klik untuk ke blog di alam angker

Friday, April 9, 2010

ALiA
bahagian 43


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


"Betul ke apa yang aku dengar ni?” Awan menggosok telinganya. Syah tersenyum bahagia.

"Kenapa? Muka aku ni macam pembohong?” Syah geleng kepala bila Awan tidak mempercayainya.

"Kenapa tiba-tiba? Tak pernah dengar kau bercerita tentang perempuan, tiba-tiba sebut pasal kahwin. Kenapa baru sekarang nak bagi tahu? Kenapa tak bagi tahu sehari sebelum kau kahwin? Tak perlu aku cari hadiah untuk kau.” Awan bersuara seperti orang merajuk. Syah tersenyum.

"Mama aku yang atur semua tu. Aku hanya perlu datang dan duduk kat atas pelamin. Itu saja,” Awan geleng kepala.

"Siapa perempuan malang tu?” Awan bertanya malas.

"Tak baik kau cakap macam tu tau?” Syah menumbuk bahu sahabatnya. Awan gosok bahunya yang dipukul oleh Syah.

"Yelah. Kahwin dengan lelaki yang takde perasaan ni, kau rasa perempuan tu akan bahagia?” Syah geleng kepala.

"Kami saling mencintai.” Awan tersentak. Syah tersenyum lagi.

"Maksud kau, perempuan misteri itu? Perempuan yang kau tunggu selama ni?” Syah angguk kepala dan tersenyum.

"Betul ke? Kau jangan main-main.” Awan masih tidak percaya Syah akan menamatkan zaman solonya.

" Hujung bulan depan majlis tu. So, aku akan cuti lama sikit. Dan, kau mesti datang,” Syah tersenyum bahagia.

"Kau dah jumpa dia?” Syah angguk kepala.

"Bila kau nak kenalkan aku dengan dia? Aku teringin nak tengok perempuan yang sangat kau puja tu,” Awan menepuk bahu temannya.

"Kawan, tengahari ni, aku nak keluar makan dengan dia. Jadi, aku tak dapat temankan kau. Kau carilah orang lain ye,” Syah tergelak. Awan geleng kepala.

"Apa punya kawanlah kau ni, jumpa awek, terus lupakan sahabat baik.” Awan menampar bahu Syah.

"Kami nak pergi cari pakaian pengantin. Kalau kau tak kisah, ikutlah,” Syah tersenyum bila melihat Awan angkat tangan.

"Tak nak aku. Aku dah serik. Dulu, sebelum aku kahwin, Malisa bawa aku pergi pilih baju pengantin, habis semua kedai baju pengantin dia masuk. Cuba semuanya, lastly, dia tempah pulak. Penat satu hari berjalan, akhirnya dia buat tempahan pulak.” Syah tersenyum.

"Ok. Aku pergi dulu,” Syah beredar.

*************************

“ Assalammualaikum.” Syah memberi salam.

“Waalaikumsalam. Abang dah sampai?” Alia bertanya perlahan.

“Ye. Abang tunggu Alia kat bawah,” Alia tersenyum manis.

“Ok. Kejap lagi Alia turun,” Jawabnya pantas sambil mengemas meja kerjanya.

“Abang tunggu. I love you,”Alia tersenyum panjang bila mendengar Syah mengucap cinta padanya. Terasa hatinya berbunga cinta.
Syah tersenyum bila mengingatkan dirinya yang tidak dapat mengawal mulut dari mengucap kata-kata cinta buat Alia. Dia bersandar di tepi kereta menanti Alia dengan sabar. Dari jauh Syah melihat senyuman manis dari bakal isterinya yang berjalan tenang menghampirinya.

“Maaf sebab lama tunggu,” Syah tersenyum lalu membuka pintu kereta untuk Alia.

“Kita pergi makan dulu. Lepas tu baru pergi cari baju pengantin,” Alia tersipu malu.

“Macamana kerja hari ni? Ok tak kerja kat situ?” Alia menoleh ke arah Syah sambil tersenyum.

“Biasa je. Cuma banyak yang perlu Alia uruskan. Tempat baru. Suasana pun baru. Ramai tak pesakit hari ni?” Alia merenung wajah Syah.

“Hari ni?” Syah garu dagunya.

“Abang tak pasti pulak. Hari ni fikiran abang melayang jauh. Rasa tak khusyuk berkerja,” Syah menjeling sekilas ke arah Alia. Alia kerutkan dahi.

“Tak baik abang buat macam tu.” Alia berkata marah.

“Abang pun rasa bersalah jugak. Terpaksalah menyusahkan kawan abang. Minta tolong dia gantikan tempat abang hari ni. Abang tak sabar nak jumpa Alia.” Syah tersenyum. Alia berdengus.

“Takdelah. Hari ni kurang sikit pesakit. Jadi abang cuti setengahari hari ni. Kalau tak, mungkin takde masa nak cari baju pengantin kita tu,” Syah tersenyum. Alia geleng kepala.

“Sabtu ahad kan ada,” Alia bersuara perlahan.

“Saja. Abang nak keluar makan dengan bakal isteri abang. Tak boleh ke? ” Syah tersengih. Alia geleng kepala.

“Ok. Dah sampai,” Syah menghentikan enjin kereta.

"Mari. Makanan kat sini sedap tau,” Syah membuka pintu kereta untuk Alia.

"Terima kasih,” Alia dan Syah berjalan beriringan memasuki restaurant Chili Peppers. Mereka menjamu selera dalam suasana tenang.

"Alia nak cari kat mana dulu?” Syah memulakan bicara setelah habis menjamu selera.

“Mana-manalah. Alia pun tak tahu nak mula dari mana,”Alia garu dahinya yang terasa gatal.

“Abang pun tak tahu,” Syah menompang dagu merenung wajah Alia.

"Tapi kan..... Biasanye.... orang perempuan pentingkan semua itu. Alia tak pernah mengikut Maziah dan Imah pergi pilih baju pengantin?” Alia muncung mulutnya.

“Takkanlah Alia nak ikut diaorang. Mereka pergi dengan pasangan mereka. Takkan Alia nak kacau daun pulak,” Syah tersenyum.

“Oklah. Kita cari perlahan-lahan.” Syah berdiri bersedia untuk membayar bil. Alia turut sama berdiri disisi Syah.

“Banyak duit abang? Abang belanja Alia ye?” Alia menjenguk Syah yang sedang mengeluarkan duit dari dompetnya.

“Kalau setakat nak belanja Alia, rasanya takde masalah. Alia bukannya kuat makan. Atau..... Alia nak belanja abang makan?” Syah bertanya nakal. Alia muncung bibirnya. Syah tersenyum. Mereka beredar meninggalkan restaurant tersebut dan mula mencari baju pengantin.

No comments:

Post a Comment