klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, April 22, 2010

TAKDIR 

episode 22





“Mama, hari ni saya balik lambat sikit. Kawan-kawan saya ajak keluar. Boleh tak?” Shima bertanya pada ibu mertuanya.
“Keluarlah. Kamu dah lama tak luangkan masa dengan mereka.” Shima memeluk ibu mertuanya.
“Terima kasih mama. Saya keluar sekejap je. Saya pergi dulu,” Shima memandu perlahan kereta Perodua Viva yang baru dibelinya. Kereta Farrari merah pula sengaja ditinggalkan di rumah untuk kegunaan Pn.Aznah.
Shima melambai tangan pada sahabat-sahabatnya. Masing-masing saling berpelukan setelah hampir setahun tidak berjumpa. Semenjak ramai yang berumahtangga, masa mereka untuk bersama semakin terhad. Pada musim perayaan juga, mereka tidak dapat berkumpul lagi kerana masing-masing sibuk dengan ahli keluarga yang baru.
“Wah!!!! Makin cantik sekarang ye,” Shima menepuk bahu Normah.
“Hah!!! Baru tahu. Selama ni aku memang cantik, Cuma kau je yang tak perasan,” Normah berkata sinis. Shima tergelak.
“Macamana aku nak perasan. Tiap-tiap hari tengok muka kau je. Sekarang dah lama tak jumpa, baru nampak lain,” Shima tersenyum. Normah juga tersengih.
“Kau apa cerita. Aku dengar ada cerita tak baik tentang kau? Betul?” Shima tersenyum kelat. Walau dia tahu berita itu akan tersebar, namun dia masih belum bersedia untuk menceritakan masalah kepada rakan-rakannya. Shima tahu mereka mengambilberat tentangnya, tetapi, masalah keluarga bukanlah sesuatu yang boleh diceritakan kepada semua. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.
“Entahlah Mah, takdir hidup aku ni terlalu rumit. Sekejap je mengecap bahagia. Mungkin aku tak layak untuk bahagia seperti orang lain.” Shima menguis nasi ayam yang masih bersisa di dalam pinggannya.
“Sabar je. Berdoa pada Tuhan. Anggap semua itu ujian dari Allah S.W.T. Tandanya Allah sayangkan kita.” Normah menepuk bahu Shima. Rakan-rakannya yang lain sama-sama memberi sokongan.
“Kenapa kau tak cari lelaki lain? Kau masih cantik lagi ni. Kalau kau nak, nanti aku tolong cari. Cakap je, kau nak yang macamana,” Norlia angkat kening. Shima tersenyum.
“Orang cakap betul. Dia ketawa pula.” Norlia berkata marah.
“Terima kasih je, Lia. Aku malas nak fikir tentang perkara tu. Sekarang aku sedang seronok melayan anak-anak aku. Tak nak fikir tentang perkara lain. Lagipun, kalau ada pun lelaki yang nak kat aku, mahu ke dia terima anak-anak aku tu?” Shima tersenyum. Norlia mencebik bibirnya. Dia sebenarnya marah pada Shima yang terlalu akur dengan nasibnya.
“Lia...Lia.. kau nak cari calon untuk Shima? Sedangkan si Yusri yang setia menunggu dia pun sekarang dah mengalah. Dah bertunang pun. Hati dia yang satu tu, hanya milik suami dia selamanya,” Normah buat riak tidak puas hati. Shima tertunduk.
“Huh!!!! Kenapa kau tak lupakan saja lelaki tu? Shima...cuba buka mata tu luas-luas, tengok sekeliling. Masih ramai lagi lelaki yang baik kat dunia ni. Kenapa mesti menunggu orang yang memang dah lupakan kau. Jika cintanya kuat, dia tidak akan hilang ingat terhadap kau.” Norlia memarahi temannya. Shima tunduk. Terasa kelopak matanya semakin berat.
“Aku....aku .. aku dah cuba lupakan dia. Tetapi setiap kali menatap wajah anak-anak ku, aku akan teringat padanya. Lagipun, aku tak salahkan dia. Dia hanya hilang ingatan, dan aku berdoa semoga, bila ingatannya pulih kelak, dia akan datang padaku.” Shima mengesat airmatanya. Mereka yang lain hanya mampu mengeluh.
“Itulah susahnya kalau terlampau sukakan seseorang. Bila terjadi perpisahan, itulah perasaan yang akan ditanggung. Lebih-lebih lagi dia yang tak pernah bercinta.” Normah menepuk bahu Shima perlahan.
“Kau tahu perkembangan dia sekarang?” Rosmah pula bertanya setelah agak lama mendiamkan diri. Shima geleng kepala.
“Aku dengar, mereka belum berkahwin. Dan aku ada dengar desas desus mengatakan sebenarnya Mira tu belum bercerai lagi. Sebab tu mereka belum berkahwin semula,” Shima angkat muka.
“Betul ke? Maknanya, abang Azmy kena tipulah?” Shima bertanya cemas.
“Entah. Aku dengar cerita ni, dari kakak kawan aku yang bekerja kat syarikat suami Mira tu,” Shima angguk kepala.
“Dan kau, kenapa tak minta cerai je. Dah lama kamu berdua tidak berhubungkan? Aku rasa dia juga tak pernah memberi nafkah pada kau, kan? Lagi senang.” Rosmah memberi cadangan. Shima mengeluh. Apa saja anggapan orang sekeliling padanya, dia tidak peduli kerana dia sendiri keliru dengan kata hatinya. Dia lebih rela menyain surat kebenaran berkahwin lain dari meminta perpisahan.
“Aku yakin dia akan kembali padaku.” Rakannya hanya mampu menggeleng kepala. Hanya Shima yang tahu apa yang dia inginkan.

************************************

“Mira, bila lagi kita nak kahwin ni?” Azmy mengusap jari-jemari Mira. Mira tersenyum manis. Mereka berada dibilik hotel yang di tempah oleh Mira sepanjang mereka menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
“Kenapa tergesa-gesa. Errrr...Shima apa khabar?” Mira pura-pura bertanya. Sedangkan dia tahu Shima telah meninggalkan lelaki itu.
“Huhhhh!!!! I tak tahu. Dia pergi macam tu je. I tak berniat nak ceraikan dia. Tapi dia pergi jugak. Mama I pun ikut dia. I ada balik ke rumah mama I, tapi mereka semua dah pergi. Tak tahu mereka di mana sekarang.” Azmy bersuara lemah. Sebenarnya, jauh dilubuk hatinya, dia merindui isterinya itu. Dia keliru. Kadangkala, dia bermimpi Shima melambai tangan padanya dengan wajah sedih. Dan hampir setiap malam, tidurnya terganggu.
“Owh!!! Jadi you dan dia masih suami-isteri? Macamana kita nak kahwin?” Mira bertanya perlahan.
“Jangan risau. Sebelum dia pergi, dia dah sain surat kebenaran I kahwin lain.” Azmy tersenyum. Mira turut tersenyum. Tanpa segan silu Mira memeluk Azmy. Azmy tersentak. Rasa tidak selesa diperlakukan begitu. Mira pula sengaja memeluk Azmy dengan harapan lelaki itu tergoda padanya. Perlahan Mira mencium pipi Azmy. Azmy terkejut dengan tindakan berani Mira itu. Kenangan ketika bersama Shima bermain dimindanya. Dia memandang wajah Mira yang kini sudah berubah menjadi Shima.
‘Shima,’Bisiknya halus. Mira semakin mendekatkan wajahnya ke muka Azmy. Hampir dan semakin hampir.
“Mira!!!!!!!” Azmy dan Mira tersentak. Mereka menoleh ke pintu bilik dan Mira berdiri tegak melihat wajah tegang seorang lelaki yang mereka kenali.
“Kau...,” Azmy jatuh terduduk bila lelaki tersebut menerpa dan memukul Azmy.
“Zaki, sudah Zaki. Jangan pukul dia lagi,” Mira menarik tangan Zaki yang sedang mengamuk seperti orang hilang akal. Azmy mengerang kesakitan.
“Pergi. Aku masih belum puas lagi pukul lelaki tak malu.heii...kau, sekali lagi aku nampak kau jumpa isteri aku, aku bunuh kau.” Azmy meringkuk menahan sakit diperutnya yang menjadi sasaran sepakan Zaki sebentar tadi.
“Mira...apa semua ni,” Azmy menarik tangan Mira minta penjelasan. Mira melepaskan tangannya. Sekali lagi Zaki menumbuk muka Azmy sehingga menyebabkan Azmy terbaring. Kepalanya menghempap lantai. Kekecohan di bilik hotel itu menjadi tarikan penghuni yang lain. Azmy mengerang kesakitan kemudian tidak sedarkan diri.

***********************************

No comments:

Post a Comment