klik untuk ke blog di alam angker

Monday, March 15, 2010

TAKDIR 

episode 11




Hari raya menjelma. Shima pulang ke kampung sendirian. Memang dah nasib hidup bermadu, dia terpaksa akur dengan jadual Azmy. Lagipun dia tidak mengharapkan Azmy mengikutnya pulang ke kampung. Ramai yang bertanya suaminya, ada juga yang sengaja menyakiti hatinya dengan kata-kata yang melukakan perasaan. Shima berusaha mengawal perasaannya dari membalas setiap kata nista yang dilemparkan kepadanya. Biasalah, orang kampung memang tidak suka melihat ketenangan orang lain. Bagi keluarga Shima, mereka sentiasa menyokong apa juga yang Shima lakukan.
Hari raya ketiga, Shima menerima pelawaan rakan-rakannya yang rata-rata masih bujang. Oleh kerana suaminya tiada di rumah, Shima menerima pelawaan rakan-rakannya. Seperti biasa, mereka akan lupa segalanya bila berkumpul ramai-ramai, leka bercerita tentang kenangan masa sekolah dan tidak kurang juga yang bertanya tentang kehidupan sekarang.
“Shima, macamana hidup bermadu. Tentu susahkan?” Hasiah bertanya. Shima tersenyum kecil.
“Biasalah Siah, kena ikut giliran. Sabar jelah.” Shima menjawab tenang sambil tersenyum. Shima bersyukur, biarpun orang kampung mengata bermacam-macam tentangnya, tetapi rakan-rakannya masih menerimanya seadanya. Yusri yang dari tadi mendiamkan diri hanya merenung wajah Shima yang sedang menyembunyikan kesedihan.
“Hoi.. kenapa kau renung isteri orang tu, sampai macam tu sekali? Itulah, dulu aku suruh kau pikat Shima tu, kau tak nak. Takut kehilangan dia, sekarang memang dah hilang pun.” Ikhwan menyiku lengan Yusri.
“Nak buat macamana, dah dia langsung takde perasaan kat aku. Takpelah, setakat jadi kawan baik dia. Sekurang-kurangnya, aku tahu apa masalah dia, dan aku masih dapat dekat dengannya. Itu lebih baik,” Yusri tersenyum kelat. Shima tersenyum padanya saat mata mereka bersatu. Hampir pukul 2 pagi, baru mereka semua balik ke rumah. Yusri dan Ikhwan serta Nisah menghantar Shima pulang ke rumah.
“Dia layan kau dengan baik?” Yusri bertanya perlahan. Ketika itu, Nisah dan Ikhwan berada jauh di hadapan.
“Alhamdulillah. Dia memang baik. Cuma aku belum dapat nak terima dia sepenuhnya. Kau kan tahu, aku ni jenis yang macamana. Aku memang tak suka perempuan yang merampas suami orang. Tak sangka, terkena diri sendiri.” Shima tersenyum kelat.
“Tapi itu bukan salah kau, mereka yang menyebabkan kau begitu. Isteri dia pun benarkan. Kau bertuah dapat madu yang begitu,” Yusri memujuk Shima.
“Hahhhh…” Shima tergelak lemah.
“Memang bertuah pun. Mungkin tak pernah terjadi kat orang lain perkara seperti ini, kan?” Shima mengesat airmatanya yang tiba-tiba mengalir di pipi.
“Aku berdoa semoga kau hidup bahagia. Walauapapun terjadi, aku sentiasa ada di belakang kau. Jangan segan dan malu, kalau kau ada masalah, ye,” Yusri tersenyum manis.
“Maafkan aku kerana tak dapat menerima kau lebih dari seorang sahabat. Aku lebih selesa menjadi sahabat sejati pada kau,” Shima tunduk.
“Tak mengapa. Kau tak perlu minta maaf. Aku tak marah. Perkara ni, tak boleh nak dipaksa-paksa. Aku faham,” Yusri dan Shima saling berbalas senyuman.
“Dah sampai tu. Masuk lagi. Dah lewat ni,” Shima berlalu perlahan setelah mengucapkan terima kasih.
Ketika Shima mengetuk pintu, Shima perasan ada seseorang sedang menjenguk dari tingkap. Ketika itu, keadaan rumah sudah sunyi kerana penghuninya sedang tidur. Shima memanggil ibunya beberapa kali. Hampir 5 minit, baru pintu rumah terbuka. Dalam kegelapan malam itu, Shima tidak dapat menangkap siapakah gerangan yang membuka pintu. Sangkanya, Hafiz, adik bongsunya yang membuka pintu. Shima terus melangkah menuju ke biliknya.
“Hai, Fiz, tak kan mengigau pulak. Pergi sana, bilik kau. Budak ni nak kena ketuk kepala agaknya.” Shima menolak tubuh lelaki yang disangkanya Hafiz. Lelaki itu mengeraskan badannya dan sedikit pun tidak bergerak.
“Kenapa tak tidur di rumah kawan awak tu?” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Shima tersentak.
“Awak? Errrrr…… Kenapa….?” Shima terkejut dan tidak mampu berkata-kata. Tidak sangka lelaki itu adalah suaminya.
“Kenapa? Tak percaya?” Azmy merenung wajah pucat itu. Shima menyentuh kedua-dua pipinya dengan tangan kemudian mencubit pipinya.
“Aduh!!!!!” Shima mengaduh kesakitan.
“Kenapa?” Soal Azmy cemas. Dia menyentuh pipi Shima. Shima tergamam seketika dengan tindakan spontan suaminya. Namun beberapa saat kemudian, dia menepis tangan Azmy.
“Memang kamu selalu balik lambat?” Soal Azmy lembut sambil menuju ke katil dan duduk.
“Ye. Setiap tahun memang selalu balik lambat. Masa ni je dapat jumpa kawan-kawan. Lagipun kami sudah biasa,” Shima berterus terang. Biar Azmy tahu dia gadis yang suka keluar malam. Sengaja dia menceritakan keburukannya.
“Mereka tu, kawan kamu dari kecil?” Shima menyikat rambut sambil di perhati oleh Azmy.
“Ye. Rapat sangat,” Shima menjawab selamba kemudian dia duduk di katil lalu merebahkan tubuhnya ke atas katil.
“Rapat yang macamana?” Azmy masih bertanya. Namun Shima terus melelapkan matanya. Malas mahu menjawab soalan Azmy yang berlagak seperti polis sedang menyiasat penjenayah.
“Budak ni. Kita tanya dia, dia terus tidur pulak. Aku cium nanti baru tahu,” Azmy menjenguk melihat wajah Shima yang berpura-pura tidur. Dalam hati Shima tergelak dan bersedia untuk melakukan sesuatu sekiranya Azmy membuat perkara yang tidak senonoh.

Paginya, Shima bangun awal. Selepas solat subuh, dia terus mendengar lagu sambil duduk di jambatan hadapan rumahnya. Sambil menyanyi kecil, Shima melontar batu ke dalam parit. Udara segar pagi itu menenangkan jiwanya dan Shima leka menikmati suasana yang tenang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Walaupun matanya masih mengantuk lagi, bila melihat Azmy sedang tidur nyenyak di atas katil, Shima membatalkan niatnya untuk tidur.
“Kenapa tak kejutkan saya?” Shima tersentak bila ditegur oleh seseorang. Dia berpaling dan mereka berbalas pandangan. Agak lama sehingga menerbitkan satu perasaan asing dalam diri mereka. Shima melarikan pandangan matanya ke arah lain dan membiarkan soalan Azmy berlalu di bawa angin pagi. Azmy tersenyum lalu duduk rapat di sisi Shima bagi menghilangkan sedikit rasa sejuk pada pagi itu.
“Kenapa awak datang sini?” Shima bertanya perlahan. Azmy tersenyum.
“Rindu kat isteri saya. Lagipun nak juga merasa raya bersama awak. Kat kampung lagi. Ni raya pertama kita sebagai suami isteri. Awak tak rindu kat suami awak ni?” Azmy sengaja mengusik isterinya. Dia tahu jawapan yang akan diterimanya.
“Takde maknanya. Buang masa je rindu kat awak. Dan awak kena ingat, jangan cuba nak dekatkan diri dengan saya. Saya tak suka awak,” Shima merenung tajam wajah Azmy yang putih bersih itu. Pada masa yang sama, Azmy sedang merenung wajahnya sambil tersenyum.
“Kenapa?” Shima bertanya dan matanya masih membalas renungan dari suaminya itu. Tidak mahu mengalah walau hakikatnya, debaran di dada semakin kuat. Shima tersentak bila rambutnya yang panjang dan lurus itu dilepaskan dari sanggulnya.
“Cantik.” Ucapnya perlahan. Shima terpana. Seketika kemudian, Shima merasakan tangannya di tarik dan dia mengikut sahaja apa yang Azmy lakukan. Langkah kaki mereka perlahan menuju ke rumah dan masuk ke bilik tidur mereka. Nasib baik ahli keluarga yang lain masih tidur.
Sedang leka membalas padangan mata suaminya, Shima terlanggar kaki meja dan hampir jatuh tetapi sempat di sambut oleh Azmy yang sememangnya tidak melepaskan genggaman tangannya sehingga mereka sama-sama jatuh ke atas katil. Shima tergamam dan Azmy tersenyum senang dan semakin erat memeluk tubuh Shima.
“Kita sambung tidur balik ye. Sejuk sangat ni,” Azmy terus menarik tubuh Shima ke dalam pelukannya. Shima berusaha menolak tubuh sasa itu, namun hanya sia-sia, dan akhirnya Shima mengalah dan turut sama melelapkan matanya setelah merasa selesa bila berada dalam pelukan Azmy.
Malam itu, sekali lagi Shima keluar beraya bersama rakan-rakannya tetapi kali ini agak berbeza sedikit. Azmy turut serta setelah di pelawa oleh Yusri dan rakannya yang lelaki. Kebetulan malam itu, ada tiga pasangan suami isteri termasuk Shima dan Azmy. Dan kumpulan mereka agak ramai kerana semua sudah berkumpul. Seramai 15 orang, mereka menziarahi rumah teman-teman yang belum mereka singgah.
Shima terkejut bila melihat Azmy dan Yusri sangat rapat dan boleh berbual mesra. Azmy seorang yang ramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakannya biarpun jarak usia mereka sangat jauh.
“Shima, tak sangka laki kau tu, ok jugak ya. Hensem pulak tu. Kalau aku, aku tak kisah kalau jadi isteri no 3 dia.” Normah berkata sambil tergelak. Shima pandang wajah Normah yang sudah tersengih-sengih.
“Kacak saja tak penting. Yang penting dia mampu bimbing aku ke jalan yang baik. Lagipun, aku dan dia tak sepadan. Dia putih, aku hitam, dia tinggi, aku pendek, dia kaya, aku tak dan yang paling besar bezanya, dia berpelajaran tinggi sementara aku pulak, hanya tamat tingkatan 5. Sedihnya. Tapi aku tidak terlalu mengharapkan sangat padanya.” Shima berkata panjang lebar. Normah hanya mendengar. Memang betul apa yang Shima katakan. Lelaki itu terlalu sempurna dimatanya.
“Baguslah kau fikir macam tu. Kalau dia tinggalkan kau kelak, jangan malu dan segan nak minta tolong aku tau. Kau ni, suka sangat tanggung masalah seorang diri.” Normah menepuk bahu Shima lembut.
“Kawan-kawan, kita tangkap gambar pulak.” Suara Helmi menarik perhatian mereka semua.
“Ye… aku nak.. aku nak…” Rosmah segera mengambil tempat duduk.
“Aku pun nak duduk kat tengah.” Misha segera melompat ke tengah. Perangai mereka masih seperti remaja belasan tahun.
“Bang Mi jangan hairan dengan budak-budak tu. Mereka memang macam tu. Kalau sebut saja nak tangkap gambar. Mereka lupa semua orang di sekeliling dan juga lupa status mereka.” Saiful menghampiri Azmy yang sedang leka memerhati gelagat isteri dan sahabatnya itu.
“Awak tak ikut mereka tu? Saya tengok, awak nampak matang sikit dari mereka tu.” Azmy bertanya pelik. Saiful tersenyum.
“Meraka 12 orang tu sama kampung, sama umur dan satu sekolah. Sebab tu mereka rapat. Saya hanya kenal mereka masa di sekolah menengah saja.” Saiful menjawab. Azmy angguk kepala tanda faham.
Pelbagai aksi yang mereka rakam. Ada yang bergambar berdua, ada yang membuat aksi lucu, dan ada juga yang buat aksi romantic.
“Shima, cepat. Aku nak tangkap gambar dengan kau pulak.” Helmi menarik baju Shima.
“Ok. eiii… janganlah tarik baju orang. Nanti koyak.” Shima duduk di sofa itu dengan lagak seorang datin.
“Wah!!!!! Mem Besar dah sampai. Hel, kau duduk kat tepi kerusi tu,” Arah Norlia selaku jurugambar.
“Ok. Buat aksi yang selamba,” Mereka membuat pelbagai aksi. Ada yang berdiri sambil berpeluk tubuh, ada yang duduk dengan kaki bersimpuh.
“Bang Mi, mari tangkap gambar Bang Mi dan Shima pulak.” Helmi menarik tangan Azmy lalu diletakkan di bahu Shima. Shima tersentak dan tidak dapat menolak.
“Macam ni pulak. Aksi romantic ye,” Shima tersandar di dinding kemudian Helmi menarik tangan Azmy lalu meletakkan tangan itu ke dinding. Dan dengan selamba, Azmy menyentuh dagu Shima sambil matanya tepat merenung wajah isterinya.
“Wau!!!! Romantisnya.” Suara-suara nakal mengusik mereka. Rakan-rakan yang lain juga ikut cara mereka.
Gamat sekali rumah tersebut bila ramai yang berebut hendak bergambar dan ada juga yang sedang berborak kosong. Azmy semakin selesa bersama sahabat isteri nya itu.
“Bang Mi, boleh saya tangkap gambar bersama Shima?” Yusri meminta kebenaran. Shima memandang sayu wajah Yusri yang jelas kelihatan sedih itu. Azmy tersentak dan terdiam beberapa saat. Kemudian dia tersenyum sambil mengangguk kepala.
“Kasian kat Yus, kena minta kebenaran pulak. Biasa tak perlu minta kebenaran. Itulah, dulu orang suruh pikat habis-habisan, tak nak, takut Shima semakin jauh. Sekarang, padan muka, dia memang dah jauh,” Suara Ikhwan mengusik Yusri. Yusri dan Shima serentak memukul bahu Ikhwan. Mereka yang lain tergelak sakan bila Ikhwan cuba melepaskan diri dari pukulan Shima dan Yusri.
“Kalau Abang Mi nak tahu, dulu, Yusri ni, dia sayang sangat kat Shima. Sampai sanggup buat apa saja untuk Shima. Tapi, Shima jual mahal. Terpaksa jugak Yusri mengalah. Kasiannya kawan aku ni.” Ikhwan sengaja membuka cerita lama. Yusri menumbuk bahu Ikhwan.
“Adui!!!! Sakit,” Ikhwan menggosok bahunya. Azmy tersenyum namun dalam hati, timbul perasaan cemburu bila mengingatkan keakraban Shima dan Yusri.
“Itu dulu. Shima ni, dia tak suka orang paksa dia. Nasib baik jugak dia tak terima saya, sekarang, baru saya sedar, hubungan kami lebih baik sebagai sahabat. Segala masalah di kongsi bersama,” Yusri merenung sayu wajah Shima yang jelas serba salah.
“Sudah. Tak payah buka cerita sedih. Yang penting, Shima dapat suami yang baik dan dapat membahagiakan dia, itu sudah cukup,” Normah bersuara mewakili teman yang lain.
“Dan lagi satu, Bang Mi kena belajar melayan kerenah kami semua.” Rosmah pula menyampuk.
“Saya seronok melihat persahabatan kamu semua. Jarang kita tengok, sahabat ramai macam ni, tapi masih dapat berkumpul setiap tahun,” Azmy meluahkan rasa kagum dengan semangat persahabatan mereka.

No comments:

Post a Comment