klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, April 6, 2010

ALiA
bahagian 41


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Selamat pagi,” Syah tersenyum sambil tangannya membawa dulang. Alia terkejut sebaik sahaja melangkah kaki ke dapur.

"Awak buat apa ni?” Alia bertanya sambil tangannya mencubit nasi goreng yang sudah tersedia di atas meja.

"Buat sarapanlah. Mari,” Syah menarik sebuah kerusi untuk Alia. Alia tersenyum.

"Terima kasih. Tapi, mama mana?” Alia mencari kelibat ibu mertuanya.

"Mama dah keluar. Dia balik ke kampung jumpa ayah. Dia dah tak sabar nak tengok kita berkahwin,” Syah duduk di hadapan Alia.

"Hahhhh!!!!! Betul?” Alia terkejut.

"Iye. Kenapa? Lagi cepat lagi baik,” Syah tersenyum jahat. Alia menjeling tajam.

"Tapi sebelum kita berkahwin, Alia nak tanya awak satu perkara. Perkara yang sangat peribadi,” Alia membetulkan duduknya. Syah menanti dengan sabar.

"Apa dia? Abang akan jawab semua soalan yang akan Alia tanya,” Syah berkata yakin. Alia tarik nafas kemudian perlahan menghembusnya. Syah menanti dengan sabar. Alia gelisah.

"Bagaimana isteri dan anak awak dapat penyakit AIDS tu?” Syah tersentak.

"Errrr...itu ke soalannya?” Syah bertanya gugup. Alia angguk kepala.

"Dan, kenapa awak tidak dijangkiti, sedangkan awak dan isteri awak tentu buat perkara tu, kan?” Alia berhati-hati bertanya. Syah mengeluh.

"Selama ini, memang abang mencari peluang untuk menerangkan semuanya pada Alia. Tapi, Alia tak bagi pelung untuk abang. Semuanya telah dirancang oleh Nadia.” Syah mengeluh. Alia menjadi pendengar setia.

"Tak baik bercerita keburukan orang yang dah meninggal, tapi abang tak mahu ianya menjadi penghalang untuk kita berdua mengecapi bahagia.” Syah merenung jauh ke dasar mata Alia.

"Nama isteri abang tu, Nadia. Dia berasal dari Pakistan. Dia cintakan abang semenjak kami mendaftar di University. Abang tidak peduli tentang perasaan orang lain kerana dihati abang hanya ada Alia Najwa. Dan itu mungkin kesilapan abang kerana tidak menyatakan dari awal status sebenar abang,” Syah tunduk memandang jarinya yang berada di atas meja.

"Macam-macam perkara yang Nadia lakukan untuk pikat abang. Dan, Alia ingat tak malam kita bergaduh tu?” Syah memandang Alia. Alia angguk kepala.

"Saya call awak, tapi suara perempuan yang menjawab, sebab tu saya marah,” Alia berkata perlahan bila mengingat kejadian tersebut.

"Abang terlalu ikut perasaan. Malam tu abang ikut mereka berparti sebab abang rasa sakit hati bila Alia tidak percayakan abang. Alia tuduh abang tak setia, malam itu juga Nadia dan kawan sebilik abang berpakat. Mereka letakkan pil tidur dalam minuman abang. Dan bila abang terjaga paginya, Nadia menangis di tepi katil.” Syah meraup wajahnya. Alia mengesat airmatanya yang mengalir perlahan di pipi.

"Dia tuduh abang menidurinya. Abang tiada bukti untuk meyangkal, dan keadaan kami berdua menjelaskan segalanya. Dia mahu abang bertanggungjawab dan abang tidak tahu apa yang harus abang buat. Abang setuju berkahwin dengannya. Tetapi abang bagi tahu dia, abang tidak dapat menerima dia menjadi isteri abang yang sebenar kerana abang cintakan perempuan lain.” Syah menongkat dagu merenung Alia yang sedang menangis.

"Beberapa bulan kemudian, dia bagi tahu abang, yang dia mengandung. Abang tidak tahu apa yang patut di buat. Dan melepaskan Alia adalah keputusan yang paling abang kesalkan. Abang tahu, abang tak boleh pentingkn diri sendiri, sebab itu abang ikut kemahuan Alia. Walaupun berat abang nak lakukannya. Dan, abang berharap Alia akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari abang.” Syah tarik nafas perlahan.

"Maafkan Alia sebab tak bagi peluang untuk abang jelaskan semuanya,” Alia tunduk. Dia rasa bersalah. Jika dia tidak terlalu mengikut perasaan, tentu perpisahan tidak terjadi. Dia mula menyesali tindakannya dulu.

"Nadia meninggaldunia ketika melahirkan Nura. Apa yang abang kesalkan, dia tidak memberitahu tentang penyakitnya. Abang tahu pun, ketika abang dapat panggilan dari kawan abang yang sedang terlantar di hospital. Di ceritakan segalanya, dan malam itu tiada apa yang terjadi antara abang dan Nadia. Nadia sengaja mereka cerita supaya abang menerimanya. Dan, Nura bukan anak abang.” Syah merenung Alia yang sudah berwajah tenang.

"Betul abang tak pernah sentuh dia?” Alia bertanya sangsi. Syah merenung Alia. Dia tersenyum mendengar Alia mula memanggilnya dengan panggilan abang. Terasa sejuk dadanya. Alia mula menerima dirinya semula.

"Sentuhan yang bagaimana Alia gambarkan?” Soalnya pula. Alia berdengus. Syah ketawa.

"Jangan risau. Abang hanya akan sentuh perempuan yang abang cintai.” Syah berkata yakin sambil menggengam erat tangan Alia. Alia merelakan.

"Alia cintakan abang?” Alia tersentak mendengar soalan yang keluar dari mulut Syah.

"Errrr...Abang dah makan? Alia tolong cuci pinggan mangkuk kotor ni,” Alia mengemas meja makan. Sebelum dia sempat sampai ke sinki, Syah merangkul pinggang Alia. Mereka berpelukan seketika.

"Errrrr....Abang, ingat, kita belum kahwin lagi,” Alia berusaha menolak tubuh Syah. Syah melepaskan pelukannya.

"Kita kahwin minggu depan, ye,” Syah bersuara perlahan kemudian mencium jari jemari Alia yang masih kotor itu.

"Hahhh!!! Mana boleh. Abang ingat kita ni nak kahwin free ke? Banyak lagi yang perlu di buat tau. Nak jemput kawan-kawan lagi. Nak gubah hantaran. Kali ni, Alia nak perkahwinan kita ikut adat. Yang penting bersanding. Biar semua orang tahu kita ni suami isteri. Tak nak kahwin koboi macam dulu tu.” Alia bercekak pinggang. Syah tersenyum sambil merenung wajah Alia yang begitu bersemangat sekali berbicara.

"Kenapa?” Alia bertanya hairan. Syah masih tersenyum merenung Alia dengan wajah gembira.

"Abang ni kenapa? Senyum sorang-sorang,” Alia menampar pipi Syah perlahan. Syah mengusap pipinya yang di tampar oleh Alia.

"Alia memang menanti saat ini kan?” Syah tersenyum bila melihat wajah Alia bertukar kemerahan dan perlahan Alia angkat tangan dan cuba menutup wajahnya dengan tangan tetapi sempat di halang oleh Syah.

“Tangan Alia kotor tu,” Syah menarik Alia menuju ke sinki lalu mencuci jari jemari Alia. Alia merelakannya.

“Betulkan? Alia memang menantikan saat ini?” Syah sengaja mengusik Alia. Alia tunduk memandang lantai.

"Mana ada,” Jawabnya tidak yakin. Syah ketawa besar.

"Alia tunggu abang balik ye? Patutlah sampai sekarang Alia tak kahwin lagi,” Syah menarik tangan Alia. Alia pejam mata.

"Terima kasih sayang,” Syah mencium jari-jemari sejuk itu. Perlahan Alia buka matanya. Air hangat yang menitis di atas tangannya membuatkan Alia membuka mata.

"Abang menangis?” Perlahan Alia bertanya sambil menyentuh bahu Syah. Beberapa saat kemudian, Syah memeluk erat tubuhnya.

"Kali ini, abang akan pastikan Alia bahagia,” Janjinya. Alia angguk kepala membalas pelukan Syah.

****************************
"Hai, Ingat saya lagi tak?” Alia tersentak bila di sapa oleh seseorang ketika berada di dalam lif. Alia memandang lelaki yang menyapanya.

"Awak berlari 100M masuk dalam lif. Kemudian lupa tekan butang lif,” Alia cuba mengingati kejadian beberapa bulan lepas.

"Owhhhh...ingat. Lama tak nampak awak ye,” Alia tersenyum. Lelaki itu turut sama tersenyum.

"Mungkin awak tak perasan akan kewujudan saya. Tapi saya selalu tengok awak.” Alia memandang pelik ke arah lelaki itu.

"Saya Ajmal. Awak?” Ajmal menghulur tangan.

"Alia Najwa,” Jawabnya sambil menyambut huluran tangan lelaki itu.

"Cantik nama tu. Sesuai dengan orangnya.” Alia tersenyum.

"Bila kita boleh jumpa lagi?” Ajmal bertanya ketika Alia hendak keluar. Alia tersenyum.

"Maaf. Tapi saya dah bertunang,” Alia menunjuk cincin yang dipakainya. Wajah Ajmal berubah.

"Owh!!!! Saya terlewat . Siapalah lelaki yang bertuah itu?” Ucapnya perlahan. Alia tersenyum. ‘Dia yang aku cinta,’ Bisiknya dalam hati.Ajmal merenung Alia sehingga pintu lif tertutup rapat.
***********************

No comments:

Post a Comment