klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, April 7, 2010

Takdir 18

“Maafkan kami puan, suami puan masih koma. Kami dah cuba sedaya upaya. Jika suami puan bersemangat untuk hidup, dia akan sedar suatu masa nanti. Itu terpulang juga pada puan untuk membantunya,” Shima terduduk. Remuk hatinya bila mendengar kata-kata dari doktor yang merawat suaminya.

”Sabar Shima. Kita berdoa semoga Azmy cepat sembuh.” Puan Aznah memeluk tubuh menantunya.

”Semua ni salah Shima, Ma. Kalaulah Shima larang dia guna motorsikal tu, tentu tak jadi macam ni.” Shima menangis menyesali tindakannya. Hari pertama Azmy ke tempat kerja menggunakan motorsikal, dia terlibat dalam kemalangan jalanraya. Walaupun tidak mengalami kecederaan yang teruk dibadan, tetapi doktor mengesahkan terdapat ketulan darah beku di kepalanya. Menyebabkan Azmy tidak sedarkan diri.

Shima mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga suaminya. Dan setiap hari dia menjadi peneman setia suaminya di hospital.

”Abang, bangunlah, Shima ada berita gembira ni. Shima nak bagi tau abang sesuatu. Tapi abang mesti sedarkan diri dulu.” Shima menggenggam erat tangan suaminya. Namun Shima hampa. Azmy tetap kaku.

**************************

”Abang, doktor bagitahu, Shima mengandung. Abang tentu gembira,kan? Dan kalau abang nak tengok anak kita, abang cepat-cepatlah sedar.” Shima melekapkan tapak tangan Azmy ke perutnya, berharap Azmy merasai benih yang sedang membesar dalam rahimnya. Masih tiada respon.

”Takpe. Kalau abang belum bersedia nak bangun, abang rehatlah dulu. Shima nak ke tandas sekejap,” Shima beredar. Didalam tandas, Shima menangis sepuas-puasnya. Masuk 2 bulan Azmy tidak sedarkan diri. Setelah mencuci muka, Shima keluar dari bilik air.

”Shima,” Shima tersentak bila melihat seseorang yang sangat dikenalinya.

”Kak Mira?” Shima menghampiri bekas madunya. Mira memeluk erat tubuh Shima.

”Maafkan kakak,” Shima tersentak.

”Kakak minta maaf sangat-sangat. Sebab akak, hidup Shima dan Azmy jadi macam ni,” Mira melepaskan pelukannya dan menatap wajah basah Shima.

”Kakak tak buat salah pada saya.” Shima menggenggam erat jari jemari Azmy.

”Kakak silap. Kakak datang ni, sebab nak pulangkan balik harta-harta Azmy. Kakak tak layak menerimanya,” Mira menyerahkan sampul surat kepada Shima. Shima memandang sepi sampul itu. Melihat Shima tidak menyambut sampul tersebut, Mira meletakkannya di atas katil.

”Kakak akan pindah ke Australia. Mulakan hidup baru. Dan, jika Azmy sedar kelak, bagi tahu dia, kakak minta maaf. Banyak sangat dosa yang kakak lakukan padanya,” Shima angguk kepala. Mira berlalu meninggalkan segalanya. Walaupun dia menyesal kerana membiarkan rumahtangganya musnah, namun untuk kembali kepada Azmy, ia adalah perkara yang mustahil. Kerana, dia merasakan Shima lebih layak memiliki Azmy.

******************
”Mama, tolong. Perut saya sakit,” Shima terduduk di tepi katil. Ketika itu, dia dan Pn.Aznah sedang membersihkan badan Azmy.

”Kenapa? Nak bersalin? Kalau ikut deu, minggu depankan?” Pn.Aznah menghampiri menantunya. Berkat kesabaran dan dorongan dari Shima, Pn.Aznah sudah pulih sepenuhnya. Dan mereka sama-sama menjaga Azmy.

”Mama, sakit,” Shima menggenggam erat tangan Azmy. Kelam kabut Pn.Aznah memanggil doktor supaya membantu Shima.

”Sabar, nak. Sekejap lagi, rasa sakit ni akan berlalu. Sabar ye.” Pn.Aznah memujuk Shima. Shima menggigit bibirnya menahan sakit.

***************************
Sementara Shima bertarung nyawa melahirkan bayinya, Azmy pula menunjukan tanda positif. Para doktor dan jururawat berusaha merawat Azmy dan beserta tangisan anaknya, Azmy tersedar dari lenanya yang panjang.

”Tahniah, puan. Anak lelaki dua-dua,” Shima tersenyum puas. ’Abang, kita dapat anak kembar lelaki. Abang sedarlah,’ Bisiknya dalam hati.

”Terima kasih,” Ucapnya lemah sebelum matanya tertutup rapat.

Shima membuka matanya perlahan. Keadaan sekelilig senyap, namun dia dapat merasai kehadiran orang disekelilingnya. Satu persatu wajah orang yang dikenalinya menjamah matanya untuk seketika. Beberapa saat kemudian, Shima melelapkan matanya semula.

***********************

No comments:

Post a Comment