klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, February 3, 2010

ALiA
bahagian 20

oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 
"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
*********************************
“Rindulah kat Cikgu Syah. Dah lama jugak dia pergi ye,” Ajay mengeluh sambil meletak dagunya di atas meja.

“Yelah. Aku pun rindu juga nak kena hukum olehnya.” Hafiz turut sama menekur dagunya di meja.

“Hoi… Apasal korang ni buat muka sedih.” Alia menepuk bahu rakan-rakannya. Di satu sudut pula, Ariy termenung sambil matanya memandang keluar tingkap. Entah apa yang difikirnya. Petang itu mereka di suruh membuat ulang kaji di kelas kerana ujian percubaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kenapa kau termenung?” Alia duduk dihadapan Ariy setelah mengetuk kepala Ajay dan Hafiz.
“Kenapa Maziah tolak aku ye?” Alia tergelak. Rupanya sahabatnya yang sorang itu masih memikirkan penolakan Maziah terhadap cintanya.

“Dia bukan tak nak kat kau, dia hanya tak mahu leka sekarang ni. Peperiksaan kan dah dekat, dia nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu. Bila tamat sekolah nanti, kau cuba lagi,” Alia memberi kata semangat pada sahabatnya. Ariy mengeluh lemah. Dia kenal Maziah semenjak mereka sama-sama mendaftar di sekolah tersebut.

“Aku hairan betul, nak kata aku tak hensem, ramai jugak peminat aku ni, tak kan dia tak minat kat aku?” Ariy bertanya pelik. Alia sudah tersenyum mengenangkan perangai Ariy. Semenjak Maziah menerima surat cinta dari seorang pelajar enam atas minggu lepas, Ariy menjadi orang sasau. Dan mereka baru mengetahui yang Ariy menyintai Maziah.

“Sebab kau hensemlah, Maziah tak nak kat kau. Orang hensem ni susah nak dijaga. Ramai sangat peminat.” Alia membebel.

“Tapi aku setia kat dia sorang. Semenjak kita masuk sekolah ni lagi aku dah jatuh cinta kat dia tau. Tak pernah aku nak layan perempuan lain, sebab aku memang lelaki yang setia,” Alia tergelak besar. Memang melucukan sahabatnya itu. Tidak sangka Ariy begitu cintakan Maziah. Hampir 5 tahun dia menyimpan perasaan pada Maziah tiada siapa yang tahu.

*************************
“Hai Maziah!!!” Suara Taufiq menegur Maziah lembut. Taufiq dan Maziah berjalan seiringan. Ariy pula melangkah laju meninggalkan mereka. Cemburu dengan kemesraan Maziah dan Taufiq. Mereka yang lain geleng kepala dengan perangai Ariy yang semakin sensitive semenjak Maziah rapat dengan Taufiq.

“Ala…Relek la Ariy. Bunga bukan sekuntum, kau ni kan hensem, kalah Ultraman Taro tu, tapi kau tetap kalah leh hero aku iaitu Dean. Supernatural, hahahhahaa,” Alia berkata selamba sambil ketawa besar. Mereka yang lain turut sama ketawa dengan lawak selamba Alia. Ariy ketuk kepala Alia.
“Yang kau suka sangat ni kenapa? Kalau ye pun nak buat perbandingan, cubalah bandingkan aku dengan Shah Rukh Khan ke, Amir Khan ke… Ni tak, Ultraman yang pakai baju plastic tu jugak yang nak disamakan dengan aku.” Alia tersengih bila mendengar Ariy membebel.

“Apa pulak Amir Khan, kenapa tak samakan kau dengan…… Siapa nama pelakon Hong Kong tu, lupa pulak aku, Edison Chan..Haaa dia lagi hensem,” Imah pula menyampuk. “Kalau macam tu, aku ni ada tak macam Nicholes Tse?” Soal Ajay sambil bergaya dengan memegang dagunya.

“Kau?” Alia tunjuk jari ke dahi Ajay.

“Muka macam kau tu, macam Eric Tsang adalah aku tengok,” Mereka yang lain ketawa besar melihat Ajay yang terkulat-kulat mendengar Alia mengutuknya.

“Kau sendiri tu? Semakin hari semakin menyerlah wajah Chinese kau tu. Wajah siapa yang kau ikut ye?” Ajay menilik wajah Alia. Alia pura-pura tidak mendengar soalan yang Ajay tanya.

“La… Kau ni? Mama dia kan kacukan Cina + India. Tu yang ada sangkut sikit wajah Chinese,” Ariy menjawab soalan Ajay.

“Patutlah hitam semacam je aku tengok. Rupanya ada darah India juga,” Alia tersenyum bangga.
“Baru kamu semua tahu.,” Alia ketawa besar.

“Bukan tak tahu. Cuma tak percaya. Kalau ikutkan campuran Cina + India ni, ketinggian kau sepatutnya dalam 158CM atau 170CM. Ni…..” Ajay meletakkan tangannya di kepala Alia.

“150CM. Saiz budak-budak,” Ajay berkata selamba dan di sambut oleh gelak ketawa rakan-rakan mereka yang lain. Alia muncung mulutnya. Geram dengan kata-kata Ajay.

“Takpe. Aku tak kisah korang nak gelakkan aku. Janji bahagia,” Alia berjalan selamba sambil menyanyi riang. Mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat Alia.

No comments:

Post a Comment