klik untuk ke blog di alam angker

Monday, February 8, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 32
oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Hai...” Mira tersentak. Affan tersenyum manis dihadapannya. Mira memandang sekeliling mencari kelibat sahabatnya.

“Cari Affiah?” Affan terus duduk di hadapan Mira. Mira gelisah bila Affan masih merenung wajahnya sambil tersenyum.

“Saya macam kenal awak? Kita pernah jumpa tak?” Affan memulakan bicara. Mira membalas renungan mata lelaki tersebut.

“Errr...rasanya tak pernah.” Mira menjawab perlahan.

“Ye ke? Kenapa saya rasa, saya pernah kenal awak?” Affan terus menduga Mira. Mira menggaru telapak tangannya sambil memandang sekeliling.

“Orang cakap, kalau gatal telapak tangan, maknanya ada rezeki masuk. Betul ke?” Affan mengubah topik perbualan. Mira berdengus kasar.

“Perkara karut,” Jawabnya kasar.

“Mana adik awak?” Mira bertanya kasar.

“Ingatkan tak nak tanya tadi. Affiah tak dapat datang, dia suruh saya gantikan tempat dia,” Affan terus tersenyum. Mira memandang tajam wajah Affan yang selamba itu.

“Huhh!!!! Kalau macam tu, saya nak balik,” Mira berdiri dan bersedia untuk beredar.

“Mak saya cakap, lesung pipit saya ni pemanis wajah. Bila dewasa kelak, saya akan jadi lelaki kacak. Sekarang dah kacak dan menjadi lelaki yang baik,” Affan bersuara perlahan. Langkah Mira terhenti, beberapa saat kemudian Mira menoleh. Merenung wajah lelaki yang tetap tersenyum manis itu. Memang jelas kelihatan lesung pipit di pipi lelaki itu.

“Akmal?”

Perlahan Mira menyebut nama yang sudah lama tidak meniti dibibirnya. Affan tersenyum.

“Sekarang dah tukar nama. Affan,” Lama Mira mendiamkan diri. Sudah lama dia tidak mendengar berita tentang Akmal. Akmal pernah berjumpa dengannya selepas 6 bulan mereka habis belajar. Dan berita yang di bawa menghancurkan hatinya.

“Awak dah berubah.” Mira berkata perlahan dan kembali duduk. Affan tersenyum.

“Ye. Dah lama kita tak jumpa. Tentu banyak perubahan. Awak pun dah banyak berubah. Kenapa tak nak tegur saya?” Affan memandang wajah Mira yang tiba-tiba mendung.

“Saya tak nak mengganggu awak. Awak apa khabar sekarang? Dah ada anak?” Affan terbatuk.

“Awak ni. Pandai buat lawak.” Affan geleng kepala. Mira tersenyum kelat.

“Apa pulak buat lawak. Dulu awak kata, awak bakal bertunang. Tentu sekarang dah berkahwinkan?” Mira hairan. Affan tergelak. ‘Alamak!!! Apa yang aku nak jawab ni? Akmal tak cakap pulak pasal ni. Aduh...’ Affan bingung.

“Owh!!! Ye. Eh...bukan. Maksud saya, saya tak jadi kahwin. Terputus ditengah jalan,” Mira tersentak.

“Maaf. Tapi kenapa?” Affan mengeluh lega bila Mira mempercayainya.

“Jodoh tak panjang. Awak pulak? Macamana sekarang? Dah berpunya?” Mira geleng kepala.

“Belum jumpa yang sesuai.” Affan tergelak.

“Belum jumpa yang sesuai? Iye ke? Ataupun, awak masih menunggu saya?” Wajah Mira merona merah. Affan tergelak bila melihat Mira membeliakkan matanya.

“Mengada-ngada. Entah-entah, awak putus tunang sebab tak dapat lupakan saya. betulkan?” Mira pula mengusik Affan. Affan tersenyum.

“Ye. Saya tak dapat lupakan awak. Segala-galanya tentang awak,” Affan terus berlakon. Mira geleng kepala.

“Jangan nak merepek.” Mira serba salah. Sebahagian hatinya gembira mendengar khabar tersebut, tetapi sebahagian lagi meraguinya.

“Awak dah banyak berubah.” Mira bersuara perlahan.

“Yeke? Tak perasan pulak. Berubah semakin handsome atau semakin tak handsome?” Affan berkata selamba.

“Perasan.” Affan tergelak dan Mira tersenyum sinis. Beberapa ketika kemudian, mereka sama-sama mendiamkan diri. Dan bermula pada hari itu, hubungan mereka semakin rapat.

Suatu hari Mira bertanya sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Awak, awak dan Affiah....hari tu, Affiah cakap awak abang dia. Setahu saya, awak takde adik.” Mira bertanya hairan. Affan terbatuk.

“Errrr..Affiah? Dia...sepupu saya. Adik sepupu.” Affan menjawab gugup. Mira pandang wajah Affan. Kemudian dia tersenyum.

“Owh!!!!.”Mira angguk kepala. Affan mengeluh lega. Nasib baik Mira seorang yang tidak suka bertanya banyak.

No comments:

Post a Comment