klik untuk ke blog di alam angker

Friday, February 5, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 31
oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/



“Assalamualaikum.” Affan memberi salam. Mira angkat muka. Sekali lagi dia tergamam. Wajahnya pucat.

“Errrr....Awak. Awak tak apa-apa?” Affan gelabah melihat wajah Mira yang pucat itu. Affiah yang menyedari kehadiran abangnya segera menghampiri mereka berdua. Affiah tarik tangan abangnya dan beredar. Setelah agak jauh, barulah Mira kembali tenang.

“Dia ada tanya apa-apa tentang Akmal?” Affan bertanya pada adiknya.

“Dia tak mahu cerita apa-apa. Dia pun tak tanya pasal abang.” Affan hairan.

“Lain kali, jangan muncul macam tu kat depan dia. Kasihan adik tengok dia. Pucat muka dia,” Affiah tersenyum pada Mira yang masih memandang ke arah mereka.

“Abang nak ajak adik makan. Abang belanja,” Affan tersenyum sambil melirik ke arah Mira yang kelam kabut melarikan pandangannya ke arah lain.

“Cantik. Patutlah Akmal sanggup bertukar sekolah kerana dia.” Affan tersenyum lagi.

“Itu je yang lelaki pandang. Cantik. Apa yang ada pada kecantikan tu?” Affiah bertanya kasar. Affan angkat kening tanda tidak faham soalan yang ditanya adiknya itu.

“Cantik? La....Takkan adik tak tahu? Adik pun mahu pakai pakaian yang cantikkan?” Affan bertanya hairan.

“Abang Affan ku sayang, kalau perempuan abang ibaratkan seperti pakaian, bila abang dah jemu pakai, abang boleh buang. Maknanya, bila perempuan yang cantik bertukar jadi hodoh, abang buang dia. Macam tu?” Affiah menjeling tajam pada abangnya.

“Bukan itu maksud abang. Cantik tak semestinya menjurus kepada paras rupa, abang belum cakap habis lagi. Adik dah menyampuk,” Affan mengambil tempat duduk di hadapan adiknya. Leka berbual mereka sudah sampai di kantin.

“Bohonglah kalau abang kata cantik tu perkara lain,” Affiah berkata sinis.

“Pada abang, cantik ni membawa maksud yang banyak. Kecantikan luaran, kecantikan dalaman. Kecantikan luaran, kita dapat tengok dengan mata kasar. Kecantikan dalaman kita dapat rasa dari cara dia bercakap, cara dia pandang kita, cara dia melayan orang disekeliling kita. Ramai yang tidak menyedari kecantikan dalaman ini. Sebab, semua orang hanya nampak luaran sahaja.” Affiah menongkat dagu memandang wajah abangnya.

“Habis, Mira tu, apa yang abang nampak? Kecantikan dalaman atau luaran?” Affiah angkat kening.

“Buat masa sekarang, abang hanya nampak perempuan cantik. Luaran.” Affan tersenyum. Affiah geleng kepala.

“Abang ni, cakap lebih-lebih, tapi masih juga memandang luaran,” Affiah muncung mulutnya. Affan tergelak.

“Bagi abang masa. Bila abang dah kenal dia, barulah abang bagi tahu adik keputusan sebenar abang,” Affan tersenyum.

“Abang nak buat apa?” Affiah bertanya bodoh.

“Adalah. Rahsia,” Affan menyuap nasi goreng Ayamnya. Affiah bingung.

“Jangan abang menyamar jadi abang Akmal sudahlah,” Affiah berkata perlahan. Affan menghentikan suapannya.

“Bagus jugak cadangan tu. Kenapa abang tak terfikir? Lagipun, semua rahsia mereka Akmal dah ceritakan pada abang,” Affan tersenyum. Affiah mengeluh lemah. Affan tersenyum panjang.

No comments:

Post a Comment