azmy yang sedang merenungnya dengan riak harapan membuatkan Shima rasa tidak selesa. Sepanjang enam bulan Azmy tidak pernah berputus asa memujuknya. Dia sendiri keliru dengan pendiriannya, bukankah dulu dia terlalu mengharapkan Azmy kembali padanya? Tetapi kenapa bila Azmy kembali, dia tidak dapat menerima lelaki itu sebagai suaminya.
“Papa sayang mama?” Azmy dan Shima tersentak. Mereka saling berpandangan
“Sayang,” Azmy menjawab terus sambil tersenyum. Shima menjeling tajam padanya.
“Kalau sayang, cepatlah cium mama,” Shima sekali lagi tersentak. Wajahnya merona merah. Azmy teragak-agak untuk melakukannya. Bimbang Shima semakin tidak suka. Shima gelisah. Dia juga takut hubungan dingin mereka dapat dikesan oleh anak-anaknya.
“Takpe. Nantilah papa cium mama.” Azmy menolak lembut bila melihat Shima tidak menunjukan minat. Shima angkat muka merenung wajah Azmy yang tunduk itu. Shima kecewa bila Azmy menolak permintaan anak-anaknya.
“Mama, mama sayang papa?” Shima pula terkejut mendengar soalan dari anaknya. Azmy menoleh memandang wajah Amir. Kanak-kanak berusia 2 tahun itu bertanya sambil tangannya masih bermain alat mainannya. Shima mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada anaknya. Amir mendongak memandang wajah mamanya.
“Cepatlah sayang mama,” Amar menarik tangan Azmy. Amir pula menarik tangan Shima. Azmy dan Shima saling berpandangan. Agak lama mereka berkeadaan begitu sehingga anak-anak mereka menolak tubuh mama dan papa mereka dan menyebabkan Azmy dan Shima saling berpelukan dan bibir Azmy mendarat di dahi Shima. Kemudian Azmy tunduk mencium pipi Shima yang sudah merona merah. Azmy tersenyum manis, tahu isterinya itu malu.
“Mama pulak,” Amir memaksa Shima mencium pipi Azmy seperti yang selalu Shima lakukan pada dia dan Amar. Perlahan Shima menarik wajah Azmy kemudian mencium pipi Azmy dihadapan anak-anaknya. Azmy tersenyum bahagia. Sementara Shima tunduk malu. Selepas itu, mereka sama-sama mendiamkan diri. Amir dan Amar melonjak riang dan memeluk papa dan mama mereka.
******************************
“Macamana ni. Tersangkut pulak. Sudahlah, lambat. Zip ni pulak, buat hal,” Shima berusaha menarik zip skirtnya. Terkila-kial dia cuba membetulkannya. Selepas melayan kerenah anak-anaknya semalam, Shima tidur lewat dan paginya dia terlambat bangun. Kelam-kabut dia menyarung pakaian sehingga zip skirtnya tersangkut.
“Sini. Abang tolong,” Azmy dengan selamba menolak tangan Shima. Shima tersentak tetapi tidak menolak. Agak lama juga masa yang di ambil untuk membetulkan zip yang tersangkut itu. Azmy duduk sambil tangannya masih berusaha membetulkan zip tersebut. Shima merasa tidak selesa apabila terasa tangan kasar itu menyentuh punggungnya, walau dia tahu Azmy tidak berniat untuk melakukannya.
“Ok. Dapat pun.” Azmy bersuara riang. Shima mengeluh lega.
“Terima kasih.” ucapnya lembut. Wajahnya merona merah bila merasakan tangan Azmy berada dipinggangnya. Perlahan Azmy mencium leher Shima yang terdedah itu. Shima menjerit halus. Azmy tersenyum.
“Errrrr...janganlah. saya nak turun kerja. Dah lambat ni,” Shima menepis tangan Azmy yang sudah berada dilehernya. Azmy tidak mempedulikan kata-kata Shima. Beberapa ketika, Shima membiarkan saja perlakuan Azmy itu.
“Nampaknya Shima masih tak berubah.” Bila merasakan Shima tidak menolak, Azmy memeluk Shima dengan erat sekali bagi melepaskan rindu yang semakin menggunung.
****************************
“Mama dah sarapan?” Shima menghampiri ibu mertuanya. Mereka sudah kembali ke rumah besar itu semula sebaik sahaja dia menerima Azmy enam bulan lepas.
“Sudah. Aih!!!!!..Shima tak kerja hari ni?” Pn.Aznah bertanya hairan. Biasanya, Shima turun awal ke tempat kerja memandangkan tempat kerjanya yang agak jauh dari rumah mereka. Wajah Shima merona merah bila mengingatkan kejadian awal pagi itu. Pada masa yang sama, Azmy turun dari tangga dengan wajah ceria.
“My tak turun kerja jugak hari ni?” Pn.Aznah bertanya pula pada anaknya. Azmy tersenyum bahagia.
“Errrr...cuti mama. Semalam tidur lewat, jadi terlambat bangun. Shima pun bangun lambat juga.” Shima tunduk memandang lantai. ‘Semua kerana dia, kita pulak yang jadi mangsa.’ Shima membebel dalam hati. ‘Semuanya kerana zip skirt tu. Dia pulak ambil kesempatan buat benda tu,’ Marah Shima dalam hati. Hatinya bertambah sakit bila melihat senyuman dibibir Azmy dan renungan nakal suaminya itu.
“Owh!!!!Patutlah bangun lambat. Kalau macam tu, ada harapanlah, mama dapat cucu baru ni,” Pn.Aznah tersenyum saat matanya menangkap kesan merah di leher Shima. Shima menyentuh lehernya kemudian wajahnya merona merah sekali lagi bila terpandang wajah Pn.Aznah yang tersenyum penuh makna kearahnya.
“InsyaAllah,” Azmy menjawab tenang. Shima menjeling tajam Azmy yang sedang tersengih itu.
****************************

Sunday, April 25, 2010

Protocols of The Elders of Mindcontrol

ScrapFile006477HighLevel

 

 

Beberapa nota telah dikumpulkan dalam satu fail rahsia yang bertanda simbol rama-rama yang cantik.Nota-nota ini adalah catatan dari beratus-ratus fail sebenar yang terkumpul dalam arkib penting di MistisFiles: Folder yang bertulis Protocols of The Elders of Mindcontrol.Kompilasi ini mencatatkan beberapa komentar bekas-bekas pengaturcara kawalan minda untuk operasi-operasi sulit CIA dan 'shadow government' di Amerika.

Berdasarkan nota kaki yang dikompilasi dari scrapfile ini, dapat disimpulkan bahawa modus operandi para pengaturcara ini adalah sama di setiap operasi mereka, memilih mangsa mereka dari latar belakang keluarga yang berantakan, bermoral rendah dan tiada agama.Satu lagi cara ialah mencipta keluarga yang porak-peranda dengan menawarkan kekayaan kepada keluarga terbabit atau menggugut mereka untuk memasuki program kawalan minda.Keluarga tersebut akan dimuatkan dengan pelbagai silibus kawalan minda dan hasilnya-sebuah keluarga yang rendah moralnya, di mana sang bapa selalunya akan mencabul anaknya sendiri (incest) manakala sang ibu pula membenarkan malah menggalakkan perlakuan sang bapa tadi.Si bapa tadi juga akan melacur anak-anaknya (tidak kira lelaki atau perempuan) kepada orang lain (selalunya orang-orang dalam secret societies yang menyelia program kawalan minda).Terdapat juga satu silibus yang lebih sadis: si ibu dirogol beramai-ramai oleh orang-orang yang tidak dikenali dihadapan si anak (subjek mindcontrol) manakala si bapa akan diugut; si anak hanya melihat ibunya kesakitan manakala bapanya terduduk tidak berdaya.Ini semuanya semata-mata untuk mencipta rasa putus asa yang amat hebat dalam diri anak tadi sebagai subjek mindcontrol, dalam istilah mindcontrolnya; mind split. Mind split inilah yang akan dikembang hingga menjadi MPD-Multiple Personality Disorder.Orang yang menjadi MPD tidak ubah seperti zombie,hanya mengikut perintah tuannya tanpa ada rasa kemahuan yang lain.Personalitinya juga akan berbagai-bagai, dari seorang perisik, pakar, komando, ejen khas hingga kepada pelacur kelas atasan atau pembunuh upahan, ini semua dapat dikawal secara 'switching' hasil dari 'personaliti yang huru-hara' akibat dari kecelaruan minda hasil dari trauma dan tekanan psikologi yang dasyat.Keluarga yang rosak ini pula akan melahirkan generasi yang rosak-menjana keluarga incest (sumbang mahram) yang seterusnya dan ini dipanggil multigenerational abused family.

AMARAN!JIKA ANDA RASA ARTIKEL SETERUSNYA DALAM ISU YANG BERKAITAN AKAN MENGANGGU KETENTERAMAN ANDA, SILA KELUAR DARI SINI.ARTIKEL-ARTIKEL SETERUSNYA PENUH DENGAN KISAH-KISAH YANG MENYEDIHKAN,SADIS DAN DI LUAR NORMA SIVIK MANUSIA.

Ini adalah sedutan dari scrapfile tersebut.Dan kisah seterusnya lebih mengharukan dengan pengakuan berpuluh-puluh survivor yang terselamat dari program mindcontrol ini.Adakah anda pernah membaca berita berkenaan kisah seorang bapa mengurung anak perempuannya di bawah tanah untuk dijadikan hamba seks selama lebih 20 tahun? Itu adalah sebahagian kesan dari program terlaknat ini.Survivor mindcontrol jarang tampil, satu kerana masih trauma dan ada yang hilang ingatan atau gila, dan satu lagi kebanyakan mereka didapati membunuh diri.Inilah sebabnya Kate Moss ketagihan kokain, perkara yang sama terjadi kepada legenda Grunge, Kurt Cobain...

RAHSIA PROTOCOLS OF THE ELDERS OF MINDCONTROL AKAN TERUNGKAI.Bukankah Iblis mempunyai satu modus operandi yang menjadi 'killer skill' iaitu menjadikan seolah-olah kejahatan itu difikiran manusia satu kebaikan?Maka manusia tadi tidak akan nampak lagi baik dan buruk, dosa atau pahala.Ini ada disebut dalam Al-Quran yang mulia.Ini adalah kunci rahsia mengapa SecretSocieties amat berbangga dengan teknik mindcontrol mereka.IBLIS TERLAKNATLAH YANG MENGAJAR MANUSIA-MANUSIA SYAITAN INI TEKNIK MINDCONTROL YANG MENCELARUKAN MINDA MANUSIA DAN MENGHALANG MEREKA DARI MEMBEZAKAN BAIK ATAU BURUK.'MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK' ADALAH SATU KRITERIA PENTING DALAM MEMBUAT PILIHAN DI DALAM MATRIKS YANG MANUSIA BERHIDUP SEKARANG.

MASALAHNYA IALAH PILIHAN. 

Saturday, April 24, 2010

TAKDIR 

episode 23




“Ini papa,” Shima memeluk anak-anaknya sambil menatap album keluarga. Satu persatu gambar Azmy ditayangkan pada anak-anaknya. Walaupun Azmy mengecewakannya, dia tetap ayah kepada anak-anaknya. Dia bukanlah perempuan yang suka berdendam hingga menyebabkan anak-anaknya kehilangan kasih sayang lelaki yang bergelar ayah. Lagipun, Azmy juga berhak ke atas anak-anak itu. Jadi dia mengambil keputusan untuk membawa anak-anaknya berjumpa papa mereka suatu masa nanti.
“Kenapa Shima biarkan mereka kenal ayah mereka?” Pn.Aznah bertanya lembut. Shima tersenyum.
“Mama, mereka berhak untuk mengenali papa mereka. Lagipun, abang Azmy masih hidup dan saya tak mahu mereka hidup tanpa kasih sayang seorang ayah,” Shima mengusap rambut anak-anaknya.
“Tapi....Azmy.. dia tidak seperti dulu lagi,” Pn.Shima mengesat airmatanya. Shima menghampiri Pn.Aznah lalu dipeluknya erat.
“Mama, abang Azmy hanya pergi sementara. Dia tentu akan kembali. Saya tinggalkan dia kerana saya mahu ingatannya pulih. Biar dia bersama Kak Mira, sebab mereka sudah lama berkenalan. Dan mungkin dengan cara itu, ingatan Abg Azmy akan pulih,” Shima memujuk ibu mertuanya.
“Tapi...bagaimana jika ingatannya tidak pulih? Dan dia semakin melupakan Shima?” Shima mengeluh.
“Biarlah. Mungkin dah takdir kami begitu,” Shima tersenyum. Dalam hati dia tetap berdoa semoga Azmy sihat walau dimana saja dia berada.
“Tengok berita tu, kerana isteri curang, seorang suami memukul teman lelaki isterinya sehingga parah dan dimasukan ke hospital. Teruk betul manusia zaman sekarang ni,” Shima geleng kepala mendengar berita ringkas tersebut.
“Terlalu sangat mengejar nikmat dunia. Itulah jadinya. Sampai lupa tuntutan agama,” Shima bersuara perlahan.
************************************
“Papa...papa...” Suara Amir terdengar halus. Shima tersentak merenung wajah anaknya yang sedang menarik tangannya sambil sebelah lagi tangan kecil itu menunding jari ke arah seseorang.
“Bukanlah sayang. Bukan papa tu, mari,” Shima tersenyum sambil menggeleng kepala. Jantungnya seakan berhenti berdegup bila mendengar Amir memanggil papa. Sangkanya, Azmy yang anak kecil itu nampak. Tapi mustahil, kerana lelaki yang dilihatnya tadi berambut pendek dan hampir botak. Mereka berdua sedang membeli-belah di Mall sementara Amar tinggal di rumah menemani neneknya. Petang nanti ahli keluarganya dari kampung hendak datang ke rumah oleh sebab itu Shima membeli barangan dapur.
“Assalammualaikum,” Shima tersentak. Kunci kereta ditangannya terjatuh sabaik sahaja mendengar suara itu.
“Shima...” Shima tidak sanggup berpaling. Suara lelaki yang dirinduinya menyapa gegendang telinganya.
“Shima...abang minta maaf. Abang dah sembuh dan dah ingat semuanya. Abang menyesal dengan segala tindakan abang terhadap Shima dan anak-anak,” Azmy menggenggam tangan Shima yang terasa sejuk itu. Airmata mengalir dipipinya. Shima terus kaku. Azmy tunduk mencium pipi anaknya. Amir tersenyum lalu memeluk erat papanya.
“Mama, ni papa...papa..” Suara Amir yang ceria itu menyedarkan Shima dari lamunannya.
“Saya nak balik,” Shima terus mencapai kunci kereta dan menyimpan segala barang yang dibelinya ke dalam bonet kereta. Kemudian dia manarik tangan Amir dan di bawa masuk ke dalam kereta. Azmy hanya mampu melihat Shima berlalu meninggalkannya tanpa sebarang ucapan. Azmy mengekori kereta Shima sehingga ke halaman rumah sewa mereka.
“Shima, tunggu...” Azmy menarik tangan Shima. Shima berusaha menepis tangan kasar itu namun tidak berjaya. Walau hatinya melonjak gembira dengan berita yang dikhabarkan, namun kenapa dalam masa yang sama hatinya sakit bila mengingatkan segala perlakuan Azmy padanya.
“Abang minta maaf,” Shima terus kaku. Pn.Aznah yang mendengar deruman kereta sebentar tadi menjenguk keluar pintu. Dia turut sama terpaku melihat sesusuk tubuh yang sangat dirinduinya. Wajah Azmy yang semakin cekung itu membuatkan Pn.Aznah semakin sedih dan tanpa dia sedari airmata mengalir laju dipipinya. Amir dan Amar memandang hairan ke arah orang tuanya. Amar berlari ke arah Azmy lalu memeluk erat papanya. Azmy melepaskan genggaman tangannya lalu memeluk Amar yang tersenyum manis padanya. Hampir setahun mereka berpisah. Amir dan Amar sudah pandai berjalan dan mula pandai bercakap. Azmy mencium anak-anaknya bagi melepaskan rindu yang semakin sarat dihatinya semenjak ingatannya pulih. Sebaik sahaja keluar dari hospital setelah sebulan lebih menjalani rawatan, Azmy dibenarkan pulang. Dia bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuknya menebus segala kesalahan yang dilakukannya pada Shima.
“Shima...macamana Azmy boleh tahu kita kat sini?” Pn.Aznah bertanya hairan.
“Kami terserempak di Mall tadi,” Shima terus berlalu menuju ke bilik. Meninggalkan Azmy dan anak-anaknya yang saling melepas rindu.
“Mama....Maafkan My. My banyak buat salah pada mama dan Shima,” Azmy melutut dikaki Pn.Aznah. Pn.Aznah semakin sedih. Betapa selama ini dia rindukan anak tunggalnya itu. Kerana tidak mahu menyakiti hati Shima, dia pendamkan hasrat untuk bertemu Azmy semula. Kini, apabila Azmy berada dihadapan matanya, dia tidak dapat membendung rasa rindunya lagi. Mereka berpelukan sambil menangis.
********************************************
“Banyaknya lauk. Shima yang masak?” Kak Mai mencium bau masakan adiknya. Shima tersenyum.
“Laaaaa..Siapa lagi yang nak masak?” Shima menjawab tenang.
“Manalah tahu, kau dera mak mertua kau tu? Ehhhh..anak-anak kau mana? Dari tadi tak nampak mereka?” Shima terus tunduk. Setelah dia tidak menghiraukan Azmy tengahari tadi, akhirnya Azmy minta kebenaran untuk membawa Amir dan Amar keluar jalan-jalan.
“Errrrrrr..Abang Azmy bawa mereka keluar,” Akhirnya Shima bersuara. Kakaknya tersentak.
“Azmy? Kamu berdua dah berbaik semula? Dia dah jumpa kamu ye?” Kak Mai menarik bahu Shima. Shima angguk kepala.
“Dia pernah ke kampung. Pujuk mak dan ayah supaya memaafkan dia. Mak dan ayah tu, bukan kau tak tahu, mudah memaafkan orang. Tentu mereka yang bagi alamat rumah ni kat Azmy tu,” Kak Mai bersuara marah. Setelah mengetahui apa yang terjadi pada Shima, mereka sekeluarga berusaha mencari Shima, mereka mengetahui berita tersebut selepas berita tentang Azmy yang dipukul sehingga cedera parah itu tersiar di dalam berita Utama. Barulah mereka tahu bahawa Azmy dan Shima tidak tinggal sebumbung.
“Kau dah maafkan dia juga?” Kak Mai cuba mencungkil perasaan adiknya. Shima geleng kepala. Dia keliru.
“Shima, kakak tahu, susah untuk Shima lupakan dia. Akak nak ingatkan, apa jua keputusan Shima, pastikan Shima takkan menyesal kelak. Semuanya keputusan ditangan kau.” Shima memeluk erat kakaknya sambil menangis perlahan.
“Sudahlah. Akak tahu, kau memang menunggu saat dia kembali kepada kau dan anak-anak.” Shima mengesat airmatanya.
“Saya tak tahu. Memang selama ini saya mengharapkan dia kembali, tapi....bila ianya terjadi, saya tak tahu nak buat apa. Malah nak pandang wajahnya membuatkan hati saya sakit sangat.” Shima mengeluh. Kak Mai tersenyum.
“Hanya kau sendiri tahu apa yang kau inginkan. Walau orang sekeliling mengatakan kau bodoh sekalipun, biarlah. Mereka tidak memahami apa yang kau rasa. Hanya mereka yang mengalaminya tahu apa perasaan kau. Akak tetap menyokong segala keputusan kau,” Shima angguk kepala.
“Ye. Saya harus fikirkan demi anak-anak. Lagipun, mereka sudah berjumpa semula. Dan sememangnya niat saya ingin mereka bertemu semula,” Perbualan mereka terhenti bila mendengar suara riuh anak-anaknya bergelak ketawa.
“Abang apa khabar?” Azmy menyalami tangan Hafiz. Azmy tersenyum malu dengan penerimaan ahli keluarga Shima.
“Bagus.” Ucapnya ringkas. Perasaan bersalah masih menguasainya.
“Sudahlah Azmy. Kita lupakan perkara dulu tu. Lagipun, bukan salah Azmy. Azmy sakit masa tu.” Pak Zaki menepuk bahu menantunya.
Azmy merenung skrin televisyen. Mulutnya sudah beberapa kali menguap. Mata juga sudah mengantuk. Pada mulanya dia ingin balik, namun dihalang oleh Pak Zaki. Akhirnya Azmy membatalkan niatnya untuk pulang dan bermalam dirumah sewa Shima. Ahli keluarga Shima yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanya ibu dan ayah Shima. Azmy tidak tahu hendak tidur dimana. Shima langsung tidak menegurnya malah memandang wajahnya juga Shima tidak sudi. Akhirnya kerana terlalu mengantuk, Azmy tertidur di hadapan ruang tamu.
Shima menelentang pula. Matanya tidak mahu tidur. Rasa mengantuk hilang bila memikirkan dimana Azmy tidur. Sekejap dia duduk memandang ke pintu bilik. Shima gelisah. ‘Kenapa dengan aku ni? Biarlah dia nak tidur dimana. Bukan masalah aku pun,’ Shima berbisik sendirian kemudian berbaring semula. Beberapa minit kemudian Shima duduk kembali. Perlahan dia turun dari katil dan berjalan perlahan ke pintu. Dia menjenguk mencari kelibat suaminya. Sayu matanya saat terpandang Azmy sedang meringkuk kesejukan dihadapan ruang tamu. Shima masuk semula ke bilik. Mencari bantal dan kain selimut.
Perlahan dia mengangkat kepala Azmy untuk meletakan bantal kemudian Shima menyelimut tubuh yang meringkuk itu. Merenung wajah Azmy yang sedang nyenyak tidur semakin membuatkan Shima bertambah cintakan lelaki itu. Air mata terlalu mudah menitis sehingga akhirnya Shima menangis teresak-esak. Esakan kecil itu telah menyedarkan Azmy. Azmy terus duduk tegak sambil merenung sayu wajah Shima yang sedang menangis itu.
“Shima, maafkan abang. Terima abang semula. Abang janji tidak akan melukakan Shima lagi,” Sekali lagi ungkapan maaf itu keluar dari mulut Azmy. Shima terus mendiamkan diri. Melihat Shima terus mendiamkan diri, Azmy akhirnya mengeluh.
“Kalau Shima dah tak cintakan abang lagi, abang terima. Tapi, fikirkan tentang anak-anak kita. Abang ingin menemani mereka semasa mereka sedang membesar.” Azmy menggenggam erat tangan Shima. Shima terus tunduk memandang lantai kemudian dia angguk kepala.
“Betul? Shima terima abang semula? Terima kasih,” Azmy bersuara gembira dan spontan memeluk Shima. Shima menolak tubuh Azmy yang terasa hangat memeluknya. Azmy tersentak. Berubah wajahnya.
“Abang patut berterima kasih pada Amir dan Amar. Saya takkan terima awak jika bukan kerana mereka.” Shima berdiri tegak dan berlalu meninggalkan Azmy yang sedang kecewa mendengar kata-kata dari mulut Shima.
“Abang faham.” Azmy menjawab perlahan.
*******************************

Friday, April 23, 2010

ALiA

bahagian TERAKHIR


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
Alia tersenyum seorang diri. Teringat kenangan ketika bersama Syah buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Perlahan dia memeluk lengan Syah yang sedang nyenyak tidur disebelahnya.

“Dah sampai?” Syah bertanya sambil menggosok matanya yang masih terasa mengantuk.

“Belum.” Alia merenung wajah suaminya. Walaupun setiap saat mereka tidak berpisah, namun kerinduan tetap menghimpit jiwanya.

“i love you. Alia rindu sangat pada abang,” Ucapnya ikhlas sambil memeluk lengan Syah dengan erat. Syah tersenyum.

“Betul? Seronok abang mendengarnya. Takkan rindu? Hari-hari tengok abang masih jugak rindu?” Syah bertanya lembut. Alia angguk kepala. Syah mengucup dahi Alia yang tersengih itu.

“Sebenarnya, abang cinta sangat pada Alia dan abang rindukan Alia jugak. Tak sabar nak sampai rumah. Nak peluk Alia puas-puas,” Syah mengusik Alia. Alia tersipu malu. Seminggu selepas majlis perkahwinan mereka di rumah Syah, mereka pergi ke China untuk berbulan madu. Selama tiga minggu berada di China, hubungan mereka semakin erat.

************************************

“Hai...Saudari dah ambil nombor?” Alia tersentak bila di tegur ramah oleh seorang doktor muda. Mungkin doktor pelatih. Alia tersenyum.

“Takpe. Saya dah buat temu janji dengan Dr.Syah.” Jawabnya perlahan. Doktor muda itu tersenyum lagi.

“Owh!!!Dia masih ada pesakit. Tapi kalau awak nak cepat, saya boleh tolong,” Alia kerutkan dahi.

“Takpe. Saya sihat. Mereka kat situ perlukan pertolongan, saya tak apa-apa,” Alia menunding jari ke arah pesakit yang sedang menunggu. Pada masa yang sama pintu bilik Syah terbuka.

“Ok. Saya pergi dulu,” Alia terus masuk ke bilik Syah tanpa mengetuk pintu.

“Aih!!! Cepatnya awak masuk. Saya belum panggil lagi. Awak...” Syah terpaku bila melihat wajah Alia di depan matanya.

“ Alia?” Alia tersengih. Syah hairan.

“Kenapa ni? Abang ingatkan pesakit abang tadi. Masih ada dua orang lagi.” Syah bersandar di kerusi memandang wajah Alia yang tersengih itu.

“Alia tunggu kat situ. Bolehkan?” Alia minta kebenaran. Syah kecilkan matanya.

“Kenapa tak nak tunggu kat luar?” Syah bertanya hairan kemudian meneruskan semakan rekod pesakitnya.

“Errrrr...Ala...Tadi ada seorang doktor tu, cara dia tegur Alia macam nak mengorat je.” Syah angkat muka memandang isterinya.

“Siapa?” Alia angkat bahu.

“Sepatutnya, mereka semua kenal Alia. Siapa pulak yang tak tahu Alia ni isteri abang?” Syah garu dagunya. Alia jungkit bahu.

“Macam doktor baru je? Alia pun tak pernah nampak dia kat sini selama ni,” Alia duduk di kerusi menunggu.

“Mungkin pekerja baru. Alia tunggu abang kat bilik rehat tu. Duduk kat situ nanti mengganggu pesakit abang,” Alia tersengih.

“Mengganggu pesakit atau mengganggu abang?” Alia mengusik suaminya. Syah merenung tajam wajah isterinya.

“Yelah. Nanti tak tenang abang nak buat kerja. Gangguan,” Alia tersenyum dan berlalu ke bilik rehat. Selama 15 minit menunggu, akhirnya Syah menjenguknya.

“Okey. Dah habis. Mari,” Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan seiringan keluar dari bilik Syah. Banyak mata memandang ke arah mereka.

“Abang...dia yang tegur Alia tadi. Yang berdiri kat kaunter tu.... Jangan tengok dulu. Nanti dia perasan pulak,” Alia bersuara perlahan. Syah menjeling sekilas ke kaunter.

“Alia tunggu sekejap ye. Abang nak ke bilik Awan,” Alia angguk kepala. Beberapa minit kemudian Syah tersenyum menghampirinya. Sebelum sempat Syah menghampirinya, seorang jururawat terlanggar Syah. Mereka berpelukan.

“Errrr...maaf Dr.Syah,” jururawat tersebut tersipu malu. Syah tersenyum.

“Takpe. Lain kali hati-hati sikit,” Syah menghampiri Alia.

“Ehemmmmm....Sukalah kena langgar? Nampaknya, ramai peminat abang ye,” Alia bersuara keras. Syah berpaling ke arah isterinya.

“Apa dia?” Syah pura-pura tidak mendengar. Alia berdengus. Syah tersenyum sambil mencuit bahu Alia.

“Alia...tu..orang panggil.” Alia memandang ke arah yang di tunjukan oleh Syah. Dia berdengus marah bila terkena oleh Syah. Orang tua yang sedang menunggu giliran itu dikatanya memanggil dirinya.

“Dah. Jum...nanti lambat pulak. Tak sabar abang nak tahu keputusannya,” Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan menuju ke wad pakar sakit puan.

“Kenapa tak guna alat ujian kehamilan tu? Kan senang. Tak perlu menunggu lama kat sini,” Alia berasa bosan. Syah yang beria-ia ingin membuat pemeriksaan di hospital setelah Alia memberitahu bahawa dia sudah lebih sebulan tidak period.

“Abang pun teringin nak dengar doktor cakap ‘En.Syah...Tahniah!!! Encik akan jadi ayah tak lama lagi’. Tak sabar abang dengar,” Alia geleng kepala.

“Bagaimana kalau takde apa-apa?” Syah terdiam sejenak.

“Hermmmm...Takpe. kita berusaha lagi.” Syah bersuara perlahan. Mereka sama-sama mendiamkan diri sehingga nama Alia dipanggil. Syah menunggu dengan sabar di luar ketika Alia sedang diperiksa.

“Macamana doktor? Ok?” Syah menerpa ke arah doktor perempuan itu. Dia tersenyum. Alia juga tersenyum.

“Tahniah!!!!! Isteri awak mengandung lebih kurang 3 minggu. Dalam tempoh ni, kandungan dia mesti dijaga dengan elok. Tak boleh banyak sangat bergerak, kena banyak rehat.” Syah begitu teruja sakali. Tanpa sedar dia memeluk Alia dengan erat sekali dan mencium pipi Alia. Tersenyum doktor tersebut melihat gelagat Syah. Alia tunduk malu.

“Terima kasih sayang. I love you,” Syah gembira sekali.

“Abang, sudahlah. Tak malu betul.” Syah tersipu malu. Dia terlupa bahawa dia masih di hospital.

“Terima kasih. Doktor,” Mereka beredar setelah mengucapkan terima kasih pada doktor tersebut.

**********************************

5 tahun kemudian.

“Syah!!!!!!” Suara perempuan menjerit dari dapur. Kemudian bunyi derap kaki berlari ke dapur membuatkan suasana semakin bising.

“Ibu, ibu panggil kami?” Si ibu bercekak pinggang merenung satu persatu wajah dihadapannya.

“Siapa punya kerja ni?” Alia bercekak pinggang. Mereka yang berada dihadapannya mendiamkan diri.

“Syah Jihan, Syah Azlan atau Syah Aiman?” Syah tersengih sambil menunding jari ke arah anaknya.

“Ibu, abah tipu. Abah yang ajak kami berdua masak untuk ibu.” Syah Jihan bersuara lantang tanpa sempat dihalang oleh Syah.

“Okey. Sayang jangan risau. Nanti abang kemaskan. Tak baik sayang banyak sangat bergerak. Luka tu masih belum sembuh,” Syah memimpin tangan isterinya yang baru 2 minggu melahirkan sepasang anak kembar perempuan untuknya.

“Abang tak payah susah-susah nak memasak untuk Alia. Alia mampu buat semua tu.” Alia bersuara perlahan. Syah tersenyum. Dia tahu Alia mampu memasak untuknya dan anak-anak, tetapi dia ingin meringankan beban isterinya.

“Takpe. Abang mesti belajar. Lagipun, abang nak anak-anak kita biasakan diri dengan apa jua keadaan. Atia dan Aira dah tidur?” Syah mencium pipi Alia. Alia menjeling tajam ke arah Syah yang tersenyum. Atia Najwa dan Aira Najwa nama yang dipilih oleh mereka berdua untuk anak-anak perempuan mereka.

“Sudah. Alia nak minum air suam,” Syah membantu Alia duduk. Anak-anaknya hanya memerhati gelagat ibu dan abah mereka.

“Jihan, Azlan..tolong kemaskan dapur ni. Abah nak hantar ibu ke bilik,” Syah mendukung Alia menuju ke bilik mereka. Tiba-tiba Alia mencium pipi Syah lembut. Syah memandang wajah Alia.

“Tu hadiah sebab abang sayang pada Alia,” Ucapnya tenang beserta renungan lembut. Perlahan Syah meletakan Alia di atas katil.

“Terima kasih. Dan ini..tanda terima kasih abang pada Alia sebab sanggup bersusah payah melahirkan anak untuk abang.” Syah meragut mesra bibir Alia sehingga tidak menyedari perbuatan mereka menjadi tontonan anak-anaknya.

“Abah.....” Alia dan Syah tersentak. Alia tunduk malu bila mengenangkan adegan romantik mereka menjadi tatapan anak-anaknya.

“Abah dan ibu buat apa tu?” Syah Jihan bertanya selamba. Kanak-kanak berusia 4 tahun itu petah berkata-kata.

“Itu tanda abah sayang ibu kamu,” Syah masih memeluk Alia. Syah Jihan dan Syah Azlan garu kepala.

“Tapi....kenapa abah dan ibu cium kami kat pipi? Itu pun sayang jugak ye?” Syah Azlan pula bertanya. Syah Jihan angguk kepala. Alia tersenyum. Membiarkan Syah menerangkan perkara tersebut pada anak-anak mereka.

“Sayang abah pada Jihan dan adik-adik, lain, sayang abah pada ibu lain. Nanti bila kamu semua dah besar, kamu akan faham. Dapur sudah dikemas?” Syah sengaja menukar topik perbualan. Mereka berdua geleng kepala.

“Mari kita kemaskan dapur. Jangan ganggu ibu dan adik-adik,” Syah menarik tangan anak-anaknya lalu di bawa ke dapur. Alia tersenyum. Rasa syukur sangat sebab jodohnya dengan Syah kuat. Alia tersenyum lagi. Matanya memandang gambar perkahwinan rakan-rakannya. Masing-masing sudah berkeluarga. Dan yang paling dia tidak sangka, Ros dan Syah Amirul iaitu adik tiri kepada Syah Aiman bertemu jodoh semasa majlis perkahwinan mereka. Patutlah beria-ia Ros bertanya tentang keluarga tiri Syah. Rupanya dia berkenan dengan seseorang. Ros sekarang sedang mengandung anak kedua. Alia tersenyum bila mengenangkan kata-kata rakan-rakannya ketika melawatnya di hospital.

“Tahniah Alia. Hai...beruntung betul kau. Dua kali bersalin, dah dapat empat orang anak. Sakit dua kali je. Sudahlah, dua lelaki, dua perempuan. Hebat..hebat,” Imah geleng kepala. Mereka yang lain tergelak.

“Cikgu Syah...” Tanpa sempat Ros mengakhiri kata, Imah pula bersuara.

“Ni lagi sorang manusia yang tak tahu nak ubah panggilan. Abang Syah. Bukan cikgu Syah lagi. Kalau tak pun, panggillah Dr.Syah ke. Dah jadi adik ipar pun masih macam tu jugak,” Imah tolak bahu Ros. Ros tersengih.

“Upssss..Tak biasa. Kalau kau nak tahu cara dapat anak kembar tu, minta tunjuk ajar dari cik....errr..abang Syah,” Ros tergelak bila melihat Imah bercekak pinggang.

“Takde tip-tip yang baik. Rezeki Allah nak bagi kita terima,” Syah menjawab lembut sambil memeluk bahu Alia mesra. Mereka yang lain angguk kepala. Alia kembali ke alam nyata. Perlahan dia mengusap bingkai gambar mereka.

Imah dan Hafiz sudah mempunyai anak 3 orang. Maziah dan Ariy, Ajmal dan Sara juga sudah mempunyai dua orang anak. Ajay baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lepas. Fizan juga sudah bertemu jodoh dengan orang sama kampung dengannya. Pilihan keluarga. Gambar mereka ketika majlis perkahwinan Ajay direnung dengan rasa bahagia. Betapa persahabatan mereka begitu kuat sekuat jodohnya dengan Syah.


-Tamat-


Sekian. Harap semua berpuas hati dengan cerita ini. Sebahagiannya adalah rekaan semata-mata dan sebahagiannya pula adalah kenangan ketika saya di sekolah.



CERITA ASAL/LAWATI : http://hasilpenulisanku.blogspot.com

Thursday, April 22, 2010

TAKDIR 

episode 22





“Mama, hari ni saya balik lambat sikit. Kawan-kawan saya ajak keluar. Boleh tak?” Shima bertanya pada ibu mertuanya.
“Keluarlah. Kamu dah lama tak luangkan masa dengan mereka.” Shima memeluk ibu mertuanya.
“Terima kasih mama. Saya keluar sekejap je. Saya pergi dulu,” Shima memandu perlahan kereta Perodua Viva yang baru dibelinya. Kereta Farrari merah pula sengaja ditinggalkan di rumah untuk kegunaan Pn.Aznah.
Shima melambai tangan pada sahabat-sahabatnya. Masing-masing saling berpelukan setelah hampir setahun tidak berjumpa. Semenjak ramai yang berumahtangga, masa mereka untuk bersama semakin terhad. Pada musim perayaan juga, mereka tidak dapat berkumpul lagi kerana masing-masing sibuk dengan ahli keluarga yang baru.
“Wah!!!! Makin cantik sekarang ye,” Shima menepuk bahu Normah.
“Hah!!! Baru tahu. Selama ni aku memang cantik, Cuma kau je yang tak perasan,” Normah berkata sinis. Shima tergelak.
“Macamana aku nak perasan. Tiap-tiap hari tengok muka kau je. Sekarang dah lama tak jumpa, baru nampak lain,” Shima tersenyum. Normah juga tersengih.
“Kau apa cerita. Aku dengar ada cerita tak baik tentang kau? Betul?” Shima tersenyum kelat. Walau dia tahu berita itu akan tersebar, namun dia masih belum bersedia untuk menceritakan masalah kepada rakan-rakannya. Shima tahu mereka mengambilberat tentangnya, tetapi, masalah keluarga bukanlah sesuatu yang boleh diceritakan kepada semua. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.
“Entahlah Mah, takdir hidup aku ni terlalu rumit. Sekejap je mengecap bahagia. Mungkin aku tak layak untuk bahagia seperti orang lain.” Shima menguis nasi ayam yang masih bersisa di dalam pinggannya.
“Sabar je. Berdoa pada Tuhan. Anggap semua itu ujian dari Allah S.W.T. Tandanya Allah sayangkan kita.” Normah menepuk bahu Shima. Rakan-rakannya yang lain sama-sama memberi sokongan.
“Kenapa kau tak cari lelaki lain? Kau masih cantik lagi ni. Kalau kau nak, nanti aku tolong cari. Cakap je, kau nak yang macamana,” Norlia angkat kening. Shima tersenyum.
“Orang cakap betul. Dia ketawa pula.” Norlia berkata marah.
“Terima kasih je, Lia. Aku malas nak fikir tentang perkara tu. Sekarang aku sedang seronok melayan anak-anak aku. Tak nak fikir tentang perkara lain. Lagipun, kalau ada pun lelaki yang nak kat aku, mahu ke dia terima anak-anak aku tu?” Shima tersenyum. Norlia mencebik bibirnya. Dia sebenarnya marah pada Shima yang terlalu akur dengan nasibnya.
“Lia...Lia.. kau nak cari calon untuk Shima? Sedangkan si Yusri yang setia menunggu dia pun sekarang dah mengalah. Dah bertunang pun. Hati dia yang satu tu, hanya milik suami dia selamanya,” Normah buat riak tidak puas hati. Shima tertunduk.
“Huh!!!! Kenapa kau tak lupakan saja lelaki tu? Shima...cuba buka mata tu luas-luas, tengok sekeliling. Masih ramai lagi lelaki yang baik kat dunia ni. Kenapa mesti menunggu orang yang memang dah lupakan kau. Jika cintanya kuat, dia tidak akan hilang ingat terhadap kau.” Norlia memarahi temannya. Shima tunduk. Terasa kelopak matanya semakin berat.
“Aku....aku .. aku dah cuba lupakan dia. Tetapi setiap kali menatap wajah anak-anak ku, aku akan teringat padanya. Lagipun, aku tak salahkan dia. Dia hanya hilang ingatan, dan aku berdoa semoga, bila ingatannya pulih kelak, dia akan datang padaku.” Shima mengesat airmatanya. Mereka yang lain hanya mampu mengeluh.
“Itulah susahnya kalau terlampau sukakan seseorang. Bila terjadi perpisahan, itulah perasaan yang akan ditanggung. Lebih-lebih lagi dia yang tak pernah bercinta.” Normah menepuk bahu Shima perlahan.
“Kau tahu perkembangan dia sekarang?” Rosmah pula bertanya setelah agak lama mendiamkan diri. Shima geleng kepala.
“Aku dengar, mereka belum berkahwin. Dan aku ada dengar desas desus mengatakan sebenarnya Mira tu belum bercerai lagi. Sebab tu mereka belum berkahwin semula,” Shima angkat muka.
“Betul ke? Maknanya, abang Azmy kena tipulah?” Shima bertanya cemas.
“Entah. Aku dengar cerita ni, dari kakak kawan aku yang bekerja kat syarikat suami Mira tu,” Shima angguk kepala.
“Dan kau, kenapa tak minta cerai je. Dah lama kamu berdua tidak berhubungkan? Aku rasa dia juga tak pernah memberi nafkah pada kau, kan? Lagi senang.” Rosmah memberi cadangan. Shima mengeluh. Apa saja anggapan orang sekeliling padanya, dia tidak peduli kerana dia sendiri keliru dengan kata hatinya. Dia lebih rela menyain surat kebenaran berkahwin lain dari meminta perpisahan.
“Aku yakin dia akan kembali padaku.” Rakannya hanya mampu menggeleng kepala. Hanya Shima yang tahu apa yang dia inginkan.

************************************

“Mira, bila lagi kita nak kahwin ni?” Azmy mengusap jari-jemari Mira. Mira tersenyum manis. Mereka berada dibilik hotel yang di tempah oleh Mira sepanjang mereka menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
“Kenapa tergesa-gesa. Errrr...Shima apa khabar?” Mira pura-pura bertanya. Sedangkan dia tahu Shima telah meninggalkan lelaki itu.
“Huhhhh!!!! I tak tahu. Dia pergi macam tu je. I tak berniat nak ceraikan dia. Tapi dia pergi jugak. Mama I pun ikut dia. I ada balik ke rumah mama I, tapi mereka semua dah pergi. Tak tahu mereka di mana sekarang.” Azmy bersuara lemah. Sebenarnya, jauh dilubuk hatinya, dia merindui isterinya itu. Dia keliru. Kadangkala, dia bermimpi Shima melambai tangan padanya dengan wajah sedih. Dan hampir setiap malam, tidurnya terganggu.
“Owh!!! Jadi you dan dia masih suami-isteri? Macamana kita nak kahwin?” Mira bertanya perlahan.
“Jangan risau. Sebelum dia pergi, dia dah sain surat kebenaran I kahwin lain.” Azmy tersenyum. Mira turut tersenyum. Tanpa segan silu Mira memeluk Azmy. Azmy tersentak. Rasa tidak selesa diperlakukan begitu. Mira pula sengaja memeluk Azmy dengan harapan lelaki itu tergoda padanya. Perlahan Mira mencium pipi Azmy. Azmy terkejut dengan tindakan berani Mira itu. Kenangan ketika bersama Shima bermain dimindanya. Dia memandang wajah Mira yang kini sudah berubah menjadi Shima.
‘Shima,’Bisiknya halus. Mira semakin mendekatkan wajahnya ke muka Azmy. Hampir dan semakin hampir.
“Mira!!!!!!!” Azmy dan Mira tersentak. Mereka menoleh ke pintu bilik dan Mira berdiri tegak melihat wajah tegang seorang lelaki yang mereka kenali.
“Kau...,” Azmy jatuh terduduk bila lelaki tersebut menerpa dan memukul Azmy.
“Zaki, sudah Zaki. Jangan pukul dia lagi,” Mira menarik tangan Zaki yang sedang mengamuk seperti orang hilang akal. Azmy mengerang kesakitan.
“Pergi. Aku masih belum puas lagi pukul lelaki tak malu.heii...kau, sekali lagi aku nampak kau jumpa isteri aku, aku bunuh kau.” Azmy meringkuk menahan sakit diperutnya yang menjadi sasaran sepakan Zaki sebentar tadi.
“Mira...apa semua ni,” Azmy menarik tangan Mira minta penjelasan. Mira melepaskan tangannya. Sekali lagi Zaki menumbuk muka Azmy sehingga menyebabkan Azmy terbaring. Kepalanya menghempap lantai. Kekecohan di bilik hotel itu menjadi tarikan penghuni yang lain. Azmy mengerang kesakitan kemudian tidak sedarkan diri.

***********************************