klik untuk ke blog di alam angker

Monday, February 8, 2010

ALiA
bahagian 22

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 
"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
“Awak belum tidur lagi?” Alia bertanya sambil berdiri disebalik pintu biliknya.

“Awak nak temankan saya?” Syah pula bertanya sengaja menyakitkan hati Alia.

“Kalau tak nak tidur takpe.” Alia menutup pintu biliknya perlahan. Syah berjalan menghampiri bilik Alia.
“Tunggu,” Pintu bilik kembali dibuka. Perlahan Syah menghampiri pintu bilik tersebut.

“Kat mana saya nak tidur?” Syah memandang sekeliling bilik yang hanya ada sebuah katil bujang. Alia turut sama melihat ke arah katilnya.

“Ermmm..awak tidur kat katil tu. Nanti saya tidur kat bawah,” Syah menyambut kain selimut dan sebiji bantal yang dihulur oleh Alia lalu merebahkan dirinya di lantai. Alia terus merebahkan badannya ke atas katil. Merenung siling melayan mata yang tidak mahu lelap. Seketika kemudian dia mengiring memerhati Syah yang berada dilantai.

‘Apakah memang jodoh kami untuk bersama?’ Alia bertanya pada diri sendiri.

“Cikgu dah tidur?” Alia bertanya lemah. Syah menelentang.

“Belum. Kenapa?” Alia senyap.

“Alia, errrr,” Syah duduk tegak. “Ye,” Alia menjawab perlahan.

“Boleh tak….. Takpelah. Lupakan.” Syah kembali merebahkan dirinya. Alia hairan dan berusaha melelapkan matanya.

Sementara itu, Syah masih belum dapat melelapkan matanya. Perlahan dia menghampiri Alia. Merenung wajah tenang yang sedang nyenyak tidur itu. ‘Aku akan merindui wajah manis ini,’ Bisiknya sendirian. Entah mengapa apabila menatap wajah Alia, dia tidak pernah puas untuk menatapnya sekali lagi dan lagi. Perlahan Syah berbaring di sebelah Alia. Memeluk tubuh hangat itu.

‘Kenapa panas sangat ni,’ Bisik Alia pelik. Seperti ada seseorang menghimpitnya. Alia membuka mata perlahan dan bingkas bangun bila melihat dirinya sedang dipeluk oleh Syah.

Glupp….

“Cikgu, bangun.” Alia menolak tubuh Syah sekuat hati hingga menyebabkan Syah hampir terjatuh dari katil. Namun sempat berpaut pada pinggang Alia. Sekali lagi mereka berpelukan. Mereka saling berbalas renungan. Syah tersenyum. Muncung bibir Alia semakin panjang.

“Cikgu ni kan….Errrr…lepaslah.” Alia menolak tubuh Syah lagi. Ketukan dipintu membuatkan mereka berdua serentak berpaling kearah pintu.

“Syah, mari kita berjemaah kat surau,” Suara Tok Man membuat Alia mengeluh lega. Kemudian dia tersenyum bila melihat wajah kelat Syah yang dengan berat hati melepaskan pelukannya.
“Marilah. Alia pun kena pergi jugak,” Syah menarik tangan Alia.

“Errr…Saya cuti umum hari ni,” Jawabnya sambil tunduk malu. Syah tersenyum kecil.
“Cuti umum?” Soal Syah pelik.

“Yups. Cuti orang perempuanlah.” Jawabnya geram. Syah beredar ke pintu bilik dan keluar dengan senyum sumbing dibibirnya. Alia berbaring semula. Dia menguap seketika sebelum menyambung kembali tidurnya.


**************

“Huarggg. Mengantuk betul.” Alia keluar dari bilik dengan mata hampir terpejam. Beberapa kali dia menguap sambil berjalan ke bilik mandi. Sebelum keluar dari bilik, dia sempat melirik ke arah jam.

‘Baru pukul 8.30. Masih awal,’

Alia terus menanggalkan pakaiannya tanpa menyedari seseorang sedang memberus gigi di dalam bilik mandi tersebut.

“Uuuuuuu..sejuk.” Alia menggigil kesejukan bila air paip terkena badannya.

“Ehemm….” Alia menutup pili paip bila terdengar suara seseorang. Dia berpaling mencari siapa gerangan yang turut sama berada di dalam bilik mandi tersebut.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaa,” Alia menjerit sebaik sahaja dia terpandang Syah yang sedang merenungnya juga. Ketika itu berus gigi Syah masih di dalam mulutnya dan hampir terlepas.

“Alia… kenapa menjerit tu?” Syah dan Alia tersentak apabila suara Nek Aton memanggilnya dari luar bilik air.

“Takde apa-apa, nek,” Alia menampar lengan Syah yang sedang tersengih dihadapannya. Nasib baik dia memakai kain basahan.

Syah tersenyum kemudian berkumur dan keluar dari bilik mandi tersebut. Lucu bila melihat riak marah dan malu di wajah Alia.

Semasa di meja makan, Syah asyik tersenyum-senyum dan matanya asyik merenung Alia yang sedikit pun tidak memandang wajahnya.

“Berapa lama Syah sambung belajar?” Soal Pak Alwi. Syah yang asyik merenung Alia tidak mendengar soalan yang ditanya oleh bapa mertuanya.

“Manalah dia nak dengar. Tu asyik sangat tengok si Alia tu,” Nek Aton berkata selamba sambil tersenyum.
“Aduh!!!!” Syah mengaduh kesakitan.

“Apahal pijak kaki orang ni?” Syah menggosok kakinya yang dipijak oleh Alia.

“Alia, kenapa buat suami kamu macam tu? Tak baik tau,” Nek Aton menegur sikap kasar Alia.
“Dia yang tak dengar ayah tanya tadi.” Alia mempertahankan diri. Syah tersenyum malu bila semua mata memandang kearahnya.

“Ayah cakap tentang apa tadi,” Soalnya lagi bagi menutup rasa malu sebab tertangkap oleh bapa mertuanya ketika dia sedang asyik merenung wajah Alia.

"Berapa tahun Syah sambung belajar?" Pak Alwi geleng kepala dengan gelagat menantunya itu.
“4 tahun lebih.” Jawabnya perlahan. Pak Alwi angguk kepala.

“Sekarang ni cuti sekolah, kamu bawalah Alia tu balik ke rumah mama kamu. Atau kamu berdua nak jalan-jalan masa cuti sekolah ni,” Nek Aton memberi cadangan. Syah angkat kepala. Begitu juga Alia. Terkejut dengan cadangan neneknya.

“Yelah. Bawalah Alia jalan-jalan. Lama kamu berdua berpisah kelak. Sekarang ni, kamu berdua patut menghabiskan banyak masa bersama.” Pak Alwi menyokong cadangan ibunya. Alia terbatuk. Syah pula terdiam sejenak. Memikirkan cadangan keluarga Alia.

“Ok jugak tu, Ayah. Kalau macamtu, saya nak bawa Alia melancong,” Syah bersuara senang.
“Nak pergi ke mana?” Pak Alwi bertanya.

“Belum tahu lagi. Petang ni bawa Alia balik ke rumah mama.” Syah meneguk air milo.

“Kat kawasan berdekatan sini, ada tak kawasan peranginan?” Soalnya lagi bila melihat wajah kelat Alia.

“Laaaa…Bako National Park pun ok jugak. Ada rumah tumpangan. Cantik tempat tu,” Cadang Pak Alwi.
Nek Aton angguk kepala setuju.

“Alia macamana. Suka?” Syah bertanya pada Alia.

“Saya tak kisah. Saya ikut je. Lagipun tak pernah bermalam kat kat sana,” Alia menjawab perlahan.

“Kalau macam tu, petang ni kita ke sana,” Syah berkata muktamad.

No comments:

Post a Comment