klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, March 23, 2010

ALiA
bahagian 37


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
 
 
Sebulan selepas Nura meninggaldunia, Syah kembali bertugas seperti biasa. Namun riak sedih masih tergambar diwajahnya. Hubungannya dengan Alia juga semakin baik. Hampir setiap malam dia bertandang ke rumah Alia atas jemputan Alim.

“Abang rasa segan pulak, selalu sangat makan kat rumah Alia,” Syah bersuara perlahan ketika mereka duduk di halaman rumah sambil memerhati bintang di dada langit. Alia pandang wajah Syah.
“Yelah. Lenguh tangan saya memasak. Biasanya, kak Sitah yang masak,” Alia berkata selamba. Niatnya ingin bergurau. Semua yang dilakukannya adalah untuk mengembirakan Syah. Syah pandang wajah Alia yang serius itu.

“Betul ke, saya ni menyusahkan?” Syah bertanya serba salah. Alia buat muka selamba dan mengangguk kepala.

“Abang minta maaf, kalau menyusahkan Alia. Nanti abang bayar segala penat lelah Alia tu,” Syah bersuara mendatar. Alia tersenyum. ‘Sejak bila orang tua ni sensitive sangat. Macamlah tak tahu aku bergurau je,’ Bisiknya dalam hati.

“Nanti Alia hantar bill ye,” Alia sengaja mengenakan Syah. Syah pula samakin rasa bersalah.
Lama Syah mendiamkan diri. Sedih sebab, Alia tidak ikhlas membantunya. Alia renung wajah Syah yang semakin muram itu.

“Awak, kenapa senyap?” Alia pula rasa bersalah. Tentu lelaki itu teringatkan arwah anak dan isterinya.
“Maaflah. Saya gurau je tadi. Saya ikhlas memasak untuk awak,” Alia sentuh bahu Syah. Syah tersentak. ‘Owh…dia kenakan aku,’ Bisiknya dalam hati. Lama direnungnya wajah serba salah itu. Dia hampir terlupa tentang perangai Alia yang satu itu. Walaupun mulutnya mengatakan tidak, tetapi dia tetap melakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas.

“Abang tak apa-apa. Esok bagi tau Alim, abang tak dapat datang.” Syah berdiri dan bersedia untuk beredar. Alia turut berdiri sambil memandang wajah Syah yang sedikitpun tidak memandang kearahnya. Syah sengaja mengenakan Alia pula. Dan bila Syah melangkah, spontan Alia menarik tangan Syah. Jari jemari mereka bertaut erat. Syah mengenggam erat jari jemari halus itu. Alia terasa berada diawangan. Sungguh, dia rindukan sentuhan hangat itu. Sentuhan yang sering membuatkan jantungnya berdegup kencang. Mereka saling berbalas pandangan. Perlahan-lahan, Syah mendekatkan wajahnya ke wajah Alia, semakin hampir, dan Alia juga terpaku dengan tindakan Syah itu. Hembusan nafas Syah terasa semakin hampir diwajahnya membuatkan Alia tersedar dari mimpi indah itu. Perlahan Alia menolak tubuh Syah. Syah tersentak dan menjarakan dirinya.
“Maafkan abang, Alia. Errrrr…Abang balik dulu. Kirim salam pada Alim,” Syah berlalu meninggalkan Alia yang masih tercegat di halaman rumah.

“Abang Syah mana?” Soal Alim hairan. Selepas makan tadi, Alia dan Syah keluar untuk menghirup udara malam. kemudian, yang masuk hanya seorang.

“Dia dah balik. Esok dia masuk kerja awal. Jadi nak berehat awal,” Alia menjawab perlahan sambil melangkah menuju kebiliknya. Alim hanya menggeleng kepala melihat tingkahlaku adiknya yang agak pelik itu.
“Alia tak apa-apa? Alia gaduh dengan abang Syah?” Alim bertanya lagi. Alia berpaling memandang abangnya.

“Mana ada. Dia nak balik, takkan Alia nak halang. Abang ni,” Alia membentak.
“Sudahlah tu, bang. Dia tak apa-apa. Jangan risaulah.” Sitah memeluk bahu suaminya.
“Tentu bergaduh tu. Dulupun, mereka selalu bergaduh. Kerana hal kecil pun mereka bergaduh. Alia tu manja sangat,” Alim membalas pelukan isterinnya. Sitah muncung bibirnnya bila Alim mencium pipinya. Alim tersenyum melihat wajah isterinya merah.
“Abang pun manja jugak,” Sitah menolak tubuh Alim dan mendukung Suriani yang tersenyum ke arah mereka.

“Manja abang lain,” Alim masih mahu menyakat isterinya. Dari biliknya, Alia tersenyum mendengar abang dan kakak iparnya bergaduh. Dia seronok melihat hubungan abang dan kakak iparnya itu.
Alia melirik jam di atas mejanya. Hampir pukul 10.30 malam. ‘Apa dia buat sekarang ni?’ Bisiknya perlahan. Ingatannya kembali ke zaman persekolahannya.
“Kak Alia, cikgu Syah panggil. Ehhhh..bukan, cikgu Syah cakap, Cikgu Hamidah panggil. Dia suruh kakak ke rumah sekarang jugak,” Alia pandang wajah pelajar tingkatan satu itu. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Ketika itu usia perkahwinan mereka mencecah satu bulan setengah.
“Betul ke? Akak sorang?” Alia bertanya lagi. Pelajar tersebut angguk kepala.
“Jum… temankan aku,” Alia menarik tangan Sara.
“Errrrr… malas. Aku nak tidur sekejap.” Sara menepis tangan Alia.
“Yah….” Alia buat muka kasihan. Maziah geleng kepala. Alia pandang Imah pula. Sahabatnya itu buat muka tak tahu. Ros juga begitu.
“Korang memang jahat. Nanti aku bawak makanan sedap, barulah korang nak kawan dengan aku.” Alia menjeling tajam ke arah rakan-rakannya yang hanya tersenyum.
“Pergilah sekejap. Mungkin ada perkara mustahak yang pengetua nak cakap tu. Tak pun, mungkin Cikgu Syah nak dating dengan kau. Dia sengaja gunakan nama mama dia. Hahahaha,” Ros tergelak. Alia membeliakan matanya. Mereka berempat berlari ke asrama meninggalkan Alia yang sedang menahan marah. Perlahan Alia melangkah menuju ke rumah pengetua yang agak jauh dari rumah guru-guru yang lain.
“Ha….. Alia, apa pulak tercegat kat situ. Naiklah,” Alia tersentak bila mendengar suara ramah Pn.Hamidah. Sebenarnya dia baru saja berniat hendak beredar. Perlahan Alia melangkah menaiki anak tangga satu persatu.
“Alia nak jumpa Syah?” Soal Pn.Hamidah lembut sambil memandang wajah terkejut Alia.
“Errrr….Tadi…ada budak cakap…. Cikgu ..” Alia tersentak bila matanya memandang Syah keluar dari bilik dan menghampiri mereka.
“Syah yang panggil dia, ma. Adahal sikit nak cakap kat dia ni,” Syah menarik tangan Alia lalu dibawanya ke bilik. Pn.Hamidah geleng kepala. Tentu Syah menggunakan namanya supaya dia dapat bertemu Alia. Semenjak kebelakangan ini, Alia jarang membantu Datuk Zamri mencabut rumput di halaman rumah itu.
“Syah…Syah…” Pn.Hamidah geleng kepala.
“Errrr..cikgu nak buat apa ni? Lepaslah. Cikgu Hamidah yang panggil saya tadikan?” Alia bertanya keras. Syah tersenyum.
“Bukan. Saya yang panggil. Budak tu cakap apa?” Syah sengaja mengusik Alia. Alia menggigit bibirnya tanda geram.
“Bencinya,” Alia menyepak kaki Syah.
“Aduh!!!!! Garangnya. Kalau macamni, alamatnya tempang kaki saya ni. Tak takut dapat suami tempang ke?” Syah menggosok kakinya.
“Itu hadiah sebab menipu. Cakap je kat budak tu, yang cikgu panggil saya. Susah sangat ke?” Alia bercekak pinggang. Syah tersenyum melihat Alia bercekak pinggang.
“Elehh… Kalau saya cakap, saya yang panggil, tentu Alia tak pergi.” Syah pula bercekak pinggang di hadapan Alia. Alia menjarakan dirinya.
“Salah ke, suami nak jumpa isteri sendiri. Nak melepas rindu ni,” Syah sengaja mengusik Alia dan menghampiri Alia. Alia semakin tidak keruan bila melihat senyuman manis dibibir Syah.
“Errrr….Awak jangan buat apa-apa pada saya,” Alia berundur kebelakang.
“Alia nak lari ke mana? Takde jalan keluar,” Kedua-dua tangan Syah menyentuh dinding bilik. Alia pula tersepit di antara dinding dan Syah.
“Awak nak apa? Saya nak balik ke asrama ni,” Alia berusaha untuk bertenang. Berhadapan dengan lelaki seperti Syah memerlukan ketenangan. Kerana kelakuan lelaki itu susah untuk dijangka.
“Cikgu…” Alia menjerit halus bila Syah mencium dahinya. Syah tersenyum.
“Ok. Awak boleh balik,” Ucapnya senang hati sebelum mencium pipi Alia. Alia merasakan wajahnya panas.
“Cikgu jahat,” Ucapnya marah bercampur geram. Syah memanggilnya semata-mata untuk menyakitkan hatinya.
“Alia…” Syah memanggil Alia dengan suara yang perlahan sekali. Alia berpaling seketika.
“Nah. Buka bila sampai kat bilik nanti,” Syah menyerahkan bungkusan hadiah.
“Apa ni?” Soalnya hairan sambil menggoncang bungkusan tersebut.
“Adalah. Sesuatu,” Syah tersenyum lagi. Alia beredar sambil memikirkan pemberian Syah itu.
Alia tersedar dari lamunan bila telefon bimbitnya berbunyi. Alia hairan bila melihat nombor yang tidak di kenali tertera di skrin telefon.
“Siapa pulak ni. Mengganggu betul. Orang nak berangan pun tak dapat.” Alia merungut sambil membiarkan telefonnya berdering. Alia melihat jam di atas mejanya.
“Lama juga aku berangan ye,” Ucapnya sorang diri sambil tersengih. Jam menunjukan pukul 11.15 malam.
Beberapa minit kemudian, mesej pulak masuk.
‘Slm, saya nak berkenalan dgn awk. Nm sy Ajmal,’ Alia garu kepala yang tidak gatal.
“Ajmal. Hai… siapa punya kerja ni?” Alia masih memerhati telefon bimbitnya.
“Malas nak layan,” Ucapnya perlahan lalu melempar telefon bimbitnya itu.
“Tidur lagi baik. Lepas tu mimpi tentang abang Syah,” Ucapnya perlahan sambil memeluk bantal dan tersenyum.
“Kenapa dengan aku ni?” Alia ketuk kepala sendiri.

No comments:

Post a Comment