klik untuk ke blog di alam angker

Sunday, April 11, 2010

TAKDIR 

episode 19




"Mama, Mira dan Amri mana?” Azmy bertanya pada mamanya. Pn.Aznah tersentak. Dia merenung wajah anaknya dengan riak hairan.

"Mira?” Pn.Aznah bertanya lagi.

"Ye. Isteri saya. Mana dia? Tak nampak dia pun.” Azmy melilau memandang sekeliling berharap dapat menatap wajah isterinya.

"Kenapa cari dia?” Pn.Aznah bertanya marah.

"Mama ni, salahkah, saya bertanya tentang isteri saya sendiri?” Azmy bersandar. Dia hairan bila melihat dirinya berada di hospital.

"Jangan cari dia lagi.” Pn.Aznah merenung tajam wajah anak tunggalnya. Beberapa ketika kemudian, seorang doktor menghampiri mereka.

"En. Azmy. Saya Dr. Hadi. Bagaimana keadaan awak hari ni?” Azmy tersenyum.

"Alhamdulillah. Doktor, isteri saya mana? Saya nak jumpa dia,” Azmy berusaha untuk turun dari katil.

"Jangan risau. Isteri awak sedang berehat. Dia masih penat selepas bersalin. Tahniah!!!!! Awak dapat sepasang anak lelaki.” Doktor tersebut menghulur tangan. Azmy menyambut huluran tangan itu sambil memandang wajah mamanya.

"Isteri saya bersalin. Bila dia mengandung? Kenapa saya tak tahu? Mama, Mira bersalin?” Azmy terpinga-pinga. Begitu juga doktor tersebut. Dia hairan.

"Isteri encik namanya Shima. Encik ada isteri yang lain selain puan Shima?” Doktor Hadi bertanya dan Azmy geleng kepala.

"Shima? Tak pernah dengar pun nama tu,” Azmy terdiam seketika. Mengingat sesuatu.

"Baiklah En.Azmy. Umur En.Azmy sekarang, berapa?” Dr.Hadi bertanya sambil mencatat sesuatu di buku laporannya. Azmy terdiam sejenak.

"28,” Pn.Aznah angkat muka. Azmy begitu yakin dengan jawapannya.

"Berapa lama Encik dan Mira berkahwin?” Azmy garu kepala.

"Setahun lebih,” Azmy menjawab yakin. Doktor tersebut angguk kepala.

"Ok. Encik boleh berehat dulu. Saya nak jumpa ibu Encik, Puan, boleh ikut saya sebentar,” Pn.Aznah angguk kepala.

"Mama, kalau jumpa Mira, bagi tahu dia, saya panggil ye,” Pn.Aznah angguk kepala.

************************

"Macamana kita nak pulihkan dia. Mama, saya dah tak tahan. Selepas satu bala menimpa, datang lagi bala yang lain. Mungkin jodoh saya bukan dengan abang Azmy. Kasihan mereka berdua ni,” Shima mencium ubun-ubun anak-anaknya. Azmy disahkan hilang sebahagian ingatannya. Mungkin akan mengambil masa untuk sembuh.

"Sabar Shima. Sama-sama kita harungi ujian ini. Mama yakin, selepas ini, hidup kita akan kembali bahagia.” Mereka saling berpelukan. Sepanjang Shima dalam pantang, sekalipun Azmy tidak menjenguknya. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang hubungannya dengan Mira sudah berakhir. Shima menerima dengan sabar apasaja yang terjadi.

Azmy memerhati segala tindak tanduk Shima yang sedang menyusu anaknya. Bau ubat dibilik bawah itu begitu menyesakkan. Azmy masih belum dapat mengingati kehadiran Shima dalam hidupnya. Segala cerita yang disampaikan oleh mamanya dirasakan bohong belaka.

*****************************


"Sabar ye, sayang. Ibu nak ke tandas sekejap,” Shima mencium pipi anak-anaknya. Sepanjang 3 bulan pertama, Shima tidak menghadapi masalah menjaga anak-anaknya. Mereka seolah-olah memahami keadaan ibu mereka. Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Shima tersentak bila melihat Azmy sedang mendukung anaknya. Shima terleka seketika melihat aksi Azmy yang kelihatan kekok.

"Abang boleh tolong saya sekejap? Jaga mereka. Saya nak buatkan susu untuk mereka,” Shima berdiri di hadapan Azmy. Azmy memandangnya sekilas kemudian angguk kepala. Walaupun tidak percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh mamanya, namun bila melihat surat perceraiannya dengan Mira, akhirnya Azmy terpaksa percaya dan berusaha mengingati isteri keduanya pula. Lama dia merenung wajah-wajah suci itu. Terbias riak wajahnya dan juga Shima di wajah comel itu. Azmy leka menatap wajah-wajah comel itu. Shima sengaja memberi ruang untuk Azmy mendekatkan dirinya dengan anak mereka. Mungkin dengan cara itu, Azmy akan mengingati kenangan lalu mereka.

"Abang nak minum?” Shima menegur lembut suaminya yang leka menatap album keluarga mereka.

"Errrrmmm,” Shima meletakan mug berisi air Nescafe panas di atas meja.

"Siapa mereka ni?” Azmy bertanya sambil menghulurkan album ke arah Shima.

"Owhhhh!!!!! Mereka kawan-kawan saya. Ni gambar raya 2 tahun lepas. Pertama kali kita beraya bersama.” Shima tersenyum melihat gambar yang dirakam semasa menyambut hari raya.

"Ni, kekasih awak?” Shima tersentak kemudian tersenyum.

"Owhhh...dia hampir menjadi tunang saya, kalau abang dan Kak Mira tidak meminang saya untuk menjadi isteri abang,” Shima menjawab tenang. Azmy memandang wajah Shima.

"Betul saya buat semua tu,?” Soalnya tidak percaya. Shima tersenyum.

"Ermmm. Tapi, abang lakukan sebab abang sayangkan mama.” Shima menghampiri Amar. Anak sulongnya itu terjaga dari tidur.

"Syuuuu....sabar sayang. Nah minum ni. Anak mama lapar ye,” Shima menyua puting botol susu ke mulut anak kecil itu. Namun si anak menolak.

"Kenapa ni? Amar tak nak menyusu botol ye,” Shima duduk di tepi katil dan membuka sebahagian bajunya. Shima leka melihat wajah comel anaknya menyusu. Azmy turut sama duduk di tepi katil sambil merenung anak kecilnya yang leka menyusu.

"Kenapa awak tidur kat bilik bawah ni?” Azmy mengusap rambut anaknya. Damai hatinya melihat wajah bersih itu. Pandangannya beralih ke wajah Shima yang semakin berseri selepas habis berpantang.

"Susah saya nak turun naik tangga tu. Lagipun, takut abang tak biasa dengan bau ubat-ubat tu. Mana lagi bunyi tangisan Amar dan Amir,” Shima tersenyum. Azmy masih merenung wajah Shima. Degupan jantungnya semakin deras. Perlahan Azmy mendekatkan wajahnya ke muka Shima. Shima tersentak namun dia tidak berniat untuk melarikan wajahnya. Dia rindukan belaian dari lelaki yang bergelar suami. Shima dan Azmy tersentak bila mendengar suara tangisan anak mereka.

"Abang tolong bawak Amar ye. Amir dah menangis tu,” Azmy menyambut anaknya.

"Shima cintakan saya?” Shima tersentak. Tidak meyangka soalan itu yang keluar dari mulut Azmy. Shima mendiamkan diri. Azmy menanti dengan sabar. Perlahan Shima mengangguk kepala. Terasa wajahnya membahang. Dia malu mengaku dia mencintai suaminya. Jika dulu, dia bangga menyatakan rasa cintanya pada Azmy, tetapi sejak Azmy hilang ingatan, Shima tidak yakin, samaada perasaan cinta lelaki itu masih ada untuknya atau tidak.

"Dulu, saya cintakan Shima jugak?” Shima angguk kepala lagi. Dia tidak sanggup memandang wajah Azmy. Azmy mengeluh.

"Kenapa kenangan kita yang hilang?” ucapnya perlahan. Shima mendongak.

"Tak mengapa. Kami akan bantu untuk pulihkan ingatan abang.” Shima tersenyum sambil menggenggam erat tangan Azmy.

"Mama ada bagi tahu saya, Shima pernah tinggalkan saya. Kenapa?” Azmy dan Shima berbalas pandang. Shima tarik nafas.

"Masa tu, saya rasa sedih sangat. Lagipun, kaki mama semakin sembuh. Sebelum abang lepaskan saya, lebih baik saya pergi dulu.” Shima meletak Amir ke dalam buaian semula. Kemudian dia mengambil Amar dari tangan Azmy. Anak kecil itu juga sudah tidur kembali.

"Shima tolong abang pulihkan ingatan abang ye,” Shima tersentak bila Azmy memeluk dan mencium lehernya.

" Errrrrr....ermmm. Saya a...” Belum sempat Shima menghabiskan kata-kata, Azmy mencium bibirnya.

*******************************

No comments:

Post a Comment