klik untuk ke blog di alam angker

Friday, March 19, 2010

ALiA
bahagian 36


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Chan, keadaan dia macamana?” Syah berlari menghampiri Dr.Chan. Sebaik sahaja menerima panggilan dari pihak hospital, Syah bergegas menuju ke hospital. Nura dimasukan ke unit ICU. Penyakitnya semakin serius. Syah hanya mampu memandang sayu wajah anak kecil itu.

“Tak sanggup aku nak tengok keadaan dia,” Syah terduduk di atas lantai. Wajahnya keruh, dan airmata mengalir perlahan dipipinya.

“Encik, sabarlah. Nura anak yang baik. Dia juga sangat tabah dan berani,” Syah mendongak bila mendengar suara seseorang memujuknya.

“Alia,” Ucapnya perlahan. Alia turut tergamam. Kebetulankah ini?

“Aku bermimpi agaknya,” Syah tunduk memandang lantai. ‘Mungkin aku terlalu rindukan Alia, di saat begini, aku mengharapkannya di sisi.’ Bisiknya dalam hati. Beberapa saat kemudian, Syah mendongak lagi, dan Alia masih berada dihadapannya. Perlahan Syah berdiri dan bertentangan dengan Alia.

“Alia? Abang tak bermimpi?” Syah bertanya sambil matanya tidak lepas memandang wajah Alia. Alia sendiri tidak menyangka mereka akan berjumpa di hospital setelah hampir sebulan mereka tidak berjumpa di taman. Hari itu merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai sukarelawan di hospital tersebut dan peluang itu dia gunakan untuk menjenguk Nura. Bila mendapat tahu berita Nura sedang tenat, dia bergegas ke unit kawalan rapi. Sungguh tidak diduga, dia terserempak dengan Syah.

“Awak… jadi Nura anak awak?” Alia pula bertanya. Syah angguk kepala.
“Alia. Awak betul-betul ada kat sini?” Syah mencapai tangan Alia dan menarik tubuh Alia lalu memeluknya erat. Alia membiarkan Syah memeluk dirinya. Sebenarnya dia terkejut bila mengetahui Nura adalah anak bekas suaminya. Kenapa selama mengenali Nura dia tidak pernah terserempak dengan Syah. Melihat Syah seperti orang putus harapan, membuatkan Alia tidak sampai hati untuk menolak tubuh sasa itu. Alia terbuai seketika dengan haruman Hugo Boss yang dipakai oleh Syah. Wangian yang mengingatkannya kenangan lama. Perlahan Alia mengusap belakang Syah cuba untuk menenangkan lelaki itu.

“Maaf. Abang sedih sangat tengok Nura sakit macam tu. Dia masih kecil, tetapi ujian yang dia hadapi sangat besar. Dan, dia tetap tersenyum,” Syah mengesat airmatanya dan melepaskan pelukannya.

“Dia tentu tak mahu tengok awak sedih macam ni. Dia sangat bangga ada ayah macam awak,” Alia berdiri disebelah Syah memerhati Nura yang sedang bertarung untuk hidup. Beberapa orang jururawat keluar masuk di bilik tersebut.

“Syah, kami dah cuba yang terbaik. Dia dah tak dapat diselamatkan lagi. Badannya terlalu lemah,” Dr.Chan menghampiri Syah dan Alia sebaik sahaja dia keluar dari bilik yang menempatkan Nura. Syah sekali lagi terduduk. Akhirnya dia keseorangan lagi. Alia sedih melihat Syah begitu. Dia ingin menjadikan bahunya sebagai tempat menumpahkan airmata lelaki itu. Namun, layakkah dia. Nampak sangat Syah terlalu sayangkan anaknya itu. Tentu Syah juga sangat menyayangi arwah isterinya. Alia terasa hati. Mungkin selama ini, hati Syah hanya untuk arwah isterinya.

“Awak, tak baik menangisi orang yang sudah pergi. Kita doakan sahaja dia berada dikalangan orang yang beriman,” Alia sentuh bahu Syah. Tidak sampai hati dia melihat Syah menangis seperti itu. Syah meraup mukanya. Beristigfar panjang dan memandang wajah Alia yang masih setia menantinya.

********************************

No comments:

Post a Comment