klik untuk ke blog di alam angker

Monday, August 24, 2009


ISLAM JALANKU II




Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)

Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik
(Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan
dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology,
Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari,
bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada
Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih
dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan
penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat
kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina
untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas
sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah
kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian.
Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau
mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan
seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak
pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti
Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata,
"Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya
berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari
bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible)
jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam
Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).
" (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan
nabi Muhammad selepas nabi Isa).


(Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)

Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)



Michael Wolfe berasal daripada Amerika.
Ibunya ialah seorang Kristian
dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau
berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama
itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan
tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini
tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama
yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama
yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia
perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.
Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu
kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling
penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana
saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau
kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin
saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari."....
Antara buku yang beliau karang ialah 'The Hajj: An American's Pilgrimage
to Mecca' dan 'One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers
Writing About the Muslim Pilgrimage'. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003
kerana buku agama terbaik yang dihasilkan.


(Rujukan: http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)



Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)



Ruqaiyyah Waris Maqsood
dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK.
Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang
Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada
Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam
ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang
agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus',
'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan
beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan
dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986.
Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam
dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya.



(Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)



Disusun dan edit oleh Dr. Danial Zainal Abidin untuk mindasuper.com

No comments:

Post a Comment