klik untuk ke blog di alam angker

Friday, April 23, 2010

ALiA

bahagian TERAKHIR


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
Alia tersenyum seorang diri. Teringat kenangan ketika bersama Syah buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Perlahan dia memeluk lengan Syah yang sedang nyenyak tidur disebelahnya.

“Dah sampai?” Syah bertanya sambil menggosok matanya yang masih terasa mengantuk.

“Belum.” Alia merenung wajah suaminya. Walaupun setiap saat mereka tidak berpisah, namun kerinduan tetap menghimpit jiwanya.

“i love you. Alia rindu sangat pada abang,” Ucapnya ikhlas sambil memeluk lengan Syah dengan erat. Syah tersenyum.

“Betul? Seronok abang mendengarnya. Takkan rindu? Hari-hari tengok abang masih jugak rindu?” Syah bertanya lembut. Alia angguk kepala. Syah mengucup dahi Alia yang tersengih itu.

“Sebenarnya, abang cinta sangat pada Alia dan abang rindukan Alia jugak. Tak sabar nak sampai rumah. Nak peluk Alia puas-puas,” Syah mengusik Alia. Alia tersipu malu. Seminggu selepas majlis perkahwinan mereka di rumah Syah, mereka pergi ke China untuk berbulan madu. Selama tiga minggu berada di China, hubungan mereka semakin erat.

************************************

“Hai...Saudari dah ambil nombor?” Alia tersentak bila di tegur ramah oleh seorang doktor muda. Mungkin doktor pelatih. Alia tersenyum.

“Takpe. Saya dah buat temu janji dengan Dr.Syah.” Jawabnya perlahan. Doktor muda itu tersenyum lagi.

“Owh!!!Dia masih ada pesakit. Tapi kalau awak nak cepat, saya boleh tolong,” Alia kerutkan dahi.

“Takpe. Saya sihat. Mereka kat situ perlukan pertolongan, saya tak apa-apa,” Alia menunding jari ke arah pesakit yang sedang menunggu. Pada masa yang sama pintu bilik Syah terbuka.

“Ok. Saya pergi dulu,” Alia terus masuk ke bilik Syah tanpa mengetuk pintu.

“Aih!!! Cepatnya awak masuk. Saya belum panggil lagi. Awak...” Syah terpaku bila melihat wajah Alia di depan matanya.

“ Alia?” Alia tersengih. Syah hairan.

“Kenapa ni? Abang ingatkan pesakit abang tadi. Masih ada dua orang lagi.” Syah bersandar di kerusi memandang wajah Alia yang tersengih itu.

“Alia tunggu kat situ. Bolehkan?” Alia minta kebenaran. Syah kecilkan matanya.

“Kenapa tak nak tunggu kat luar?” Syah bertanya hairan kemudian meneruskan semakan rekod pesakitnya.

“Errrrr...Ala...Tadi ada seorang doktor tu, cara dia tegur Alia macam nak mengorat je.” Syah angkat muka memandang isterinya.

“Siapa?” Alia angkat bahu.

“Sepatutnya, mereka semua kenal Alia. Siapa pulak yang tak tahu Alia ni isteri abang?” Syah garu dagunya. Alia jungkit bahu.

“Macam doktor baru je? Alia pun tak pernah nampak dia kat sini selama ni,” Alia duduk di kerusi menunggu.

“Mungkin pekerja baru. Alia tunggu abang kat bilik rehat tu. Duduk kat situ nanti mengganggu pesakit abang,” Alia tersengih.

“Mengganggu pesakit atau mengganggu abang?” Alia mengusik suaminya. Syah merenung tajam wajah isterinya.

“Yelah. Nanti tak tenang abang nak buat kerja. Gangguan,” Alia tersenyum dan berlalu ke bilik rehat. Selama 15 minit menunggu, akhirnya Syah menjenguknya.

“Okey. Dah habis. Mari,” Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan seiringan keluar dari bilik Syah. Banyak mata memandang ke arah mereka.

“Abang...dia yang tegur Alia tadi. Yang berdiri kat kaunter tu.... Jangan tengok dulu. Nanti dia perasan pulak,” Alia bersuara perlahan. Syah menjeling sekilas ke kaunter.

“Alia tunggu sekejap ye. Abang nak ke bilik Awan,” Alia angguk kepala. Beberapa minit kemudian Syah tersenyum menghampirinya. Sebelum sempat Syah menghampirinya, seorang jururawat terlanggar Syah. Mereka berpelukan.

“Errrr...maaf Dr.Syah,” jururawat tersebut tersipu malu. Syah tersenyum.

“Takpe. Lain kali hati-hati sikit,” Syah menghampiri Alia.

“Ehemmmmm....Sukalah kena langgar? Nampaknya, ramai peminat abang ye,” Alia bersuara keras. Syah berpaling ke arah isterinya.

“Apa dia?” Syah pura-pura tidak mendengar. Alia berdengus. Syah tersenyum sambil mencuit bahu Alia.

“Alia...tu..orang panggil.” Alia memandang ke arah yang di tunjukan oleh Syah. Dia berdengus marah bila terkena oleh Syah. Orang tua yang sedang menunggu giliran itu dikatanya memanggil dirinya.

“Dah. Jum...nanti lambat pulak. Tak sabar abang nak tahu keputusannya,” Syah menarik tangan Alia. Mereka berjalan menuju ke wad pakar sakit puan.

“Kenapa tak guna alat ujian kehamilan tu? Kan senang. Tak perlu menunggu lama kat sini,” Alia berasa bosan. Syah yang beria-ia ingin membuat pemeriksaan di hospital setelah Alia memberitahu bahawa dia sudah lebih sebulan tidak period.

“Abang pun teringin nak dengar doktor cakap ‘En.Syah...Tahniah!!! Encik akan jadi ayah tak lama lagi’. Tak sabar abang dengar,” Alia geleng kepala.

“Bagaimana kalau takde apa-apa?” Syah terdiam sejenak.

“Hermmmm...Takpe. kita berusaha lagi.” Syah bersuara perlahan. Mereka sama-sama mendiamkan diri sehingga nama Alia dipanggil. Syah menunggu dengan sabar di luar ketika Alia sedang diperiksa.

“Macamana doktor? Ok?” Syah menerpa ke arah doktor perempuan itu. Dia tersenyum. Alia juga tersenyum.

“Tahniah!!!!! Isteri awak mengandung lebih kurang 3 minggu. Dalam tempoh ni, kandungan dia mesti dijaga dengan elok. Tak boleh banyak sangat bergerak, kena banyak rehat.” Syah begitu teruja sakali. Tanpa sedar dia memeluk Alia dengan erat sekali dan mencium pipi Alia. Tersenyum doktor tersebut melihat gelagat Syah. Alia tunduk malu.

“Terima kasih sayang. I love you,” Syah gembira sekali.

“Abang, sudahlah. Tak malu betul.” Syah tersipu malu. Dia terlupa bahawa dia masih di hospital.

“Terima kasih. Doktor,” Mereka beredar setelah mengucapkan terima kasih pada doktor tersebut.

**********************************

5 tahun kemudian.

“Syah!!!!!!” Suara perempuan menjerit dari dapur. Kemudian bunyi derap kaki berlari ke dapur membuatkan suasana semakin bising.

“Ibu, ibu panggil kami?” Si ibu bercekak pinggang merenung satu persatu wajah dihadapannya.

“Siapa punya kerja ni?” Alia bercekak pinggang. Mereka yang berada dihadapannya mendiamkan diri.

“Syah Jihan, Syah Azlan atau Syah Aiman?” Syah tersengih sambil menunding jari ke arah anaknya.

“Ibu, abah tipu. Abah yang ajak kami berdua masak untuk ibu.” Syah Jihan bersuara lantang tanpa sempat dihalang oleh Syah.

“Okey. Sayang jangan risau. Nanti abang kemaskan. Tak baik sayang banyak sangat bergerak. Luka tu masih belum sembuh,” Syah memimpin tangan isterinya yang baru 2 minggu melahirkan sepasang anak kembar perempuan untuknya.

“Abang tak payah susah-susah nak memasak untuk Alia. Alia mampu buat semua tu.” Alia bersuara perlahan. Syah tersenyum. Dia tahu Alia mampu memasak untuknya dan anak-anak, tetapi dia ingin meringankan beban isterinya.

“Takpe. Abang mesti belajar. Lagipun, abang nak anak-anak kita biasakan diri dengan apa jua keadaan. Atia dan Aira dah tidur?” Syah mencium pipi Alia. Alia menjeling tajam ke arah Syah yang tersenyum. Atia Najwa dan Aira Najwa nama yang dipilih oleh mereka berdua untuk anak-anak perempuan mereka.

“Sudah. Alia nak minum air suam,” Syah membantu Alia duduk. Anak-anaknya hanya memerhati gelagat ibu dan abah mereka.

“Jihan, Azlan..tolong kemaskan dapur ni. Abah nak hantar ibu ke bilik,” Syah mendukung Alia menuju ke bilik mereka. Tiba-tiba Alia mencium pipi Syah lembut. Syah memandang wajah Alia.

“Tu hadiah sebab abang sayang pada Alia,” Ucapnya tenang beserta renungan lembut. Perlahan Syah meletakan Alia di atas katil.

“Terima kasih. Dan ini..tanda terima kasih abang pada Alia sebab sanggup bersusah payah melahirkan anak untuk abang.” Syah meragut mesra bibir Alia sehingga tidak menyedari perbuatan mereka menjadi tontonan anak-anaknya.

“Abah.....” Alia dan Syah tersentak. Alia tunduk malu bila mengenangkan adegan romantik mereka menjadi tatapan anak-anaknya.

“Abah dan ibu buat apa tu?” Syah Jihan bertanya selamba. Kanak-kanak berusia 4 tahun itu petah berkata-kata.

“Itu tanda abah sayang ibu kamu,” Syah masih memeluk Alia. Syah Jihan dan Syah Azlan garu kepala.

“Tapi....kenapa abah dan ibu cium kami kat pipi? Itu pun sayang jugak ye?” Syah Azlan pula bertanya. Syah Jihan angguk kepala. Alia tersenyum. Membiarkan Syah menerangkan perkara tersebut pada anak-anak mereka.

“Sayang abah pada Jihan dan adik-adik, lain, sayang abah pada ibu lain. Nanti bila kamu semua dah besar, kamu akan faham. Dapur sudah dikemas?” Syah sengaja menukar topik perbualan. Mereka berdua geleng kepala.

“Mari kita kemaskan dapur. Jangan ganggu ibu dan adik-adik,” Syah menarik tangan anak-anaknya lalu di bawa ke dapur. Alia tersenyum. Rasa syukur sangat sebab jodohnya dengan Syah kuat. Alia tersenyum lagi. Matanya memandang gambar perkahwinan rakan-rakannya. Masing-masing sudah berkeluarga. Dan yang paling dia tidak sangka, Ros dan Syah Amirul iaitu adik tiri kepada Syah Aiman bertemu jodoh semasa majlis perkahwinan mereka. Patutlah beria-ia Ros bertanya tentang keluarga tiri Syah. Rupanya dia berkenan dengan seseorang. Ros sekarang sedang mengandung anak kedua. Alia tersenyum bila mengenangkan kata-kata rakan-rakannya ketika melawatnya di hospital.

“Tahniah Alia. Hai...beruntung betul kau. Dua kali bersalin, dah dapat empat orang anak. Sakit dua kali je. Sudahlah, dua lelaki, dua perempuan. Hebat..hebat,” Imah geleng kepala. Mereka yang lain tergelak.

“Cikgu Syah...” Tanpa sempat Ros mengakhiri kata, Imah pula bersuara.

“Ni lagi sorang manusia yang tak tahu nak ubah panggilan. Abang Syah. Bukan cikgu Syah lagi. Kalau tak pun, panggillah Dr.Syah ke. Dah jadi adik ipar pun masih macam tu jugak,” Imah tolak bahu Ros. Ros tersengih.

“Upssss..Tak biasa. Kalau kau nak tahu cara dapat anak kembar tu, minta tunjuk ajar dari cik....errr..abang Syah,” Ros tergelak bila melihat Imah bercekak pinggang.

“Takde tip-tip yang baik. Rezeki Allah nak bagi kita terima,” Syah menjawab lembut sambil memeluk bahu Alia mesra. Mereka yang lain angguk kepala. Alia kembali ke alam nyata. Perlahan dia mengusap bingkai gambar mereka.

Imah dan Hafiz sudah mempunyai anak 3 orang. Maziah dan Ariy, Ajmal dan Sara juga sudah mempunyai dua orang anak. Ajay baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lepas. Fizan juga sudah bertemu jodoh dengan orang sama kampung dengannya. Pilihan keluarga. Gambar mereka ketika majlis perkahwinan Ajay direnung dengan rasa bahagia. Betapa persahabatan mereka begitu kuat sekuat jodohnya dengan Syah.


-Tamat-


Sekian. Harap semua berpuas hati dengan cerita ini. Sebahagiannya adalah rekaan semata-mata dan sebahagiannya pula adalah kenangan ketika saya di sekolah.



CERITA ASAL/LAWATI : http://hasilpenulisanku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment