klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, April 3, 2010

TAKDIR 

episode 16




Azmy bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat tempatan. Biarpun hanya syarikat kecil, namun dia bersyukur, sekurang-kurangnya dia dapat membantu Shima. Hubungan mereka juga semakin baik.

Shima merenung suaminya yang sedang leka melayari internet. Kenangan sebulan lalu terlintas difikirannya.

“Saya nak tinggal dengan awak. Ok ke?” Azmy memulakan perbualan selepas mereka selesai mengemas meja makan. Rasa seronok sangat bila dapat melakukan kerja rumah bersama-sama.

“Tak kisah. Takkan nak halau awak balik. Bawa beg besar pulak tu.” Shima berkata selamba sambil matanya leka memandang screen tv. Azmy pegang kepala Shima dan memusingnya supaya mengadap wajahnya. Shima tersentak dan wajahnya terasa panas.

“Aduh!!!!! Sakit leher saya. Mau patah leher saya ni,” Shima menahan lehernya. Azmy buat muka bersalah.

“Sorry?” Ucapnya terus melepaskan kepala Shima.

“Kena tipu,” Shima melompat ke kerusi disebelahnya. Azmy membeliakkan matanya bila di tipu oleh Shima. Shima tersenyum mengejek. Akhirnya Azmy geleng kepala melihat gelagat nakal Shima. Ada sahaja cara untuk dia melepaskan diri.

“Apa yang Shima fikirkan,” Shima tersentak dan segala kenangan sebulan lalu berterbangan. Azmy sedang duduk santai disebelahnya tanpa dia sedari. Shima geleng kepala.

“Maafkan abang,” Azmy memandang wajah Shima. Shima turut sama memandang ke arah Azmy. Dia hairan.

“Maafkan abang sebab menyusahkan Shima. Kalau abang dan Mira tak buat perkara bodoh tu, tentu Shima dah bahagia dengan Yusri. Betulkan?” Azmy menggenggam tangan Shima.

Shima membalas renungan Azmy. Fikirannya bercelaru. Jika Azmy tidak meminangnya, mungkinkah dia akan bahagia hidup dengan Yusri? Kenapa selama dia kenal Yusri, tidak sedikit pun hatinya terbuka untuk lelaki itu. Puas dia memikirkan nasibnya. Apakah memang jodohnya bersama Azmy? Lama dia merenung wajah yang semakin tenang itu.

“Boleh abang tanya, kenapa Shima terima pinangan abang pada mulanya kemudian menolaknya?” Azmy bertanya perlahan. Jari-jemari Shima diusapnya perlahan. Rasa cinta yang dulunya sedikit semakin mekar bila Shima tetap sudi menerima dirinya seadanya.

“Dah takdir kita kot. Tapi, bila abang dan kak Mira mendesak saya untuk menerima abang sebagai suami, saya meminta pertolongan Yusri untuk jadi kekasih saya. Dan kami bercadang untuk bertunang supaya abang dan Kak Mira tak dapat paksa saya. Tapi, lain pulak yang terjadi.” Shima tunduk memandang kakinya.

“Saya cakap kat mak, nanti ada kawan saya datang ke rumah. Dan saya tak cakap siapa. Tak sangka kak Mira yang datang. Dan mak salah faham. Hendak menolak, tapi bila mengingatkan saya sudah bersetuju, dia pun setuju jugak. Bila dia tahu cerita sebenarnya, dia cuba menolak, tapi abang dan kak Mira memang licik. Minta pampasanlah, nak buat saman malulah. Maka terjadilah perkahwinan tu,” Shima bercerita panjang lebar.

Azmy tergelak.
“Itu namanya takdir. Apa jua yang terjadi, kita tetap akan bersama akhirnya.” Azmy menarik tubuh Shima ke dalam pelukannya. Shima tidak melawan.

“Abang nak tanya, betul Shima takde apa-apa perasaan pada abang?” Shima mendongak memandang Azmy.

“Entah.” Jawabnya ringkas. Azmy merenung jauh ke dasar anak mata Shima. Shima merelakan Azmy menerokai hatinya. Debaran di dada semakin kuat. Akhirnya Shima tunduk memandang dada Azmy.

“Shima, abang ni kacak tak, macho ke… ada apa-apa kemampuan buat perempuan jatuh cinta tak?” Azmy bertanya. Shima angkat muka bila mendengar soalan pelik keluar dari mulut suaminya.

“Kenapa abang tanya?” Shima pula bertanya. Sesiapa yang memandang wajah Azmy pasti terpikat. Wajah yang putih, bibir merah dan sentiasa kelihatan segar dan basah. Matanya yang kecil dan menawan dengan anak mata yang berwarna coklat pekat. Hidung pula tidak terlalu mancung dan sedehana.

“Kacak ke tidak?” Azmy mencuit dagu Shima dan mencium kening Shima yang sedang leka memerhati wajahnya. Dia sengaja membiarkan Shima menganalisis wajahnya. Semoga dengan cara itu, Shima akan jatuh cinta padanya.

Shima mengosok keningnya yang dicium oleh Azmy sebentar tadi. Kemudian dia menolak tubuh Azmy.

“Tak,” Shima menjawab malas.

“Betul? Patutlah Shima dan Mira tak jatuh cinta pada abang. Abang ingatkan abang ni lelaki idaman melaya. Tapi ramai juga yang kata, abang ni hensem. Atau mungkin mereka nak sedapkan hati abang je,” Azmy garu dagu. Shima memandang Azmy dengan pandangan hairan.

“Abang tak apa-apa? Demam ke?” Shima meletakkan belakang tangannya ke dahi Azmy.

“Ok je? Takkan dia mengalami tekanan perasaan,” Shima membebel sendirian.

“Awak tahu, Mira tak pernah cintakan saya. Selepas kelahiran Amri, dia cakap dia tak dapat lahirkan anak lagi sebab rahimnya lemah. Tetapi dia sebenarnya tidak mahu mengandungkan anak abang. Dengan kata lain, dia tidak menyintai abang.” Azmy tiba bersuara lemah. Shima tergamam. Terkejut dengan cerita yang baru disampaikan oleh Azmy.

” Kerana terlalu cintakan dia, abang ikut segala kemahuannya. Perjanjian yang merugikan abang juga, abang ikut tanpa banyak soal.
Semua harta milik abang menjadi miliknya sekirannya kami bercerai. Itu untuk masa depannya. Abang ikut juga.” Shima ternganga mendengar Azmy meluahkan segalanya.

“Kenapa abang buat macam tu?” Shima bertanya bodoh. Sedangkan lelaki itu sudah memberitahu sebabnya. Azmy tergelak. Memang itu tindakan bodoh. Tetapi bodohkah dia, bila terlalu menyayangi wanita cinta pertamanya. Semua rakan-rakannya mengatakan dia bodoh. Terlalu taksub dengan cinta Mira.

“Awak dah hilang akal agaknya. Kenapa tak bawa ke mahkamah? Mana tahu mereka dapat bantu awak dapatkan semula harta awak tu,” Shima duduk tegak. Azmy geleng kepala.

” Takpe. Hilang harta boleh dicari. Lagipun, kalau boleh abang tak mahu ada apa-apa hubungan dengan Mira. Biarlah. Yang penting, saya masih ada awak.” Azmy merenung redup wajah isterinya. Shima tunduk malu.

”Nasib baik kereta Shima tu belum di tukar nama. Kalau tak, melayang jugak kereta kesayangan abang tu. Maknanya kereta tu dan abang memang milik Shima,” Shima muncung mulutnya. Azmy tergelak.

”Sempat pulak dia nak buat lawak,” Shima membebel.

”Malas nak layan abang. Saya nak tidur. Mengantuk,” Shima berdiri sambil membetulkan rambutnya. Azmy memeluk pinggang Shima hingga membuatkan Shima terduduk di atas pangkuannya. Mereka berbalas renungan.

”Abang tidur kat mana malam ni?” Azmy bertanya sambil matanya merenung ke dasar anak mata Shima.

”Tidur kat atas lantai. Macam biasa,” Shima menolak tubuh Azmy dan melompat ke atas katil. Azmy berdiri lalu menghampiri Shima yang sedang membetulkan bantalnya.

”Abang nak tidur kat atas katil juga. Sebulan ni, asyik abang je yang tidur atas lantai. Sakit badan ni tau,” Azmy terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Shima hanya mampu memandang. Bila lampu bilik dipadam, Shima merasakan tangan sasa milik suaminya melingkari pinggang. Perlahan Azmy memutar tubuh Shima supaya mengadap wajahnya. Shima menurut kerana dia juga ingin menatap wajah Azmy bagi menghilangkan rindu.

”Sudikah Shima menjadi isteri abang?” Azmy menanti dengan sabar jawapan dari isterinya. Shima tunduk. Berfikir sejenak. Memang selama ini, itulah yang ingin dilakukan olehnya. Menjadi isteri pada seseorang yang menghargai dirinya seadanya. Hatinya mula memainkan irama cinta. Perlahan Shima mendongak memandang wajah Azmy sambil tersenyum kemudian dia angguk kepala. Melihat senyuman dan anggukan dari isterinya, Azmy mengeratkan pelukannya. Shima menjerit bila Azmy mencium lehernya.

”Kenapa?” Soal Azmy pelik. Rasanya dia hanya mencium leher isterinya, bukan menggigitnya.

”Geli,” Jawab Shima sepatah. Azmy tergelak.

”Geli ya.” Sekali lagi Azmy mencium leher Shima. Shima berusaha menolak muka Azmy supaya menjauhi lehernya.

”Shima kena biasakan diri. Sebab abang memang suka sangat bahagian tu,” Ucapnya lembut bila Shima masih menolak mukanya. Akhirnya Shima membiarkan sahaja tindakan Azmy itu. Sememangnya bahagian leher agak sensitive bagi Shima. Dan dia akan cuba membiasakan diri dengan keadaan itu.

”Abang tak sabar nak ada anak dengan Shima. Shima lahirkan anak kembar untuk abang ye. Kalau boleh abang nak anak ramai. Macam keluarga Shima. Baru meriah,” Shima tunduk malu mendengar kata-kata Azmy. Dan pada malam itu, Shima menjalankan tugasnya sebagai isteri yang sempurna.

****************************

No comments:

Post a Comment