klik untuk ke blog di alam angker

Friday, March 12, 2010

ALiA
bahagian 34


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


”Kenapa senyum semacam je aku tengok? Gembira macam jumpa buah hati,” Awan menepuk bahu Syah yang sedang tersengih dari tadi. Syah geleng kepala.
“Aku biasa je. Takde apa-apa.” Jawabnya penuh rahsia. Awan pandang wajah dengan riak tidak percaya.
”Kenapa dengan hidung kau tu? Sakit ke?” Awan cuba menyentuh hidung Syah yang semakin merah.
”Disiku oleh sesorang.” Jawabnya sambil tersenyum.
“Sakit macam tu pun masih nak tersenyum. Betul ke kena siku? Jangan nak tipu aku. Tak pernah aku nampak kau senyum sampai ke telinga, kalau tak silap aku, dah lebih 8 tahun kita kenal. Baru hari ni aku tengok kau senyum macam tu,” Awan duduk di hadapan Syah.
“Nantilah aku cerita kat kau. Kisah lama,” Syah geleng kepala.
“Ok. Kau apahal nak jumpa aku ni?” Syah membetulkan duduknya.
“Laaa.. nak ajak kau makan lah. Apa lagi. Dah pukul berapa ni. Perut aku dah menyanyi ni,” Awan pegang perut. Syah tersenyum lagi.
‘Cacing perliharaan saya dah buat hal,’ Syah tersenyum mengenangkan kenangan lalu. Awan geleng kepala melihat sahabatnya yang asyik tersenyum tanpa menghiraukan dirinya disebelah. Mereka bergerak menuju ke lif.
****************
“Macamana ni. Dia nak datang ke rumah malam ni. Aku tak tahu macamana nak bagi tahu abang Alim,” Alia garu kepala yang tidak gatal. Pagi semalam mereka berjumpa lagi di taman dan Syah menyatakan dia ingin ke rumah Alia.
“Cakap je lah. Bukan susah pun.” Alia geleng kepala bila mengingatkan cadangan Maziah. Syah Aiman. Kemudian Alia tersenyum bila mengenangkan pertemuan pertama mereka setelah 4 tahun berpisah.
“Aduh!!!!! Apa pulak ni?”
“Errrrr…Awak. Awak tak apa-apa?”
“Patah hidung aku dibuatnya. Awak ni kan…”
“Oiiii, perempuan, kau dengar tak apa aku cakap ni?” Alia sentuh pipinya yang terasa perit ditampar oleh Maziah.
“Sakit. Kenapa kau tampar aku?” Alia duduk tegak sambil menyentuh pipinya.
“Untuk sedarkan kau. Ingat dia tu suami orang.” Maziah berkata selamba. Alia angguk kepala. Dia terlupa. Wajahnya berubah muram.
“Susah sangat nak lupakan dia. Memang patut pun kena penampar,” Alia memeluk bantal sambil memegang pipinya. Maziah tersengih. Mereka sama-sama mendiamkan diri.
“Alia, bawa Yah keluar. Makanan dah sedia,” Suara Sitah memanggilnya.
“Ok. Sekejap.” Alia ikat rambutnya tinggi kemudian membelek mukanya di cermin.
“Jum, kakak aku tentu masak makanan yang sedap tu. Errrr…Kau cakap apa masa aku berangan tadi?” Alia berpaling ke arah Maziah.
“Aku dah lupa. Tu cadangan yang paling bernas pernah aku fikir. Tapi dah lupa. Salah kau sebab tak dengar,” Maziah membuka pintu dan berjalan keluar. Alia geleng kepala sambil mengekori langkah Maziah.
“Eleh, cakap je yang kau memang takde cakap apa-apa.” Alia berlalu meninggalkan Maziah. Maziah berlari mengejar Alia.
“Ehemm. Ingat sikit, kamu berdua tu perempuan. Umur pun dah cukup nak kahwin,” Mereka berdua tersenyum.
“Alia tu, kak, masih macam budak-budak.” Maziah melapor. Alia menjelir lidah.
“Tengok, kan dah cakap,” Maziah geleng kepala. Sitah tersenyum. Dia memang tahu, perangai adik iparnya itu memang agak keanak-anakan. Kadangkala, Suriani yang masih kecil itupun, dibuatnya musuh. Tetapi, Alia seorang yang baik. Dia Cuma terlalu manja.
“Kak, malam nanti ada kawan nak datang ke rumah kita. Kawan lama. Tapi kakak tak perlu bimbang. Saya akan masak petang ni,” Alia bersuara lancar. Maziah disebelahnya tersenyum senang.
“Aihhh. Lain je bunyiya. Siapa tu? Kawan yang macamana?” Sitah memandang pelik wajah adiknya. Tengahari sabtu itu, hanya mereka yang ada di rumah. Alim keluar dengan kawan-kawannya, bermain futsal.
“Kawan lama. Kawan masa sekolah dulu. Dah lama tak jumpa. Baru berjumpa dalam minggu ni juga.” Alia tersenyum. Maziah turut tersenyum.
“Suka hati kamu. Betul tak nak kakak tolong masakan?” Alia tersengih lagi.
“Kakak tolong bagi tunjuk ajar je,” Jawabnya sambil tersengih panjang. Sitah geleng kepala.
Malamnya, selepas selesai memasak beberapa jenis masakan, Alia menuju ke bilik untuk mandi dan solat. Selepas solat Isyak, Alia turun ke bawah bersedia menghidangkan lauk pauk yang dimasaknya.
“Alia, bila lagi kawan kamu tu nak sampai? Abang dah lapar sangat ni,” Alim menggosok perutnya. Alia meninjau keluar pintu namun orang yang ditunggu masih belum sampai. Terpamer riak kecewa di wajah Alia bila merasakan Syah tidak datang makan malam dirumahnya.
“Kalau abang dah lapar sangat, makan jelah. Rasanya dia tak dapat datang tu.” Alia kembali ke ruang tamu.
“Cubalah telefon kawan kamu tu. Manalah tahu dia ada hal ke, ada masalah ke, atau tak tahu jalan ke rumah ni?” Alim duduk disebelah adiknya.
“Lupa pulak nak minta nombor telefon dia. Mungkin dia ada hal kat rumah. Mari… makan. Alia pun dah lapar ni,” Alia cuba menyembunyikan perasaan hampanya. ‘Mungkin isteri dia tak nak pergi.’ Bisik Alia dalam hati. Sepanjang berada di meja makan, Alia senyap melayan dunianya sendiri. Kemudian Alia membawa pinggan ke sinki dan mencuci pinggan tersebut.
“Kenapa dengan budak tu?” Soal Alim hairan. Sitah geleng kepala. Alia berjalan terus menuju ke biliknya. Sampai di bilik, Alia terus menbuka laptopnya. Mencari sesuatu di dalam laptop tersebut. Sebuah fail yang memuatkan gambar dia dan Syah semasa mereka bercuti di Bako National Park memenuhi skrin computer. Satu persatu gambar Syah dibukanya. Merenung wajah tampan itu.
‘Abang penipu,’ Bisiknya perlahan. Kemudian, Alia berdiri lalu menghempas diri di atas katil. Menangis semahunya sehingga tertidur.
“Alia….Alia…” Alim membuka pintu bilik adiknya. Alia sedang tidur meniarap. Lampu bilik masih terpasang. Perlahan Alim dan Sitah masuk ke dalam bilik Alia. Alim menghampiri meja tulis adiknya. Laptop masih terpasang dan bila Alim menyentuh computer tersebut, wajah Syah sedang tersenyum sambil menarik tangan seseorang jelas terpampang di hadapan skrin laptop adiknya.
“Siapa lelaki tu, bang?” Sitah bertanya.
“Bekas suami Alia. Nampaknya dia tak dapat lupakan Abg.Syah.” Alim menutup suiz laptop Alia kemudian berlalu ke bilik mereka.
“Agaknya, Abg.Syah yang nak datang tadi tu.” Sitah bersuara hampir menjerit.
“Mungkin jugak,” Alim menjawab ringkas.

No comments:

Post a Comment