klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, March 18, 2010

TAKDIR 

episode 12




 “Shima, tolong ayah buang duri kat kaki ayah ni.” Pak Zaki meminta pertolongan anaknya. Shima segera menghampiri ayahnya yang sudah sedia dengan jarum untuk mencungkil duri dikakinya.
“Wah!!!! Dalamnya. Bila kena ni, Yah?’ Shima segera melakukannya. Dia memang pakar dalam hal tersebut kerana ayahnya selalu menyuruh dia melakukannya bila kaki ayahnya terpijak duri. Azmy hanya memerhati gelagat isterinya yang sungguh prihatin melakukan kerjanya.
“Masih sakit, Yah.” Shima mendongak wajah tua ayahnya. Ayahnya hanya tersenyum.
“Dah ok. dah takde sakit lagi. Lama jugak benda tu kat dalam sana. Minggu lepas, ayah tersepak kayu kat jambatan sana.” Jawabnya tenang.
“Ada lagi? Nanti Shima tolong buangkan,” Shima membelek kaki ayahnya yang keras itu. Kaki yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik-beradik.
“Shima, minta kredit seringgit ya,” Suara Adam menjerit dari tingkat atas.
“Eh….Mana boleh. Shima tak kerja tau. Adam kan bekerja, kredit sendiri pun tak terbeli.”Shima berlari mengejar Adam yang sudah merampas telefon bimbitnya. Adam tergelak dan cuba melepaskan diri dari cengkaman Shima. Azmy terkejut melihat adik-beradik itu saling bekejaran.
“Yelah. Adam kan bekerja, tak kan tak mampu beli kredit sendiri.” Nuha menyampuk. Keadaan dalam rumah gamat bila mereka adik beradik saling bekejaran. Begitulah kemesraan mereka sekeluarga.
“Jangan hairan dengan perangai anak-anak ayah tu. Mereka memang suka bergaduh, lepas ni mereka bergurau pulak. Anak ayah ni ramai, seronok tengok mereka sudah besar. Kadangkala, sampai tersalah panggil pulak nama mereka.” Azmy tersenyum dan timbul rasa sayang hendak meninggalkan keluarga besar ini. 5 lelaki dan 5 perempuan. Mereka memang rapat sangat. Dan antara mereka sepuluh orang itu, Shima adalah yang paling kecil walau pun dia bukan anak bongsu. Azmy leka memerhati kemesraan mereka sekeluarga.
“Isteri pertama kamu tahu yang kamu balik ke sini?” Soal Pak Zaki tenang. Azmy sedikit tersentak, namun kemudian dia tersenyum.
“Ye. Saya dah bagi tau dia. Dia pun tak kisah,” Jawabnya tenang.
“Shima tu, dia memang degil. Kalau kena caranya, baiklah dia. Azmy kena bersabar kalau nak dapat perhatian dia,” Pesan ayah mertuanya. Azmy angguk kepala.
“Susah tak jaga mereka semua ni?” Soal Azmy perlahan sambil membelek album keluarga isterinya. Pak Zaki tersenyum.
“Susah tu, memanglah. Tapi, bila tengok mereka tersenyum, bergurau senda, hilang rasa susah. Penat balik kerja, tengok mereka dah duduk kat depan pintu sambut ayah balik. Ada yang bawa buku, suruh ayah tengok, ada yang minta dibelikan keropok, ais krim, macam-macam perangai mereka.” Pak Zaki tersenyum mengingatkan telatah anak-anaknya semasa mereka masih kecil. Perbualan mereka terganggu bila Adam dan Shima berlari mengelilingi ruang tamu. Shima lupa, suaminya juga berada di rumah itu.
“Eiiiiii….Shima? Dah kahwin masih juga nak bergaduh. Tu, laki kau dah jeling semacam kat kau,” Kak Mai bersuara lantang bila melihat Shima berlari bagai tak cukup kaki.
“Adam, bagi balik telefon aku tu.” Shima menarik tangan Adam kasar tanpa mempedulikan jelingan suaminya.
“Kedekut. Nah, ambil balik,” Adam menyerahkan kembali telefon kakaknya.
“Abang Mi, tengoklah isteri abang tu, kedekut sangat.” Adam duduk di sebelah Azmy. Azmy tergelak bila melihat wajah kelat isterinya apabila di kutuk oleh adiknya.
“Ayah, mak, esok kami balik. Banyak kerja dah tertangguh kat pejabat tu,” Shima menoleh wajah Azmy sebaik sahaja Azmy habis berkata.
“Takpe. Biasalah, orang bekerja ni. Mak dan ayah tak kisah. Yang penting kamu ada balik ke sini walaupun sekejap, dah kira baik tu,” Jawab mak mertuanya.
“Saya nak tinggal sini lama sikit,” Semua mata memandang wajah Shima.
“Kenapa pulak? Jangan nak buat hal. Esok kamu balik bersama dengan suami kamu.” Marah ibunya. Shima gigit bibirnya tanda geram bila mellihat senyuman di bibir Azmy.
“Tapi…” Shima cuba membantah.
“Takde tapi-tapi. Shima jangan nak buat hal. Siapa nak hantar Shima balik nanti? Lagipun, Shima belum beraya kat rumah mertua kamu, kan?” Ibunya mengingatkannya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang menantu. Shima muncung mulutnya.

Lewat malamnya, Shima menampar bahu Azmy yang sedang berbaring mengiring membelakanginya.
“Awak, saya belum puas lagi bermalam di kampung, esok, awak balik sorang ye?” Shima bersuara lembut bila Azmy mengiring kearahnya pula.
“Bolehkan?” Shima memujuk dan berdoa di dalam hati semoga Azmy membenarkannya tinggal lebih lama di kampung.
“Boleh. Dengan syarat…..” Azmy tersenyum mengoda.
“Syarat? Apa dia?” Soal Shima pelik.
“Syaratnya, awak tidur dengan saya malam ni.” Azmy tersenyum lagi. Shima kehairanan.
“Itu pun di kira syarat? Setahu saya, selama kat kampung ni, awak memang tidur dengan saya. Mana ada awak tidur di bilik lain,” Shima garu dagunya sambil berfikir.
“Maksud saya, kita berdua….” Azmy berhenti berbicara.
“Apa?” Shima masih belum dapat menangkap maksud kata-kata Azmy itu. Azmy menarik tubuh Shima supaya dekat dengannya. Shima mengikut sahaja, bila tubuhnya di tarik perlahan dan berbaring di sebelah suaminya. Azmy menanggalkan bajunya.
“Errrrr….. Maksud awak, syaratnya saya dan awak…… buat…… perkara…..tu..” Shima berkata gugup. Azmy tersenyum lagi.
“Errrr… Tak nak. Takpelah. Esok saya ikut awak balik. Lupakan saja,” Shima menarik kain selimut menutupi seluruh tubuhnya.
“Ok,” Azmy mengeluh hampa.
“Kenapa Shima tak dapat terima saya? Tak layak,kah saya ni menjadi suami awak?” Azmy mengusap kepala Shima. Tetapi Shima hanya mendiamkan diri walaupun timbul rasa bersalah bila menolak keinginan suaminya.


Keesokan harinya, pelbagai pesan yang diberikan oleh ibunya sebelum mereka bertolak ke Bandar. Shima hanya angguk kepala.
“Kenapa awak baik sangat dengan keluarga saya? Awak dah lupa, Hubungan kita akan berakhir pada bila-bila masa.” Shima berkata serius setelah agak lama mendiamkan diri. Azmy menoleh ke arah Shima sebelum tersenyum sinis.
“Kenapa? Awak takut, keluarga awak tak benarkan kita berpisah?” Azmy pula bertanya. Shima berdengus.
“Awak patut jelas tentang apa yang akan terjadi. Tak perlu saya ulang berkali-kali,” Shima membuang pandang keluar.
“Tak salah kiranya saya bergaul mesra dengan mereka. Walauapapun, buat masa sekarang, mereka adalah keluarga saya jugak.” Azmy berkata tegas.
“Awak tak faham. Saya tak mahu mereka kecewa bila tiba waktu itu,” Shima bersuara perlahan sambil mengesat airmata yang tiba-tiba jatuh tanpa dia sedari.
“Saya tahu semua ini salah saya. Saya tak patut buat awak macam tu. Percayalah, saya memang ikhlas mengambil awak sebagai isteri saya.” Azmy menggenggam jari-jemari Shima.
“Walau apa jua yang awak katakan sekarang. Saya tetap tidak dapat menerimanya. Saya tetap dengan keputusan saya,” Shima berkata tegas.

No comments:

Post a Comment