klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, April 14, 2010

TAKDIR 

episode 20




Shima merasa tidak selesa bekerja sambil diperhatikan oleh Azmy. Selepas kejadian malam semalam, Azmy asyik merenungnya.

“Boleh tak abang jangan tengok saya macam tu. Tak selesa,” Azmy tersenyum. Shima muncung mulutnya. Marah dengan kejadian semalam masih belum hilang.

“Shima masih marah?” Azmy bertanya lembut.

“Huhhh!!!!” Shima berdengus. ‘Perempuan mana yang tak marah, bila suami menyebut nama perempuan lain ketika sedang bermesra,’ Shima membebel. Azmy menghampiri Shima yang sedang menyediakan sarapan pagi mereka.

“Cantik Shima hari ni, nak pergi mana?” Shima menjarakan dirinya bila merasakan Azmy semakin dekat.

“Kerja,” Jawabnya sepatah.

“Owhhhh...Siapa yang nak jaga mereka berdua tu?” Shima menjeling tajam.

“Kenapa? Nak saya duduk kat rumah ni jugak? Lepas tu kita nak makan apa?” Shima terus mengemas dapur.

“Saya mana larat nak jaga dua orang sekali,” Azmy menarik lengan baju Shima.

“Mama yang tolong jaga.” Shima duduk sambil menikmati sarapannya. Azmy turut sama duduk memerhati Shima makan.

“Maaf pasal semalam tu. Abang memang tak patut sebut nama perempuan lain masa tidur. Abang janji, abang takkan buat lagi.” Azmy buat muka kasihan. Shima malas hendak melayan suaminya itu.

“Saya nak pergi kerja ni,” Shima beredar ke bilik. Mencium anak-anaknya yang sedang lena tidur. Dia terpaksa menyusahkan ibu mertuanya .

“Untuk papanya takde ciuman?” Azmy mendekatkan pipinya ke wajah Shima. Shima menampar lembut pipi Azmy.

“Papanya tak payah,” Shima mencapai tangan Azmy lalu mengucup syahdu. Azmy terus menarik Shima ke dalam pelukannya dan mencium dahinya. Shima terleka seketika berada dalam pelukan hangat suaminya. Degupan jantung Azmy yang kuat itu membuatkan Shima semakin erat memeluk Azmy. ‘Shima rindu sangat pada abang,’ Bisiknya dalam hati sebelum melepaskan pelukan. Azmy tergamam bila melihat mata Shima berair. Shima cepat-cepat beredar sebelum Azmy menyedari perlakuannya. Azmy merenung hairan ke arah Shima.

Sepanjang ketiadaan Shima, Azmy membelek album. Dia tersenyum melihat aksi Shima dan rakan-rakannya. Kadangkala dia cemburu bila melihat senyuman bahagia Shima bersama lelaki lain.

“Azmy, mama nak ke pasar sekejap. Tolong tengokkan mereka berdua tu. Mereka masih tidur. Kalau mereka terjaga, botol susu mama dah letak kat atas meja tu,” Azmy angguk kepala. Azmy menapak ke bilik tidur. Menjenguk anak-anaknya bimbang mereka terjaga.

“Kenapalah aku langsung tak ingat tentang mereka ni,” Azmy merenung sayang wajah-wajah comel itu.

“Assalammualaikum,” Azmy menjenguk keluar tingkap bila mendengar suara seseorang memberi salam.

“Mira,” Azmy terus berlari ke tingkat bawah. Gembira meliaht wajah orang yang dirinduinya.

“Hai!!!! I mengganggu ke?” Mira bertanya perlahan. Azmy geleng kepala.

“Masuklah.” Azmy mempelawa Mira masuk.

“Sunyi je rumah ni. Mama you mana? Anak-anak you?” Mira memandang sekeliling rumah yang tidak banyak bezanya dari dulu.

“Mama ke pasar sekejap. Anak-anak I di atas. Masih tidur,” Mira angguk kepala.

“You apa khabar? I dengar you lupa ingatan? Betul ke?” Mira merenung wajah Azmy. Azmy angguk kepala.

“Doktor cakap mungkin mengambil masa untuk sembuh. I hilang ingatan tentang 10 tahun kebelakangan ni,” Azmy dan Mira bercerita tentang apa saja.

“Oklah My, I balik dulu. Dah lambat ni,” Mira menghulur tangan. Azmy menyambutnya dengan senang hati. Beberapa kali Mira berpaling merenung Azmy. Azmy tersenyum sambil melambai tangan. Pada masa yang sama, kereta Pn.Aznah memasuki perkarangan rumah banglo itu.

“Mama apa khabar?” Mira menyalami tangan Pn.Aznah. Pn.Aznah menyambut dingin.

“Baik. Apa kau buat kat sini? Nak rosakkan rumah tangga anak aku lagi?” Ucapnya sinis. Mira tunduk.

“Saya hanya nak tahu keadaan Azmy. Itu je?” Mira menjawab perlahan.

“Tak boleh tunggu isteri dia ada di rumah? Kenapa datang waktu orang lain takde di rumah ni?”Pn.Aznah merenung tajam wajah Mira yang kemerahan itu.

“Aku tak suka kau datang ke rumah ni lagi,” Mira berlalu pantas. Azmy yang pada mulanya ingin mengejar Mira terpaksa berpatah balik bila mendengar suara tangisan anaknya.

****************************

“Assalammualaikum,” Shima memberi salam. Azmy dan Pn.Aznah menjawab serentak salam yang dihulur.

“Penat?” Soal ibu mertuanya. Shima tersenyum.

“Biasa je ma. Banyak kerja kat pejabat. Maklumlah, dah lama sangat cuti. Nak kena refresh otak lagi,” Shima memukul bahunya yang terasa lenguh sebab sepanjang hari berada dihadapan komputer.

“Mari. Abang tolong picit,” Azmy berdiri di belakang sofa yang diduduki oleh Shima dan dengan perlahan, Azmy memicit bahu isterinya. Shima membiarkan sahaja perlakuan Azmy itu. Rasa selesa dan nyaman membuatkan Shima hampir terlena. Beberapa minit kemudian, Shima berdiri tegak. Azmy hairan.

“Kenapa?” Soalnya terkejut. Shima geleng kepala.

“Budak-budak tu mana?” Shima baru teringat tentang anak-anaknya. Shima menepuk dahinya sebab terlupa seketika akan kewujudan anak-anaknya akibat terlalu leka bekerja.

“Mereka berdua tidur. Dah kenyang lepas menyusu, terus mereka tidur,” Pn.Aznah menjawab mewakili anaknya. Shima mengeluh.

“Saya naik atas dulu. Nak mandi,” Ucapnya perlahan. Azmy mengekori langkah Shima.

“Teruk ke kerja kat pejabat tu?” Azmy memeluk lengan isterinya. Shima tersenyum bahagia.

“Biasa je. Cuma banyak kerja yang tertangguh. Macamana hari ni? Ok tak jaga mereka ni?” Shima mencium dahi anak-anaknya.

“Alhamdulillah. Setakat ni, takde masalah,” Azmy duduk di birai katil.

“Tadi Mira ada datang ke sini.” Shima berpaling memandang wajah suaminya dengan riak terkejut.

“Owh!!! Ye. Kenapa?” Soal Shima selamba. Malas mahu memikirkan perkara lain.

“Nak tanya khabar.” Jawabnya tenang.

“Owh!!! Abang dapat ingat sesuatu tak hari ni?” Shima menyikat rambutnya yang semakin panjang itu.

“Takde apa-apa. Abang tengok album je hari ni,” Shima angguk kepala.

“Masa berborak dengan Kak Mira, abang tak teringat apa-apa ke?” Shima mengemas katil mereka. Azmy geleng kepala.

“Takpe. Perlahan-lahan.” Shima memeluk erat tubuh suaminya.

“Abang dah sembahyang?” Shima melepaskan pelukannya. Azmy garu kepala.

“Tak baik lupakan perintah Tuhan. Kita sembahyang sama-sama. Dulu, abang suka jadi imam Shima,” Shima tersenyum manis. Azmy angguk kepala.

******************************

No comments:

Post a Comment