klik untuk ke blog di alam angker

Friday, February 5, 2010

ALiA
bahagian 21

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 
"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
“Alia… oooo …Alia. mana pulak budak ni pergi. Dah penat kaki aku cari dia ni, tak juga jumpa,” Alim merungut sambil menjerit memanggil adiknya. Habis sekitar rumah di jelajahnya, namun kelibat Alia tidak juga kelihatan. Setelah penat, Alim duduk di kerusi yang disediakan di bawah pokok mempelam di depan rumahnya.

“Alim, dah jumpa adik kamu?” Suara Pak Alwi kedengaran dari beranda rumah mereka.
“Belum lagi, Ayah. Entah ke mana budak tu pergi. Dah jadi isteri orang pun malas.” Alim membebel. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej.

‘Kjp lagi abg sampai. Jgn bagi tau Alia. Surprise,’ Alim tersenyum setelah membaca mesej tersebut.
15 minit kemudian, Syah sampai. Kehadirannya disambut oleh Alim dan ayah mertuanya sahaja.
“Lim, Alia mana? Tak nampak pun dia?” Soal Syah hairan.

“Entahlah bang. Dari pagi tadi tak nampak batang hidung dia, tak tahu dia kat mana. Puas dah Alim cari kat kawasan rumah ni, tak juga jumpa,” Alim menjawab panjang lebar.

“Ye ke? Biasanya, kat mana dia selalu lepak?” Soal Syah ingin tahu.

“Errr… agak-agak… kalau dulu, dia memang suka sangat kat tepi sungai belakang rumah ni. Kalau tak pun, dia ke kebun, mungkin tolong nenek dan Atok .” Alim menggaru dahinya. Syah tersenyum.

“Ok. Takpe, abang pergi cari dia. Pinjam motorsikal kejap ye,” Syah segera mencapai kunci motor dan menunggang dengan berhati-hati menuju ke sungai belakang rumah keluarga mertuanya. 5 minit kemudian dia sampai. Alia tiada di sungai. Kemudian dia menuju pula ke dusun dan nasib baik dia tahu jalan menuju ke dusun. Dari jarak 100 meter, dia ternampak Alia sedang memungut sesuatu. Pada masa yang sama, Alia turut memandang kearahnya. Syah tersenyum melihat wajah merah Alia yang terkena sinaran matahari. Sama ada malu atau memang merah terkena cahaya matahari namun tetap nampak cantik.

“Assalmualaikum. Nek, Atok, Alia,” Syah menyalami tangan nenek dan atok Alia. Akhir sekali, dia menghulurkan tangannya kepada Alia. Teragak-agak Alia menyambut tangan itu.

“Ehemmm,” Alia menjeling Syah yang tidak melepaskan tangannya. Syah angkat kening. Alia faham maksud suaminya itu. Dengan penuh rasa hormat, Alia mencium tangan Syah. Syah tersengih lalu mencium dahi Alia dengan lembut sekali. Alia menggosok dahinya yang dicium oleh Syah sebentar tadi. Gelagatnya itu menjadi bahan ketawa datuk dan neneknya.

“Bila Syah sampai?” Soal Atoknya perlahan sambil menjemput Syah duduk di pondok rehat mereka.
“Baru sampai. Terus ke sini tadi.” Jawabnya tenang. Alia leka membancuh air untuk di hidangkan kepada mereka.

“Mama dan datuk kamu sihat?” Tok Man bertanya ketika Alia sedang menghidang air kopi untuk mereka.
“Mereka sihat. Mama dan datuk kirim salam.” Syah menjawab sopan.

“Nek, Tok, Alia nak ke sungai tu. Nak tengok pancing yang Alia pasang tadi,” Alia berkata sopan dan sedia untuk melangkah. Syah tersentak. Air yang dia minum tersembur keluar bila mendengar Alia memancing. Alia menjeling tajam. ‘Nak ketawakan aku lah tu.’ Bisiknya kurang senang. Syah tergelak kecil.
“Pandai ke Alia memancing?” Syah sengaja menyakitkan hati Alia.

“Tak pandai. Cuma ikan bodoh je yang makan umpan kail saya tu,” Alia menjawab kasar.
“Alia, kenapa kasar sangat. Tak baik buat suami kamu macam tu,” Nek Aton menegur cucunya yang bercakap kasar. Alia mencebik bibirnya bila melihat Syah tersenyum menang. Kemudian dia beredar menuju ke sungai yang menjadi tempat untuk dia menghilangkan rasa bosan.

‘Orang tua tu memang suka sangat nak sakitkan hati aku. Kenapalah dia sering datang dalam hidup aku,’ Alia berbisik sendirian. Kadangkala Alia hairan mengapa semua perkara yang terjadi dalam hidupnya sangat memenatkan dan juga memalukan dirinya. Mengapa berat sangat ujian yang dia terima. Mampukah dia menghadapinya seorang diri. Alia mengeluh.

“Seronok memancing sorang-sorang?” Alia terkejut dan hampir jatuh ke dalam sungai bila ditegur secara mengejut oleh Syah.

“Cikgu…..” Alia mencekak pinggang. Syah tergelak besar. Lucu bila melihat wajah pucat Alia.
“Apa yang kamu menungkan tu?” Soal Syah dalam sisa gelaknya. Alia menjeling tajam sambil menggigit bibirnya menahan marah.

“Tak tahu nak bagi salam ke? Kalau saya ada penyakit jantung tadi, kan dah jadi arwah saya dibuatnya.” Alia bersuara kasar.

“Tahu. Saja nak buat gempak sikit. Kalau Alia pengsan tadi, boleh jugak saya buat CPR. Tentu best.” Syah masih tersenyum. Mulut Alia muncung sambil terkumat kamit memarahi Syah.

“Alia tak melatah lagi?” Soal Syah perlahan sambil mengambil tempat duduk disisi Alia. Alia berganjak sedikit memberi ruang untuk Syah duduk disebelahnya.

“Tak.” Jawabnya ringkas.

“Ada ikan tak dalam sungai ni?” Syah melontar seketul batu ke dalam sungai.

“Cikgu!!!!!” Alia menjerit sekali lagi. Syah tetap tersenyum. Seronok dapat mendengar suara Alia yang sedang marah itu. Kemudian mereka sama-sama mendiamkan diri. Masing – masing tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.

“Ahad minggu depan saya berlepas ke Pakistan. Jumpa papa. Lepas tu terus ke Arab Saudi sambung belajar,” Syah memberitahu tujuannya ke kampung tersebut. Alia terkejut, tetapi masih dapat disembunyikan dari pengetahuan Syah.

“Owh.. tak balik ke sini lagi?” Soalnya selamba.

“Kenapa? Tak nak jadi isteri saya lagi?” Syah sengaja mengusik Alia.

“Ye,” Alia menjawab terus. Syah tergelak.

“Alia….Alia….. sekali Alia dah jadi isteri saya, selamanya akan jadi isteri saya.” Syah menggenggam tangan Alia. Alia tersentak dan berusaha menarik tangannya, namun tidak berjaya. Akhirnya Alia membiarkan tangannya terus digenggam oleh Syah. ‘Sedihkah aku?’ Bisiknya sendirian sambil menatap wajah tenang Syah. ‘Hati ni pun berdebar semacam. Kenapa ye?’ Alia terus bermonolog sendirian tanpa sedar dia sedang berbalas renungan dengan Syah.

“Owhhh… mak ikan melompat,” Alia menjerit dan hampir terjatuh ke dalam sungai namun sempat di tarik oleh Syah. Mereka sama-sama menarik tali pancing.

“Cepat Alia, dah dapat ikan tu.” Syah bersuara riang. Seronok bila umpan pancing Alia dimakan ikan.
“Ikan apa tu?” Soal Syah hairan sebaik sahaja ikan tersebut berjaya ditangkap.

“Cikgu tak kenal ikan ni? Ini namanya ikan keli,” Alia menjawab sambil memukul kepala ikan tersebut dengan kayu.

“Siapa cakap saya tak tahu? Saya sengaja nak uji Alia. Mana tahu, pandai memancing, tapi tak tahu nama ikan,” Syah sengaja menyakitkan hati Alia. Alia menjeling sekilas sebelum memasang umpan dan melontar tali pancing ke sungai.

“Kalau saya takde kat sini nanti, Alia jangan nakal tau. Belajar sungguh-sungguh. Dapat keputusan yang baik, supaya senang masuk university.” Syah bersuara perlahan. Alia hanya mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa yang perlu di jawab. Perasaannya bercampur-baur. Syah merenung wajah Alia yang sedang leka memancing.
‘Abang akan rindukan semua tentang kamu Alia. Alia tetap isteri abang dunia akhirat.’ Syah masih merenung Alia. Dia yakin sebenarnya perasan yang hadir dalam dirinya selama mengenali Alia adalah perasaan cinta. Benarlah, cinta itu buta. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, samaada orang yang kita kenal atau tidak, perasaan halus itu tetap hadir tanpa kita sedari.

“Alia…” Syah memanggil Alia dengan suara yang perlahan sekali. Hampir tidak kedengaran. Alia berpaling seketika.

“Awak panggil saya?” Soalnya pula. Syah hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.

Alia kembali merenung pancingnya. Sekali lagi Syah memanggilnya.

“Cikgu ni kenapa?” Soal Alia rimas.

“Dari tadi cikgu renung saya, tak jemu ke?” Alia berpaling dan membalas renungan Syah.
“Tak. Saya nak bawa kenangan dan wajah ini ke mana sahaja saya pergi,” Jawabnya sambil menangkap gambar wajah Alia dengan telefon bimbitnya. Kemudian Syah mengeluarkan sesuatu dari poket baju jaketnya. Kemudian Syah membetulkan kedudukan telefon bimbitnya dan mencapai tangan Alia lalu dia menyarungkan cincin ke jari manis Alia. Alia terkejut dengan tindakan luar jangkaan yang dilakukan oleh Syah. Cincin silver itu comel dan menarik rekaannya.

“Cantik,” Tanpa sedar Alia memuji. Syah tersenyum senang.

“Saya tempah khas untuk kita berdua. Saya sengaja buat kecil supaya ia tidak terlalu menonjol dan orang lain tak berminat dengannya. Jadi ia tak mudah hilang atau di curi,” Syah menggenggam jari-jemari Alia.
“Terima kasih,” Ucapnya perlahan.
“Kenapa cikgu buat semua ni?” Soal Alia lemah sambil menundukkan kepalanya. Syah berpeluk tubuh kemudian menghembus nafasnya perlahan.

“Tak tahu. Mungkin sebab saya sayangkan perhubungan ni atau mungkin saya sudah jatuh cinta pada Alia?” Syah bersuara perlahan dan wajahnya kemerahan mungkin sebab malu dengan luahan hatinya. Siapa sangka, hubungan mereka yang dulunya dingin berakhir dengan perkahwinan. Alia hanya mampu tunduk memandang kakinya. ‘Cintakan aku? Biar betul? Dia sengaja hendak mainkan perasaan aku saja,’ Alia termenung seketika sebelum membalas kata-kata Syah.

“Tapi….saya….” Alia mendongak memandang wajah Syah.

“Takpe. Saya faham. Dan saya tak memaksa Alia terima saya. Biar masa yang menentukannya ok. Sekarang Alia tumpukan perhatian dalam pelajaran. Minggu depan takde orang nak ganggu Alia lagi. Tak tahu bila kita akan berjumpa lagi,” Syah mengeluh lemah.

“Saya akan jaga cincin ni baik-baik.” Alia tersenyum.

“Ikan ni, masak apa yang paling sedap?” Syah membelek ikan keli yang sudah mati itu.

“Cikgu nak masakan yang macamana? Nanti saya buat yang istimewa,” Alia tersenyum manis. Syah turut tersenyum.

“Serius saya katakan. Saya memang akan rindukan senyuman, rajuk dan wajah kamu yang sedang marah bila saya tiada di sini nanti,” Syah bersuara serius sambil merenung wajah Alia. Alia tunduk kembali.
“Betulke? Ataupun, bila tiba di sana nanti, cikgu jumpa ramai perempuan cantik, yang lemah lembut dan matang dari saya, cikgu tentu lupakan saya,” Alia menjawab sinis.

“Errrr…Boleh tak Alia jangan panggil saya cikgu. Rasa peliklah.” Syah tidak selesa bila Alia memanggilnya cikgu. Alia tersengih.

“Saya belum bersedia lagi nak ubah panggilan tu.” Syah geleng kepala. Perangai Alia memang takkan berubah.

“Insya-Allah, saya takkan berubah. Alia jangan cari lelaki lain tau,” Syah masih menggenggam tangan Alia.
“Tengoklah. Tak dapat nak janji. Kalau ada yang mengorat saya dengan muka ala-ala Syah Rukh Khan, ok jugak. Takkan nak lepaskan pulak,” Alia bersuara selamba.

“Cubalah kalau berani,” Syah menarik Alia ke dalam pelukannya.

“Ehhh…Cikgu buat apa ni? Lepaslah. Nanti orang tengok. Heboh lagi satu kampung.” Alia menolak tubuh Syah. Syah ketawa besar. Alia hanya menggeleng kepala dengan gelagat nakal Syah.

“Jum balik. Nanti nenek dan atok bising pulak,” Alia mengemas peralatan memancingnya dan beredar meninggalkan Syah yang terkial-kial memegang ikan keli tersebut.

“Alia, tolonglah. Macamana nak bawa ikan ni?” Syah akhirnya bersuara bila melihat Alia semakin jauh. Alia berpaling sambil bercekak pinggang.

“Hahhhh!! Nak bawak ikan tu pun tak tahu?” Alia menghampiri Syah. Syah tersengih cuma sambil geleng kepala.

“Nah, cikgu bawa ni. Biar saya bawa ikan ni,” Alia menyerahkan peralatan memancingnya dan duduk mencapai tali lalu mengikat ikan keli tersebut. Mereka berjalan beriringan menuju ke pondok. Atok dan neneknya sudah bersedia untuk pulang ke rumah mereka.

“Hahhh…Sampai pun. Ingat tak nak balik tadi,” Tok Man menyapa cucunya.

“Ada orang seronok sangat memancing tok,” Alia menjeling ke arah Syah yang tersengih setelah mengenakannya.
“Dan ada orang tak tahu macamana nak bawa ikan keli ni,” Alia mengangkat ikan keli tersebut. Syah tersengih.

“Sudahlah. Mari balik.” Nek Aton segera naik ke atas motosikal suaminya.

“Alia kamu naik motor dengan Syah.” Tok Man segera berlalu.

“Hahh…” Belum sempat Alia membantah, datuk dan neneknya sudah beredar. Syah tersenyum. Alia berdengus.

“Marilah. Dah lewat ni,” Syah menghidupkan enjin motorsikal.

“Kalau tak nak, Alia jalan sorang diri,” Syah bergerak perlahan bila melihat Alia teragak-agak hendak memboncengnya.

“Tunggu saya,” Alia menarik baju Syah. “Tahu pun takut,” Syah tersengih. Mereka segera meninggalkan kawasan dusun tersebut.

********************************

No comments:

Post a Comment