klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, August 25, 2009


Skeptisisme: Manusia ke bulan?



Oleh PENOLONG EDITOR

ISS (International Space Station): ketinggian 360 km dari bumi – diduduki oleh para cosmonaut - astronauts (angkasawan)


Satelit MEASAT (prob) - ketinggian 35,786 kilometer (km) dari bumi


Bulan: 384,403 km dari bumi

Baru-baru ini NASA telah meraikan sambutan sempena ulang tahun ke-40 bagi pendaratan Apollo 11 ke bulan pada 21 Julai 1969. Empat puluh tahun telah berlalu, dan dikatakan bahawa Neil Armstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan pada Julai 1969.

Sebenarnya bukanlah mudah untuk manusia pergi ke bulan. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak harus melintasi radiasi yang dipanggil “Van Allen Belt”. Dalam pelancaran yang pertama, diberitakan bahawa angkasawan yang pergi ke bulan hanya selama 2 jam 30 minit.


Seperti yang kita ketahui, angkasawan Rusia, Yuri Gagarin merupakan manusia pertama (non-Muslim) yang berada di angkasa lepas pada 12 April 1961 setelah mengorbit di dalam kapal angkasa Vostok 1 sebanyak sekali pada ketinggian 302km di atas permukaan bumi dan kelajuan kira-kira 27, 840 km/j.

USSR yang pertama kali ke angkasa lepas namun tidak berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu temubual dengan Boris Valentinovich Volinov, bekas ketua cosmonout USSR, diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil “Van Allen Belt”.


Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani “Van Allen Belt” yang dipenuhi dengan radioaktif.

Radiasi dalam ”Van Allen Belt” boleh memusnah/mengganggu sistem elektrik dan elektronik dalam kapal angkasa termasuk sensor, litar bersepadu dan panel solar. Teleskop Hubble tanpa manusia yang melalui kawasan ini pernah terpadam sensornya beberapa kali.


Sekiranya radiasi ”Van Allan Belt” tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan Solar (solar flares) yang kerap terjadi di permukaan matahari telah lama memusnahkan Bumi. Flares adalah ledakan besar di atmosfera Matahari yang menyamai 66 juta kali ledakan bom atom Hiroshima.


Kesan “Van Allen Belt” terhasil dari pengaruh magnet dua kutub bumi ke atas persekitaran vakum di angkasa. Belt ini bertindak sebagai alat saringan sinaran-sinaran-sinaran merbahaya yang terhasil melalui matahari. Sinaran-sinaran merbahaya ini ada diantaranya hanya dapat disekat dengan blok plumbum setebal 3 kaki.


Di sini timbul persoalan kerana binaan plumbum di lunar dan command module pada misi apollo tidak diinspirasikan pada kapal angkasa Apollo 11. Oleh itu, angkasawan Amerika Syarikat yang didakwa ke bulan amatlah terdedah dengan sinaran-sinaran berbahaya yang dapat melumpuhkan sistem bio badan manusia biasa sehingga sampai ke suatu tahap pendedahan.


Oleh itu banyak pihak termasuk Rusia yang hanya menghantar objek angkasa (prob) tanpa manusia yang berjaya menghampiri Bulan adalah Luna 1, manakala objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan Bulan adalah Luna 2, milik agensi angkasa lepas Soviet Union (Rusia). Kedua-duanya adalah robot peneroka angkasa. Kesemua peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1959. Manakala kapal angkasa yang pertama mendarat di bulan adalah Lunar 9 (Rusia) dan Surveyor 1 (US) tanpa angkasawan.


Selepas itu stesyen angkasa pertama, Salyut 1 dilancarkan oleh negara Rusia. Salyut 1 dilancarkan dengan menggunakan roket Proton, pada 19 April 1971 di Baikonur Cosmodrome. Salyut 1 seberat 18.425 kg, dan berada di orbit hanya pada ketinggian 221 km.


Amerika Syarikat pula mula mengorbitkan Skylab yang merupakan stesyen angkasa pertamanya pada 14 May 1973 dengan menggunakan roket Saturn V di Kennedy Space Center dengan ketinggian orbit sekitar 438 km.


Ketika angkasawan-angkasawan Apollo 11 (1969) belum lagi mendarat di Lautan Pasifik (belum sampai ke bumi), Apollo 12 pula dilancarkan ke bulan pada 19 November 1969. Conrad dan Bean juga dikatakan telah membawa balik hampir 100 paun batu dan tanah dari bulan. Mereka juga telah meninggalkan alat pengkaji untuk menghantar data-data dalam tempoh yang lama.


Terbaru negara Jepun yang menghantar satelit yang bernama “Kaguya” pada tahun 2007 telah melakukan kerja-kerja pemetaan, meninjau permukaan bulan dan mengkaji medan magnetik dalam tempoh dua tahun. Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum Kaguya terhempas. Bayang-bayang panjang turut kelihatan pada permukaan bulan kerana kapal tersebut mendarat ketika matahari terbenam.

Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu. Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum Kaguya terhempas.

Tetapi apa yang menjadi misteri apabila tiada langsung alat yang ditinggalkan NASA alatan yang ditinggalkan pada tahun, contohnya bendera Amerika dan ‘kereta bulan’, tidak ditemui di tempat Apollo 11 mendarat oleh teleskop jepun yang mengelilingi bulan baru-baru ini.


Bulan tidak mempunyai atmosfera kerana daya tarikan graviti yang lemah tidak dapat memerangkap sebarang gas yang berhampiran dengan permukaannya. Malah suhu yang disinari matahari adalah 120 darjah Celsius dan di bahagian gelap bulan pula 170 darjah Celcius. Oleh sebab tiada air dan udara di bulan maka kesan tapak kaki angkasawan Amerika Syarikat dan kesan tayar kereta bulan Luna Rover seharusnya kekal selama beberapa ribu tahun.

Dan kini menimbulkan keraguan, iaitu setelah 40 tahun mengapakah NASA tidak menghantar angkasawan ke bulan semula? Bukankah teknologi NASA pada masa kini jauh lebih maju berbanding 40 tahun dahulu di mana komputer yang digunakan pada tahun 1969 di dalam Apollo 11 mempunyai memori sebanyak 32K jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini, malah boleh mendarat dan pulang dengan selamat dan baru merancang semula ke bulan pada tahun 2018? Bukankah dana mereka juga mencukupi?


Saintis-saintis angkasa sehingga kini mempertikaikan yang manusia pernah sampai ke bulan. Ini kerana, kapal angkasa zaman itu tidaklah secanggih yang ada sekarang ini (dikatakan sistem elektronik Appolo 11 setaraf sistem elektronik yang digunakan kalkulator Casio zaman ini sahaja.



sumber:http://islamhadhari.net/?p=3470

No comments:

Post a Comment