klik untuk ke blog di alam angker

Monday, August 8, 2011

AZLI SHUKRI TODAY: Hancur Umat Islam Kalau Macam Ini - Ahli Akademik Melayu Sertai DAP



Kalau orang Melayu-Islam menyertai PAS - saya tidak hairan dan benci. Tetapi, apabila terdapat orang Melayu yang terang-terang menjadi ahli DAP, hati saya akan terus jadi panas. Ini jenis Melayu yang tidak guna dan tidak tahu apakah jenis ideologi pemikiran yang dipakainya. Di bawah ini saya petik daripada blog Agen DSAI, klik di sini.

Inilah contoh ahli akademik yang tidak ada otak untuk berfikir. Kalau benci UMNO sekali pun, janganlah sampai menyertai DAP - masuklah PKR atau pun PAS, itu lebih baik. Saya tidak pasti apakah ini merupakan salah satu strategi DAP dalam memancing undi orang Melayu dan apakah kemungkinan Dr Ariffin bakal menjadi calon parti tersebut dalam PRU ke-13 yang akan datang? Wallahualam. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 7 OGOS : Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum. Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.

"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.

RIDHUAN TEE: Perlukah Kementerian Hal Ehwal Bukan Islam?



My Photo

(Sinar Harian 8 Ogos 2011)

Menyambung bicara saya mengenai Ibrahim Ali minggu lalu. Segelintir ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional begitu anti dengan beliau. Misalnya, seorang perwakilan dalam Mesyuarat Agong MIC ke 65 membawa seekor katak, bagi tujuan menghina Ibrahim Ali atas tindakannya selama ini. Ini belum termasuk kenyataan Presiden MIC yang baru dilantik menjadi menteri penuh, mengancam akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika BN menerima parti lain yang mewakili masyarakat India. Kadangkala terfikir juga, bolehkah bukan Islam ini dipercayai? Atau mereka hanya mengambil kesempatan sahaja. Maaf, saya tidak kata semua.

Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican. Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Yang peliknya, bila berhadapan dengan bukan Islam, lembut gigi daripada lidah. Sesama Islam begitu keras sekali pendekatannya.

Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini.

Perancangan licik ini amat jelas walaupun penganutnya kurang dari sepuluh peratus. Mereka terus mendesak kerajaan mewujudkan Majlis Antara Agama, berbanding jawatankuasa sedia ada. Jika diwujudkan, pasti mereka akan mendominasi menenggelamkan agama-agama lain yang lebih ramai penganutnya.

Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies. Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Setiap hari cuti (ahad) saya lihat, pelbagai aktiviti diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan. Memperlihatkan seolah-olah syurga Kristian berada di sini, bukan di negara-negara barat. Itupun tidak cukup lagi.

Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama pribumi.

Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak supaya ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini yang telahpun tercapai walaupun, badan secara formal belum ditubuhkan.

Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan ‘berjaya’ walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan.

RIDHUAN TEE: Awasi dakyah Kristian



My Photo
Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakyah Kristian.


Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.


Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.


Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?


Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.


Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Sunday, July 31, 2011

Ariel DAN Luna Maya menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. | Artis-Politik-Malaysia

Ariel DAN Luna Maya menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. | Artis-Politik-Malaysia

Ariel DAN Luna Maya menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun.


Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. Peguam Ariel tidak boleh memberikan sebarang komen yang boleh memalukan Ariel dan nama Negara Indonesia. Tambahan lagi apa pun juga berita negatif dimana-mana mahupun yang ini akan mengaitkan Indonesia dan amnya.

Peguam Ariel juga memberitahu dia baru sahaja diberitahu tentang berita tersebut. Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia dikhuatiri akan membebankan anak guamnya. Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakaian seksi sambil beraksi lucah.

Golongan Sekular Benci Penerapan Syariat Islam di Mesir | [ arrayah.info ] Ar Rayah World News

Golongan Sekular Benci Penerapan Syariat Islam di Mesir | [ arrayah.info ] Ar Rayah World News


Golongan Sekular Benci Penerapan Syariat Islam di Mesir


ARRAYAH.INFO, Mesir, 31 Julai 2011 - Ribuan umat Islam berkumpul di Dataran Tahrir, Kairo sejak pagi Jumaat, 29 Julai 2011 untuk memenuhi seruan tokoh-tokoh berhaluan Islam.


Ini merupakan kali pertama tokoh-tokoh gerakan Islam menyerukan demonstrasi di seluruh Mesir sejak Husni Mubarak digulingkan dari jawatan presiden bulan Februari 2011 yang lalu.


Kebanyakan mereka menyerukan pembentukan negara berdasarkan syariat Islam sehingga menimbulkan kekhawatiran di kalangan golongan sekular di Mesir.


Para pendemonstrasi mengkehendaki penerapan syariah atau menyerukan pendirian negara Islam di Mesir.


"Islam Islam.. Bukan Barat atau Timur. Tidak ada Liberal atau Sekular" teriakan aktivis Salafi bergema di Dataran Tahrir. Lainnya berteriak: "Dengan jiwa dan darah kami akan membela Islam".


Mereka membentangkan bendera Mesir, menghilangkan lambang tengah berupa burung helang dan mengganti dengan kalimat tauhid: "لا إله إلا الله محمد رسول الله".


Kesedaran umat semakin meluas menunjukkan umat Islam hari ini semakin menginginkan penerapan syariat Islam oleh pemerintah.


Semoga Islam dapat dilaksanakan secara keseluruhan apabila Negara Islam Global (Daulah Khilafah) kembali ditegakkan di suatu hari nanti. Insya Allah, waktunya itu semakin hampir. [edit/arrayah.info/abuidris]


Sumber : http://nahdaproductions.org/in-focus/current-affairs/item/496-millions-in-egypt-call-for-shariah-29-july-2011-footage-and-images




Butiran gambar peristiwa :-







Wak Long@Man: UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENAHANAN / TANGKAPAN ( ARREST)

Wak Long@Man: UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENAHANAN / TANGKAPAN ( ARREST)


TIP MENAHAN PROVOKATOR PERUSUH BEERSHIT. KHAS UNTUK PATRIOT, PERKASA, PEMUDA UMNO NGO LAIN & ANGGOTA MASYARAKAT AWAM YANG CINTAKAN KEDAMAIAN BAGI MENUNJUKKAN YANG ANDA MEMBANTAH BEERSHIT.



SETELAH MENYAKSIKAN RAKAMAN KLIP VIDEO BETAPA BIADAPNYA PROVOKATOR PERUSUH BEERSHIT TERHADAP ANGGOTA KESELAMATAN (POLIS) SEOLAH-OLAH MEREKA LEBIH BERKUASA DARIPADA POLIS, DI ATAS KESEDARAN MENGENAI KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, SAYA TERPANGGIL UNTUK MENULIS ARTIKEL INI. ARTIKEL INI AMAT BERGUNA KEPADA MANA-MANA ANGGOTA MASYARAKAT YANG INGIN MEMBANTU PIHAK POLIS MENAHAN MANA-MANA PROVOKATOR PERUSUH BEERSHIT. KITA SUDAH JEMU DENGAN SIKAP DAN SIFAT BIADAP AGEN-AGEN PERUSUH BEERSHIT TERUTAMA SEKALI DARI DAP YANG BERSIFAT LEBIH SUDU DARI KUAH.

PERLANGGARAN DI BAWAH FASAL 2 PERKARA 10 & KESALAHAN DI BAWAH KANUN KESIKSAAN.

Pertama, kita sudah maklum bahawa perhimpunan BERSIH adalah melanggar Fasal 2 Perkara 10 , Seksyen 27 akta Polis dan merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Kanun Kesiksaan yakni merusuh di mana ianya adalah :-

1. Diadakan TANPA PERMIT;
2. Dianjurkan oleh sebuah persatuan NGO yang tidak sah berdaftar;
3. Merupakan cubaan merusuh di tempat awam;
4. Ianya bersifat mengancam keselamatan negara; dan
5. Ianya bersifat mengancam keselamatan awam.

Mengetahui jenis kesalahan yang dilakukan oleh saspek merupakan langkah pertama untuk membuat penahan ke atas saspek.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENAHANAN / TANGKAPAN (ARREST)


KANUN ACARA JENAYAH AKTA 593

Merupakan KANUN yang terpakai bagi prosedur dan cara-cara penahanan ke atas saspek dalam hal ini, mana-mana saspek yang hendak menyertai perhimpunan BERSIH.
















AZLI SHUKRI TODAY: Isu Kematian Teoh Beng Hock Selesai : DAP Punca Segalanya!

AZLI SHUKRI TODAY: Isu Kematian Teoh Beng Hock Selesai : DAP Punca Segalanya!


Sudah! Sahlah segala dugaan kita semua selama ini, bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah berpunca daripada DAP sendiri! Mereka lepas tangan apabila Teoh disoal siasat oleh SPRM kerana bimbang dikaitkan sama. Inilah hakikat cerita yang sebenar-benarnya. Segalanya berpunca daripada beban tugas yang terlalu banyak diberikan oleh DAP kepada Teoh, sehingga mengheret beliau ke kancah rasuah. Dengan kata lain, orang lain yang buat taik, orang lain pula yang kena basuh. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 28 Julai - Sekumpulan rakan mendiang Teoh Beng Hock mendakwa DAP turut bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.
Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim berkata, Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik. Malah katanya, tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.
"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya.
"Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Sidang akhbar itu turut dihadiri lima lagi rakan Beng Hock yang berbaju kuning dengan mendakwa pemakaian baju itu sebagai usaha membersihkan nama mendiang.
Allan pada masa sama mendesak Ean Yong supaya memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu. Katanya, mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.
"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup.
"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu," katanya.
Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang. Katanya, kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah.

Monday, July 18, 2011

Kickdefella

Kickdefella


Ancaman Nik Aziz Lebih Bahaya Dari Ancaman Komunis

18072011
Sebahagian daripada 600 ekar tanah yang dimajukan oleh Tauke Cina untuk Akademi Yakin
“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”

“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.
Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.
Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina yang kebetulan berada di tapak itu.
Tauke Budiman bersama rakan ‘barunya’
“Tauke, ini tanah atas nama Mazlan Abdul Ghani, betul ke,” tanya Johnson.
“Tarak tau, ini saya bayar sendiri….” Jawab Tauke yang bercakap dengan pelat Kedah.
“Tauke bayar… bayar sama sapa…” tekan Johnson.
Menurut penduduk-penduduk kampung, tanah tersebut diberi milik kepada Akademi Yakin, sebuah agensi Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi tanah itu terus dibangunkan oleh tauke cina dari luar Kelantan.
Ianya dikatakan melibatkan 3 blok dan yang menjadi kontroversi sekarang ialah apabila wakil dari pihak Kerajaan PAS Kelantan telah ‘menjual’ 1,000 ekar tanah itu kepada orang tengah dan kemudiannya diserahkan untuk dibangunkan oleh seorang tauke dari luar Kelantan.

Sunday, July 17, 2011

PENJELASAN SCORPENE TIDAK BOLEH SELAM | Military of Malaysia

PENJELASAN SCORPENE TIDAK BOLEH SELAM | Military of Malaysia




kapal selam Akula, 20 mati akibat kebocoran gas pemadam api
NOTA PENULIS : SAYA MOHON MAAF KERANA TIDAK UPDATE BLOG DISEBABKAN KESUNTUKKAN MASA DAN JUGA KERANA BLOG SAYA MENGHADAPI MASALAH TEKNIKAL SELEPAS UBAHSUAI THEME. SELEPAS INI SAYA AKAN UPDATE BLOG SEPERTI BIASA
1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, saya perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.
2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.
3. Orangramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.
4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.
5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”.
6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.
MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM
7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.

SiasahDaily: Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

SiasahDaily: Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat


Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.


Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.


Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.


Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.


Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."


Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.


Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.

Dr Mohamad Khir Toyo: Hiburan di i-City: Sandiwara Dua Khalid

Dr Mohamad Khir Toyo: Hiburan di i-City: Sandiwara Dua Khalid

Dr Mohamad Khir Toyo

Hiburan di i-City: Sandiwara Dua Khalid

1. Setelah membaca kenyataan YAB Menteri Besar Selangor mengenai I-City hari ini, saya tertanya-tanya apakah Tan Sri Khalid tidak mempunyai sedikit pun rasa malu dan bersalah apabila terus membuat kenyataan berbohong dan menipu? Atau mungkin majoriti rakyat Selangor terus rela diperbodohkan oleh Menteri Besar yang kononnya bijak ini?

2. Menurut Sinar Harian, Tan Sri Khalid semalam mendakwa kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang penganjuran program berbentuk konsert hiburan di i-City memandangkan adalah kawasan komersial yang telah diluluskan oleh kerajaan negeriu terdahulu.

3. Dalam satu ayat di atas sahaja Khalid telah melakukan dua pembohongan besar. Pertamanya, apabila beliau berkata tindakan kerajaan negeri terdahulu meluluskan kawasan komersial kepada i-City menjadikan kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang konsert. Sebenarnya kerajaan negeri pada bila-bila masa sahaja berhak menghalang konsert hiburan kerana ia di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri sama ada ia kawasan komersial atau atas tanah persendirian, mahu pun kerajaan.

4. Adakah Tan Sri Khalid ingin memberitahu rakyat bahawa kerajaan negeri tiada kuasa terhadap sebarang aktiviti atas tanah komersial? Jika kerajaan negeri boleh membatalkan banyak keputusan kerajaan negeri terdahulu mengapa pula ia tidak boleh membatalkan apa sahaja kelulusan di i-city - jika benar seperti dakwaan beliau kerajaan lalu yang meluluskan?

5. Lebih aneh kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menghalang kegiatan hiburan di i-City kerana diluluskan oleh kerajaan negeri, tetapi boleh pula memnukar kelulusan tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang disyaratkan di bina di i-City:

"SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City, sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin.

Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu di sini, akan menjejas usaha pemaju, I-Berhad, untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Selangor dekat sini.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=451738


16SX Pics-Aduhai.. Melayu Ku Mandi Bogel Beramai-Ramai Di 

Kolam


AS buka entry ni bukan berniat nak aibkan sesiapa sekalipun. Jauh sekali nak jadikan blog suci ini sebagai blog lucah! Ini blog AS, AS ada hak untuk bersuara yang mana AS rasa patut disuarakan.

AS cuma nak lahirkan rasa terkilan remaja-remaja melayu ini 

dimana mukanya boleh dikatakan wanita Islam yang dah

hilang jati diri nampaknya apabila sanggup bermandi 

beramai-ramai dalam keadaan separa bogel. Apa persepsi

penganut agama lain terhadap Islam dan kesopanan orang

melayu yang kita jaga selama ini?AS yakin jika mereka baca 
komentar ini, mereka akan memberi alasan bahawa hanya mereka sahaja di kawasan itu. Masalahnya, hangpa ambil telah ambil gambar secara beramai-ramai dengan posing murahan dan tayangkan kepada seluruh alam!



Wednesday, July 13, 2011


Sebenarnya,kita semua sedang dicaturkan






"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)





Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO,tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO,kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung.Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme.Apa kata Sosialisme?Memiliknegarakan kekayaan.Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan?Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta.Secara teori,kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi.Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini?Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme,demokrasi juga adalah utopia.Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan)!!!





Sedikit maklumat mengenai siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan). Hasil kajian maklumat yang diperolehi daripada beberapa sumber rujukan.

Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;

Wednesday, June 22, 2011


JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’ 


Mohd Aizam bin Mas’od 
Caw. Aqidah 
Bah. Penyelidikan JAKIM 


Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’ 
tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari 
2009
1
. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan 
kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan. 
Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi 
Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala? 
Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?  
Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui 
sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah. 
Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli  Sunnah Wal-Jamaah 
supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di 
Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan 
mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang 
juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. 
Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara 
dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan 
memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah 
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam 
tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. 
Justeru, apa pula  ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan? 
Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? 
Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu 
ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan 
mereka sendiri! 
Bid’ah Asyura tajaan Syiah 
Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari  memperingati peristiwa 
Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW 
pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW 
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi 
berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari 
apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana 
Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari 
itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk 
mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak  atas Musa daripada 
kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat 
Bukhari dan Muslim)  
                                                
1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_02.htm 


selanjutnya klik ikon di bawah:

Tuesday, June 21, 2011

Surat Tun M kepada MB Kelantan menjelaskan kenapa


Hudud sukar dilaksana di Malaysia




 

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994
 


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan(al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1.       Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2.       Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui,KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3.       Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4.       Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-

(i)       Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secocok dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii)       Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5.       Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam . Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6.        Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7.        Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994