klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, April 13, 2010

ALiA
bahagian 44


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


Bermacam-macam kedai baju pengantin mereka masuk, satu pun tidak memenuhi citarasa Alia.
“Aliaku sayang, baju yang macamana Alia nak ni? Naik lenguh dah kaki abang ni. Satu pusat bandar kita pusing, masih juga tak jumpa,” Syah membebel sambil duduk membetulkan urat kaki setelah 3 jam merayau. Alia turut sama duduk disebelah Syah. Dia juga penat. Tetapi semua kedai yang mereka masuk tidak mempunyai pakaian yang dia berkenan.

“Alia nak cari yang selesa bila di pakai. Warna hijau keemasan. Ataupun kita cari kain je. Ok tak, bang. Alia nak buat baju kebaya labuh je,” Alia berpaling ke arah Syah yang turut sama memandangnya.

“Bolehkan?” Alia angkat kening sambil tersenyum memujuk.

“Ikut suka hati Alia. Abang dah penat nak mencuba semua baju tu,” Alia tersengih.

“Ok. Kalau macam tu, kita cari kain kemudian hantar kepada kak Azah. Baju yang dia buat memang cantik,”Alia berdiri dengan bersemangat sekali. Syah geleng kepala dengan gelagat Alia.

“Bang, berhenti. Tu...tengok tu...kita singgah kat kedai tu je,” Syah tersentak dan meperlahankan keretanya.

“Alia ni kenapa? Boleh tak jangan menjerit macam tu? Kalau abang ada penyakit jantung, dah arwah abang dibuatnya,” Syah membebel. Alia muncung mulutnya. Dia terpandang sepasang baju gaun pengantin warna hijau muda yang cantik. Tidak terlalu kembang di bahagian bawahnya.

“Sorry. Alia tak sengaja,” Alia buat muka sedih. Syah geleng kepala. Kerana terkejut dengan jeritan Alia sebentar tadi, Syah menekan brek kereta secara mengejut. Dan nasib mereka baik kerana kereta dibelakang mengekori dengan jarak yang agak jauh.

“Alia...Alia,” Syah geleng kepala sekali lagi. Mereka singgah juga di kedai tersebut. Alia teruja melihat baju pengantin warna hijau muda itu. Syah juga memuji baju tersebut cantik.

“Kita beli ye, bang,” Alia menayang muka sedih sambil memeluk baju pengantin tersebut.

“Tak sesuai kalau dipakai kat kampung.” Syah garu dagunya. Mencari idea.

“Okey. Kita beli. Tapi baju ni, Alia pakai masa kenduri kat rumah abang. Kat kampung kita tempah baju kebaya je. Abang bimbang, orang kampung pengsan tengok Alia pakai baju tu,” Syah akhirnya setuju membeli baju tersebut.

“Uhhh!!!Kenapa pulak mereka nak pengsan?” Alia tidak puas hati dikutuk oleh Syah.

“Takde apa-apa.” Syah berlalu menghampiri jurujual yang sedang membungkus baju yang hendak dibeli oleh Alia.

“Dik, ada tak jual baju lengan panjang yang nipis. Baju untuk dipakai lapis kat dalam tu?” Syah bertanya. Alia turut menghampiri Syah.

“Untuk apa baju tu, bang?” Alia hairan.

“Untuk Alia. Baju tu seksi sangat. Abang nak beli baju nipis berlengan panjang supaya tak mendedahkan bahagian dada tu,” Syah muncung mulut ke arah Alia. Alia tutup dadanya dengan tangan. Memang baju yang dipakainya hari itu agak seksi.

“Ok. Bos,” Alia tersenyum. ‘Ingatkan dia tak kisah dengan cara pemakaian aku.’ Alia tergelak dalam hati.

“Apa gelak-gelak.” Alia tutup mulutnya.

“Mana ada Alia gelak. Abang ni, perasan. Jum balik. Dah penat ni,” Alia segera berlalu sebaik sahaja Syah membayar bil bajunya.

*****************************

Tinggal 2 minggu lagi mereka akan berkahwin. Segala persiapan perkahwinan sudah di atur. Syah membawa Alia keluar berjalan-jalan.

“Malam esok kita ke rumah kawan abang ye. Mereka nak berkenalan dengan bakal isteri abang ni,” Syah mencuit hidung Alia. Alia sempat menepis jari kasar itu.

“Huhhhhh!!!! Perasan. Siapa bakal isteri abang tu?” Alia berkata sinis. Syah membeliakkan mata sambil menggigit bibir tanda geram dengan peragai Alia. Alia tersenyum simpul.

“Mereka nak jumpa gadis misteri dalam hidup abang ini. Gadis yang mencuri seluruh jiwa dan raga abang sehingga abang tidak dapat menyerahkan hati ini kepada mana-mana perempuan yang abang kenal,” Ucapnya tenang. Alia tersenyum manis mendengar bicara lembut dari lelaki yang berada dihadapannya itu.

“Alia minta maaf sekiranya Alia menyebabkan hidup abang menderita. Tapikan, apa kelebihan Alia yang abang nampak sehingga abang tidak dapat melupakan Alia,” Alia bertanya lembut. Sudah lama dia ingin bertanya soalan tersebut.

“Entah. Abang sendiri pun tidak tahu mengapa begitu sukar hendak melupakan Alia. Mungkin sebab....” Syah mendiamkan diri sejenak. Kemudian dia tersenyum.

“Sebenarnya... abang memang tak pernah berniat untuk melupakan Alia pun. Dan sepanjang kenal Alia, abang tak nampak pun kelebihan Alia. Kenapa abang suka sangat kat Alia, ye?” Syah garu dagunya sambil merenung wajah Alia yang sedang bercekak pinggang sambil mengertap bibir. Geram mendengar kata-kata dari mulut Syah. Beberapa saat kemudian Syah tergelak bila melihat wajah Alia kemerahan menahan marah.

“Abang ni,kan? Huh!!!!! Menyakitkan hati. Alia pun tak tahu mengapalah Alia jatuh cinta pada abang,” Alia gelang kepala. Syah tersentak.

“Apa Alia sebut tadi? Abang kurang jelas,” Syah mendekatkan telinganya ke muka Alia. Alia angkat kening. Hairan dengan perlakuan Syah.

“Apa dia?” Alia pula bertanya.

“Alia sebut apa tadi? Abang ada dengar sesuatu dari mulut Alia tadi.” Syah memandang tepat ke wajah Alia. Alia kerutkan dahi. Mengingati kata-kata yang keluar dari bibirnya sebentar tadi.

“Menyakitkan hati?” Alia garu keningnya sambil berfikir. Syah geleng kepala.

“Bukan. Yang last tadi,” Alia garu kepala berfikir sejenak.

“Apa yang abang dengar?” Akhirnya Alia bertanya. ‘Apa ye? Apa aku yang sebut?’ Bisiknya dalam hati.

“Alia jatuh cinta pada abang? Sejak bila?” Alia tersentak. Wajahnya merah sekali. Tidak menyangka Syah akan bertanya soalan tersebut.

“Errrrr....Mana ada,” Alia berdalih. Syah tersenyum. Alia kelam-kabut.

“Errrr...Alia nak balik. Dah lambat ni. Nanti bising pulak abang Alim,” Syah merenung tajam Alia yang tergopoh gapah masuk ke dalam kereta. Sebelum sempat Alia masuk ke dalam kereta, Syah terlebih dahulu menarik tangannya hingga menyebabkan kedudukan mereka bertentangan. Alia tunduk memandang kaki. Tidak sanggup bertentang mata dengan Syah. Degupan jantung semakin tidak menentu.

“Sejak bila Alia cinta abang?” Syah bertanya lagi. Alia masih mendiamkan diri. Syah sentuh dagu Alia dengan lembut kemudian mengangkat wajah yang sedang tunduk itu. Mereka berbalas renungan.

“Alia tak tahu,” Perlahan suaranya keluar dari mulut. Syah tersenyum.

“Abang cintakan Alia sejak pertama kali berjumpa. Sewaktu Alia terlanggar abang dan meminta maaf pada abang,” Syah tersenyum lagi. Alia kecilkan matanya. Tidak percaya.

“Tak mungkin. Waktu tu, abang marah Alia” Alia masih ingat lagi pertemuan pertama mereka.

“Mulanya. Abang tak berniat nak marah Alia. Bila abang nampak kawan-kawan Alia yang lelaki itu begitu mengambilberat tentang Alia, tiba-tiba abang rasa marah,” Syah bersuara tenang. Lama Alia mendiamkan diri sebelum tersenyum.

“Semuanya sebab abang cemburu ye?” Alia meneka. Syah tersenyum kemudian angguk kepala.

“Tapi, kenapa abang suka buli Alia masa kat sekolah dulu?” Alia menolak tangan Syah yang masih menggenggam tangannya. Tidak selesa bila beberapa pasang mata memerhati ke arah mereka.

“Alia lain dari yang lain.” Ujarnya perlahan. Alia angkat kening tanda tidak faham maksud kata-kata Syah itu.

“Yelah. Pelajar lain, berlumba-lumba hantar surat cinta kat abang, tapi Alia tak....... Dan, untuk pengetahuan Alia, abang ternanti-nanti, manalah tahu dapat surat dari Alia. Tapi ...Huhhhh...Alia buat abang kecewa je. Dan salah satu cara yang berkesan untuk mengingatkan Alia akan kewujudan abang, abang selalu sakitkan hati Alia,” Alia tergamam.

“Hahhhhh!!!! Saya nak hantar surat cinta? Mimpi disiang harilah abang ni. Jangan kata nak tulis surat cinta, karangan pun Alia malas nak buat.” Alia geleng kepala. Syah tersenyum lagi.

“Jum...Balik. dah lambat ni. Nanti tak pasal-pasal, kena kahwin free lagi,” Alia masuk ke dalam kereta. Syah tergelak.

**********************************

“Syah, jemput masuk. Kekasih hati kau mana?” Awan menjenguk ke dalam kereta. Syah geleng kepala melihat sahabatnya yang tidak bersabar ingin menatap wajah wanita kesayangannya. Dan sebaik sahaja Alia keluar dari kereta, Awan tergamam. Agak lama Awan merenung Alia yang tersenyum manis di sisi Syah.

“Aduh!!!!” Awan memandang wajah isterinya. Jelingan tajam yang isterinya lontarkan membuatkan Awan tersengih malu. Syah dan Alia hanya berbalas senyum melihat gelagat Awan dan isterinya.

“Masuklah. Jemput masuk,” Malisa dan Awan berjalan seiringan.

“Duduklah. Saya nak ke dapur sekejap,” Malisa menjemput tetamunya duduk.

“Biar saya tolong,” Malisa tersenyum bila melihat Alia mengekori langkahnya ke dapur.

“Mana anak-anak kakak?” Alia ramah sekali bertanya. Malisa tersenyum.

“Mereka keluar sekejap dengan pak su mereka. Kejap lagi baliklah tu,” Malisa membancuh air untuk tetamunya.

“Dah lama kenal Syah?” Alia angkat muka.

“Hahhh!! Owh!!!! Abang Syah....hampir sembilan tahun kami kenal. Tapi berpisah sekejap sebab dia sambung belajar kat luar negeri,” Alia menjawab perlahan. Malisa angguk kepala.

“Awan ada cakap yang Syah tu setia orangnya.” Alia tersenyum.

“Suami kakak tu, doktor jugak ye?” Alia ingin bertanya sesuatu. Dia seperti pernah berjumpa dengan lelaki yang menjadi sahabat Syah itu.

“Ye. Sama tempat kerja dengan Syah. Kenapa?” Malisa menyusun pinggan di atas meja. Alia angguk kepala.

“Macam pernah jumpa. Tapi saya tak ingat kat mana. Mungkin kat klinik,” ujarnya perlahan.
Sementara itu di luar, Awan memandang wajah Syah dengan perasaan ingin tahu.

“Mana kau kenal dia?” Awan bertanya. Syah menoleh sejenak ke arah Awan. Kemudian dia tersenyum.

“Semasa aku mengajar dulu. Kau tahu kan, aku pernah jadi guru sandaran. Masa tu, dia baru form five.” Awan tergamam.

“Jadi...dia bekas anak murid kau?” Syah tersenyum. Dia tahu itulah riaksi Awan setelah medengar cerita tentang Alia.

“Tapi betul ke, kau tak salah orang? Errrr....Maksud aku, kau dah siasat latar belakang dia? Sama ada dia dah kahwin atau dah ada anak?” Syah kerutkan dahi.

“Kenapa?” Syah pula bertanya.

“Dah berapa lama kau tak jumpa dia?” Awan cuba mencungkil rahsia.

“Lama jugak. Last kami jumpa 4 tahun lepas. Kenapa?” Syah masih tidak faham. Awan angguk kepala.

“Dia dah kahwinkan? Dah ada anak?” Syah terbatuk. Dia mernerung wajah Awan.

“Dia memang pernah kahwin, tapi tak pernah ada anak,” Syah berkata perlahan. ‘Mana mungkin Alia ada anak. Kami tak pernah buat perkara tu pun,’ Syah garu kepala yang tidak gatal.

“Aku pernah jumpa dia di klinik. Bawa baby. Kalau tak silap aku, beberapa bulan lepas. Sebelum Nura meninggaldunia. Anak dia demam,” Syah kehairanan. Setahunya, Alia tidak pernah ada anak. Beberapa saat kemudian, Syah tersenyum.

“Kenapa?” Awan pula kehairanan.

“Owhhh!!!Mungkin dia bawa anak saudara dia. Suriani.” Syah berkata perlahan.

“Suriani? Siapa tu?” Awan bertanya lagi.

“Anak abang dia. Bebapa bulan lepas, dia tolong jaga anak saudara dia tu. Sebelum dia dapat kerja, dia tolong jaga Suriani,” Awan angguk kepala.

“Betul? Tapi kau kata tadi, dia pernah berkahwin, suami dia mana?” Syah tersenyum lagi.

“Sorry. Aku tak pernah bagi tahu kau. Alia isteri pertama aku. Kami kahwin masa dia masih di sekolah menengah,” Awan tergamam.

“Hahhhh!!! Kenapa aku tak tahu?” Awan terkejut. Syah tersenyum dan perlahan menceritakan kisah mereka.

“Dialah wanita yang aku inginkan untuk menjadi isteri,” ucapnya perlahan. Akhirnya Awan tersenyum.

“Memang berbaloi kau setia pada dia. Kau nak tahu satu perkara?” Awan tersenyum.

“Apa dia?” Syah memandang wajah Awan yang tersenyum itu.

“Kau tahu tak, kami pernah berjumpa. Dua kali,” Syah tersentak.

“Iye? Bila?” Syah renung wajah Awan. Menanti kata-kata selanjutnya dari mulut Awan.

“Ye. Pertama kali, Ajmal hampir terlanggar dia. Habis bertaburan kertas kerjanya. Kalau tak silap aku, awal tahun ni. Dah lama dah. Kali kedua pulak, dia ke klinik bawa anak saudara dia tu. Aku ingat nak kenalkan dia dengan Ajmal. Manalah tahu ada jodoh dia dan Ajmal,” Syah tergamam. Wajahnya berubah. Awan tersenyum melihat perubahan wajah Syah.

“Kau cemburu?” Awan tergelak besar.

“Mana ada.” Syah memandang ke arah lain.

“Betul? Jangan nak tipulah. Muka tu, dah berubah warna aku tengok. Maknanya kau memang sangat menyintai dia,” Awan tersenyum bila melihat Syah turut tersenyum malu.

No comments:

Post a Comment