klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, March 11, 2010

TAKDIR 

episode 10





“Terima kasih sebab tidak menghampakan saya malam ini. Saya seronok sangat,” Azmy memandang wajah Shima yang jelas keletihan sambil memicit kakinya.
“Tak mengapa, yang penting awak bayar upah kat saya,” Shima menjawab selamba. Azmy tersenyum bila melihat Shima yang tidak sabar untuk masuk ke kereta mereka dan sebaik sahaja masuk, perkara pertama yang dia buat adalah menanggalkan kasut tumit tinggi yang di pakainya.
“Huhhhh leganya. Macamanalah mereka suka sangat guna kasut tinggi ni. Menyakitkan saja,” Shima membebel tanpa menyedari tingkahlakunya menjadi perhatian Azmy. “Hantar saya balik ke rumah terus ye. Saya nak berehat. Penat sangat ni,” Shima tersandar lesu.
“Kita ke rumah saya yang satu lagi tu, nak ambil pakaian saya untuk seminggu ni,” Azmy berkata perlahan.
“Apa?????” Shima merenung wajah selamba suaminya.
“Kenapa? Awak nak bermalam di hotel ke? Kalau macam tu, hantar saya ke rumah dulu. Saya penat ni,” Shima bersuara manja sambil membuat muka kasihan.
“Kita ke rumah saya dulu. Malas nak ulang alik lagi. Saya bermalam di rumah mama seminggu ni. Mira berada seminggu di Singapore,” Azmy menerangkan kedudukan sebenarnya sambil tersenyum manis sambil merenung sekilas wajah Shima. Rasa bahagia meresap ke dalam jiwanya bila mendengar Shima bersuara lembut dan manja.
“Laaaa… Apasalahnya duduk kat rumah tu? Lagi pun ada orang gaji kat sana, kan?” Shima masih tidak puas hati. ‘Bukan aku tak tahu. Nanti nak tidur sebilik dengan aku, lah. Banyak songeh betul lelaki ni,’ Shima mengutuk suaminya dalam hati. Riak wajahnya juga semakin tegang.
“Habis tu, awak nak saya tidur di bilik tamu, dan biar mama tahu rahsia kita?” Soal Azmy tanpa memandang wajah Shima. Gluppp!!! ‘Aih mana dia tahu aku aku tengah kutuk dia?’ Shima membuang pandang keluar kereta.
“Saya tak kata apa-apa pun?” Shima menjawab perlahan.
“Bukan saya tak tahu, kalau muka awak senget sana senget sini, mesti kutuk saya, kan?” Azmy seperti ahli sihir yang tahu apa yang di fikir oleh orang lain. Shima tutup mulut dah cuba melelapkan matanya.
“Shima, bangun. Dah sampai ni. Tolong saya kemaskan barang kat bilik,” Azmy menarik tangan Shima sehingga ke dalam rumah. Shima pula mengiringi langkah kaki Azmy dengan malas dan mata yang masih terpejam.
“Orang nak tidur pun tak dapat,” Rungutnya sambil mnghentak kakinya. Azmy tersenyum bila melihat gelagat Shima yang jelas seperti anak-anak kecil. Kadangkala Shima kelihatan manja namun adakalanya dia sangat keras kepala dan suka melawan tetapi dia seorang yang mudah lembut hati.
Azmy mengeluarkan kunci rumahnya dan membawa Shima ke bilik. Beberapa pasang baju dikeluarkan dari dalam almari lalu dilemparkan ke atas katil.
“Tolong kemaskan untuk saya. Saya nak mandi dulu,” Azmy mencapai kain tuala lalu beredar ke bilik mandi tanpa mempedulikan riak wajah Shima yang terkejut itu. “Tapi….” Belum sempat Shima berkata, Azmy telah masuk ke bilik mandi. ‘Suka betul nak membuli orang,’ Shima merungut sambil tangannya pantas melipat pakaian Azmy yang berselerak di atas katil. Selesai mengemas, Shima merebahkan diri seketika di atas katil bagi menghilangkan penat.
Ketika Azmy keluar dari bilik mandi, dia terpandang Shima yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Dia tersenyum dan terus mencapai baju melayu dan sedia untuk menyarung baju kebadannya. Ketika itu Shima tersedar dari lelapnya dan terkejut bila melihat Azmy hanya berkain tuala.
“Aaaa. Errr…. Barang ni nak simpan kat mana?” Shima bertanya gugup. Azmy menoleh ke arah Shima sambil tersenyum bila menyedari kegugupan Shima bila berhadapan denganya dalam keadaan begitu.
“Beg dalam almari tu.” Jawabnya lembut sambil menyikat rambutnya dan membelek wajahnya di hadapan cermin.
“Ok. dah selesai,” Shima berdiri tegak dan bersedia untuk keluar dari bilik tersebut. “Ehhh!!!! Tunggu dulu.” Azmy menghampiri Shima yang berdiri kaku di hadapan pintu bilik.
“Awak tak nak mandi dulu?” Azmy bertanya.
“Takpe. Saya mandi kat rumah mama awak je. Dah lambat ni.” Shima terus berlari menuruni tangga. ‘Penakut,’ Azmy tergelak kecil bila melihat kegugupan Shima bila berdua-duaan dengannya.

***************

“Tolong gosok baju saya ni, ye. Baju kerja saya,” Shima menjeling sekilas Azmy yang sedang leka membelek baju kerjanya.
“Ye..Letak kat situ. Nanti saya gosok,” Jawabnya acuh tak acuh dan matanya masih tidak berganjak dari kaca tv.
“Saya nak awak gosok sekarang jugak,” Azmy berkata tegas. Semakin hari dia semakin suka membuli Shima dan berusaha mengingatkan Shima akan tanggungjawabnya sebagai isteri. Bagi Shima pula, Azmy semakin melampau dan seolah-olah melupakan perjanjian mereka. Namun dia hairan dengan hatinya yang tidak juga melawan Cuma mulutnya sahaja yang membantah segala tindakan Azmy.
“Tak adil. Saya kena buat kerja seorang isteri pulak. Awak dah lupa perjanjian kita?” Shima bertanya marah dan pandangan matanya tajam membalas renungan mata Azmy.
“Tak. Sementara tu, awak kena ingat yang awak adalah isteri saya yang sah. Jadi kalau awak nak dapat pahala, baik awak ikut cakap suami awak ni. Dan taat setia pada saya, baru hidup awak akan sentiasa dalam keadaan aman damai,” Azmy memandang wajah tegang Shima. Dia dengan selamba mencuit hidung Shima dan merampas alat kawalan jauh tv lalu menukar siaran. Shima menjeling sekilas sebelum mencapai baju kerja suaminya dan menghentak kaki menuju ke tempat menggosok baju. ‘Tak patut betul. Dah pandai membuli aku sekarang. Geramnya.’ Shima merunggut tanpa sedar Azmy sedang berdiri di belakangnya. ‘Aku gosok sampai hangus baru tahu. Suruh buat itu, ini, ingat aku ni isteri dia ke?’ Shima membebel. Beberapa saat kemudian dia menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Memang pun aku ni isteri dia. Terlupa pulak. Tapi….’ Shima bercakap sendirian. Azmy hanya tersenyum mendengar Shima membebel. Gelagat isterinya itu melucukan dan mencuit hati sebab itu dia selalu ingin mengambil kesempatan untuk mengusik Shima. Walaupun Shima sering marah-marah, namun dia tetap melakukan apa yang di suruh.
“Awak, lepas gosok baju ni, awak masak ye. Teringin nak makan makanan yang awak masak,” Azmy bersuara setelah lama berdiri di belakang Shima. Shima terkejut dan menoleh ke belakang.
“Awak ni kenapa? Nak saya mati awal?” Shima mengurut dadanya kerana terkejut apabila disapa oleh Azmy.
“Takkan saya nak buat macam tu. Awak belum jadi isteri saya yang sempurna lagi. Mana boleh biarkan awak pergi awal dari saya,” Azmy sengaja menyakitkan hati Shima. Dia tersenyum bila melihat wajah Shima yang merah.
“Awak nampak ni? Muka yang hensem boleh jadi semakin hensem kalau saya gosok dengan ni,” Shima mengancam Azmy dengan seterika yang digunakannya.
“Alamak!!! Garangnya. Berdosa tau aniaya suami sendiri. Lagi satu, rupanya awak perasan yang saya ni hensem,” Azmy tersenyum nakal. Shima mencebik bibirnya.
“Buat apa muka hensem tapi hati busuk. Pandailah awak cakap hal dosa pahala. Sembahyang pun, tak cukup lima waktu,” Dengan selamba Shima berkata hingga membuatkan Azmy terdiam dan tertunduk malu.
“Bisanya.” Azmy geleng kepala kemudian duduk di birai katil. Shima juga mendiamkan diri bila menyedari ketelanjuran kata-katanya. Dia mencuri pandang wajah Azmy yang merenung kaki sendiri.
“Sorry. Kalau awak terasa,” Shima meminta maaf. Walauapapun, Azmy tetap suaminya dan dia sepatutnya menghormati lelaki tersebut. Namun semenjak mereka berkahwin Shima selalu membuatkan lelaki itu berkecil hati.
“Takpe. Memang betul apa yang awak cakap. Saya tak layak bercakap tentang tu. Sembahyang pun tak cukup waktu, tapi nak juga kahwin dua. Tak sedar diri kan, saya ni?” Azmy tersenyum sinis sambil merenung sayu wajah Shima yang jelas serba-salah.
“Errr. Awak nak makan apa malam ni? Nanti saya tolong masak. Itu pun kalau awak tak kisah makan masakan saya yang tidak sedap. saya tak suka memasak sangat,” Shima memandang wajah Azmy yang masih senyap.
“Biar kak Arbi je yang masak. Kalau awak masak, saya takut nanti tak sedap. Baik awak belajar memasak awal. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak ni.” Azmy tersenyum sambil berdiri setelah agak lama mendiamkan diri.
“Nampaknya kedua-dua isteri saya tak pandai memasak.” Shima mencebik bila Azmy geleng kepala.
“Alasan nak kahwin lain kan?” Shima berkata selamba lalu beredar meninggalkan Azmy yang masih tersenyum mendengar kata-kata dari mulutnya.
“Shima, Shima….. mulut ni tak pernah nak berhenti menjawab.” Azmy sempat menarik tangan Shima lalu memukul lembut mulut Shima hingga membuatkan Shima tergamam dengan aksi spontan Azmy itu.
“Kalau tak menjawab, memang tak sah,” Azmy mencubit hidung Shima. Shima menepis tangan Azmy yang berusaha mencubit pipinya pula. Tiba-tiba Azmy memeluk erat tubuh Shima hingga membuatkan Shima terkejut.
“Shima tak nak jadi isteri saya terus?” Azmy bertanya lembut. Debaran di dada Shima semakin kuat dan cepat.
“Saya takut kehilangan Shima. Jangan minta perpisahan ye?” Azmy mengusap pipi Shima lembut. Bibir nipis itu disentuh lembut dan dengan perlahan Azmy cuba mencium bibir Shima yang jelas pucat akibat terkejut dengan tindakan berani nya itu. Sebelum sempat bibir Azmy mengena bibirnya, Shima melarikan mukanya dan menyebabkan Azmy hanya berjaya mencium pipi Shima.
“Lepaslah. Awak ni kenapa?” Shima menggosok pipinya dengan tangan. Walaupun dia hampir hanyut dengan belaian dari suaminya itu, namun Shima berusaha menolak keinginannya bila mengingati perkahwinan mereka. Azmy kecewa dengan penolakan Shima. Sangkanya Shima tidak akan menolak kerana dia seperti melihat cahaya cinta dalam mata Shima saat mata mereka bertentangan.

No comments:

Post a Comment