klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, April 20, 2010

ALiA
bahagian 46


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Abah!!! Mama,” Syah berlari keluar bilik mengetuk pintu bilik bapa mertuanya, kemudian mengetuk pula bilik mamanya. Ahli keluarga yang berada di ruang tamu memandang hairan wajah Syah yang cemas itu.

“Kenapa?” Mamanya bertanya cemas.

“Alia......Alia pengsan,” Syah tercungap-cungap memberitahu mamanya. Lama mamanya merenung wajah Syah. Begitu juga bapa mertuanya. Dah ahli keluarga yang lain turut sama mendiamkan diri. Beberapa saat kemudian, suasana rumah itu menjadi bising. Ada yang tergelak besar dan ada juga tersengih. Mama dan bapa mertuanya turut sama tersenyum.

“Hai Syah....tak kan sampai pengsan.” Syah hairan. Kenapa mereka semua ketawa. Setahunya dia bukannya membuat lawak.

“Apa yang lucunya. Alia pengsan kat dalam bilik tu,” Syah bingung. Bila melihat senyuman di bibir Awan, Syah seperti baru tersedar sesuatu dan keadaannya yang tidak memakai baju juga membuatkan Syah tertunduk malu.

“Errrr... tunggu. Ini bukan seperti yang kamu semua fikirkan. Alia memang pengsan.” Wajah Syah semakin memerah. Dia yang berkulit cerah memang nampak ketara perubahan wajahnya ketika malu.

“Kenapa ada bau minyak angin ni?” Pak Alwi bertanya.

“Saya minta tolong Alia urutkan badan saya. Selepas tu...” Belum sempat Syah menghabiskan kata-katanya, Pak Alwi terus berlari ke bilik anaknya.

“Alim, tolong bawa air dalam mangkuk.” Mereka menjenguk Alia yang masih tidak sedarkan diri.

“Kamu tak tahu, Alia tak dapat hidu bau minyak angin ni? Dia mabuk dibuatnya,” Pak Alwi berkata perlahan.

“Saya tak tahu. Dia tak cakap pun yang dia tak tahan menghidu bau minyak angin tu.” Syah menggenggam tangan Alia.

“Kalau sikit je, dia tak apa-apa. Kalau banyak sangat, dia pening kepala, lepas tu mulalah dia, kalau tak muntah, dia pengsan,” Pak Alwi menerangkan kelemahan Alia. Syah angguk kepala. Beberapa minit kemudian Alia tersedar. Dia memandang sekeliling. Hairan bila melihat ramai orang menjenguknya kemudian pandangannya beralih ke wajah ayahnya dan wajah Syah yang jelas terpamer riak bimbang. Namun beberapa ketika kemudian, Alia melelapkan matanya semula.

“Dia dah okey tu. Agaknya masih pening kepala,” Syah angguk kepala. Setelah mengucapkan terima kasih, Syah menyelimut badan Alia. Merenung wajah yang tenang itu. Setelah mengunci pintu bilik, Syah berbaring di sisi Alia. Perlahan jarinya menyentuh hidung Alia yang kecil tetapi mancung itu. Bibir yang nipis terbentuk cantik. Debaran di dada semakin tidak teratur. Sudah lama Syah menanti saat tersebut. Namun bila melihat wajah Alia yang begitu nyenyak tidur, Syah tersenyum sendirian. ‘Takpe. Masa masih panjang.’ Pujuknya sambil memeluk tubuh Alia.

********************************

“Awalnya mak pengantin bangun pagi. Tak sambung tidur lagi?” Pn.Hamidah menegur menantunya. Alia tersengih.

“Mata tak mahu tidur lagi mama. Dah biasa bangun awal. Mama buat apa tu?” Alia menghampiri ibu mertuanya.

“Nasi goreng.” Alia angguk kepala.

“Alia tahu tak, malam tadi, Syah kelam-kabut bila tengok Alia pengsan. Sampai terlupa yang dia tu doktor.” Alia terkejut.

“Saya pengsan? Bila?” Alia bertanya pelik.

“Alia tak ingat?” Alia geleng kepala. Pn.Hamidah tersenyum.

“Alia pengsan sebab terhidu bau minyak angin. Lepas tu, Syah berlari ke luar ketuk pintu bilik mama kemudian ketuk pintu bilik ayah Alia. Sudahlah tak pakai baju. Lepas tu dia cakap yang Alia pengsan. Ingat pengsan sebab perkara lain, tergelaklah kami semua. Rupa-rupanya, Alia pengsan sebab terhidu minyak angin,” Alia tunduk malu. Memang dia tidak tahan menghidu bau minyak angin. Semasa di sekolah dulu, dia lebih suka bersenam sekiranya kakinya mengalami kekejangan otot. Dan malam tadi, dia tidak sempat memberitahu Syah yang dia tidak tahan mencium bau minyak tersebut. Pada mulanya dia merasa loya, kemudian pening kepala dan akhirnya keadaan sekeliling gelap. Bila dia tersedar, Syah sedang memeluknya erat.

“Assalammualaikum. Mama mengumpat saya ye?” Syah memeluk pinggang Alia mesra. Alia menepis tangan Syah yang berada di pinggangnya. Pn.Hamidah tersenyum melihat kemesraan anak dan menantunya.

“Kenapa tak kejutkan abang?” Syah berbisik ditelinga Alia.

“Malas.” Jawabnya perlahan.

“Malas?” Syah bertanya geram. Alia tersenyum.

“Mama, Syah nak pinjam Alia sekejap. Lagipun, dia bukan ada tolong mama kat dapur ni. Menyemak je,” Syah menarik tangan Alia. Alia tersentak.

“Eh!!!!! Apa ni? Orang nak tolong mama. Kasihan mama buat sarapan sorang diri.” Alia menepis tangan Syah. Syah bercekak pinggang.

“Aih!!!! Melawan ye? Mama, tengoklah menantu mama ni? Sudahlah sembahyang subuh tak kejutkan Syah, sekarang tak dengar cakap pulak,” Alia membeliakkan matanya ke arah Syah yang sedang bercekak pinggang.

“Abang!!!!!” Alia bersuara geram.

“Kamu berdua ni. Sudah. Alia ikut suami Alia tu. Nanti tak pasal-pasal periuk belanga kat dapur ni berterbangan pulak,” Syah tersenyum menang sambil meraih tangan Alia.

“Abang nak bagi hadiah ni. Alia tak nak hadiah?” Syah bersuara perlahan memujuk Alia. Alia geleng kepala. Malas mahu menjawab. Alia melangkah malas menuju ke bilik.

“Sekejap ye. Alia tutup mata,” Sebaik sahaja pintu bilik di kunci, Syah menyuruh Alia menutu mata pula. Alia kerutkan dahi. Kurang setuju dengan arahan suaminya tetapi dia tetap menurut.

“Errrr...Abang. Tadi mama cakap, abang panik tengok Alia pengsan? Betul ke?” Alia membuka matanya semula.

“Mana ada. Abang biasa je,” Syah menjawab gugup. Dia malu bila mengingatkan kejadian semalam.

“Betul?” Alia bertanya. Syah angguk kepala,

“Cepatlah. Tutup mata tu, kalau tak, nanti abang tolong tutupkan dengan kain,” Alia pejamkan mata.

“Sekarang buka mata,” Perlahan Alia membuka matanya kemudian mencari hadiah yang dimaksudkan oleh suaminya.

“Mana hadiahnya?” Alia gosok mata. Syah tersenyum. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari laci meja solek dan menyerahkan sampul surat tersebut kepada Alia.

“Apa? Tiket pernerbangan pergi balik ke China?” Alia berdiri tegak sambil tersenyum lebar. Syah angguk kepala. Beberapa saat kemudian Alia sudah berada dalam pelukannya.

“Suka?” Syah bertanya lembut. Alia angguk kepala.

“Suka sangat. Alia nak tengok istana kat Beajing dan juga Tembok Besar China.” Syah tersenyum sambil mengeratkan pelukannya.

“Tapi.....Sebelum tu....hadiah untuk abang mana?” Alia menolak tubuh Syah.

“Hadiah? Alia mana ada beli hadiah. Lagipun... Alia tak tahu nak bagi apa pada abang,” Alia menjawab lemah. Syah sentuh dagu isterinya.

“Tak mengapa sayang. Abang gurau je. Abang dah dapat hadiah yang paling abang inginkan selama ni.” Syah tersenyum manis. Alia membalas renungan suaminya.

“Iye? Apa hadiah yang abang impikan tu?” Perasaan ingin tahu membuatkan Alia bertanya. Syah tersenyum lagi. Alia hairan.

“Rahsia.” ucapnya perlahan sambil mencium kening Alia. Perlahan Alia merelakan dirinya hanyut dalam belaian seorang suami.

*******************************************

“Hai Syah...lambat bangun hari ni?” Awan mengusik temannya. Mereka sekeluarga bermalam di rumah Alia. Syah menjeling tajam ke arah Awan yang tersenyum nakal. Alia pantas melangkah ke dapur.

“Ye ke? Ingatkan masih awal tadi. Kat luar tu pun masih gelap,” Syah menjawab selamba. Awan tersengih.

“Memanglah gelap. Pasal hujan lebat. Cuaca sejuk ni bagus untuk orang baru berkahwin,” Awan masih tidak puas mengusik temannya. Syah geleng kepala.

“Abang ni, kalau bab-bab tu, memang dia nombor satu.” Malisa meemarahi suaminya. Awan tersipu malu.
Mereka bersarapan pagi dalam suasana meriah. Alia dan Syah menjadi bahan usikan mereka sehingga Alia tidak sanggup untuk mengangkat muka.

“Syah...Syah..... semalam, kau memang nampak teruk. Panik sehingga lupa yang kau tu seorang doktor. Isteri pengsan pun tak tahu macamana nak rawat,” Awan geleng kepala sambil tersengih.

“Memanglah aku panik. Sedang elok je tolong urutkan badan aku, tiba-tiba dia rebah tak sedarkan diri. Mana aku tak panik,” Syah membela diri. Alia tersenyum sambil tunduk. Mereka yang lain ketawa besar.

“Abang ni, mengata orang lebih. Kalau Syah nak tahu, dia lagi teruk. Masa saya nak lahirkan si Isham tu, menggeletar kakinya sehingga tak mampu nak bawak kereta. Nasib baik Ajmal ada,” Malisa menceritakan pengalaman pertama mereka menyambut kelahiran anak mereka. Syah tergelak. Awan garu kepala sambil tersengih.

“Nak buat macamana, kalau ikut tarikh sebenarnya seminggu lagi baru dia lahir. Bila Malisa cakap dia sakit perut, tengah malam pulak tu, kelam-kabut aku dibuatnya. Sudahlah anak sulong pulak. Pengalaman pun takde,,” Awan tersenyum mengenangkan kenangan lalu. Ahli keluarga mereka yang lain hanya tersenyum mendengar cerita mereka.

*******************************************

No comments:

Post a Comment