klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, March 16, 2010

ALiA
bahagian 35


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Hai Nura,” Alia tersenyum manis. Nura berlari dan memeluk Alia.
“Lamanya kakak tak datang sini. Nura rindu sangat kat kakak,” Nura mendongak memandang wajah Alia. Alia mendukung Nura lalu di bawa ke katil. Alia hanya tersenyum bila Nura bercerita macam-macam perkara. Dia menjadi pendengar setia dan terhibur dengan gelagat Nura. Tiba-tiba matanya terpandang anak patung beruang yang hampir menyamai saiz dirinya.
“Cantiknya patung tu?” Alia menghampiri anak patung yang diletakan di atas kerusi.
“Ayah yang beli. Cantikkan kak,” Nura turut membelai patung tersebut. ‘Serupa dengan anak patung yang aku beli. Agaknya ayah budak ni yang beli patung hari tu,’ Alia berbisik sendirian. Seminggu kemudian, dia menerima panggilan dari pihak kedai tersebut, patung yang dia tempah sudah datang. Gembiranya saat dia dapat memeluk patung tersebut. Alia tersenyum.
“Kenapa kakak senyum?” Nura hairan melihat Alia yang mendiamkan diri kemudian tersenyum.
“Kakak pun ada patung serupa macam ni,” Alia berpaling ke arah Nura.
“Betul?” Soalnya teruja. Alia angguk kepala. Ketukan di pintu membuatkan Alia dan Nura serentak berpaling. Wajah Dr.Chan muncul dengan senyuman.
“Nura sihat hari ni?” Soalnya ramah. Nura angguk kepala.
“Malam sabtu lepas,dia pengsan, penyakitnya semakin serius.” Dr.Chan memberitahu Alia tanpa sempat dia bertanya. Alia merenung wajah comel itu. Walaupun mengidap penyakit yang tiada penawar, namun dia tetap bersemangat untuk terus hidup.
“Doktor, dari mana dia dapat penyakit ni?” Alia mengusap rambut Nura yang sedang leka mengunyah roti.
“Dari ibu dia,”Alia terlopong.
“Ayah dia macamana? Tak kena jangkitan ke?” Soal Alia lagi. Jika ibu anak kecil itu membawa virus tersebut, maknanya, tentu si ayah juga terkena jangkitan tersebut.
“Susah saya nak cakap. Ayah dia ok. Selamat. Setakat itu saja yang boleh saya bagi tau awak,” Dr.Chan tersenyum. Alia termenung seketika. ‘Pelik betul. Kalau isterinya kena jangkitan, kenapa suami dia tak?’ Alia keliru.
**********************************
“Aku nak cari kerja lah. Kau boleh tolong aku?” Alia bertanya pada Maziah. Maziah berpaling memandang wajah Alia.
“Kau cakap apa tadi? Cuba ulang?” Maziah mendekatkan telinganya ke mulut Alia.
“Aku nak cari kerja.” Alia menjerit ditelinga Maziah. Maziah menampar bahu Alia.
“Oiiiii…nak suruh aku jadi orang pekak ke?” Maziah memarahi temannya. Alia tergelak.
“Padan muka. Aku cakap baik-baik, kau buat tak dengar.” Maziah mencebik bibir.
“Nantilah aku tanya kat kawan aku. Hari tu dia ada cakap, pihak pengurusan perlu orang. Kalau rezeki kau, nanti aku suruh dia tolong kau,” Maziah menggosok telinganya. Alia memeluk sahabatnya dengan erat dan mencium pipi sahabatnya itu.
“Aku sayang kau,” Maziah mengusup pipinya yang dicium oleh Alia.
“Ehemmmm…” Alia dan Maziah tersentak. Mereka lupa bahawa mereka berada ditempat awam. Mereka berpaling ke arah suara garau itu. Alia menarik tangan Maziah untuk beredar.
“Wah!!!! Hensem nya. Kenapa kau tarik aku.” Maziah berpaling ke arah lelaki yang menegur kelakuan sumbang mereka sebentar tadi.
“Aku bagi tau kat Ariy nanti, kau ada niat nak mengorat lelaki lain,” Ugut Alia. Maziah ketuk kepala Alia.
“Tak semestinya aku puji dia, maknanya aku nak mengorat. Kau ni, kan, memang dah buta. Apa yang istimewa sangat Cikgu Syah tu? Selain hensem, baik, macho, romantic, penyayang dia….. heheheheh…dia memang oklah. Lengkap ciri-ciri lelaki yang layak dijadikan suami. Tapi…kau kena ingat, dia sudah beristeri. Kalau dia cintakan kau, dia takkan mengahwini perempuan lain. Dia akan setia pada kau sorang. Dan, jangan biarkan dia mainkan perasaan kau.” Maziah berleter panjang lebar sambil bercekak pinggang. Alia tergamam mendengar suara Maziah yang tidak berhenti memarahinya. Minggu lepas juga begitu, bila dia menceritakan tentang Syah yang tidak datang setelah berjanji untuk datang ke rumah mereka.
“Cik…cik, tunggu dulu,” Maziah dan Alia berpaling.
“Ye,” Mereka serentak menjawab. Lelaki itu tergamam seketika saat matanya memandang wajah Alia.
“Hello……Awak nak apa?” Maziah melambai tangan dihadapan muka lelaki itu. Bila tiada respon, Maziah petik jari. Lelaki itu tersentak.
“Errrrr…ni cik berdua punya?” Soalnya gugup sambil menayang beg duit dihadapan mereka.
“Saya punya,” Alia merampas beg duit tersebut. Mungkin terlupa sewaktu mereka tergesa-gesa meninggalkan meja itu tadi.
“Saya jumpa di atas meja bekas tempat duduk kamu tadi,” Ucapnya perlahan.
“Terima kasih,” Alia menarik tangan Maziah. Maziah sempat tersenyum ke arah lelaki itu.
“Ehh..kau nak ke mana tu?” Alia hairan bila melihat Maziah berpatah balik. Dia menghampiri lelaki yang masih tercegat memandang ke arah mereka. Dari jauh Alia nampak lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian Maziah kembali menghampiri Alia sambil tersenyum.
“Aku bagi nombor telefon kau. Dia macam berminat kat kau. So, rebutlah peluang,” Maziah tersengih.
“Yah…. Aku tak suka.” Maziah jungkit bahu dan berjalan laju menuju ke kereta. Alia mengekori langkah Maziah. ‘Mereka ni memang suka sangat nak kenakan aku,’ Bisiknya dalam hati. Dia tahu rakan-rakannya mengambilberat tentang dirinya. Tetapi pintu hatinya belum terbuka untuk mencintai orang lain.
“Kau memang nak bunuh aku.” Alia tepuk dahi.

No comments:

Post a Comment