klik untuk ke blog di alam angker

Friday, February 12, 2010

ALiA
bahagian 24

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 

"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"



“Woiiii…Kau tak jemput aku pergi kenduri ye,” Imah bersuara lantang sebaik sahaja melihat kelibat Ajay.
“Hai cik Kak, dah lupa nak bagi salam ke?” Ariy pula menegur Imah yang tetap sentiasa bising itu.
“Upsssss..lupa lah kawan. Assalammualaikum,” Imah tutup mulut dan memberi salam dengan perlahan sekali. Mereka yang lain ketawa besar bila Imah tersipu malu ditegur oleh Ariy.

“Kenduri kecil-kecilan je. Buat doa selamat kat kami berdua. Nanti kalau aku kahwin, aku jemput kau datang. Masa tu, jangan cari alasan tak dapat datang. Aku cari kau sampai lubang cacing. Sebab kau orang penting majlis kahwin aku kelak. Jadi tukang kipas isteri aku,” Ajay bersuara lantang.

“Cubalah cari sampai dapat.” Imah angkat kening.

“Pasti dapat,” Ajay berkata yakin.

“Alia mana?” Mereka memandang sekeliling, mencari kelibat Alia. Dari jauh, Alia sedang berbual di telefon tanpa menyedari gelagatnya menjadi perhatian rakan-rakannya.

“Semenjak kebelakangan ni, Alia macam orang bercinta je aku tengok. Tapi dia cakap takde. Tengok cara dia bercakap tu, berbelit sana sini. Tangan pula gatal semacam. Habis semua yang ada kat depan dia jadi kecil,” Ajay menyuarakan rasa musykilnya. Mereka yang lain angguk kepala setuju.

“Aku perasan sejak kita habis belajar lagi. Sekarang dah masuk tahun ketiga kita tinggalkan sekolah, dia masih jugak macam tu.” Imah dan Sara angguk kepala. Mereka menghampiri Alia yang masih tersenyum-senyum melayan telefon bimbitnya.

“Errrr..abang, nanti Alia call lagi. Diaorang dah sampai.” Alia memberi salam sebelum mematikan taliannya.
“Siapa tu? Lain macam je aku tengok,” Ajay merampas telefon bimbit Alia. Alia merampas kembali telefonnya kemudian menyimpannya ke dalam poket baju.

“Kawan. Nantilah aku cerita kat korang. Belum ada masa yang sesuai,” Alia mengelak. Mereka yang lain hanya angkat bahu. Tidak mahu memaksa. Begitulah persahabatan mereka. Tidak suka memaksa dan memberi ruang untuk rakan-rakan mereka menjalankan hidup masing-masing. Setelah hampir 3 tahun mereka meninggalkan alam persekolahan. Ros sudah bekerja sebagai jurujual di sebuah butik, ada juga yang masih menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Alia dan Maziah menyambung pengajiannya di UNIMAS. Hafiz bekerja sebagai askar, Fizan pula sebagai kerani dijabatan Tanah dan Servei. Ajay dan Ariy pula baru tamat tingkatan 6 dan akan meyambung pengajian di Maktab Perguruan Rajang.
“Siapa nak belanja makan ni?” Soal Alia selamba sambil memeluk tangan Sara.

“Ros. Dia dah gaji,” Dengan pantas Ariy menjawab. Mereka yang lain menyokong. Ros angguk kepala setuju. Setiap hujung minggu, mereka berkumpul bersama-sama kecuali Hafiz dan Fizan kerana tempat kerja yang agak jauh menyukarkan mereka untuk berkumpul.

********************************

“Siapa tu?” Nadia bertanya pada Syah sebaik sahaja Syah selesai membuat panggilan jarak jauh. “Isteri aku. Kenapa?” Soalnya malas. “Isteri kau? Kau jangan nak tipu aku. Aku tak pernah tahu pun kau dah kahwin?” Nadia berkata sangsi.
“Korang tak tanya. Lagipun, tak penting untuk orang lain tahu. Cukuplah aku sendiri ingat status aku sekarang ni,” Syah menjawab selamba. Baginya, itu semua tidak penting, yang lebih penting dia harus belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya supaya dapat membahagiakan Alia. Isteri tercinta.
“Tak penting kau kata? Ianya penting buat perempuan macam aku ni. Tengok sekarang, aku dah sukakan kau mati-matian, kerana aku sangka kau masih bujang. Kau sengaja hendak buat aku patah hati, betulkan?” Nadia terus mendesak Syah. Syah semakin rimas.
“Maafkan aku jika kau kecewa. Tapi aku memang dah berkahwin. Dia di Malaysia sekarang. Masih belajar jugak. Aku cinta dan sayangkan dia. Aku hanya inginkan dia jadi teman hidup aku. Hanya dia isteri aku dunia akhirat. Harap kau faham,” Syah berkata tegas.
“Aku akan buat kau jatuh ke tangan aku suatu masa nanti,” Nadia berazam. Syah geleng kepala dan menganggap kata-kata Nadia sebagai mainan perasaan sahaja.
Nadia tidak pernah putus asa untuk memikat Syah sehingga dia merancang sesuatu untuk memerangkap Syah.
********************************
“Alia, abang minta maaf.” Syah mencapai tangan Alia. Alia sedikit pun tidak memandang wajahnya. Kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Syah. Namun dia harus kuat dan tidak menunjukkan dirinya lemah dihadapan Syah. Dia sudah berusaha untuk tidak menaruh harapan yang tinggi dalam hubungan yang terbina atas kesalahan yang tidak mereka lakukan.
“Alia tahu amat berat untuk abang tinggalkan Alia. Tapi abang tak mahu pentingkan diri sendiri. Abang mahu lihat Alia berjaya dan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari abang. Abang akan bertanggungjawab di atas perbuatan abang,” Alia merenung wajah yang dirindunya itu. Sungguh dia tidak menyangka mereka berjumpa setelah 3 tahun berpisah. Syah semakin matang dan semakin tampan dari 3 tahun lalu. Namun dia telah berubah menjadi lelaki yang lain. Bukan lagi Syah yang Alia kenal dulu. Kehadirannya juga adalah membawa kehancuran dalam hidup Alia.
“Alia tahu ini akan terjadi. Abang tak perlu rasa bersalah. Alia dah bersedia. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua. Betulkan?” Alia bersuara perlahan. Walau sebak di dada hanya Tuhan yang tahu, dia harus meneruskannya. Rasa cinta yang semakin mendalam terpaksa dilupakan demi kebahagiaan orang lain. Sakitnya hati, hanya Tuhan yang mengatahui. Alia menangis dalam hati. Betapa dia mengharapkan Syah menjadi lelaki pertama dan terakhir dalam hidupnya. Namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya.
“Abang tak tahu bagaimana ianya terjadi. Dan abang silap bila menerima jemputan rakan-rakan untuk berparti. Malam kita bergaduh tu, mereka paksa abang untuk pergi berhibur.” Syah cuba menerangkan apa yang terjadi. Namun Alia geleng kepala.
“Tak perlu jelaskan. Tak penting. Alia doakan kebahagiaan abang. Alia akan terangkan pada ayah,” Alia menolak tangan Syah yang masih menggenggam erat tangannya. Hubungan mereka berakhir dengan cara baik. Sebelum pergi, Syah sempat menerangkan segalanya pada ayah mertuanya dan meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janjinya. Semuanya berakhir tanpa diketahui oleh rakan-rakannya.
“Alia, kenapa kau muram je aku tengok semenjak kau balik dari kampung. Kau ada masalah?” Soal Maziah lembut. Alia tersenyum kelat.
“Aku tak apa-apa. Cuma letih dan juga, nenek aku tak berapa sihat. Tu yang aku bimbang ni,” Alia berdalih. Kebetulan kesihatan neneknya juga terjejas. Selepas berpisah dengan Syah, Alia menjadi pendiam dan suka mengasingkan diri dari rakan-rakannya.
*****************************

No comments:

Post a Comment