klik untuk ke blog di alam angker

Monday, March 22, 2010

TAKDIR 

episode 13




Hubungan mereka semakin renggang semenjak balik dari kampung. Shima berusaha menjauhkan diri dari Azmy biarpun, Azmy hampir setiap malam menjenguknya di rumah mamanya. Keadaan Pn.Aznah juga bertambah baik dan menunjukkan tanda-tanda akan sembuh. Shima gembira bila melihat perubahan tersebut.
“Mama, nampaknya, kaki mama semakin pulih,” Petang yang redup itu, Azmy menemani mamanya.
“Alhamdullilah. Baguslah. Mama kasihan tengok Shima tu. Siang malam dia jaga mama.” Pn.Aznah semakin meyenangi menantu nombor duanya itu.
“Terlupa pulak. Shima pergi ke mana, mama? Tak nampak pun dia dari tadi,” Azmy bertanya pelik. Biasanya, Shima akan menemani mamanya berborak di taman, tetapi hari ini, wajah isterinya itu tidak kelihatan.
“Takkan kamu tak tahu dia pergi mana? Kamu kan suami dia?” Pn.Aznah pula bertanya.
“Dia tak cakap pun nak pergi mana.” Azmy menjawab perlahan. Timbul rasa sangsi dengan kejujuran isterinya itu.
“Kamu selalu sangat kat sini kenapa? Mira mana? Tak pernah pun dia jenguk mama kebelakangan ni,” Azmy tersenyum.
“Dia sibuk mama. Sekarang dia selalu buat kerja luar. Syarikat mereka buka cawangan di Singapore. Jadi dia terpaksa berulang-alik ke sana,” Pn.Aznah angguk kepala.
“Hubungan kamu dengan Shima tu, macamana? Baik?” Azmy terbatuk mendengar soalan yang di tanya oleh ibunya itu. Tidak terlintas difikiran bahawa ibunya akan bertanya soalan seperti itu.
“Maksud mama?” Soal Azmy gugup. Dia berusaha berlagak selamba.
“Yelah. Mama tengok, kadangkala, Shima tu, macam marah sangat pada kamu. Dan lagi satu, bila nak tambah cucu mama? Dah lebih setahun kamu berkahwin, takkan belum ada rezeki lagi?” Pn.Aznah bertanya panjang lebar. Azmy telan liur. Terasa kering kerongkongnya mendengar soalan tersebut.
“Ehemm.. belum ada rezeki mama.” Jawapan yang dirasakan munasabah buat masa sekarang.
“Macamana nak dapat anak, kalau jadual kamu tak teratur. Mama tengok, masa kamu lebih banyak bersama Mira kan?” Azmy tidak selesa duduk.
“Mama doakan rezeki saya murah. Doakan Mi dan Shima dapat anak cepat,” Azmy tersenyum lemah. Azmy juga pernah terfikir untuk ada anak bersama Shima, namun bila mengingatkan tujuan mereka berkahwin, Azmy mematikan keinginan itu. Shima pula terang-terangan menyatakan dia tidak mahu ada hubungan dengannya setelah mamanya sembuh kelak.
“Berdoa sahaja tidak cukup. Kena ada usaha jugak. Kamu kena ingat, tanggungjawab sebagai suami berat. Shima dan Mira isteri kamu. Mira selalu sangat bertugas diluar, kamu tak pernah tegur dia. Kamu buat Shima macam orang gaji pulak. Mi ingat mama tidak tahu apa yang kamu buat?” Pn.Aznah merenung wajah terkejut anaknya.
“Apa maksud mama?” Azmy bertanya gugup. Apakah rahsianya sudah terbongkar.
“Azmy cintakan Shima?” Pn.Aznah memandang wajah anaknya menanti jawapan pada soalannya. Azmy tersentak. Wajah mamanya ditatap dengan pandangan hairan.
“Maksud mama?” Soalnya kurang pasti.
“Kamu tahu apa yang mama maksudkan. Mi, sebagai perempuan, mama tahu perasaan seorang isteri yang selalu ditinggalkan suaminya. Tapi mama bangga dengan ketabahan Shima. Dia tidak pernah merungut bila kamu tiada di rumah malah dia lebih suka dengan keadaan itu. Ianya membuatkan mama rasa ada sesuatu tentang hubungan kamu berdua.” Azmy hanya mendengar tanpa membalas kata-kata ibunya.
“Mama tak mahu tahu apa sebabnya kamu berdua berkahwin. Tetapi, kalau Mi tak cintakan dia, lebih baik berpisah saja. Mungkin ada insan yang lebih menghargai dia diluar sana.” Pn.Aznah mengeluh. Azmy tidak selesa duduk. Kata-kata mamanya itu umpama pisau menghiris hatinya.
“Pada mulanya, mama memang tidak suka dia. Pada fikiran mama, dia perampas suami orang. Jenis perempuan yang tidak baik. Tapi setelah hampir dua tahun mama dijaga olehnya, mama tahu, dia sedang terikat dengan sesuatu.” Pn.Aznah merenung wajah anak tunggalnya.
“Mama, maafkan saya. Saya lakukan ini kerana tidak mahu mama dijaga oleh orang yang tiada pertalian dengan kita. Memang, semuanya salah saya, saya perangkap dia dengan pelbagai cara hingga kami berkahwin, dan dalam keadaan terpaksa dia menerima saya tetapi sebenarnya saya upah dia untuk menjadi penjaga mama.” Azmy meluahkan segalanya dihadapan mamanya.
“Sampai bila perjanjian tu tamat?” Soal Pn.Aznah lembut. Dia memahami tujuan anaknya itu. Tetapi dalam masa yang sama dia kasihan melihat gadis yang baik menjadi mangsa keadaan.
“Sehingga kaki mama sembuh,” Azmy menjawab perlahan.
“Patutlah dia beria-ia sangat nak bantu mama. Nampaknya usaha dia berhasil. Kamu kena sediakan borang perceraian tu tak lama lagi. Kaki mama dah semakin baik sekarang ni,” Pn.Aznah bersandar di kerusi. Azmy tersentak.
“Tapi ma, Mi tak nak lepaskan dia. Mi dah sayang dan cintakan dia,” Azmy bersuara tegas. Pn.Aznah geleng kepala.
“Kalau kamu menyintai dia, kamu harus beri dia peluang untuk mengecap bahagia. Jangan pentingkan perasaan kamu seorang. Apa gunanya kamu berdua bersama jika dia tidak bahagia?” Azmy tunduk memandang rumput di kakinya. Kata-kata mamanya bagai belati tajam yang menghiris hatinya. Sedang leka memikirkan tentang masa depannya bersama Shima, Azmy tersentak bila mendengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya.

“Terima kasih, Ham. Nanti jumpa lagi,” Shima melambai tangan kearah Hamdan.
“Ok. Jumpa lagi nanti ye. Kalau ada masa call aku ye?” Hamdan beredar meninggalkan Shima yang masih tersenyum memandangnya.
“Ehemmm,” Shima hanya menjeling sekilas sebelum berlalu meninggalkan Azmy yang sedang merenung tajam dirinya.

*******************

“Mak cik sihat hari ni?” Shima berdiri disebelah Pn.Aznah. walaupun sudah berkali-kali Pn.Aznah menyuruhnya mengubah panggilan tersebut, tetapi dia masih juga menggunakannya.
“Kenapa Shima masih panggil mama dengan panggilan tu?” Shima tersentak.
“Errr…Dah terbiasa. Tak mengapakan?” Shima tersengih. Pn.Aznah geleng kepala.
“Kalau dulu, mama tak kenal sangat siapa Shima ni, sebab tu mama tak ambil peduli tentang panggilan Shima pada mama. Tapi sekarang mama nak sangat dengar Shima panggil mama dengan panggilan ‘mama’.” Shima tunduk memandang lantai.
“Bagi Shima masa ye. Kaki ni dah di urut?” Soalnya lembut.
“Belum. Saya tak pandai nak mengurut. Saya tunggu awak balik,” Shima tersentak bila mendengar suara mendatar dari suaminya.
“Kalau saya tak balik terus? Siapa yang nak tolong jaga mak cik?” Shima bertanya marah. Dia tahu Azmy sengaja menyakitkan hatinya.
“Tengok tu, ma. Macam tu dia layan Mi.” Azmy memeluk bahu mamanya. Pn.Aznah tersenyum. Shima menjeling tajam kemudian dia beredar ke dapur.
“Ehhhh..Nak ke mana tu?” Azmy menarik tangan Shima.
“Orang nak ambil minyak urut. Nak harapkan awak, makin teruk kaki mak cik tu,” Shima menepis tangan Azmy.
“Mi, mama rasa Mi patut buat sesuatu kalau Mi sayangkan Shima.” Pn.Aznah berkata serius. Azmy angkat kepala.
“Maksud mama?” Azmy garu kepala yang tidak gatal.
“Apa kata Mi bawa Shima pergi melancong ke China? Dia tentu suka,” Mamanya memberi cadangan. Azmy terdiam seketika.
“Dia suka ke melancong. Nampak macam tak suka je,” Azmy berbisik ke telinga mamanya bila melihat kelibat Shima yang datang dari dapur.
“Cubalah tanya. Kalau tak tanya, mana nak tahu,” Jawab mamanya. Shima hairan melihat anak – beranak itu berbisik sesama sendiri.
“Awak tak balik rumah kak Mira?” Shima bertanya terus bila melihat Azmy asyik sekali memerhati taman bunga mamanya.
“Menghalau nampak?” Shima buat muka tak tahu. Azmy tersenyum.
“Malam ni. Giliran awak,” Jawabnya tegas dan mamanya disebelah tersenyum melihat wajah kelat Shima.
“Saya tak kisah pun,” Shima berlalu ke dalam rumah semula setelah selesai mengurut kaki Pn.Aznah.
“Mama tengok tu. Degil,” Azmy mengekori langkah Shima.
“Pujuk betul-betul. Kalau kena caranya, kamu akan dapat hasil yang menguntungkan.” Pesan Pn.Aznah pada anak tunggalnya.
Langkah dipercepatkan agar dapat menyaingi Shima yang semakin laju melangkah menuju ke bilik.
“Siapa lelaki tadi tu?” Azmy terus bertanya sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Shima tersentak. Tidak menyangka Azmy akan mengekorinya sampai ke bilik.
“Awak ni kenapa? Suka sangat kejutkan saya,” Shima bercekak pinggang. Azmy tersenyum sinis dan dengan selamba berbaring di atas katil.
“Cantik awak hari ni. Tak pernah nampak awak pakai baju kurung. Last saya tengok, masa hari raya tu. Tapi hari ni, awak memang cantik,” Pujinya. Shima menyikat rambutnya yang semakin panjang hampir mencecah pinggang tanpa mempedulikan pujian Azmy. ‘Ada apa-apalah tu. Kalau tak, haram dia nak puji aku,’ Bisik Shima marah.
“Awak ni kenapa? Sakit angau? Tiba-tiba je masuk bilik orang lepas tu puji macam-macam. Apa awak nak sebenarnya?” Shima bersandar di meja soleknya sambil berpeluk tubuh. Azmy turut menatap wajah Shima.
“Kalau saya bagitau pun, tentu awak menolak,” Jawab Azmy sambil bersandar malas. Shima senyap.
“Boleh tak awak keluar sekejap. Saya nak mandi,” Shima mencapai kain tualanya.
“Saya nak tidur sekejap,” Azmy tidak menghiraukan Shima yang sudah bercekak pinggang. Shima menghentak kakinya tanda protes.
“Benci. Bilik dia sendiri ada, tapi sibuk je nak masuk bilik orang,” Shima membebel sambil mengunci bilik mandi. ‘Semoga aku dapat jawatan tu nanti. Taklah aku mengadap muka orang tua tu,’ Shima berdoa dalam hati. Hari ini dia menghadiri temuduga sebagai Pembantu Tadbir di jabatan Pertanian. Itu adalah rancangan masa depannya sekiranya Azmy menceraikannya kelak.
Shima mengeringkan rambutnya sambil memandang sekilas kearah Azmy yang sedang tidur.
‘Wahh!!!! Sedap betul dia tidur. Baru setengah jam aku mandi, dia dah berdengkur,’ Shima geleng kepala. Selepas sembahyang Asar, Shima menyikat rambut dan memasang bedak ke mukanya, kemudian keluar dari bilik menuju ke dapur.
‘Teringin pulak nak makan tom yam.’ Shima membuka peti sejuk dan mencari bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat tom yam.
‘Haaaa. Yesss.. ada sotong, udang pun ada jugak, tomato, sayur-sayuran pun ada. Dapatlah aku makan tom yam seafoot hari ni,’ Shima tersenyum riang. Shima membuat kerjanya sehingga lupa keadaan sekeliling sehingga semua kerjanya selesai dan dia berpuas hati dengan rasa tom yam yang disediakannya.
“Sedap,” Pujinya.
“Ups…Panas,” Shima meletakkan mangkuk yang berisi tom yam itu di atas meja kemudian menyentuh cuping telinganya untuk menghilangkan rasa panas dijarinya.
“Makan sorang-sorang ye?” Shima terbatuk kecil bila ditegur terus oleh Azmy.
“Awak!!!! Mengganggu betul,” Shima membebel dan meneruskan suapannya yang tergendala sebentar tadi.
“Saya nak jugak. Nampak sedap je? Awak yang masak?” Azmy menarik kerusi lalu duduk di hadapan Shima. Shima memandang wajah Azmy seketika sebelum menyuap kembali tom yam kemulutnya.
“Ambil sendiri. Takkan itu pun tak dapat nak buat,” Azmy tetap duduk sambil merenung Shima yang memarahinya. Lima minit berlalu, Shima rasa kurang selesa bila merasakan Azmy asyik merenungnya. Dia melepaskan sudunya dan bergerak menuju ke periuk yang berisi tom yam lalu menyediakan semangkuk untuk Azmy. Azmy tersenyum senang bila melihat Shima mengalah dengan caranya.
“Sedap. Dulu kata tak pandai memasak?” Azmy bersuara setelah hampir setengah mangkuk dimakannya. Shima angkat muka.
“Bila saya cakap tak pandai masak?” Shima bersuara kasar.
“Jadi, Shima pandai memasak?” Soal Azmy dengan wajah ceria. Shima hairan dengan gelagat Azmy yang nampak teruja itu.
“Bolehlah sikit-sikit,” Shima menjawab perlahan.
“Kalau macam tu, boleh tak Shima masak untuk saya. Saya teringin nak makan kerang masak lemak ala-ala kampung. Macam yang kak Mai masak masa di kampung dulu.” Azmy buat muka kasihan. Shima menjeling sekilas kemudian dia mengangguk kepala.
Azmy tersenyum senang melihat Shima sudi memasak untuknya. Itu membuatkan dirinya semakin sayang pada gadis itu.
Sepanjang dua minggu Mira outstation, hubungan Azmy dan Shima semakin baik. Tetapi Shima masih tidak dapat menerima Azmy sebagai suaminya.

“Siapa lelaki tu? Tak pernah Nampak pun?” Shima bersembunyi di sebalik tiang pasaraya tersebut. Pandangannya terus dihalakan kearah pasangan yang sedang bergurau senda itu. Makan sambil bersuap.
“Apa yang awak tengok tu?” Azmy turut sama menjenguk.
“Errrrr…takde apa-apa.” Shima menolak dada Azmy menjauhinya.
“Temankan saya beli buku cerita. Dah lama saya tak membaca,” Shima menarik tangan Azmy meninggalkan tempat tersebut. Azmy hairan, namun dia mengekori langkah isterinya. Malah dengan beraninya dia merangkul pinggang ramping itu. Shima juga tidak menolak. Shima begitu leka membaca sipnosis beberapa buah buku cerita yang menjadi kegemarannya.
“Nak beli semua ni?” Azmy bertanya sambil membantu Shima membawa buku cerita yang sudah dipilihnya.
“Taklah,” Shima merampas kembali buku tersebut.
“Takpelah. Saya beli untuk awak. Awak tentu bosan duduk kat rumah tu, tanpa buat apa-apa, kan,” Azmy menarik tangan Shima lalu berjalan menuju ke kaunter.
“Terima kasih,” Ucapnya lembut. Azmy tersenyum. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke kereta.
“Kita jalan-jalan dulu ye, masih awal ni. Saya nak bawa awak ke sabuah tempat. Tentu awak suka,” Azmy memandu dengan berhati-hati. Shima angguk kepala. Sekali-sekala meluangkan masa dengan suami sendiri, apasalahnya.

No comments:

Post a Comment