klik untuk ke blog di alam angker

Monday, February 1, 2010

ALiA
bahagian 19


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
Hari ini hari terakhir Syah mengajar di SMK Air putih. Pelajar-pelajar yang diajarnya mengadakan jamuan sebagai tanda perpisahan pada tengahari selepas tamat masa belajar. Semua pelajar datang mengucapkan selamat tinggal kepada Syah.

“Cepatlah. Alia, pergilah sekarang, minta maaf dengan Cikgu Syah.” Imah menolak badan Alia menghampiri Syah yang sedang duduk seorang diri di mejanya dan sedang menikmati mee gorengnya.

“Eiii..Tak nak lah. Lagipun dia dah buat macam-macam kat aku. Dah kira seri la tu,” Alia mengelak dan berlari bersembunyi di belakang Ajay dan Ariy. Syah tersenyum melihat gelagat Alia yang takut menghampirinya. Mereka yang lain berdiri tegak di hadapan Syah.

“Ye? Kamu ada apa-apa nak cakap?” Soal Syah serius.

“Errr.. ni kawan kami ni,” Ajay menarik tangan Alia dan menolak tubuh Alia ke depan. “Dia ada buat salah?” Soalnya tenang sengaja menyakitkan hati Alia.

“Cepatlah cakap. Minta maaf, cepat,” Desak kawan-kawannya. Alia merenung satu persatu wajah sahabatnya. Mereka semua angguk kepala.

“Err…Cikgu, Saya nak minta maaf,” Alia berkata gugup. Syah memandang satu persatu wajah anak-anak muridnya. Sengaja tidak faham tentang apa yang mereka katakan.

“Saya minta maaf sebab tendang kaki cikgu masa mula-mula cikgu datang ke sini,” Alia berkata lancar. Dia mengeluh lega setelah meluahkannya.

“Owh!! Takpe. Saya dah lupakan. Saya pun bersalah juga. Awak dah minta maaf masa tu, saya yang garang tak bertempat,” Syah tersenyum. Mereka yang lain tersenyum juga.

“Kan aku dah kata, Cikgu tak marah. Dia seorang yang pemaaf,” Ros menepuk bahu Alia. ‘Huhh.. Dia berlakon tu,’ Bisiknya dalam hati sambil menjeling Syah yang tersenyum penuh makna padanya.
“Bila cikgu sambung belajar lagi?” Soal Hafiz sambil menarik sebuah kerusi dan duduk di hadapan Syah. Mereka yang lain turut sama menarik kerusi dan berborak dengan guru mereka. Alia berundur ke belakang menghampiri Sara.

Ketika itu, Salman juga mengekori langkah Alia. “Alia, saya nak minta maaf. Tapi saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Maafkan saya tentang hal hari tu,” Salman mengambil kerusi dan duduk di sebelah Alia berhadapan dengan Sara. Alia hanya mendiamkan diri.

“Sara, saya juga nak minta maaf pada awak. Kalau ada peluang, saya ingin mengenali awak dengan lebih dekat lagi,” Salman memandang sayu wajah Sara yang tiada perasaan itu.

“Saya dah maafkan awak. Sekarang ni saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Saya tak mahu leka dengan perkara lain. Harap awak faham. Kalau awak nak jadi kawan study saya ok jugak. Kalau nak lebih, saya tak dapat nak layan perasaan awak tu,” Sara berkata tegas. Salman angguk kepala.
“Baik, saya harap kita boleh jadi rakan sepejuangan. Alia, awak maafkan saya?” Salman melirik wajah selamba disisinya.

“Kalau Sara dah maafkan awak, saya nak kata apa lagi. Lagipun, saya dah lupakan hal tu,” Alia tersenyum manis. Dari jauh Syah tidak senang duduk melihat Alia tersenyum manis ke arah Salman.
“Cikgu cemburu, ye?” Imah berbisik ke telinga Syah. Syah tersentak. Tidak menyangka perbuatannya menjadi perhatian Imah.

“Cemburu? Pada siapa?” Syah pura-pura tidak faham.

“Saya tahu, cikgu ada hati kat Alia, kan?” Imah sengaja menduga perasaan Syah.

“Ehh mana ada. Merepek je awak ni, takkan saya nak sukakan pelajar sendiri?” Syah menyangkal segala tuduhan Imah.

“Cikgu bukan guru kami lagi mulai hari ini. Kalau cikgu suka kat Alia, nanti saya tolong. Saya suka kalau cikgu dan Alia berpasangan.” Imah berkata serius. Dia angguk kepala bila Syah memandang wajahnya dengan padangan tidak percaya.

“Betul. Dari mula lagi, saya tengok cikgu selalu curi pandang kat Alia. Dan saya juga tahu cikgu pernah tangkap gambar Alia masa hari sukan tu, saya tak bagitau kat Alia. Takut Alia melenting tak tentu pasal, dia tu, mudah sangat naik angin,” Syah mendengar dengan teliti.

“Jangan bagitau dia ye. Saya tak nak ganggu dia nak axam hujung tahun ni. Kalau ada jodoh, dia tetap milik saya. Awak jangan risau,” Syah angguk kepala. Imah tersenyum gembira.

“Tapi saya nak awak tanya dia, kalau dia dipaksa berkahwin dengan orang yang dia tidak cinta, apa perasaan dia? Nanti awak tanya pada dia ye.” Syah menyuruh Imah menyiasat hati dan perasaan Alia.

“Ok. Takde masalah,” Imah setuju. Syah tersenyum.

*********************************

No comments:

Post a Comment