klik untuk ke blog di alam angker

Monday, March 29, 2010

TAKDIR 

episode 15



Azmy bersandar. Ingatannya melayang pada kejadian dirumahnya sejam lepas. Dengan langkah lesu dia memasuki rumah yang gelap gelita itu. Dia sebenarnya kecewa bila Shima tidak membalas cintanya dan dia harus menghormati hak Shima. Oleh sebab itu, dia tidak bermalam di rumah mamanya. Bimbang sesuatu terjadi ke atas mereka kerana dia sudah membayangkan sesuatu yang akan membuatkan Shima membencinya.
Azmy sengaja tidak memasang lampu dan berjalan menuju ke dapur untuk minum.
‘Azmy…Azmy… Apalah nasib kau teruk sangat. Orang kata, orang yang kacak senang dapat perempuan. Tapi aku…..mungkin aku tidak kacak,’ Azmy membebel menyesali nasib sendiri. Sewaktu dia menaiki tangga untuk ke bilik, dia mendengar suara perempuan ketawa. ‘Takkan ada hantu kat rumah ni?’ Bulu roma terasa berdiri. Seram. Tapi kemudian dia menjadi hairan. Kali ini dia mendengar suara lelaki pula. Seperti sedang bergurau dan suara itu datangnya dari bilik utama. Perlahan Azmy melangkah menuju ke bilik utama dan melekapkan telinganya ke pintu.

“Mira,”

Ucapnya perlahan. Azmy merasakan tahap kesabarannya semakin menurun dan dengan sekuat hati dia menendang pintu bilik itu. Ketika itu Mira berpaling kearahnya. Begitu juga lelaki yang meniduri Mira. Mereka tergamam. Mira menolak tubuh lelaki yang menindihnya itu. Azmy merenung tajam kearah Mira. Mira memadang Azmy dengan riak tidak percaya. Setahunya, sekarang, Azmy sepatutnya bermalam di rumah mamanya kerana itulah kebiasaan Azmy bila Mira ada tugasan luar.

“Mira, apa kamu berdua buat ni? Siapa lelaki tu?” Azmy bersuara lantang. Dihadapannya matanya, Mira sedang berasmara dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. Namun seketika kemudian, dia seperti mengenali lelaki itu.

“Errrrr…kami…I…” Mira gugup dan tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.
“Sampai hati You. Ini balasan you diatas kesetiaan I. You memang perempuan tak guna,” Azmy berlalu meninggalkan Mira yang masih tergamam.

Tuk..tuk..tuk..
“Encik tak apa-apa?” Azmy tersentak bila cermin keretanya diketuk. Dua orang anggota polis berpakaian seragam menegurnya. Azmy geleng kepala dan mengucap panjang. Entah berapa lama dia berhenti di tepi jalan. Dia memandang sekeliling kemudian memandang jam. ‘2.30 am.’ Azmy meraup mukanya.

“Saya ok. Terima kasih,” Azmy beredar selepas mengucapkan maaf pada anggota polis tersebut.

*********************

Sebulan berlalu namun Azmy tidak menelefonnya dan juga tidak menjenguk dia di rumah mamanya. Amri juga sudah lama tidak datang ke rumah itu. Hendak menelefon suaminya, Shima merasa malu. Bimbang disalahertikan. Akhirnya Shima membuat kesimpulan, Azmy sibuk dengan kerjanya. Shima teringat akan tugasnya. Dia sedar, Azmy menikahinya hanya untuk menjaga mamanya yang lumpuh itu. Tidak labih dari itu. Mungkin sampai masanya dia pergi. Pn.Aznah juga sudah dapat berjalan biarpun tidak sepantas orang biasa dan itu satu perkembangan yang baik.
Semasa semua orang keluar, Shima membawa barang-barangnya keluar. Dia mengambil keputusan untuk pergi dari rumah banglo itu tanpa pengetahuan orang lain. Shima memandang buat kali terakhir rumah yang didiaminya sejak dua tahun lalu. Tidak sangka, sudah lama juga dia tinggal bersama keluarga Azmy. Secebis nota ringkas ditinggalkan buat suaminya dan juga borang perceraian yang sudah ditandatanganinya.

Assalamualaikum,
saya minta maaf jika pernah menyakiti hati awak. Halalkan makan minum dan segala duit yang awak begi pada saya. Saya sudah menjalankan tugas saya. Di sini saya tinggalkan borang perceraian kita. Bila sudah sain kelak, tolong hantar ke alamat rumah saya. Kereta tu, saya tak sempat nak tukar hak miliknya. Bila ada masa, saya akan datang tukarkan namanya,
akhir sekali, terima kasih sebab menghormati hak saya.

Yang benar,
Shima.

Shima membelek surat tawaran bekerja yang diterimanya minggu lepas. Akhirnya dia berjaya juga mendapat pekerjaan tetap. Biarpun jauh dari pusat bandar, dia bersyukur, sekurang-kurangnya, dia dapat lari dari kenyataan hidup yang semakin meyeksakan.

Lima bulan bekerja di tempat baru, Shima sudah dapat membiasakan diri. Biarpun agak kekok sebab terlalu lama tidak bertugas di pejabat, tetapi rakan setugas banyak membantu. Shima membeli sebuah motorsikal bagi memudahkannya berulang alik ke tempat kerja. Dia bersyukur sebab rumah sewanya tidak jauh dari tempat kerja dan juga pasar. Boleh dikatakan, kehidupannya semakin teratur. Cuma masalah hidup saja yang belum selesai. Shima juga belum menerima surat perceraiannya dari Azmy. Untuk menelefon Azmy, dia merasa malu. Sepanjang dia pergi, Azmy tidak pernah menghubunginya. Itu menandakan Azmy sudah melupakannya dan perpisahan itu memang sangat diharapkannya.

Suatu hari, keinginan untuk mengetahui perkembangan si suami memaksa Shima melayari laman web Syarikat Suria. Dia membaca artikel yang ditulis oleh mereka. Dan ada sesuatu yang menarik minatnya untuk terus membaca.
‘En.Azmy dan Pn.Mira berpisah kerana pihak ketiga’ Shima membaca berulang kali tajuk besar itu. ‘Mereka berpisah kerana aku?’ Bisiknya pelik. Dia terus membaca keseluruhan berita tersebut.

“Astargfirullahalazim,” Shima mengucap.

Tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Perlahan Shima mencapai telefon bimbitnya dan mencari nama Azmy. Baru dia teringat, dia sudah membuang nombor lelaki itu. Shima mengesat airmatanya yang tiba-tiba mengalir. ‘Bagaimana aku nak menghubungi dia,’ Shima rasa bersalah dan semakin gelisah bila fikirannya buntu. ‘Telefon mama dia,’ Shima mencari nombor telefon mama Azmy. dia bersyukur sangat bila mendengar suara Pn.Aznah.

“Assalammualaikum,” Shima memulakan bicara.

“Waalaikumsalam,” Suara dihujung talian menjawab.

“Hello… Mak cik… errrrr…ini Shima,” Shima memperkenalkan dirinya dengan suara yang tersekat-sekat.

“Shima…” Tidak lama kemudian, suara itu bertukar menjadi sebak dan akhirnya menangis tanpa henti.

“Mak cik kenapa? Apa yang terjadi sebenarnya?” Shima bertanya cemas.

“Azmy…. Dia…Mira….. kena tangkap khalwat dengan lelaki lain di hotel,” Shima mengucap panjang.

“Azmy macamana? Dia ok?” Shima bertanya bimbang.

“Dia nampak macam ok. Tapi dia berubah menjadi pendiam. Mama tak tahu macamana nak pujuk dia, Shima balik ok. Kembali pada Azmy,” Shima serba salah.
“Tak boleh mak cik. Saya dengan dia dah takde apa-apa hubungan lagi. Saya bukan isteri dia lagi,” Shima mengesat airmatanya.

“Siapa cakap? Azmy tak pernah lepaskan Shima. Dia cintakan Shima dan sayang Shima. Dulu dia pernah cakap yang dia nak bahagiakan Shima. Baliklah. Mama pun sayangkan Shima. Semenjak Shima pergi, kaki mama bertambah baik. Tapi apa maknanya jika Shima tak ada di sini,” Pn.Aznah memujuk menantunya. Shima senyap. Hanya sedu sedannya yang memenuhi corong telefon.

“Errrr…Ma..mama, boleh tolong bagi nombor telefon dia. Saya nak bercakap dengannya,” Shima bersuara perlahan.

“Ok..Sekejap,” Shima menyalin dengan pantas nombor yang diberi oleh ibu mertuanya.

Sepanjang malam Shima berfikir untuk menelefon atau tidak. Dia mundar mandir di dalam bilik sambil membelek telefon bimbitnya. Kemudian Shima duduk di atas katil, mengatur posisi dan bersedia untuk mendail nombor telefon Azmy.

“Assalamualaikum,” Azmy memberi salam. Perlahan Shima menjawab salam tersebut.

“Awak sihat?” Shima bertanya lembut.

“Ye. Awak?” Azmy pula bertanya.

“Saya pun sihat,” Mereka sama-sama mendiamkan diri. Hanya deru nafas yang saling berbalas. Shima terseksa dengan keadaan itu.

“Kenapa awak tak bagi tau saya tentang kak Mira?” Shima bertanya agak marah. Marah kerana Azmy sedikit pun tidak menceritakan masalahnya. Azmy mendiamkan diri.

“Awak kat mana sekarang ni? Boleh kita jumpa?” Shima tersentak. Lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.

“Kenapa?” Soal Shima bodoh.

“Saya nak jumpa awak. Saya nak ceritakan segalanya pada awak.” Shima senyap. Tidak tahu, apa yang patut dijawab. Agak lama Shima mendiamkan diri sebelum memberitahu alamatnya. Setelah selesai memberi alamatnya, talian telefon terputus. Shima memandang telefonnya tanpa kata.

Awal pagi keesokan harinya, dia menerima tetamu yang tidak dijangka kehadirannya.

“Awak?” Shima tersentak.

“Boleh saya masuk?” Azmy bertanya lembut. Shima angguk kepala. Azmy masuk sambil membawa dua buah beg besar. ‘Aihhhh…Kata nak jumpa je. Ni macam nak pindah je,’ Bisiknya dalam hati bila melihat 2 buah beg besar itu.

“Jemput minum. Saya tak sempat nak buat sarapan. Kedai pun belum buka lagi,” Shima menghidang air milo panas. Jam baru pukul 5.45 pagi.

“Saya nak sembahyang dulu,” Azmy berdiri dan bersedia untuk mengambil wuduk. Shima terkejut. Kemudian dia menunjuk bilik air. Semasa Azmy sedang berwuduk, dia menghampar sejadah di dalam biliknya.

“Errrr…Shima dah sembahyang?” Azmy bertanya ikhlas. Shima geleng kepala.

“Kalau macam tu, kita solat sama-sama,” Azmy berkata yakin. Shima tersentak dan memandang wajah Azmy dengan rasa ragu.

“Tak mengapa ke? Kita dah berpisahkan?” Shima bertanya perlahan.

“Saya tak pernah lepaskan awak. Awak masih isteri saya yang sah,” Azmy tersenyum manis. Lama mereka berbalas senyuman dan akhirnya Shima angguk kepala.
Pertama kali semenjak mereka berkahwin, Azmy mengimamkan solat mereka. Shima merasa tenang sekali saat mencium tangan Azmy dan juga saat dahinya dikucup mesra.

“Awak tak kisahkan, tinggal seorang kat rumah ni. Saya nak ke tempat kerja. Hari ni saya kerja,” Shima yang sudah bersiap hendak ke tempat kerja memandang wajah letih suaminya. Azmy angguk kepala. Perjalanan yang jauh itu sangat memenatkannya. Dari Kuching dia memandu sehingga ke Mukah.
Shima menyalami tangan Azmy lalu mencium tangan kasar itu. Azmy mengucup dahi dan pipinya. Shima tunduk malu. Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu. Dan sepanjang hari bekerja, fikirannya melayang. Mujur juga hari tersebut hari jumaat. Masa bekerja juga singkat. Shima seperti tidak sabar untuk pulang ke rumah sewanya. Sebaik sahaja sampai, dia mencium bau masakan.

“Assalamualaikum,” Shima memberi salam. Azmy tersenyum manis padanya. Shima terpegun seketika bila melihat Azmy memakai apron sambil sebelah tangannya memegang senduk. Beberapa saat kemudian, Shima tergelak.

“Awak memasak?” Shima menghampiri Azmy. Lelaki itu hanya tersenyum

“Banyaknya perubahan awak. Baru 5 bulan kita berpisah. Awak hampir memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya.” Shima berkata perlahan. Azmy menghampiri Shima yang sedang bersandar di antara dapur dan ruang tamu.

“Untuk menjadi lelaki idaman Shima, saya sangup buat apa saja,” Ucapnya romantic. Shima tersenyum manis melirik pada Azmy yang tersenyum.

“Betul?” Soalnya perlahan. Azmy angguk kepala.

“Ok. Ada apa yang perlu saya tolong?” Soalnya ramah sambil meyingsing lengan baju bersedia hendak membantu Azmy.

“Shima dah solat?” Azmy bertanya sambil memandang jam tangannya. Hampir pukul 5.30 petang.

“Dah. Sebelum balik tadi,” Shima membantu Azmy membasuh sayur dan memotong bawang.

“Amri apa khabar?” Azmy angkat muka. Wajah yang tadinya ceria berubah suram. Shima yang leka memotong bawang tidak menyedari perubahan wajah suaminya.

“Dia bersama Mira,” Jawabnya perlahan. Kemudian dia mengeluh. Shima angkat muka memandang pelik Azmy yang sedang termenung.

“Owhh… Kak Mira dapat hak penjagaan Amri?” Shima mengetuk pisau. Azmy berpaling dan memandang wajah Shima.

“Ye. Sekarang saya tinggal seorang, tak berharta dan tak bekerja. Awak masih nak bersama saya?” Azmy memandang sayu wajah Shima yang sentiasa tenang itu.

“Errrrrr..Kalau awak masih ….mahu saya menjadi isteri awak. Saya tak kisah,” Jawabnya gugup. Lama Azmy merenung mencari keikhlasan di wajah tenang itu. Walaupun gugup namun Shima masih mampu bertenang.

“Awak tak menyesal?” Azmy bertanya lagi. Shima angkat muka dan membalas renungan suaminya.

“Kalau kita berpisah, saya rasa takde orang nak kat saya lagi. Baik saya teruskan dengan awak je,” Shima angkat kening sambil tersenyum. Azmy menanggalkan apron dan menghampiri Shima. Shima gelabah. Aura lelaki itu seolah-olah sedang memukaunya. Membuatkan Shima merasa seperti diawangan.

“Kalaupun Shima minta perpisahan, abang takkan lepaskan Shima. Shima dah jadi sebahagian dalam hidup abang. Cahaya yang menerangi dunia abang yang gelap ini,” Azmy menghadang Shima dengan tangannya bila Shima cuba melarikan diri dari tempat duduknya. Shima telan liur melihat senyuman dibibir Azmy. Rasa seram sejuk bila Azmy membahasakan diri abang dengannya.

“Dan surat perceraian tu, abang dah koyakkan dan bakar. Surat cinta Shima tu, abang masih simpan. Untuk kenangan,” Wajah Azmy yang semakin hampir itu membuatkan Shima hampir pengsan.

“Errrrr…Saya nak mandi. Awak habiskan memasak ye.” Shima tunduk lalu melepaskan diri dari Azmy. Azmy geleng kepala bila melihat Shima sanggup membongkok demi untuk mengelakkan diri dari direnung.

*******************

No comments:

Post a Comment