klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, April 27, 2010

TAKDIR 

episode 24




Hubungan Azmy dan Shima kembali seperti diawal perkahwinan mereka. Semakin Azmy cuba mendekatkan dirinya pada Shima, semakin Shima menjauh darinya. Tiada gurau senda dan tiada keceriaan dalam rumah tangga mereka.
“Mari...abang tolong hantar Shima ke pejabat,” Azmy menawarkan khidmatnya. Shima memandang sekilas wajah suaminya kemudian mengangguk perlahan. Oleh kerana keretanya berada di workshop, Shima terpaksa bersetuju untuk menumpang suaminya. Azmy tersenyum senang. Dia cuba memenangi hati Shima semula. Ketika Shima masuk ke dalam kereta, dia terpandang sejambak bunga mawar yang masih segar ditempat duduk sebelah pemandu. Keinginan untuk mengetahui pemilik bunga itu sangat kuat, tetapi Shima berpura-pura tidak berminat untuk bertanya. Azmy tersenyum bila menyedari perubahan di wajah Shima. Sedikit demi sedikit dia dapat melihat cahaya cinta diwajah isterinya. Dan dia yakin bahawa Shima masih menyintainya, dan mungkin Shima masih marahkannya.
“Tolong letak bunga tu kat belakang ye. Terima kasih,” Azmy mengerling ke arah Shima yang berwajah kelat disebelahnya. Dalam hati Azmy tergelak. Tahu bahawa isterinya itu ingin tahu siapakah gerangan pemilik jambangan bunga tersebut.
“Shima lapang tak tengahari ni?” Azmy bertanya lembut. Wajahnya tenang sambil matanya terus memandang ke depan.
“Tak.” Jawabnya sepatah. Azmy tersenyum. Berusaha melindungi rasa kecewanya.
“Ok. Takpe. Ingatkan nak ajak Shima lunch. Dah lama kita tak keluar bersama,” Azmy berkata sayu. Shima terus mendiamkan diri. Fikirannya masih terganggu dengan kehadiran jambangan bunga itu.
“Balik nanti tunggu abang tau.” Shima angguk kepala.
“Shima....errrr,” Azmy merenung wajah muram isterinya. Azmy mencapai jambangan bunga di tempat duduk belakang kemudian memberikannya kepada Shima.
“Untuk Shima,” Shima tersentak. Hendak menolak dia serba salah bila melihat wajah ikhlas suaminya.
“Untuk apa? ” Shima bertanya dingin. Azmy tetap tersenyum.
“Untuk isteri abang,” Ucapnya yakin. Shima berdengus. Walau hatinya berbunga riang, dia tidak mahu terpujuk dengan helah lelaki itu.
“Terima kasih. Tapi..jangan cuba pujuk saya lagi, saya tak suka,” Shima keluar sambil membawa jambangan bunga tersebut. Azmy mengeluh kecewa. Hati Shima terlalu keras untuk dipujuk. Azmy cuba untuk faham, Shima mungkin sudah serik mempercayainya lagi. Segala yang dia lakukan semenjak mereka kembali bersama semuanya dipandang sepi. Bermacam-macam perkara yang dilakukan untuk merebut kembali cinta isterinya, semuanya menemui jalan buntu.
Enam bulan berlalu tanpa ada perubahan. Shima tetap dengan pendiriannya. Masih bersikap dingin.
“Amir, sayang mama. Rindunya kat anak mama ni,” Shima menyua pipinya pada anak kecil itu. Dengan pantas Amir mencium pipi mamanya. Ketika itu mereka sedang bersantai diruang tamu. Hari cuti adalah masa untuk mereka meluangkan masa bersama.
“Amar pun sayang mama,” Amar pula mencium pipi ibunya. Tersenyum Shima bila melihat anak-anaknya begitu menyanyanginya. Terlupa segala penat lelah menjaga mereka ketika anak kecil itu masih bayi. Wajah Azmy yang sedang merenungnya dengan riak harapan membuatkan Shima rasa tidak selesa. Sepanjang enam bulan Azmy tidak pernah berputus asa memujuknya. Dia sendiri keliru dengan pendiriannya, bukankah dulu dia terlalu mengharapkan Azmy kembali padanya? Tetapi kenapa bila Azmy kembali, dia tidak dapat menerima lelaki itu sebagai suaminya.
“Papa sayang mama?” Azmy dan Shima tersentak. Mereka saling berpandangan
“Sayang,” Azmy menjawab terus sambil tersenyum. Shima menjeling tajam padanya.
“Kalau sayang, cepatlah cium mama,” Shima sekali lagi tersentak. Wajahnya merona merah. Azmy teragak-agak untuk melakukannya. Bimbang Shima semakin tidak suka. Shima gelisah. Dia juga takut hubungan dingin mereka dapat dikesan oleh anak-anaknya.
“Takpe. Nantilah papa cium mama.” Azmy menolak lembut bila melihat Shima tidak menunjukan minat. Shima angkat muka merenung wajah Azmy yang tunduk itu. Shima kecewa bila Azmy menolak permintaan anak-anaknya.
“Mama, mama sayang papa?” Shima pula terkejut mendengar soalan dari anaknya. Azmy menoleh memandang wajah Amir. Kanak-kanak berusia 2 tahun itu bertanya sambil tangannya masih bermain alat mainannya. Shima mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada anaknya. Amir mendongak memandang wajah mamanya.
“Cepatlah sayang mama,” Amar menarik tangan Azmy. Amir pula menarik tangan Shima. Azmy dan Shima saling berpandangan. Agak lama mereka berkeadaan begitu sehingga anak-anak mereka menolak tubuh mama dan papa mereka dan menyebabkan Azmy dan Shima saling berpelukan dan bibir Azmy mendarat di dahi Shima. Kemudian Azmy tunduk mencium pipi Shima yang sudah merona merah. Azmy tersenyum manis, tahu isterinya itu malu.
“Mama pulak,” Amir memaksa Shima mencium pipi Azmy seperti yang selalu Shima lakukan pada dia dan Amar. Perlahan Shima menarik wajah Azmy kemudian mencium pipi Azmy dihadapan anak-anaknya. Azmy tersenyum bahagia. Sementara Shima tunduk malu. Selepas itu, mereka sama-sama mendiamkan diri. Amir dan Amar melonjak riang dan memeluk papa dan mama mereka.
******************************
“Macamana ni. Tersangkut pulak. Sudahlah, lambat. Zip ni pulak, buat hal,” Shima berusaha menarik zip skirtnya. Terkila-kial dia cuba membetulkannya. Selepas melayan kerenah anak-anaknya semalam, Shima tidur lewat dan paginya dia terlambat bangun. Kelam-kabut dia menyarung pakaian sehingga zip skirtnya tersangkut.
“Sini. Abang tolong,” Azmy dengan selamba menolak tangan Shima. Shima tersentak tetapi tidak menolak. Agak lama juga masa yang di ambil untuk membetulkan zip yang tersangkut itu. Azmy duduk sambil tangannya masih berusaha membetulkan zip tersebut. Shima merasa tidak selesa apabila terasa tangan kasar itu menyentuh punggungnya, walau dia tahu Azmy tidak berniat untuk melakukannya.
“Ok. Dapat pun.” Azmy bersuara riang. Shima mengeluh lega.
“Terima kasih.” ucapnya lembut. Wajahnya merona merah bila merasakan tangan Azmy berada dipinggangnya. Perlahan Azmy mencium leher Shima yang terdedah itu. Shima menjerit halus. Azmy tersenyum.
“Errrrr...janganlah. saya nak turun kerja. Dah lambat ni,” Shima menepis tangan Azmy yang sudah berada dilehernya. Azmy tidak mempedulikan kata-kata Shima. Beberapa ketika, Shima membiarkan saja perlakuan Azmy itu.
“Nampaknya Shima masih tak berubah.” Bila merasakan Shima tidak menolak, Azmy memeluk Shima dengan erat sekali bagi melepaskan rindu yang semakin menggunung.
****************************
“Mama dah sarapan?” Shima menghampiri ibu mertuanya. Mereka sudah kembali ke rumah besar itu semula sebaik sahaja dia menerima Azmy enam bulan lepas.
“Sudah. Aih!!!!!..Shima tak kerja hari ni?” Pn.Aznah bertanya hairan. Biasanya, Shima turun awal ke tempat kerja memandangkan tempat kerjanya yang agak jauh dari rumah mereka. Wajah Shima merona merah bila mengingatkan kejadian awal pagi itu. Pada masa yang sama, Azmy turun dari tangga dengan wajah ceria.
“My tak turun kerja jugak hari ni?” Pn.Aznah bertanya pula pada anaknya. Azmy tersenyum bahagia.
“Errrr...cuti mama. Semalam tidur lewat, jadi terlambat bangun. Shima pun bangun lambat juga.” Shima tunduk memandang lantai. ‘Semua kerana dia, kita pulak yang jadi mangsa.’ Shima membebel dalam hati. ‘Semuanya kerana zip skirt tu. Dia pulak ambil kesempatan buat benda tu,’ Marah Shima dalam hati. Hatinya bertambah sakit bila melihat senyuman dibibir Azmy dan renungan nakal suaminya itu.
“Owh!!!!Patutlah bangun lambat. Kalau macam tu, ada harapanlah, mama dapat cucu baru ni,” Pn.Aznah tersenyum saat matanya menangkap kesan merah di leher Shima. Shima menyentuh lehernya kemudian wajahnya merona merah sekali lagi bila terpandang wajah Pn.Aznah yang tersenyum penuh makna kearahnya.
“InsyaAllah,” Azmy menjawab tenang. Shima menjeling tajam Azmy yang sedang tersengih itu.
****************************

No comments:

Post a Comment