klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, January 2, 2010

ALiA
bahagian 13/37  


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Assalammualaikum,” Alia tersentak mendengar orang memberi salam.
“Siapa yang datang ke rumah malam-malam buta ni?” Alia berjalan pantas ke pintu. Dia membuka pintu. Dihadapannya berdiri beberapa orang tua kampung mereka.

“Err… Kenapa pak cik?” Soal Alia gugup. Ketika itu Syah sudah berada di sisi Alia. “Siapa juga yang ada di rumah ni?” Soal mereka tegas.

“Kami berdua saja,” Alia menjawab gugup.
 
“Siapa lelaki ni?” Soal mereka yang lain.
“Saya cikgu dia. Dia terkena demam campak, jadi saya hantar dia balik kampung. Kami baru sampai petang tadi,” Syah menjawab tenang.

“Kenapa ni?” Tiba-tiba Nek Aton dan Tok Man bertanya. Mereka berdua baru balik dari masjid.
“Ni cucu Tok Man ni, berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Keadaan mereka juga mencurigakan. Tengok rambut Alia tu, tak terurus,” Semua mereka angguk kepala mendengar kata salah seorang kumpulan tadi.

“Eh…. Kami tak buat apa-apa pun. Tok, jangan percaya cakap mereka. Kami tak buat apa-apa pun,” Alia memandang sayu wajah datuknya yang jelas kecewa itu.

“Ye… Kami tak buat salah,” Syah turut membela diri.

“Mengikut hukum kat kampung ni, bersalah atau tidak, kalau kena tangkap ketika berdua tanpa ada ikatan yang sah, kamu mesti menikah,” Mereka menghukum tanpa memberi peluang untuk Syah dan Alia membela diri. Alia terduduk mendengar keputusan yang dibuat. Tok Man dan Nek Aton terpaksa menurut.
“Tak boleh. Saya masih belajar,” Alia membentak.
“Kalau dah salah tu, nikah je jalan penyelesaiannya. Lagipun kamu sudah akil baligh,” Alia tidak dapat menolak lagi. Syah sudah mendiamkan diri. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Keesokan harinya segala urusan tentang pernikahan mereka diurus. Mereka dinikahkan di Pejabat Majlis Islam bersaksikan keluarga terdekat sahaja. Datuk Zamri dan Pn. Hamidah sudah dihubungi dan bersetuju dengan keputusan tersebut. Bagi Syah pulak, dia tidak menolak cuma rasa kecewa sebab perkahwinannnya berlangsung dengan cara yang tergesa-gesa dan juga mengaibkan. ‘Nasib baik kahwin dengan Alia,’ Bisiknya nakal sambil melirik ke arah Alia yang sedang menangis disisinya. Walaupun sedih tapi dalam diam dia gembira juga, sebab dapat memiliki Alia. Dia tidak faham mengapa dia berperasaan begitu. Perkahwinan mereka juga dirahsiakan dari pengetahuan guru dan pelajar sekolah mereka. Syah diberi cuti selama seminggu kerana dia juga terkena jangkitan demam campak. Selama seminggu di kampung Alia, Syah semakin tertarik dengan suasana dan yang lebih penting dia berazam untuk menambat hati Alia. Namun semenjak mereka diijabkabul, Alia semakin menjauhkan diri darinya dan Syah faham mengapa. Dia juga tidak memaksa Alia untuk menerimanya.

“Alia,” Alia menoleh memandang sayu wajah mak mertuanya.
“Kamu tak apa-apa?” Soal Pn. Hamidah lembut. Alia geleng kepala. Bagaimana penerimaan sahabat-sahabatnya kelak bila mengetahui statusnya kini. Alia menangis dalam pelukan Pn. Hamidah.
“Cikgu saya takut. Tentu mereka membenci saya,” Alia menangis teresak-esak seperti anak kecil. Syah yang hendak ke ruang tamu, menghentikan langkahnya sambil memasang telinga tentang apa yang di bincangkan oleh mamanya bersama Alia.

“Jangan susah hati. Hal itu kita fikirkan kemudian. Yang penting, sekarang, Alia kena kuat dan tabah. Sebab hujung tahun ni nak ujian SPM. Sabar ye. Nanti mama cakap kat Syah supaya merahsiakan hubungan kamu ni,” Pn.Hamidah mengusap rambut Alia. kasihan dengan apa yang menimpa anak murid dan anaknya itu.
“Syah mari sini,” Syah menghampiri ibunya dan duduk di hadapan Alia.
“Mama harap kamu pandai-pandailah simpan rahsia ni. Kasihan kat Alia. Dia belum bersedia dan masih terkejut dengan apa yang menimpa kamu berdua.” Syah hanya mengangguk kepala. Dia kasihan melihat Alia berwajah sugul dan asyik menangis semenjak mereka bernikah. Tapi dia harus berlagak seolah-olah dia juga tidak suka akan perkahwinan mengejut itu.

“Awak ni kenapa? Asyik menangis je. Rimas saya tengok,” Syah duduk di sebelah Alia setelah mamanya beredar ke dapur. Alia merenung wajah selamba itu. ‘Tidakkah dia rasa sedih dengan apa yang menimpa?’ Soal Alia dalam hati. Mereka kini tinggal di rumah Datuk Zamri yang menjadi rumah percutian mereka sekeluarga buat sementara. Alia masih mendiamkan diri, malas untuk bercakap. Syah geleng kepala.
“Dah bisu pulak,” Syah menyandar di sofa. Pn.Hamidah datang membawa buah-buahan untuk pencuci mulut.
“Syah, nampaknya kamu kena sambung mengajar lagi sebulan. Cikgu Roziah telefon minta sambung cuti dia. Anaknya kurang sihat,” Pn. Hamidah memberitahu anaknya. Syah angguk kepala tanda setuju. Lagipun cutinya masih ada 3 bulan lagi. Tiba-tiba Alia tergelak. Mereka berdua memandang ke arah Alia. Syah hairan, baru sebentar tadi dia menangis bagai nak rak, tiba-tiba boleh ketawa pulak. Alia tersenyum lagi sambil matanya masih setia memandang skrin tv. ‘Owhhh. Tengok cerita karton la pulak. Cerita kacang pulak tu. Kalau dah budak, budak jugaklah perangainya.’ Syah geleng kepala. Malas mahu mengganggu Alia yang begitu leka menonton tv. Yang penting Alia tidak menangis lagi.

*****************

“Alia, demam kau ok?” Ajay bertanya bimbang sambil membelek tangan dan pipi Alia. Alia menepis tangan Ajay. Tindakan spontannya itu mengundang rasa hairan di hati Ajay.
“Kau kenapa?” Soal Ajay pelik.
“Errrr… Aku tak nak kau kena jangkitan bila sentuh aku,” Alia berkata gugup.
“Nanti tak pasal-pasal kau cuti seminggu pulak,” Alia tersenyum.
“Selama kau bercuti, kami semua dah jadi macam ayam berak kapur. Sorang tengok sorang, boring betul,” Imah memeluk bahu Alia. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan pagi jam 10 .
“Betul ke? Entah-entah korang happy bila aku takde,” Alia berkata sinis.
“Pandailah kau,” Maziah menolak kepala Alia. Alia tersengih sambil menjilat aiskrimnya.
“Hai Alia,” Alia tersentak bila di tegur oleh seseorang. Alia memandang wajah yang menegurnya.
“Errr. Awak ni siapa?” Soalnya hairan. Pelajar tersebut tersenyum malu.
“Saya Salman. Pelajar kelas 5B,” Ucapnya tenang.
“Owh!!!” Itu saja yang mampu diucapnya. Malas mahu melayan orang kerana saat ini fikirannya bercelaru mengenangkan masalah hidupnya. Salman duduk di kerusi yang kosong dihadapan Alia.
“Saya nak berkenalan dengan awak, sudi tak?” Soalnya terus. Alia bingung.
“Maaf. Saya takde masa nak fikir hal macam tu okey,” Alia terus berlalu meninggalkan Salman yang terpinga-pinga. Ajay, Imah dan Maziah tersenyum melihat Salman yang terpinga-pinga ditinggalkan oleh Alia.
“Lupakan saja niat awak tu. Alia belum bersedia lagi nak berkawan serius dengan lelaki,” Ajay menepuk bahu Salman. Imah dan Maziah angguk kepala dan berlalu.
“Saya takkan mengalah,” Salman berkata tegas. Mereka bertiga geleng kepala.
“Sara, kau kenapa?” Soal Alia hairan. Semenjak beberapa minggu yang lalu, Sara bersikap dingin dengannya.
“Takde apa-apa.” Sara menjawab ringkas dan berlalu.
“Tunggu Sara. Kau ada masalah? Kenapa asyik nak jauhkan diri dari aku?” Alia menggenggam erat tangan Sara. Sara menepis dengan kasar.
“Jangan sibuk hal aku boleh tak?” Sara berkata kasar dan berlalu meninggalkan Alia yang terpinga-pinga di tengkingnya.
Perhubungan mereka menjadi semakin hambar. Alia juga menjadi seorang yang pendiam dan kadangkala dia akan mengelakkan diri bila Sara berada bersama rakan-rakan yang lain. Puas di pujuk, namun mereka masih tidak mahu berdamai.

“Alia, kenapa ni? Apa masalah kau dengan Sara tu?” Maziah bertanya sedih. Alia geleng kepala.
“Entah. Aku tak tahu. Dia tak nak bercakap dengan aku. Kalau kau nak tahu kenapa, kau tanya dia, dia mungkin ada jawapannya,” Alia berkata perlahan. Sedang masalahnya tiada siapa yang mampu menolong, di tambah pula dengan perangai Sara yang bermasam muka dengannya. Salman juga masih tidak berputus asa mengorat Alia sehingga menimbulkan rasa kurang senang dihati Syah bila heboh satu sekolah Salman cuba mengorat Alia. Semuanya gara-gara Salman yang menghebohkan kepada rakan-rakannya yang dia sedang bercinta dengan Alia.

No comments:

Post a Comment