klik untuk ke blog di alam angker

Friday, October 30, 2009

PERANGKAP TIKUS






Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. 

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. 

Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. 

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. 

 Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. 

Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. 

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. 

Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 3

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Kalau ikutkan hati, aku malas nak pergi. Kau tahu, kan. aku tak minat perkara macam ni?” Mira mengeluh sambil menompang dagu di atas mejanya.


“Alah… kau ni. Bukannya kita perlu berada kat padang tu. Kita duduk kat bilik rawatan je.” Zuriana berkata marah.


“Sekurang-kurangnya, kau dapat tengok keikhlasan Mazlan tu.” Zuriana mengapi-apikan sahabatnya.


“Er… jangan bagitau dia aku ikut serta ye. Aku tak suka. Nanti asyik tengok muka dia je kat bilik rawatan tu.” Mira berpesan kepada kawannya. Mira menghulur sebungkus nasi lemak kepada Zuriana.

Ketika itu dia terpandang parut ditangannya. Kesan gigitan yang tidak hilang sejak 10 tahun yang lalu. ‘Ke mana dia pergi ye,’ Bisiknya sambil menyentuh parut itu. Terasa debaran didadanya semakin kuat saat parut itu di sentuh. ‘Masihkah dia ingat kat aku?’ Mira melayan perasaan.

Leka seketika sehingga gelagatnya di perhatikan oleh Zuriana.


“Hoi.. yang kau termenung ni kenapa?” Zuriana menolak bahu temannya. Mira tersengih. Terlupa yang dia bersama Zuriana.


“Cantik parut kau. Bila kau dapat tu?” Soal Zuriana. Sekian lama soalan yang sama ingin ditanya. Mira tersenyum kecil. Dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang parutnya itu.


“Ni, tanda persahabatan aku dengan seseorang.” Katanya sambil tersenyum.


“Tanda persahabatan atau tanda pergaduhan? Sampai macam tu sekali. Tentu sakit kan? Berdarah tak?” Zuriana bertanya bertubi-tubi.


“Mestilah sakit. Sampai berdarah dia gigit. Tapi lepas tu aku pulak gigit tangan dia. Baru adil,” Mira tersenyum.


“Siapa budak tu? Aku kenal ke?” Zuriana bertanya.


“Kau tak kenal. Ni lah tanda permulaan persahabatan kami. Selepas tu, kami jadi kawan baik. Baru kenal beberapa bulan, dia pulak berpindah. Dengar cerita ayah dia naik pangkat. 10 tahun dah berlalu, aku tak pernah dengar cerita tentang mereka lagi. Nama dia pun aku dah lupa.” Mira memandang ke depan.


“Hai Mira,” Mazlan menghampiri mereka berdua.


“Hai…” Jawabnya lemah. Lelaki tampan itu tersenyum manis. Mira tidak tahu kenapa Mazlan meminatinya. Sedangkan ramai lagi gadis lain yang terkejar-kejar cintanya, tapi Mira juga yang dia kejar.


“Cikgu Aliyah ada bagi tau tugas kau masa sukan kelak?” Soalnya sambil duduk dihadapan Mira. Merenung wajah bersih yang sukar untuk ditakluki hatinya.


“Owhhhh!!! Kau yang suruh Cikgu Aliyah beri tugas kat aku? Aku malaslah nak buat tu semua,” Mira menyandar di kerusi.


“Ye aku tau. Sebab tu aku suruh kau duduk kat bilik je. Mulanya dia nak letak kau jaga kat padang, aku bagi tau dia yang kau tak tahan panas.” Mazlan tersengih.


“Terima kasih banyak-banyak ye.” Ucap Mira separuh hati. ‘Nak ambil hati akulah tu,’ Bisiknya dalam hati. Mazlan tersenyum.



******************


Thursday, October 29, 2009

 KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 2 
oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Wah!!!!! Kalau kau kekalkan corak larian kau ni, aku yakin kau ada harapan menang pinggat emas tahun ni,” Suara Zainal memuji rakannya yang keletihan digarisan penamat. Seminggu lagi, sukan antara sekolah akan diadakan. Semua sekolah menengah bahagian Zon 8 akan turut serta.


“Aku tak yakin sangat sebenarnya. Kita tak tahu aku ok ke tak waktu tu kelak,” Akmal merendah diri.



Ala… Aku yakin kau ok.” Zainal berkata yakin. “ Akmal, Zainal… sini kejap,” Cikgu Hasnol memeanggil mereka berdua. Meraka berlari menghampiri guru sukan mereka.



“Ni kertas acara hari sukan tu nanti.” Katanya sebaik sahaja kertas tersebut sampai di tangan mereka berdua.
“Nampaknya acara kamu semuanya berturut-turut. Selepas 200m, kamu kena lari 4 x 400m lagi. Saya rasa awak tak perlu ambil 4 x 400m tu. Takut nanti awak penat,” Cikgu Hasnol berkata perlahan. Akmal membelek kertas acara itu. Agak lama dia mendiamkan diri.




“Saya rasa saya nak ambil 4 x 400m je. Dan main bola masa kedua. Boleh kan?” Akmal bertanya. Cikgu Hasnol merenungnya.



“Hehh… apa pulak tak ambil 200m? Larian kau ok apa. Lagi pun masa rehat pun banyak. 4 x 400m tu, lama tau.” Zainal memarahi temannya.



“Bagi orang lain pulak. Aku tak yakin dapat menang.” Dengan selamba Akmal menjawab. Zainal geleng kepala.



“Kalau macam tu, kita suruh Roland je yang ganti kamu acara 200m tu,” Akmal angguk kepala. Mereka meneruskan latihan tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain.


“Al, tengok…. Dia datang.. dengan lenggang lenggoknya… dia datang,” Zainal menyanyi bila melihat seorang gadis datang menghampiri mereka sambil tersenyum.


“Alamak!!!! Mati aku,” Akmal tersenyum kelat. Dia bersedia untuk melarikan diri, tetapi sudah terlambat. Faridah terlebih dahulu menarik bajunya.


“Hai Akmal. Sukanya tengok awak dalam keadaan macam ni. Bila berpeluh, awak nampak semakin seksi,” Faridah tersenyum sambil merenung manja wajah Akmal. Akmal garu kepala sambil tersenyum paksa. Zainal buat muka geli.


“Terima kasih. Errr… saya nak teruskan latihan ni,” Akmal memberi alasan.


“Kenapa asyik nak elakkan diri ni? Dah lama kita tak berborak. Rindulah,” Ucapnya tanpa segan silu menarik tangan Akmal.


“Akmal, aku akan ikut korang jugak. Cikgu Asmah yang pelawa. Aku boleh jaga peti kecemasan. Jadi, dapatlah kita bersama,” Faridah tersenyum senang. ‘Dia pergi jugak?’ Akmal tersengih. Dalam hati dia mengutuk Faridah.


“Akmal, cepat lagi. Kita nak teruskan latihan ni,” Jerit Zainal marah.


“Ok.” Akmal bersedia untuk beredar.


“Eh…. Kenapa cepat sangat. Saya belum puas lagi berborak dengan awak.” Faridah menjerit marah bila Akmal meninggalkannya.


“Apalah kau ni. Kau tak malu ke buat macam tu. Semua orang pandang kau. Kami nak berlatih bukannya nak melayan kerenah perempuan macam kau ni,” Zainal berkata marah. Zainal memang tidak suka akan perangai perempuan yang mengada-ngada seperti Faridah itu. Faridah berdengus geram dan menjeling tajam wajah Zainal.



“Maaf Ida, kami nak berlatih ni. Bila ada masa nanti, kita berbual,” Akmal berkata lembut. 

Malas mahu melayan kerenah Faridah. Faridah tersenyum bila Akmal berlembut dengannya.


“Ok. Jangan lupa tau,” Katanya sebelum beredar. Akmal, Zainal dan rakan-rakan yang lain meneruskan latihan mereka.


****************************



Wednesday, October 28, 2009


 KEMBALI PULANG
 bahagian 1
oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/






“Kalau nak main, boleh. Tapi….. dengan satu syarat,” Akmal tersenyum sambil memandang wajah rakan-rakannya yang juga sedang tersenyum. Mereka semua angguk kepala dan tersenyum nakal ke arah kanak-kanak perempuan itu.



“Apa syaratnya?” Soal Mira berani. Akmal masih tersenyum.



“Syaratnya ialah……. Aku akan gigit tangan kau,” Akmal menyambar tangan Mira lalu menggigit sekuat hati tangan lembut itu. Mira menjerit kesakitan. Airmata mengalir dengan laju seiring dengan suara tangisannya. Selepas menggigit tangan Mira, Akmal berlari entah ke mana bila ternampak darah di tangan Mira.


“Kenapa, Mira?” Puan Kalsom merapati anak jirannya itu.


“Akmal……. Akmal gigit tangan Mira.” Mira menangis teresak-esak.


“Akmal lagi. Budak ni nak kena agaknya. Mari ikut mak cik balik rumah,” Mira mengekori Pn.Kalsom. Pn. Kalsom mencuci luka tersebut. Jelas kelihatan 8 kesan gigi di tangan Mira. Pn. Kalsom menggeleng kepala bila melihat kesan gigitan itu.


“Ok. Nanti kalau Akmal balik rumah, mak cik pukul dia cukup-cukup. 

Nah minum ni dulu,” Mira minum air tersebut dengan rakus sekali. Beberapa minit kemudian, Akmal masuk ke rumah secara sembunyi-sembunyi. Tetapi perbuatannya dapat di kesan oleh Pn.Kalsom.


“Ha… Balik pun kamu. Sini..” Akmal menurut bila tangannya di tarik oleh Pn.Kalsom.


“Cepat minta maaf kat Mira. Kalau tak, jangan harap Akmal dapat main kat luar lagi,” Ugut Pn.Kalsom kepada anaknya. Akmal mencebik, dan cepat-cepat dia minta maaf. Akmal duduk di sebelah Mira sementara ibunya mengambil air untuknya. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Mira. Giliran tangan Akmal menjadi mangsa gigitannya.


“Aaaaaaaaa… mak…” Akmal menjerit. Kemudian kedengaran tangisan Akmal di ruang tamu rumah papan itu. 

Mira meminta maaf sebelum berlari pulang kerumahnya. Pn.Kalsom berlari ke ruang tamu bila mendengar jeritan Akmal. 

Dia tersenyum bila melihat Mira berlari setelah menggigit tangan Akmal. 

Kanak-kanak riang yang selalu menghiburkan hatinya itu memang nakal,sama seperti Akmal.



****************************************

Monday, October 26, 2009

LEMBU OH LEMBU




Ini lah hakikatnya LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...


1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.


2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.


3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.


4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.


5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.


6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.


7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.


8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.


9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.




10 ... lembu tak ada buang masa membaca artikel karut macam ni...


huahuahua...jangan mare ek!!! 

 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode terakhir





“En.Azlan, ada orang nak jumpa. Sekarang dia sedang menunggu Encik di dalam bilik tetamu,” Nura menyampaikan pesan.

“Ok. Terima kasih,” Azlan terus menuju ke bilik tetamu. Nura memerhati langkah Azlan yang kemas dan teratur. Dia tertarik dengan penampilan ketuanya itu. dan sikap Azlan yang sentiasa menghormati orang lain, biarpun mereka berpangkat rendah darinya. Dan ramai pekerja yang memujinya dan menghormatinnya.
Sebaik sahaja pintu bilik tetamu terbuka, Azlan tersentak saat pandangan matanya menangkap seraut wajah yang sedang dirinduinya. Gadis manis itu tersenyum.
“Kenapa awak? Tak sangka saya datang sini?” Soalnya manja. Azlan tersenyum sambil berjalan perlahan menghampiri gadis tersebut.
“Erma apa khabar? Lama tak jumpa?” Azlan menjemput Erma duduk.
“Baik. Dah lama Bang Lan tak datang rumah. Mama dah bising tau,” Erma tersenyum lagi. Azlan merenung lama wajah yang murah dengan senyuman itu. Agak lama mereka berbalas renungan.
“Errrr… sebenarnya, Erma ada hal nak bagitau abang.” Erma memulakan bicara setelah agak lama mendiamkan diri.
“Apa dia?” Soal Azlan tenang. Wajah Erma kelihatan sedih.
“Saya akan ke Australia minggu depan tak tahu bila akan balik ke sini. Sebab tu saya datang jumpa abang ni.” Serta merta wajah Azlan berubah. Direnung wajah yang sedang tunduk itu.
“Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi teman berbual saya semasa saya sakit dulu. Kalau tak kerana abang, saya mungkin takde semangat nak hidup lagi,” Erma menyeka airmata yang menitis di pipi. Berat rasa hati hendak mengucapkan selamat tinggal buat insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
“Kenapa ke Australia? Erma sambung belajar?” Soal Azlan perlahan sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Rasa kecewa kerana tidak dapat mengenali Erma dengan lebih rapat lagi.
“Saya nak cari kerja di sana. Lagipun papa dah benarkan.” Erma bersuara perlahan. Mengharapkan Azlan menghalangnya dari pergi. Namun semua itu hanya sia-sia, kerana Azlan tidak menyukainya.
“Jauhnya membawa diri. Sunyilah abang kelak,” Azlan merenung gadis manis itu. Rasa rendah diri menjarakan mereka. Azlan merasa dirinya tidak sesuai bergandingan dengan Erma yang sangat dikenali dan juga berharta.
“Errrr..abang…. sebelum Erma pergi. Erma ada perkara nak bagitahu abang,” Erma memandang wajah Azlan dengan riak tidak yakin. ‘Kalau aku tak luahkan, aku akan menyesal kelak. Kalau dia tolak, aku tak rugi apa-apa,’ Bisiknya dalam hati. Azlan menunggu dengan sabar.

“Saya cintakan abang,” Ucapnya perlahan namun masih mampu didengari oleh Azlan. Azlan tersentak, dia merenung Erma yang tunduk memandang lantai. ‘Betul ke apa yang aku dengar ni?’ Azlan pula tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Erma cakap apa tadi?” Soalnya inginkan kepastian. Erma tetap mendiamkan diri. Rasa menyesal ada jugak dan yang penting ras malu semakin menghimpit dirinya.
“Erma yakin dengan perasaan Erma?” Azlan bertanya.
“Anggap saja Erma tak pernah cakap. Erma minta diri dulu,” Erma segera mencapai beg tangannya dan bersedia untuk beredar.
“Tunggu,” Azlan menarik tangan Erma.
“Abang nak dengar sekali lagi. Ucap sambil pandang mata abang,” Azlan tersenyum. Erma terpana.
“Abang pun cintakan Erma, tapi abang tiada apa-apa. Abang tak beharta. Rupa pun tak hensem. Erma nak jugak?” Azlan bertanya sambil bergurau. Erma tunduk dan hanya bahunya sahaja yang kelihatan terangkat-angkat.
“Erma menangis?” Erma geleng kepala.
“Laaaa….Bisu pulak,” Azlan menepuk bahu Erma.
“Kalau Erma pergi, abang nak kahwin dengan siapa?” Erma angkat muka merenung Azlan yang tersenyum padanya.
“Abang….” Erma memandang wajah Azlan.
“Abang baru je nak suruh mak abang pergi pinang Erma Farhana binti Tuan Hj.Rashid untuk jadi isteri abang. Ingat nak batalkan bila Erma bagitau nak pergi jauh,” Erma pukul dada Azlan yang tersenyum senang.
“Abang jahat. Suka buat Erma sedih,” Erma peluk Azlan erat.
“Upsss.. tak boleh lagi. Batal air sembahyang,” Azlan menolak tubuh Erma. Erma tunduk malu.
“Terima kasih bang,” Azlan turut sama tersenyum kemudian ketawa bebas.
“So, macamana. Tak jadi pergi?” Azlan bertanya lagi. Erma geleng kepala. Kemudian mengeluarkan tiketnya lalu diserahkan kepada Azlan.
“Wah!!!! Hari ni nak pergi, baru nak cakap dengan abang?” Azlan mengoyak tiket tersebut tanpa sempat Erma menghalangnya.

“I love you,” Azlan pula mengucapkan kalimah keramat itu. Erma tersenyum bahagia.

“Terima kasih abang,” Mereka berbalas senyuman.


- Tamat-

Monday, October 19, 2009

CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 3



Sekembalinya ke tanahair, Azlan semakin sibuk dengan tugasan yang semakin mencabar sehingga dia tiada masa untuk menjenguk keluarga Tuan Hj.Rashid.

Setelah beberapa kali menolak jemputan dari Tuan Hj.Rashid, akhirnya Azlan tidak dapat menolak lagi dan sebetulnya dia juga sudah tidak terlalu sibuk. 4 bulan dia tidak bertemu dengan ahli keluarga itu dan itu maknanya, Erma juga sudah sedar selama 4 bulan.

Kehadiran Azlan di sambut mesra oleh keluarga Tuan Hj Rashid. Mereka membuat jamuan makan malam sempena ucapan terima kasih kerana Azlan sudi menjaga Erma ketika anak gadis mereka terlantar sakit selama lebih 8 bulan. Sepanjang berada di rumah tersebut, Azlan tercari-cari gadis yang telah lama tidak di tatap wajahnya. Sebelum menjamu selera, kerusi di sebelah Azlan kosong dan ahli keluarga tersebut tersenyum penuh rahsia padanya.

Sewaktu hendak makan, seseorang memberi salam. Azlan turut menyambut salam tersebut tetapi tidak memandang wajah orang yang sedang memberi salam itu.
Seseorang sedang duduk di kerusi kosong di sebelahnya dan pada masa yang sama Azlan mendongak dan gadis itu turut memandangnya. Mereka berbalas pandang agak lama sehingga dikejutkan oleh suara batuk ahli keluarga yang lain. Azlan tertunduk malu bila menyedari semua mata memerhati gelagat mereka.
“Terima kasih sebab jaga saya selama saya terlantar tidak sedarkan diri.” Suara gemersik menampar cuping telinganya. Azlan tersenyum mesra ke arah gadis tersebut. ‘Inikah Erma tu. Lain betul dari yang selalu aku tengok. Dia nampak lebih cantik dan wajahnya juga lembut dan tenang,’ Azlan berbisik di dalam hati.

“Tak perlu terima kasih. Saya ikhlas dan juga rasa bersalah menyebabkan awak terlibat dalam kemalangan hari tu.” Azlan berkata perlahan. Mereka yang lain tersenyum melihat gelagat Azlan yang pemalu itu. Erma turut tersenyum.
“Memang betul apa yang mereka cakap tentang awak.” Erma bersuara manja. Azlan terpinga-pinga dan mereka yang lain tergelak.
“Susah nak jumpa lelaki pemalu ni.” Farhan adalah orang pertama yang mengusik Azlan. Azlan hanya mampu tersenyum bila dirinya di usik oleh mereka semua. Gelak ketawa bergema di rumah banglo itu.
Azlan menghampiri Erma yang sedang duduk merenung bintang di langit.
“Berapa jumlah bintang tu?” Soalnya lembut. Erma tersentak lalu menoleh. Dia menghadiahkan senyuman paling manis buat lelaki itu. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar-debar saat menatap wajah bersih dan tenang itu.
“Tak terkira saya. Awak nak tolong saya kira?” Soalnya pula. Azlan tersenyum.
“Saya pun tak terkira. Banyak sangat.” Ucapnya perlahan. Erma tersenyum.
“Kita belum berkenalan dengan betul, kan?” Erma memandang lagi wajah tampan itu. Azlan angguk kepala.
“Baiklah. Kita mulakan, saya Erma Farhana,” Erma tersenyum menanti Azlan memperkenalkan diri. Azlan turut tersenyum.
“Azlan Syah. Orang panggil Azlan atau Lan. Ahli keluarga saya panggil Syah,” Azlan tersenyum manis.
“Owhhhh… Saya suka nama Syah tu. Boleh saya panggil awak Syah?” Soal Erma meminta kebenaran. Azlan tersenyum.
“Tapi itu untuk ahli keluarga saya sahaja,” Azlan sengaja mengusik Erma. Erma terdiam seketika. Kemudian dia bersuara.

“Kalau macam tu, saya nak jadi ahli keluarga awak juga. Saya nak panggil awak…… Abang Syah.” Erma membalas renungan Azlan. Debaran di hati masing-masing semakin kuat. Erma akhirnya mengalah.

“Takpelah. Kalau awak tak sudi saya panggil awak dengan nama tu,” Erma berkata perlahan pura-pura merajuk bila melihat Azlan mendiamkan diri. Azlan garu kepala yang tidak gatal.
“Ok. Awak boleh panggil saya macam tu. Adik saya pun panggil saya macam tu. Apa kata awak jadi adik saya?” Erma tersentak dan mendongak wajah Azlan. Beberapa minit kemudian Erma berdiri lalu beredar. Azlan hairan melihat tingkahlaku Erma yang tiba-tiba berlalu meninggalkannya. Azlan mengekori langkah Erma masuk ke rumah juga.
“Pak cik, mak cik, saya balik dulu.” Azlan meminta diri setelah agak lama singgah di rumah tersebut. Erma langsung tidak menjenguk semasa Azlan balik. Azlan pula tercari-cari wajah manis itu namun hampa.
Sebulan telah berlalu semenjak Azlan menziarahi keluarga Tuan Hj.Rashid. Namun bayangan wajah Erma masih segar diingatan.

‘Tak mungkin aku ada perasaan istimewa padanya. Terlalu capat dan aku sudah serik, kalau boleh aku tidak mahu bercinta dengan anak orang kaya,’ Azlan merenung kegelapan malam di hadapan rumah sewanya. Dan semenjak itu, dia menyibukkan diri dengan tugasan pejabat dan berusaha keras untuk berjaya kerana dia hendak membeli rumah pula. Bagi Azlan, dia berazam untuk mengumpul harta sebelum mendirikan rumahtangga. Kalau boleh, dia tidak mahu bakal isterinya susah payah mencari rezeki bersamanya.

*********************
“Lan, bila lagi nak datang ke rumah? Mak cik kamu dah bising, katanya pak cik tak jemput kamu ke rumah.” Tuan Hj.Rashid berkata perlahan semasa mereka menjamu selera di restaurant.
“Saya sibuk sejak kebelakangan ni. InsyaAllah, bila selesai kerja saya, saya akan jenguk mak cik sekeluarga.” Azlan tersenyum.
“Apa kata, Lan bekerja dengan pak cik je. Tolong pak cik uruskan syarikat tu. Nak harapkan abang Farhan kamu, dia tak minat langsung nak menguruskannya. Suami Hanis tu pun, sibuk dengan perniagaannya sendiri. Kalau kamu nak, pak cik akan beri jawatan pengurus kepada kamu.” Azlan tersentak. Namun, kemudian dia angkat muka dan menggeleng kepala.
“Maaf pak cik. Saya tak dapat terima. Saya tak layak menjawat jawatan tersebut. Lagipun, saya tak mahu mengambil kesempatan. Biarlah saya berjaya kerana usaha saya sendiri. Baru saya rasa puas hati,” Azlan berkata perlahan. Tuan Hj.Rashid angguk kepala menghormati pendirian Azlan.
“Baiklah. Pak cik tak nak paksa kamu. Tapi kalau kamu ubah fikiran, pintu syarikat pak cik tu sentiasa terbuka untuk kamu,” Tuan hj.Rashid memandang wajah Azlan.

************************* 

***bersambung

Friday, October 16, 2009


 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 2




Sudah hampir setahun Azlan dan Sarah berpisah. Sarah juga sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak Datuk Hamid. Azlan sudah tidak bekerja di Syarikat Sara Sdn.Bhd lagi. Dia mendapat tawaran bekerja di Syarikat Addin Sdn. Bhd. Sebagai Pegawai Executive. Mujur dia memanfaatkan peluang ketika bekerja di tempat lama dahulu dengan menyambung pengajian secara sambilan.

Kini Azlan mampu memiliki Proton Gen-2 warna biru metallic dan memudahkan dia hendak ke tempat kerja. Suatu hari, terjadi perkara tidak diingini, apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan melanggar Honda City milik seorang gadis. Lebih menyedihkan, gadis tersebut cedera parah dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk tempoh yang agak lama.

“Tuan, saya minta maaf kerana cuai sehingga menyebabkan anak tuan cedera parah.” Azlan memohon maaf. Wajah tua itu hanya tersenyum mesra.
“Sudahlah, nak. Memang nasib dia, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Pak cik tahu, kamu tidak bersalah. Laporan kemalangan tu mengatakan anak pak cik tu yang bersalah. Jangan risau,” Lelaki tua itu menepuk mesra bahu Azlan. Azlan geleng kepala.
“Tidak tuan, saya juga bersalah, kerana gagal mengawal kereta saya.” Azlan tetap merasa bersalah sehingga menyebabkan anak lelaki tersebut terlibat dalam kemalangan.
“Sebenarnya, kami yang menyebabkan Erma kemalangan. Kami memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Pada hari itu, dia keluar rumah dalam keadaan marah-marah sehingga dia hilang kawalan. Kamu jangan salahkan diri lagi. Doctor pun cakap dia sudah agak stabil biarpun masih belum sedarkan diri,” Tuan Haji Rashid tersenyum ramah. Hajah Aminah juga turut sama tersenyum melihat kerisauan anak muda itu.

Semenjak itu, Azlan sering berulang-alik ke hospital menjenguk gadis yang bernama Erma itu. Erma disahkan koma dan tidak tahu bila akan sembuh. Kedatangan Azlan juga disambut baik oleh ahli keluarga Tuan Hj. Rashid. Azlan senang dengan layanan yang diberikan oleh keluarga tersebut. Walaupun mereka kaya, namun rasa hormat dengan orang lain tetap ada dan mereka juga suka merendah diri berbeza dengan ahli keluarga Sarah.


“Buatlah macam rumah sendiri. Pak cik nak ke atas dulu.” Tuan Hj. Rashid menyuruh Azlan duduk sementara dia sendiri terus ke tingkat atas menuju ke bilik. Sementara menunggu Tuan Hj.Rashid turun, Azlan memerhati gambar-gambar yang digantung di dinding rumah banglo itu. Gambar keluarga. Azlan leka memerhati satu persatu wajah di dalam bingkai itu. Setiap mereka tersenyum mesra dan seraut wajah yang lembut menyapa matanya. Senyuman yang memikat, dan renungan yang menusuk ke dasar hatinya. Azlan segera melarikan anak matanya dari merenung gambar gadis itu. Namun seketika kemudian dia memandang lagi. Perasaan yang sama datang kembali.

“Hai, Azlan. Bila sampai?” Azlan tersentak bila di tegur oleh seseorang. Azlan berpaling.
“Hai. Abang Han. Saya baru juga sampai. Pak cik baru je naik ke bilik. Abang apa khabar?” Soalnya ramah. Farhan, anak sulong keluarga kaya itu. Dia memang ramah dan mudah mesra.
“Abang sihat. Isteri dan anak-anak abang pun sihat. Lan dah minum?” Soalnya sambil menjenguk ke dapur.
“Kak Mimah, sediakan air,” Laungnya dari ruang tamu.
“Macamana kerja? Ok?” Farhan bertanya sambil memandang wajah pemuda di sebelahnya itu.
“Alhamdulillah. Setakat ini ok. kadang-kadang je rasa susah sangat. Tapi nak buat macamana, dah kerja kita.” Azlan menjawab tenang. Farhan angguk kepala. Dia senang dengan perwatakan Azlan yang sederhana dan menghormati orang lain.
“Ha… Han, dah balik? Nisa dan budak-budak tu, tak ikut sekali?” Tuan Hj.Rashid menegur anak sulongnya.
“Tidak, Bah. Saya dari pejabat tadi dan tergerak nak singgah kat sini. Rupa-rupanya abah ada tetamu. Dah lama juga tak bersembang dengan Azlan ni.” Azlan tersenyum.
“Ye. Tu sebab abah ajak dia balik rumah sekejap. Baru tadi terserempak dengan dia kat hospital tu.” Tuan Hj.Rashid duduk sama. Kini sudah hampir 6 bulan Erma koma dan hubungan Azlan dan keluarga itu juga berjalan lancar. Ada keserasian antara mereka menyebabkan mereka mudah mersa.
“Lan, kamu selalu sangat ke hospital tu, kekasih kamu tak cemburu?” Soal Farhan tiba-tiba. Azlan terbatuk mendengar soalan yang tidak disangkanya itu.
“Siapa pulak yang nak cemburu. Kekasih pun takde lagi ni. Takde orang nak.” Jawabnya merendah diri. Farhan dan ayahnya tergelak bila melihat wajah Azlan yang merona merah. Malu mungkin.
“Mustahil orang tampan macam kamu ni takde kekasih. Takde orang minat?” Farhan mengusik Azlan yang jelas tersipu malu.
“Sekarang berapa umur kamu?” Soal Tuan Hj.Rashid.
“27 tahun, pak cik.” Jawabnya tenang. Walaupun perasaan malu bila di usik oleh Farhan masih bersisa lagi.
“Sama umur dengan Hanis. Anak nombor 3 pak cik. Erma tu, dia anak bongsu pak cik. Tahun ni dia dah 24 tahun. Dia manja dan sering menghiburkan kami semua. Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang yang pemarah dan degil semenjak dia belajar di Australia. Perangai dia berubah sama sekali. Dan pak cik berharap, kalau dia sedar nanti, pak cik akan jaga dia sebaik mungkin supaya dia kembali pada Erma yang ceria dan menghiburkan.” Azlan turut berdoa di dalam hati semoga Erma sedar dari tidurnya yang panjang itu.
Setiap hari, Azlan membawa sejambak bunga untuk di hadiahkan kepada Erma. Sebelum masuk kerja dan juga selepas habis waktu kerja, Azlan akan menemani Erma. Dia bercerita macam-macam dan juga membaca majalah atau surat khabar setiap pagi. Suatu hari, Azlan menerima panggilan dari Farhan yang mengatakan Erma sudah sedar dari koma. Ketika itu, Azlan tidak dapat balik ke Malaysia, kerana ada kursus di Beijing selama sebulan.

Walaupun rasa kecewa sebab tidak dapat berada bersama menyambut berita gembira itu, Azlan tetap berdoa semoga Erma sentiasa sihat walafiat. Azlan termenung seketika setelah perbualan mereka tamat. ‘Kenapa aku merasa sedih? Sepatutnya, aku gembira, sebab dia sudah sembuh dan keluarga dia sudah mampu tersenyum,’ Azlan bertanya pada dirinya sendiri. Sepanjang sebulan di Beijing, Azlan melawat tempat- tempat peranginan ketika tidak ada kursus. ‘Selepas ini, aku tidak akan berjumpa dia lagi, dan tidak dapat menatap wajah lembut itu,’ Bisiknya halus.

Azlan bingung dengan perasaannya. Rasa kehilangan sejak dia berada di Beijing, tetapi dia tidak tahu apa yang hilang itu.

                                                                                                                                                   ***bersambung

 CINTA tak KENAL siapa

oleh kaira syuma 

episode 1



“Sarah, tunggu dulu. Please, jangan tinggalkan saya.” Azlan menarik tangan Sarah. Gadis yang dicintainya sejak dua tahun lalu.

“Sudahlah, Lan. Saya dah letih menunggu. Saya sudah tidak menaruh harapan lagi pada awak. Kita berpisah saja. Ianya baik kita berdua. Tapi kita tetap berkawan. Saya tak boleh tunggu lama sangat dan umur kita pun semakin meningkat.” Sarah merenung wajah sedih itu. Bukan niatnya untuk berpisah dengan Azlan, pemuda itu terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Namun, dia harus akur dengan pilihan keluarganya untuk menjodohkannya dengan orang yang sama taraf dengan keluarganya. Begitu banyak rintangan yang mereka lalui sepanjang tempoh dua tahun ini, namun nampaknya, semua itu menjadi sia-sia.
“Saya tahu, saya tidak kaya seperti keluarga awak. Dan atas sebab itu, mereka menghalang perhubungan kita. Sungguh tak sangka, setelah saya cintakan awak sepenuh hati, ini kesudahannya.” Azlan berkata perlahan seolah-olah menyesal dengan apa yang telah terjadi. Sarah mendiamkan diri. Rasa bersalah kerana memaksa Azlan menerima cintanya dahulu.

Empat tahun lalu Azlan merupakan anak muda kampung yang mencari rezeki di Bandar. Pertemuan pertama mereka ketika Azlan menunggu bas untuk ke tempat kerja. Sarah pula baru keluar dari kereta dan tiba-tiba ada sebuah motorsikal di pandu laju dan hampir melanggar Sarah. Azlan yang melihat kejadian itu segera menarik Sarah ke tepi. Dan Sarah yang merasa terhutang budi pada Azlan menghulurkan salam perkenalan.
Pertemuan mereka bukan setakat itu sahaja, rupa-rupanya, Syarikat Nur Sara Sdn. Bhd. tempat Azlan bekerja adalah anak Syarikat Nur Fatin Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang dimiliki oleh ayah Sarah, Tan Sri Ahmad seorang ahli perniangaan terkenal di Bandar tersebut.

Semakin hari hubungan mereka semakin rapat dan Sarah mula meluahkan perasaannya pada Azlan. Bagi Azlan pula, menerima Sarah adalah sesuatu yang mustahil memandangkan mereka berbeza taraf. Lebih setahun Sarah cuba memikat Azlan sehingga Azlan akhirnya mengalah dengan kuasa cinta Sarah. Perhubungan mereka juga tidak berjalan lancar, kerana banyak penghalang. Terutama ahli keluarga Sarah sendiri yang mahukan anaknya berkahwin dengan lelaki yang sama taraf dengan anak mereka. Seringkali hati Azlan terluka dengan kata-kata yang dilemparkan oleh ahli keluarga Sarah. Akhirnya, apa yang ditakuti oleh Azlan terjadi juga.

“Maafkan saya, Lan. Bukan niat saya membuat Lan sedih. Tapi saya dah cuba hidup sederhana dan belajar hidup susah. Namun memang saya tak mampu, dan saya tak mahu awak kecewa suatu masa nanti. Lebih baik kita akhirinya dengan secepat mungkin. Segala kenangan bersama awak akan saya simpan dalam hati.” Sarah berlalu meninggalkan Azlan yang tertunduk lemah. Retak seribu hatinya mengenangkan cinta pertamanya tidak sampai kepenghujung.

‘Aku mesti kuat. Dia memang bukan jodoh ku. Aku tak layak bersamanya. Kalaulah dulu aku bertegas tidak menerima cintanya, mungkin semua ini tidak akan terjadi.’ Azlan berbisik sendirian.

“Hai. Beb, kenapa ni? Monyok semacam je aku tengok? Kena tinggal kekasih?” Suara Norman menampar cuping telinganya. Azlan hanya mampu tersenyum.
“Entahlah Man. Memang benar apa yang kau cakap dulu. Kami memang takde jodoh.” Azlan berkata perlahan. Norman duduk di sebelahnya sambil menepuk bahu temannya itu.
“Kau nak kongsi masalah dengan aku? Ceritalah, jangan simpan dalam hati,” Norman memang sahabat yang baik. Dia adalah teman serumah yang cukup memahami dan sering member nasihat yang berguna padanya. Kalau tidak kerana Norman, dia mungkin sudah menjadi salah seorang Mat Rempit. Dengan pengalaman yang cetek, hidup di kota besar itu, hampir membuatkan ramai pemuda hilang pertimbangan dan mudah terjebak dengan gelaja buruk.
“Keluarga dia nak jodohkan dia dengan anak kawan mereka. Aku dengar, anak rakan kongsi bapak dia.” Azlan tersandar lesu di kerusi.
“Sudahlah. Tak payah difikirkan lagi. Mungkin jodoh kau dengan gadis yang jauh lebih baik dan lebih cantik dari Sarah.” Norman menepuk bahu Azlan. Azlan tersenyum lemah.

“Ye. Harap-harap doa kau dimakbulkan.” Azlan turut berdoa di dalam hati.


                                                                                         ***bersambung
 

cerpen & novel

arini aku nak review sket untuk slot terbaru cerpen & novel....
semua karya adalah hak cipta terpelihara oleh penulis KAIRA_SYUMA.
semua karya juga tidak dibenarkan untuk dicopy dalam apa jua cara dan media
yang ada dimuka bumi ini. sila email ke angker09@gmail.com/angker04@yahoo.com
jika anda berminat dgn novel & cerpen tersebut.

sekian.

Wednesday, October 14, 2009

 SAPPY REMPIT
 

 SUATU KISAH

cerita dipetik dari kiriman email

Kejadian ini berlaku dalam tahun ini. Saya lakarkan kembali bagaimana saya mengenali pasangan suami isteri ini. Sebenarnya saya telah mendapat kebenaran dari mereka untuk menceritakan di RJ ini untuk dijadikan tauladan. (puas pujukkkkk..... baru setuju.... mereka juga warga RJ tapi tak pernah hantar posting..... malu kott..). Saya namakan isterinya Tina (nama samaran) dan suaminya sebagai Mizi( juga nama samaran).

Seperti biasa di hujung minggu saya akan menghadiri kuliah/ceramah agama bersama suami ataupun kakak saya ATEH (mungkin ada netters yang mengikuti kisah PESANAN IBU KEPADA ANAK-ANAK PEREMPUANNYA). Pada hujung minggu tersebut kami suami isteri menghadiri kuliah agama yang berasingan kerana saya ingin mengikuti Ateh ke kuliah agama di Masjid tempat tinggal beliau di Shah Alam. Selepas habis kuliah Ateh mengajak saya ke Kompleks PKNS untuk mencari jubah untuk anaknya yang sedang belajar TAHFIZ di Johor. Kira-kira sejam kami dua beradik meronda Kompleks PKNS tiba-tiba kami terpandang seorang wanita dalam lingkungan awal 30an sedang menangis di kerusi depan Bank. Ateh saya nie memang prihatin pantang nampak orang susah mulalah nak busybody. Tanya punya tanya rupa-rupanya beliau baru lepas bertengkar dengan suami dan suaminya tinggalkan dia di situ dan di suruh balik sendiri......... MasyaAllah apa punye suami nie........ tak sayang bini ke???? tanya saya dalam hati. Ateh suruh saya hantar Tina ini balik ke rumahnya si Subang Jaya.......(geram lak saya...... nape saya lak kena hantar tapi tak per tolong orang susah.. ini hari dia.....). Malangnya Tina tak mahu balik.... nak dipendekkan cerita Ateh ajak dia balik ke ru mah Ateh di Shah Alam. Sambil memandu saya perasan ada kereta mengekori kereta saya dan saya bertanya pada Tina, suaminya pakai kereta apa. Memang sah yang mengekori kereta saya adalah suami Tina. Saya buat dono jer....... lagilah saya drive gila-gila.....(hari minggu jalan lenggang).

Apabila sampai di rumah kira-kira 10 minit... ada panggilan untuk Ateh untuk menguruskan jenazah jadi saya pun ajak Tina gi ke rumah saya. Apabila sampai di rumah saya belum pun sempat masuk ke rumah suami Tina keluar dari kereta dan mengheret Tina masuk ke kereta mereka saya hanya mampu pandang saja sebelum tu saya sempat beri Tina no. handphone dan rumah padanya. Pada sebelah malamnya suami Tina talipon saya (mungkin dapat no tel. dari Tina) memberitahu supaya jangan benarkan Tina menumpang di rumah saya dan beliau menceritakan keburukan isterinya dan saya cuma mendengar saya dan beliau telah memberi no. taliponnya pada saya.

Dengan takdir Allah sebulan kemudian Tina datang ke rumah saya seorang diri dengan memandu keretanya sendiri dan tinggal dengan saya selama kira-kira 2 minggu. Sebenarnya mereka ini mempunyai dua cahaya mata berumur 5 tahun dan 2 1/2 tahun. Tanpa pengetahuan Tina suami saya telah menalipon Mizi meminta supaya membenarkan Tina tinggal bersama kami sehingga hatinya sejuk. Pada mulanya saya kurang setuju tapi suami saya memujuk mungkin ada hikmah mengapa Allah memilih rumah kami. Saya risau kalau-kalau Mizi menganggap kami campurtangan urusan rumahtangga mereka. Tanpa pengetahuan suaminya Tina selalu menjenguk anak-anaknya di rumah baby sitter untuk melepaskan rindunya selepas waktu kerja atau lunch time..... kesian..... kasih ibu....

Sepanjang Tina berada di rumah saya..... tak pernah sekalipun saya menasihati Tina kerana suami saya tak membenarkan saya menambahkan lagi kerunsingan Tina dan takut kalau dia lari ke tempat lain dan m elakukan perkara yang tak elok. Sebaliknya Tina menceritakan kesengsaran yang di hadapinya hidup bersama suaminya.... suaminya tak mahu menolong kerja rumah walaupun mereka sama-sama berkerja...... anak menangis pun dibiarkan tak mahu tolong pujuk........ dan berbagai-bagai keburukan suaminya yang dipaparkan hinggakan bab dalam bilik pun diceritakan (kene sensor nie...... baya.... baya......) tapi tak satupun kebaikan suaminya yang diluahkan. Saya hanya mendengar tanpa mengulas hanya saya katakan ini semua dugaan dariNya. Sehinggalah di suatu malam saya melihat Tina menulis sesuatu dan saya cuba bertanya:-

Saya : Tina tulis surat kat Mizi ke?

Tina : Tak lah.....(terus menangis)

Saya : Kenapa Tina tak suka duduk rumah Kak Su?

Tina : Kak Su...... Tina rasaaaa..... Tina bukan isteri dan ibu yang baik kak.......(nape lak nie.......... sambil menghulurkan kertas tulisannya pada saya)

Saya : Apa maksud Tina men ulis semua nie.......... rasa Kak Su ini semua berkaitan rumahtangga Kak Su......

Tina : Ya Kak..... Tina senaraikan semua yang Tina nampak dan Tina nak praktikkan bila Tina balik nanti..... Walaupun Kak Su tak pernah memberitahu Tina tapi perbuatan Kak Su sekeluarga lebih-lebih lagi cara abang mendidik keluarga Kak Su..... Tina rasa amat terharu..... Tina banyak kekurangannya Kakkkkk......(menangis lagiiiii oiiiii.......)

Saya : Tina.... apa yang Tina lihat dalam rumahtangga Kak Su sebenarnya banyak yang berlaku di luar sana mungkin Tina tak jumpa lagi...... baguslah kalau Tina nak praktikkan nanti...... semuga Tina berjaya dan menjadi isteri yang solehah......(kami berpelukan sambil menangis....)

Warga RJ nak tahu apa yang Tina tuliskan (kat RJ ni tak boleh attached terpaksa saya copy):-

1. Menyediakan sarapan pagi untuk abang dan anak-anak. Air suam untuk abang.
2. Menyediakan pakaian abang dan menyediaka n anak-anak ke sekolah
3. Pakaikan abang stokin, keluarkan kasut dan buka pintu rumah dan pintu pagar untuk abang (malu akuuuuuu.... ini pun dia tulis.. lah...)
4. Salam abang dan cium pipi (opsssss..... jangan lebih-lebih oiiiiii) mintak maaf segala kesalahan dan halalkan makan minum. Abang pegi keje.
5. Masak lauk kemudian simpan dalam petiais untuk makan malam takut petang tak sempat masak. (ini pun dia tulis.... hancusss)
6. Hantar dan menjemput anak ke sekolah
7. Petang balik dari kerja masak nasi dan panaskan lauk hidangkan makan malam kemudian kemas (detail betul dia tulis)
8. Solat berjemaah bersama anak-anak dan mengajar anak mengaji dan beri tazkirah pada anak-anak.
9. Semak buku sekolah anak dan ajar kerja sekolah
10. Baju sekolah dan baju abang basuh ngan tangan yang lain-lain masuk mesin basuh (nasib baik tak tulis seluar kecikkkkk)
10. Abang balik, buka pintu dan salam abang dan anak-anak semua bersalam dengan abang
11. Bukakan stokin abang dan simpan kasut di rak dan bawa briefcase abang naik atas
12. Sediakan air suam untuk abang. Abang makan roti tak makan nasi
(apalahhh........ laki aku makan pun dia tulis....)
13. Sidai baju, lipat kain dan gosok baju
14. Semua dah tidur, kemas rumah baru masuk tidur.


Tergelak besar saya..... macam buat nota sekolah lak.... biar betul dia nie....... malu bebenor saya. Cite kat suami... suami pun ikut gelak. Keesokkan harinya dia memohon untuk pulang kepangkuan suami dan anak- anaknya. Alhamdulillah....

Tina : Kak Su....... terima kasih kerana tumpangkan Tina dan banyak pengalaman yang Tina dapat daripada Kak Su sekeluarga. Saya : Apa yang dah Kak Su buat hinggakan Tina cakapa cam tu....?
(sekadar nak menduga) Tina : (sambil menangis) Tina rasa apa yang terjadi semua ni salah Tina........ Tina bukan isteri yang solehah kak.......(kami berpelukkan). Saya : Tidak......... Tina isteri y ang baik sebenarnya cuma belum cukup mendalami untuk menjadi muslimah.... insyaAllah Tina sedang ke arah itu sebenarnya...

Semasa melepaskan Tina untuk pulang saya berdoa dalam hati semuga Mizi menerima dia kembali kerana daripada perbualan saya dengan Mizi melalui talipon (Mizi selalu talipon handphone saya menceritakan keburukan Tina) ada ura-ura dia ingin berkahwin satu lagi cuma tunggu masa yang sesuai jer......

Selepas peristiwa tersebut saya tidak mendengar apa-apa berita lagi dari mereka berdua sehingga bulan September lepas, Mizi talipon saya di rumah

Mizi : Assalammualaikum Kak Su........ Kak Su sihat.... abang sihat..... anak-anak macamana sihat ke?????? (semacam jer.... bunyi suara mamat nie...... happy semacam.......... dah kawin baru ke???????
(masih lagi buruk sangka..... astagfirullah Solehah.... bertaubatlah). Saya : Alhamdulillah Mizi.... Kak Su sekeluarga sihat... keluarga Mizi macamana..... sihat ke??? ????? Mizi : Inilah Kak...... yang Mizi nak bagitau......... Kak Su....... Mizi rasa macam hidup kat dunia baru lak...... Saya : Arghhhhh............(biar betul dia nie....... dunia baru?????????? baru lepas hisap dadah ape ker?????? buruk sangka lagi...... beristighfarlah solehah!!!!) Mizi : Kak Su... Tina banyak berubah sejak balik dari rumah Kak Su..............(belum dia habis cakap saya dah potong) Saya : Mizi...... Kak Su dan abang tak pernah hasut Tina yang bukan- bukan, nasihatkan pun tidak.... kami cuma dengar jer apa yang dia cerita.... kalau Mizi rasa Kak Su dan abang bersalah...... Kak Su minta maaf banyak-banyak...... mintak maaf Mizi...

Mizi : Kak Su.... Mizi lum abis citer lagi.......... sebenarnya apa yang tak pernah dia buat selama nie.... dia buat contohnya..... bila Mizi pulang dia sambut Mizi tolong bukak kan pintu pagar dan salam........ anak-anak dia dah amik awal kalau dulu walaupun dia balik awal dia tak akan amik anak-anak tunggu sampai Mizi pulang..... dia bukakkan stokin........... dia sediakan air suam untuk minum....... kemudian dia naik atas sedikan tuala untuk Mizi mandi....... sediakan baju...... kalau Mizi belum solat dia akan bentangkan sejadah..... dia sediakan makan malam walaupun telur goreng ngan sayur jer.... dia mesti masak... dia tak bagi Mizi beli katanya makanan kat luar tak berapa bersih dan sihat untuk keluarga dia.....
(saya tersenyum sendirian).

Saya : Baguslah macam tu Mizi ada perubahan........

Mizi : Ada lagi Kak Su........(excitednya mamat nie.......) pagi-pagi dia bangun kul 5 am selalunya kul 6.30am baru bangun itupun liat..... sembahyang subuh selalu terlepas... Mizilah yang sediakan bakul anak-anak untuk dibawa ke rumah baby sitter. Tapi sekarang bila Mizi bangun semua dah sedia sarapan pun dah siap terhidang atas meja walaupun cuma roti ngan air teh jer..... kami dah tak beli kanan kat luar lagi..... .. layanan dia pada saya tiptop........... boleh bagi beratus-ratus bintang..... bukan lima bintang Kak Su...........

Saya : Hai...... puji melangit nampak.........

Mizi : Kak Su....(dengan suara sedih......... tadi bukan main ceria lagik.......) Mizi bimbang apa yang dia buat sekarang hanya sementara saja...... Mizi takut dia akan jadi seperti dulu......... Mizi rasa seolah-olah kami pasangan yang baru kawin walaupun dah 6 tahun.........

Saya : Mizi...... tugas suami bukan hanya memberi nafkah batin saja.............(geram ler.... tu.....) tugas suami membentuk keperibadian isteri....... memberi perlindungan dan juga menjadi pemimpin kepada isteri...... Jalankanlah tugas kamu sebagai suami yang soleh..... andainya kamu tak mampu mengajar anak-anak dan isteri kamu mengenai islam carilah guru dan jika tak mampu juga bawalah mereka kekuliah, ceramah dan juga majlis-majlis ilmu.... jangan biarkan mereka hanyut dengan duniawi....< BR Mizi : Betul Kak Su..... ini semua silap Mizi.......... Mizi tak mengajar isteri dan anak-anak Mizi tentang islam........ Mizi biarkan mereka... bila mereka buat silap Mizi marah....... berdosanya Mizi........ Kak Su...........(dengan suara sayu).

Saya : Jika Tina dah berubah baguslah bimbinglah dia............

Mizi : Satu perkara yang Mizi pelik..... nape setiap kali balik dari keje Tina sediakan air suam jer...... tak air lain........ ada rahsia ker????

Saya : (Saya tergelak) sebenarnya Mizi....... apa yang Tina lakukan adalah dia meniru cara Kak Su...... air suam tue....... kegemaran abang sebab abang tak suka air manis.... sepatutnya Tina kena sediakan air kegemaran Mizi bukan tiru Kak Su...(tergelak lagi.... Mizi pun ikut tergelak berdekah-dekah.....)

Mizi : Kak Su..... boleh Mizi tanya skit.......... Kak Su tak rasa dihambakan ker..... bila buat semua tu untuk abang.......

Saya : Sebagai seorang isteri ...... a palagi yang Kak Su harapkan cuma kasih sayang dari suami dan RAHMAT DARI ALLAH yang Kak Su cari....... entah esok lusa Kak Su mengadapNya........ terpulanglah pada abang untuk menjadi seorang suami yang soleh atau sebaliknya....

Sebenarnya posting ini saya draft bersama Tina dan Mizi yang mana sensitif saya delete. Pengajaran yang saya dapat, kita masih ada peluang untuk membaikki diri kita dan ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.

Wassalam

***Menurut kata Tina pada mulanya dia malu nak buat semua yang dia senaraikan tapi dia paksakan diri akhirnya dia berjaya lakukan. Alhamdullillah.
 
tentangkita09:semoga dijadikan tauladan dan sempadan kehidupan. 
duniakita








cerita tentang kepelikan kehidupan manusia: suka duka pelil pelik perangai tindak tanduk hiburan bosan tips khabar berita angin gosip gosip macam macam dan pelbagai.............

layan blognya kat sini : 
http://pelikduniapelik.blogspot.co

Tuesday, October 13, 2009

Dia mungkin berbohong



ADA banyak cara yang boleh kita pelajari untuk mengkaji seseorang yang suka berbohong. - Gambar hiasan




BANYAK 
cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.
Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.
Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:

NADA SUARA


Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

Enggan berjumpa


Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

Menyentuh hidung


Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut


Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap


Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

Pergerakan mata


Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin
tanda berbohong.

 Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan


Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.


http://www.kosmo.com.my 

Sunday, October 11, 2009

Bahana virus Rota




DR. KHOO PHAIK CHOO (kiri) dan Francis Del Val melancarkan kempen Operation Diaper di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TAHUKAH anda, hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus Rota sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun?

Sedar akan hakikat itu, satu kempen pendidikan, Operation Diaper telah dilancarkan oleh syarikat Farmaseutikal, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Malaysia (GSK) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kadar kelaziman jangkitan virus Rota. Kempen itu juga bertujuan menekankan kepentingan pencegahan sebagai sebahagian daripada komitmen bagi memperbaiki kehidupan.

Operation Diaper ingin meningkatkan tahap sensitiviti ibu bapa terhadap simptom-simptom jangkitan virus Rota dan kesannya terhadap anak mereka.

Virus Rota merupakan salah satu punca utama masalah cirit-birit dalam kalangan bayi dan anak-anak kecil. Menurut statistik global, kira-kira 440,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan virus Rota setiap hari.

Antara simptom jangkitan itu termasuk demam panas, muntah dan diikuti cirit-birit. Lazimnya, masalah demam panas dan muntah akan berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit bagaimanapun boleh berterusan sehingga tiga minggu.

Muntah yang berlanjutan dan cirit-birit membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu dehidrasi.

"Dehidrasi adalah satu masalah besar apabila dijangkiti virus Rota. Percaya atau tidak, dehidrasi tahap serius boleh membawa maut. Satu kajian telah dijalankan di Asia iaitu melalui Rangkaian Pemantauan Virus Rota Asia oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS).

"Hasil kajian menunjukkan kira-kira 57 peratus kemasukan ke wad akibat kes cirit-birit di Malaysia berpunca daripada jangkitan virus Rota," menurut seorang perunding dan pakar pediatrik dari Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Khoo Phaik Choo.

Sebagai penyakit yang mudah berjangkit, virus Rota boleh tersebar menerusi najis ke mulut. Penyakit ini biasanya berpindah daripada manusia kepada manusia menerusi barangan mainan serta objek-objek yang tercemar.

Virus tersebut sangat lasak memandangkan ia boleh hidup selama berjam-jam di atas tangan atau sehingga lima hari dalam persekitaran biasa.

"Biarpun membasuh tangan sangat penting, ia tidak bermakna bilangan virus yang ada akan berkurangan. Sebabnya, sabun biasa tidak boleh membunuh virus itu.

"Jadi, penting bagi ibu bapa berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah anak mereka daripada terkena jangkitan," tambah Dr. Phaik Choo.


Bentuk virus Rota dilihat melalui mikroskop.


Bayi berusia antara tiga bulan hingga 24 bulan paling cenderung terdedah kepada virus Rota. Kira-kira 71 peratus daripada kesemua kes virus Rota berlaku dalam tahun pertama kehidupan seorang bayi.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti pemberian susu ibu dan pembasmian kuman di kawasan bermain atau pada barangan mainan secara kerap harus dilakukan.

Pengambilan suntikan vaksin adalah kaedah pencegahan terbaik terhadap jangkitan virus Rota, lebih-lebih lagi pada awal usia seseorang bayi.

"Orang ramai perlu tahu impak penyakit yang dihidapi oleh seseorang anak ke atas ibu bapanya, sama ada dalam bentuk tekanan emosi atau bebanan kewangan.

"Secara puratanya, kos kemasukan ke wad untuk satu kes jangkitan virus Rota adalah sekitar RM750 di sebuah hospital bandar di Malaysia. Ini belum lagi termasuk kos lawatan pesakit luar atau perubatan serta kos-kos lain seperti lampin, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya," jelasnya.

Selain itu, masalah muntah dan cirit-birit yang serius juga akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan dan kerosakan otak.

Anak yang telah dijangkiti virus Rota harus segera mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan air di dalam badan. Pada kebanyakan masa, penggantian air itu perlu dilakukan menerusi intravena. Apapun mencegah lebih baik daripada mengubati. Suntikan vaksin perlu diberikan kepada anak sebagai pencegahan terbaik.

"Virus Rota boleh berlaku kepada hampir semua kanak-kanak. Namun, apa yang dikesalkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini dan cara-cara mencegahnya masih di tahap rendah.

"Jadi, Operation Diaper ingin mengubah keadaan ini menerusi kerjasama dengan golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Kami ingin mendidik ibu bapa tentang penyakit ini dan cara mencegahnya," ujar Naib Presiden dan Pengarah Urusan (Serantau) GSK Pharmaceutical, Francis Del Val.

http://www.kosmo.com.my




Thursday, October 8, 2009

4 MADU BERSAMA ATAS SATU KATIL.............

mesti sedapkan....ada 4 madu skaligus...wawawawa






PANTUN MALAS SEMBAHYANG yang manja

Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang, Pagi Kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang, Siksa neraka Cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!



jangan malas sembahyang tau!!!