klik untuk ke blog di alam angker

Monday, April 5, 2010

TAKDIR 

episode 17




”Hai sayang.” Azmy mencium pipi Shima yang sedang leka menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia. Shima tersenyum. Dia sebenarnya malu untuk menatap wajah Azmy setelah apa yang berlaku malam semalam.

”Kenapa senyap je ni,” Azmy memeluk tubuh Shima. Shima menjarakkan dirinya. Rasa tidak selesa, dan kenangan semalam kembali membuatkan bulu romanya berdiri.

”Kita sambung tidur ya,” Azmy menarik tubuh Shima. Dia tahu isterinya malu dan dia berusaha membantu Shima mengatasi rasa malu itu.

”Errrr.....Shima......Saya...” Azmy mengucup bibir Shima lama. Shima mula merasa selesa. Dia harus belajar menerima sentuhan hangat suaminya. Perlahan Shima berdiri dan mengekori langkah Azmy menuju ke katil.

”Esok kita balik ke kampung. Ok. Cuti Shima panjang kan?” Azmy mengusap pipi isterinya. Shima angguk kepala. Jari jemarinya sedang mengusap perlahan dada bidang itu.

”Abang masih cintakan kak Mira?” Shima bertanya lembut. Azmy memandang Shima dengan rasa hairan. Shima menanti dengan sabar jawapan dari mulut suaminya. Dia sekadar ingin tahu apa perasaan lelaki itu.

”Abang tak tahu. Selama bersama Mira, abang tak pernah rasa bahagia seperti sekarang ini. Abang tak pernah rasa yang abang ni diperlukan. Kami buat hal masing-masing. Berjumpa hanya pada waktu malam.” Azmy mencium dahi Shima.

”Bila mengenali Shima, abang rasa ada kekurangan dalam perhubungan kami. Mama juga selalu menegur perangai abang. Yelah, kalau dengan Mira, abang ikut apa saja yang Mira cakap. Tapi, kalau dengan Shima, abang selalu berkeras. Paksa Shima buat perkara yang Shima tak suka. Tapi Shima ikut juga. Sebenarnya, abang suka tengok Shima merungut, kerana itu saja yang dapat membuatkan Shima melayan abang. Dengan erti kata lain, bergaduh baru dapat perhatian Shima,” Azmy bercerita panjang lebar.

”Owhhhh. Sebenarnya nak tarik perhatian saya, ye,” Shima mencubit pinggang Azmy. Azmy tergelak. Beberapa ketika kemudian, Azmy senyap, merenung wajah Shima yang merona merah.

”Kita lupakan hal itu ye. Apa yang pasti, sekarang abang milik Shima dan Shima adalah orang yang abang cinta sepenuh hati,” Ucapnya lembut sebelum bibirnya mendarat dibibir Shima. Mereka hanyut dibuai asmara.

”Abang ingat nak ambil lesen motorsikal. Nanti, bila abang ada lesen motorsikal, Shima bawa kereta, biar abang guna motorsikal.” Shima angguk kepala. Kemudian dia tersenyum kecil dan semakin kuat. Azmy hairan melihat isterinya tergelak sakan.

”Kenapa ni? Shima ok? Atau sakit kepala?” Azmy bertanya pelik.

”Takde apa-apa. Entah macamanalah rupa abang bawa motorsikal nanti?” Shima masih tersenyum.

”Owhhhh... gelakkan abang ye.” Azmy mencium leher Shima dan meyebabkan Shima menjerit.

”Sekali lagi Shima gelakkan abang, abang buat yang lebih dashyat lagi tau. Lebih dari yang semalam,” Ucapnya romantis ditelinga Shima. Shima mendiamkan diri. Berdiri bulu romanya mendengar kata-kata dari suaminya itu. Azmy tersenyum melihat Shima senyap mendengar ugutannya.

”Tau takut.” Azmy memeluk tubuh Shima.

*******************************

”Betul abang dah pandai bawa ni?” Shima masih tidak percaya. Ketika itu mereka di kampung. Setelah dua hari belajar menunggang motorsikal dengan bapa mertuanya, Azmy menawarkan diri untuk membawa Shima berjalan. Kisah perceraian Azmy dan Mira sudah diketahui orang kampung. Walau ada yang menganggap perceraian itu berpunca dari Shima, namun ahli keluarganya tetap memberi sokongan dan percaya semua yang terjadi itu pasti ada sebabnya. Dan itu adalah ketentuan Tuhan.

”Cepatlah naik.” Azmy menarik tangan isterinya. bapa dan mak mertuanya tersenyum melihat gelagat suami-isteri itu.

”Tak naklah. Biar Shima yang bawa. Nanti tak pasal-pasal masuk dalam parit,” Shima geleng kepala.

”Naik je Shima. Dia dah ok bawa tu,” Ayahnya menyokong. Shima mencebik bila melihat Azmy tersenyum lebar. Perlahan Shima naik ke atas motorsikal tersebut.

”Peluk abang kuat-kuat. Kalau tak, nanti Shima jatuh,” Azmy menarik tangan Shima supaya memeluk pinggangnya. Shima menurut.

”Kalau Shima jatuh, siaplah abang,” Shima sempat mengugut suaminya. Azmy tersenyum. Perlahan-lahan motorsikal itu bergerak dan akhirnya Shima percaya yang suaminya itu sudah pandai menunggang motorsikal. Perlahan Shima merebahkan kepalanya dibelakang Azmy. Azmy tersenyum bila merasakan tangan Shima yang berada dipinggangnya semakin erat memeluknya. Rasa bahagia dan betapa dekatnya perasaan mereka.

”Dulu, bila abang tengok orang menunggang motorsikal, abang kasihan pada mereka. Lebih-lebih lagi bila hari hujan. Basah semuanya. Dan bila tengok ada yang bawa anak mereka berhujan, semakin abang rasa kasihan.” Azmy bersuara perlahan. Setelah penat menunggang motorsikal, mereka berdua menghirup udara segar di tepi sungai.

”Setakat kasihan je tak cukup. Ada sesetengah mereka yang memandu kereta, mereka buat tak tahu je pada penunggang motorsikal. Saya pernah kena sekali, masa tu, hujan lebat, nak berhenti, tempat tu takde perhentian bas, kat sebelah jalan pulak, ada air yang bertakung, datang sebuah kereta ni, dipandu laju, surrrr, habis basah baju saya. Dia buat tak tahu je. Memang tak bertauliah orang tu,” Shima bercerita panjang lebar. Azmy tergelak mendengar isterinya bercerita. Dia tidak tahu, Shima seorang yang lucu. Apa tidaknya, bercerita sambil menunjukkan aksi sekali.

”Gelaklah. Nanti bila kena kat abang, baru abang tahu,” Shima muncung mulutnya.

”Yang bestnya, bawa motorsikal ni, abang rasa, hubungan kita semakin rapat. Dapat berpelukan di atas motor. Kalau dalam kereta, duduk jauh. Berborak, bercakap dulu baru dapat rasa dekat, kalau tak berbual, rasa macam sunyi dan jauh sangat. Tapi, kalau atas motorsikal, tak perlu bercakap pun, rasa dekat sangat.” Azmy merenung wajah Shima. Shima tersenyum.

”Abang sanggup hidup susah?” Shima memadang Azmy.

”Maksud Shima?” Azmy kurang mengerti soalan yang diajukan oleh Shima.

”Selama ini, abang hidup mewah. Dan tiba-tiba sekarang terpaksa hidup susah. Belajar menunggang motorsikal. Bekerja dengan gaji yang cukup makan. Pakaian pulak bukan dari jenama yang mahal-mahal. Tentu sukar bagi abang, kan?” Shima menggenggam erat jari jemari Azmy. Azmy merenung jauh. Kemudian mengeluh.

”Itulah kesilapan abang dan keluarga abang. Abang tak pernah merasa susah. Segalanya tersedia, membesar dengan semuanya sudah ada dihadapan mata. Kemudian bila jatuh miskin, teruk betul rasanya. Kena biasakan diri, belajar bagaimana hidup susah, bagaiman nak cari rezeki untuk menampung kehidupan harian.” Azmy mencium tangan Shima.

”Abang bersyukur dapat masuk dalam keluarga Shima, mereka sangat memahami dan percaya pada abang. Dan apa yang abang suka sangat, abang rasa puas hati sebab dapat melakukan sesuatu perkara dengan titik peluh abang sendiri. Abang menghargai setiap duit yang abang perolehi,” Ucapnya bangga. Shima tersenyum.

”Dulu, cikgu Shima pernah cakap, kita mesti belajar cara bagaimana orang miskin meneruskan hidup. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari kelak. Hidup senang tak perlu dipelajari. Semua orang boleh hidup senang. Tapi tak semua orang dapat melalui hidup susah,” Shima membuang pandang ke sungai yang mengalir deras itu. Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu begitu menenangkan.

”Hermmm...Memang. Sebab tu, abang nak mulakan dari awal. Dan, bila kita ada anak kelak, kita ajar mereka baik-baik,” Azmy menyentuh perut Shima hingga membuatkan Shima menjerit.

”Abang!!!!” Shima menampar bahu Azmy. Azmy hanya tersengih. Akhirnya Shima turut tersenyum.

”Cantik kampung ni, kan. Udara segar, sungai pun bersih, rumput hijau, segar mata memandang,” Tangan Shima leka bermain dengan rumput disekelilingnya.

”Ermmmm. Isteri abang pun cantik juga.” Shima muncung mulutnya. Azmy tergelak.

”Jum, balik. Dah lewat ni. Nak memasak lagi,” Shima berdiri sambil menyapu rumput yang melekat dibajunya. Azmy juga berdiri sama.

”Masak sedap-sedap ok,” Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke motorsikal.
”Tengoklah. Kalau rajin,” Shima berkata selamba. Azmy mencubit pipi Shima. Shima menjerit.

”Abang!!!!! Sakit,” Ucapnya keras sambil menggosok pipinya.

”Padan muka. Malas sangat. Dah, naik lagi. Abang nak Shima masak hari ni,” Shima buat muka tidak puas hati. Dengan perlahan dia naik di atas motorsikal. Sengaja dia mencengkam bahu Azmy dengan kuat.

”Aduiiii!!!! Sakit,” Azmy pula menggosok bahunya.

”Garangnya,” Shima tersenyum puas. Azmy geleng kepala. Malas mahu melayan gelagat isterinya itu.

********************************

No comments:

Post a Comment