klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

KEhebatan BAbi



setiap citaan tuhan ader kelebihan dan kekurangannya........

kisah nye begini:


Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...


Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."


Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara kegerunan."

Babi kata: "Wa La Weh.... Aku batuk skali aje, satu dunia panik beb!"

Beruang & Singa : Babi kau!!



hahahhaha........power tak babi.........

KISAH CINTA






Jenny ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat.
Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my heart.. I hav been crying until no more EYE WATER. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Jenny



KAMUS TETJEMAHAN:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN
PLAY-PLAY- MAIN-MAIN


kuang.....kuang......kuang!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 25, 2009


Skeptisisme: Manusia ke bulan?



Oleh PENOLONG EDITOR

ISS (International Space Station): ketinggian 360 km dari bumi – diduduki oleh para cosmonaut - astronauts (angkasawan)


Satelit MEASAT (prob) - ketinggian 35,786 kilometer (km) dari bumi


Bulan: 384,403 km dari bumi

Baru-baru ini NASA telah meraikan sambutan sempena ulang tahun ke-40 bagi pendaratan Apollo 11 ke bulan pada 21 Julai 1969. Empat puluh tahun telah berlalu, dan dikatakan bahawa Neil Armstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan pada Julai 1969.

Sebenarnya bukanlah mudah untuk manusia pergi ke bulan. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak harus melintasi radiasi yang dipanggil “Van Allen Belt”. Dalam pelancaran yang pertama, diberitakan bahawa angkasawan yang pergi ke bulan hanya selama 2 jam 30 minit.


Seperti yang kita ketahui, angkasawan Rusia, Yuri Gagarin merupakan manusia pertama (non-Muslim) yang berada di angkasa lepas pada 12 April 1961 setelah mengorbit di dalam kapal angkasa Vostok 1 sebanyak sekali pada ketinggian 302km di atas permukaan bumi dan kelajuan kira-kira 27, 840 km/j.

USSR yang pertama kali ke angkasa lepas namun tidak berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu temubual dengan Boris Valentinovich Volinov, bekas ketua cosmonout USSR, diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil “Van Allen Belt”.


Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani “Van Allen Belt” yang dipenuhi dengan radioaktif.

Radiasi dalam ”Van Allen Belt” boleh memusnah/mengganggu sistem elektrik dan elektronik dalam kapal angkasa termasuk sensor, litar bersepadu dan panel solar. Teleskop Hubble tanpa manusia yang melalui kawasan ini pernah terpadam sensornya beberapa kali.


Sekiranya radiasi ”Van Allan Belt” tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan Solar (solar flares) yang kerap terjadi di permukaan matahari telah lama memusnahkan Bumi. Flares adalah ledakan besar di atmosfera Matahari yang menyamai 66 juta kali ledakan bom atom Hiroshima.


Kesan “Van Allen Belt” terhasil dari pengaruh magnet dua kutub bumi ke atas persekitaran vakum di angkasa. Belt ini bertindak sebagai alat saringan sinaran-sinaran-sinaran merbahaya yang terhasil melalui matahari. Sinaran-sinaran merbahaya ini ada diantaranya hanya dapat disekat dengan blok plumbum setebal 3 kaki.


Di sini timbul persoalan kerana binaan plumbum di lunar dan command module pada misi apollo tidak diinspirasikan pada kapal angkasa Apollo 11. Oleh itu, angkasawan Amerika Syarikat yang didakwa ke bulan amatlah terdedah dengan sinaran-sinaran berbahaya yang dapat melumpuhkan sistem bio badan manusia biasa sehingga sampai ke suatu tahap pendedahan.


Oleh itu banyak pihak termasuk Rusia yang hanya menghantar objek angkasa (prob) tanpa manusia yang berjaya menghampiri Bulan adalah Luna 1, manakala objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan Bulan adalah Luna 2, milik agensi angkasa lepas Soviet Union (Rusia). Kedua-duanya adalah robot peneroka angkasa. Kesemua peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1959. Manakala kapal angkasa yang pertama mendarat di bulan adalah Lunar 9 (Rusia) dan Surveyor 1 (US) tanpa angkasawan.


Selepas itu stesyen angkasa pertama, Salyut 1 dilancarkan oleh negara Rusia. Salyut 1 dilancarkan dengan menggunakan roket Proton, pada 19 April 1971 di Baikonur Cosmodrome. Salyut 1 seberat 18.425 kg, dan berada di orbit hanya pada ketinggian 221 km.


Amerika Syarikat pula mula mengorbitkan Skylab yang merupakan stesyen angkasa pertamanya pada 14 May 1973 dengan menggunakan roket Saturn V di Kennedy Space Center dengan ketinggian orbit sekitar 438 km.


Ketika angkasawan-angkasawan Apollo 11 (1969) belum lagi mendarat di Lautan Pasifik (belum sampai ke bumi), Apollo 12 pula dilancarkan ke bulan pada 19 November 1969. Conrad dan Bean juga dikatakan telah membawa balik hampir 100 paun batu dan tanah dari bulan. Mereka juga telah meninggalkan alat pengkaji untuk menghantar data-data dalam tempoh yang lama.


Terbaru negara Jepun yang menghantar satelit yang bernama “Kaguya” pada tahun 2007 telah melakukan kerja-kerja pemetaan, meninjau permukaan bulan dan mengkaji medan magnetik dalam tempoh dua tahun. Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum Kaguya terhempas. Bayang-bayang panjang turut kelihatan pada permukaan bulan kerana kapal tersebut mendarat ketika matahari terbenam.

Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu. Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum Kaguya terhempas.

Tetapi apa yang menjadi misteri apabila tiada langsung alat yang ditinggalkan NASA alatan yang ditinggalkan pada tahun, contohnya bendera Amerika dan ‘kereta bulan’, tidak ditemui di tempat Apollo 11 mendarat oleh teleskop jepun yang mengelilingi bulan baru-baru ini.


Bulan tidak mempunyai atmosfera kerana daya tarikan graviti yang lemah tidak dapat memerangkap sebarang gas yang berhampiran dengan permukaannya. Malah suhu yang disinari matahari adalah 120 darjah Celsius dan di bahagian gelap bulan pula 170 darjah Celcius. Oleh sebab tiada air dan udara di bulan maka kesan tapak kaki angkasawan Amerika Syarikat dan kesan tayar kereta bulan Luna Rover seharusnya kekal selama beberapa ribu tahun.

Dan kini menimbulkan keraguan, iaitu setelah 40 tahun mengapakah NASA tidak menghantar angkasawan ke bulan semula? Bukankah teknologi NASA pada masa kini jauh lebih maju berbanding 40 tahun dahulu di mana komputer yang digunakan pada tahun 1969 di dalam Apollo 11 mempunyai memori sebanyak 32K jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini, malah boleh mendarat dan pulang dengan selamat dan baru merancang semula ke bulan pada tahun 2018? Bukankah dana mereka juga mencukupi?


Saintis-saintis angkasa sehingga kini mempertikaikan yang manusia pernah sampai ke bulan. Ini kerana, kapal angkasa zaman itu tidaklah secanggih yang ada sekarang ini (dikatakan sistem elektronik Appolo 11 setaraf sistem elektronik yang digunakan kalkulator Casio zaman ini sahaja.



sumber:http://islamhadhari.net/?p=3470

Monday, August 24, 2009


ISLAM JALANKU II




Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)

Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik
(Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan
dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology,
Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari,
bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada
Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih
dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan
penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat
kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina
untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas
sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah
kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian.
Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau
mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan
seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak
pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti
Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata,
"Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya
berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari
bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible)
jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam
Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).
" (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan
nabi Muhammad selepas nabi Isa).


(Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)

Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)



Michael Wolfe berasal daripada Amerika.
Ibunya ialah seorang Kristian
dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau
berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama
itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan
tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini
tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama
yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama
yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia
perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.
Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu
kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling
penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana
saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau
kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin
saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari."....
Antara buku yang beliau karang ialah 'The Hajj: An American's Pilgrimage
to Mecca' dan 'One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers
Writing About the Muslim Pilgrimage'. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003
kerana buku agama terbaik yang dihasilkan.


(Rujukan: http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)



Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)



Ruqaiyyah Waris Maqsood
dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK.
Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang
Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada
Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam
ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang
agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus',
'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan
beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan
dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986.
Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam
dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya.



(Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)



Disusun dan edit oleh Dr. Danial Zainal Abidin untuk mindasuper.com


ISLAM JALANKU

Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu....
Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar".


(Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml)



Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)

Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan." Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam...


(Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)



Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK)


Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, "Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah... Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara."


(Rujukan: http://www.idristawfiq.com/)



Saturday, August 22, 2009


SELAMAT


MENYAMBUT

RAMADHAN

AL MUBARAK

Friday, August 14, 2009

KISAH TAULADAN


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"


Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".


Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.


Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2..Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Subject:

Tips Untuk Wanita Yang Pertama Kali Melakukannya







1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3.. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan..

4. Dia akan memandang mata Anda dalam- dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilek, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda...

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda yaitu.....






8P dalam rumahTANGGA




1) P yang pertama ialah
'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah
'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah
'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili
'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud
'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah
'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah
'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca:

surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .


"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.



bahagikan ibubapa






Hayatilah kisah ini…….dan jagalah sebaik mungkin kedua ibu bapa kita sementara ada hayatnya……..


Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya
turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu.. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah.... oo...Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke
sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii..... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga

sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu
seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula
kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun

tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak
akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... " "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz

menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik
tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?.... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.. Sikap degil dan tak
mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah.. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing..

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat

Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan

menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang
duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun
sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap

abah macam kau ni!"



"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan

membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.



"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?,

telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.
Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.


"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.... Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi
abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan
dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun
habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri.
Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit
kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis...

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok

pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan

Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai
ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah

bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama... Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-
sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa
abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila

menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak

Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak

cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.

Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak

dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar

yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang

hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak....."

"Habis tu?" "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak.
Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya..

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali

kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az
dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia..

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang
jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan..."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan......"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh
kesyukuran..

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati
dengan perasaan gembira bercampur hiba..

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di
Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar

perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan
akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam
keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah.... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei..
"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari

mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat
kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia

gelihati.." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi
jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan..

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long

Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata..

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya...

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana,dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju
bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az..... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada
tepi pintu. "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya..

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan...

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu

mengelilingnya.. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik
haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak..

Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei
menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak

kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit
kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian
mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya
satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Wednesday, August 12, 2009


blom keTEMU jodoh???







orang kata jodoh akan datang dgn sendirinya. jodoh boleh dtg bila bila masa. bila x ngam jodh jugak yg jd mangsa............ hahahahaaa.....x der jodoh........ so bg sesaper yg nak cr jodoh dgrkan lagu nih..........

dari indon band : wali................







layan............