ALiA
bahagian 33
bahagian 33
oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"
Alia memakai baju jaket warna hitam, topi hitam dan seluar panjang warna pink. Awal pagi lagi selepas sembahyang subuh, Alia keluar berjoging di taman. Sambil melayan lagu dari MP4 nya, Alia juga menari yang tak serupa rentak. Lebih kepada bersenam dan sedang leka melayan muzik dari MP4nya, Alia mengaduh kesakitan.
“Aduh!!!!! Apa pulak ni?” Alia menggosok tangannya. Dia memandang sekeliling mencari benda keras yang terkena lengannya sebentar tadi. Alia tutup mulut bila melihat seorang lelaki sedang tunduk smengerang kesakitan.
“Errrrr…Awak. Awak tak apa-apa?” Soalnya serba salah. Lelaki itu masih tunduk.
“Patah hidung aku dibuatnya. Awak ni kan…” Lelaki itu angkat muka bersedia untuk memarahinya. Namun kedua-duanya tergamam tanpa kata.
”Alia....” Syah tergamam sebaik sahaja mereka bertentang mata.
Alia cubit pipi kemudian dia menjerit.
”Ab.... awak” Ucapnya gugup.
Syah masih dihadapannya. Maknanya dia bukan bermimpi. Syah masih merenung wajah yang dirinduinya itu. Tidak banyak berbeza berbanding dulu. Alia berlalu bila teringat Syah sudah menjadi milik orang. Namun pergelangan tangannya sempat disambar oleh Syah.
”Alia...... tunggu,” Langkah Alia terhenti.
”Alia apa khabar?” Soalnya perlahan. Alia masih keliru. Tangannya juga masih digenggam erat oleh Syah.
”Saya sihat. Errrr...awak, tolong lepaskan tangan saya,” Alia cuba meleraikan genggaman tangan Syah. Syah tersipu malu lalu melepaskan tangan Alia. Mereka sama-sama mendiamkan diri. Alia memandang ke arah lain biarpun hatinya melonjak ingin menatap wajah yang sangat dirinduinya itu. Syah mengambil peluang itu untuk menatap wajah wanita yang mengganggu lenanya.
”Boleh kita berbual sekejap?” Syah menanti dengan sabar. Alia angguk kepala dan bergerak menuju ke sebuah kerusi yang berhampiran.
”Alia selalu joging kat sini?” Alia angguk kepala tanpa sedikit pun memandang wajah Syah. Syah masih merenungnya. ’Janganlah tengok aku sampai macam tu sekali. Malu,’ Alia berbisik sendirian. Dia membetulkan rambut. Tidak selesa bila Syah asyik memerhatinya.
”Maaflah. Kalau abang buat Alia rasa tak selesa. Rindu sangat kat Alia.” Luahnya tanpa dapat di tahan. Alia memandang wajah Syah. Tidak sangka ayat itu yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia juga merindui lelaki itu tetapi dia sedar, siapalah dirinya di dalam hati lelaki itu. Syah tersenyum saat Alia membalas pandangannya.
”Alia tentu bahagia sekarang. Dah jumpa lelaki idaman?” Alia menjeling sekilas Syah yang masih tersenyum disisinya.
”Saya ok je. Belum jumpa yang sesuai,” Alia menjawab selamba. Walau hakikat sebebnarnya, dia tidak pernah cuba untuk membuka ruang hatinya untuk mana-mana lelaki yang ingin memilikinya. Dia sendiri keliru. Sebahagian hatinya gembira dengan pertemuan itu, sebahagian lagi rasa marah bila mengingatkan lelaki itu sedang bahagia bersama keluarga tetapi masih juga mengucapkan rindu padanya.
”Awak masih tak berubah. Tetap suka melawan,” Syah tersenyum lagi. Hilang rasa sakit di hidungnya bila terpandang wajah manis itu. Memang pertemuan begini yang diinginkan semenjak dia kembali ke Malaysia.
“Auwhhhh...” Syah sentuh hidung. Baru terasa sakit.
“Errrr...Awak.. sakit ke?” Alia bertanya cemas. Dia juga terlupa hidung Syah yang disikunya sebentar tadi.
“Sakit. Awak tolong tengok.” Alia memandang hidung Syah. ’Alamak, merahnya,” Alia tutup mulut menyembunyikan senyumannya. Alia sentuh perlahan hidung mancung lelaki itu.
“Upssss. Sakit,” Syah menggenggam tangan Alia. Alia tergamam. Debaran di dada semakin kuat. Namun dia tidak pula ingin menarik tangannya itu. Mereka saling berbalas renungan.
”Errrr..Awak..lepaslah,” Alia akhirnya tunduk dan berusaha menarik tangannya.
”Sorry,” Syah berkata perlahan. Dia juga merasa malu kerana tidak dapat mengawal perasaan.
”Masih mancung tak hidung abang ni?” Syah bertanya selamba. Alia menjeling wajah tampan itu dengan riak pelik. Soalan yang menyakitkan hati.‘Syok sendiri,' Ucapnya sambil mengeleng kepala.
"Dah tak mancung lagi.” Jawab Alia selamba. Syah tergelak.
”Tak dapat nak mengorat lagi. Hidung ni tarikan utama tau,” Alia geleng kepala. ’Perangai masih tak berubah,’ Alia merungut.
"Awak tinggal kat sini? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” Alia bertanya setelah ketawa Syah reda. Malas hendak melayan lawak bodoh lelaki itu.
”Baru je pindah. Tak sangka hari pertama abang keluar joging, terus terserempak dengan Alia. Memang masih kuat jodoh kita ni,kan,” Syah memandang kehadapan.
Pagi tadi dia begitu bersemangat untuk keluar bersenam. Sungguh tak sangka dia akan bertemu Alia.
”Errrr..saya nak balik ni. Dah lama sangat kat sini,” Alia bersuara perlahan bila merasa tidak selesa kerana mereka saling mendiamkan diri.
”Ok. Saya pun dah lambat ni.” Syah berdiri. Alia melangkah meninggalkan Syah.
”Alia, boleh saya jumpa awak lagi dan dah lama saya tak jumpa abang-abang awak. Mereka apa khabar?” Alia berpaling seketika.
”Dia sihat. Saya tinggal dirumah abang Alim sekarang,” Alia menjawab tenang.
”Owhhh...Kalau macam tu, boleh tak saya datang ke rumah awak?” Alia tersentak. Dia merenung wajah Syah dengan rasa hairan. Syah buat muka kasihan.
”Ok. Lorong 4 rumah nombor 117,” Alia tersenyum sebelum beredar.
”Alia masih guna nombor telefon yang sama?” Syah bertanya lagi. Alia berpaling dan mengangguk kepala.
”Ok. Bye,” Syah melambai tangan ke arah Alia. Alia membalasnya.
Syah masih merenung Alia yang semakin menghilang dari pandangannya.
No comments:
Post a Comment