klik untuk ke blog di alam angker

Monday, January 11, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 21

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Mira, kau jangan nak tipu aku. Kau memang nak elakan diri dari Akmal. Betulkan?” Zuriana tarik tangan Mira. Selepas makan tengahari tadi, Zuriana mengekori Mira ke belakang asrama. Dan dia ternampak Mira menangis.

“Errrrr...Aku...mana ada.” Mira menjawab gugup. Zuriana tarik bahu Mira supaya mengadapnya.

“Ye? Habis tu, kenapa kau menangis?” Zuriana masih tidak puas hati dengan penjelasan sahabatnya itu.

“Aku....Aku...” Mira tidak tahu alasan apa lagi hendak diberikan pada Zuriana. Mira mengeluh.

“Kalau kau ada masalah, cakap pada aku. Kenapa semenjak Akmal dan Zainal datang ke sekolah ni, kau seperti merahsiakan sesuatu dari aku.” Zuriana dan Mira duduk memandang keluar pagar asrama. Pagar yang memisahkan mereka dengan dunia luar. Ladang kelapa sawit yang semakin meluas itu memberi pemandangan yang indah. Sekolah mereka masih jauh dari pusat bandar dan berhampiran dengan kawasan projek penanaman kelapa sawit. Oleh sebab itu, dibelakang asrama penuh dengan pokok kelapa sawit.

“Kalau kau nak tahu, aku pernah sesuatu yang aku tak dapat nak terima.” Tiba-tiba Mira bersuara perlahan. Zuriana menanti dengan sabar.

“Akmal. Aku pernah dengar dia....” Mira mengeluh. Mendiamkan diri seketika. Berfikir adakah patut dia menceritakan perkara tersebut pada Zuriana.

“Kenapa dengan Akmal? Apa yang kau dengar?” Zuriana bertanya lagi. Tidak sabar ingin mengetahui perkara yang membelenggu perasaan sahabatnya itu.

“Owh!!!! Awak dah salah faham. Saya dan Mira kawan biasa je. Lagipun saya dah ada kekasih. Dan, Mira bukan jenis gadis yang saya suka,” Akmal tersenyum. Rita turut sama tersenyum.

“Betul ke? Tapi ramai yang cakap awak berdua sedang bercinta? Yang mana satu saya nak percaya?” Rita bertanya lembut sambil tersenyum menggoda.

“Betul. Saya hanya cintakan seorang je buat masa ni.” Akmal menjawab yakin. Rita tersenyum dan menjeling sekilas ke arah Mira yang sedang mencuri dengar perbualan mereka dan Akmal langsung tidak menyedari kehadiran Mira.

“Jadi, mata kau bengkak hari tu, disebabkan perkara tu?” Mira angguk kepala.

“Kenapa tak cakap kat aku. Kau ni,kan. Apa gunanya kita berkawan baik, kalau kau tak ceritakan masalah kau pada aku.” Zuriana membentak keras. Mira mengesat airmatanya. Sudah hampir sebulan berlalu dan dia terus menyimpan rahsia tersebut. Musim sekolah tinggal dua bulan lagi.

“Aku tak mahu kau gaduh dengan mereka.” Mira berkata dalam sedunya.

“Bodoh!!!! Buat apa aku nak bergaduh dengan dia? Buang masa. Itu antara kau dan dia. Aku tak mahu masuk campur. Tapi, sekurang-kurangnya, kau bagi tahu aku. Supaya aku dapat tolong kau berhadapan dengan dia,” Mereka sama-sama mendiamkan diri.

“Tapi, aku rasa. Dia tak bermaksud begitu. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri mengapa dia cakap macam tu pada Rita.” Zuriana tiba-tiba bersuara. Mira geleng kepala.

“Aku tahu. Itu memang niat dia,” Mira mengesat airmata kemudian menghembus nafas perlahan.

“Takpe Zu. Aku boleh atasi masalah ni. Perkara kecil je,” Mira tersenyum. Zuriana geleng kepala.

“Sekarang aku tengok kau semakin rapat dengan Mazlan. Ada apa-apa cerita yang aku tak tahu ke?” Zuriana cuba merisik rahsia sahabatnya. Mira tolak kepala Zuriana yang tersenyum mengusiknya.

“Kau ingat senang nak lupakan secret admire aku tu? Aku dan Mazlan kawan jelah,” Zuriana angguk kepala.

“Kalau kau bercinta dengan dia, tak ada salahnya. Lagipun, secret admire kau tu, dah berpaling tadah.” Zuriana berkata perlahan.

“Malaslah aku nak bercinta. Macam sakit je. Betulkan? Baru syok kat orang je dah rasa sakit bila kena tipu. Belum lagi bercinta. Aku rasa, makin parah hati aku ni.” Mira geleng kepala.

“Entah. Yang menyakitkan itu, semua orang berebut nak dapatkan. Tapi, labih menyakitkan bila dikhianati.” Zuriana merenung jauh ke hadapan.

“Tapi, aku tak juga serik-serik. Masih juga ingin bercinta dan dicintai. Kehadiran dia buat aku rasa bersemangat hendak bercinta semula,” Mira menoleh merenung wajah Zuriana yang bercahaya sekali.

“Aih!!! Lain macam je aku dengar. Siapa yang kau maksudkan?” Zuriana tutup mulut.

“Uppsss. Apa yang lain?” Zuriana cuba mengelak. Mira merenung tajam wajah pucat Zuriana.

“Cakap. Kau sukakan seseorang ye? Siapa lelaki bertuah itu? Aku ingin melihat kehebatan dia sehingga hati kau terbuka lagi hendak bercinta ni?” Zuriana cuba melepaskan diri dari dipaksa oleh Mira.

“Tak boleh lari dulu. Owhhhh. Kau ada rahsia tapi tak bagi tahu aku ye?” Mira menarik tangan Zuriana.

“Yelah...Yelah.... Aku cerita kat kau.” Zuriana duduk kembali.

“Aku tak tahu sejak bila. Tapi semenjak mengenali dia dalam beberapa bulan ni, aku rasa sesuatu. Daya penarik yang sangat kuat,” Zuriana bercerita dengan mata yang bersinar-sinar. Mira hairan melihat wajah Zuriana yang berseri-seri itu.

“Kalau aku tak silap, lelaki tu, aku kenal kan?” Zuriana tertunduk malu.

“Zainal.” Zuriana tersipu malu. Mira tergelak.

“Kan aku dah kata. Aku memang kenal dia. Tapi, untuk pengetahuan Cik Zuriana, aku memang dah lama perasan tentang kau dan dia. Cuma nak dengar dari mulut kau sendiri. Dah bercinta secara rasmi atau masih dalam diam ni?” Mira memeluk bahu sahabatnya. Zuriana mengeluh.

“Itulah masalahnya. Nampaknya, kita berdua ni senasib. Tapi takpe. Asalkan aku selalu berada dekat dengannya. Itu sudah mencukupi. Aku bimbang, jika aku meluahkan perasaan aku padanya, dan jika dia menolak. Aku juga yang malu sendiri. Dan yang paling aku takuti, dia menjauhkan diri dari aku. Semakin meranalah aku dibuatnya,” Zuriana berkata perlahan. Baginya, yang penting adalah menjadi sahabat kepada lelaki yang dia cinta dan dengan cara itu, dia dapat bersama. Mereka sama-sama mendiamkan diri. Berfikir akan nasib yang mereka lalui.

“Cuti sekolah ni, kau nak ke mana? Ada planing nak pergi ke mana-mana tak?” Mira bertanya pada Zuriana yang masih leka dengan dunianya.

“Aku? Tak pasti lagi. Mama aku cakap mungkin kami pergi ke Singapore.” Mira angguk kepala.

“Aku mungkin balik ke kampung. Aku ada dengar, mama aku cakap nak uruskan tanah dia kat kampung tu.” Mira menguis batu yang berada dihadapannya.

“Mira, nasib baik penceroboh hari tu tak masuk ke bilik kita,kan?” Zuriana tiba-tiba berpeluk tubuh.

“Eiiiiii. Kenapa kau ungkit lagi kisah tu? Berdiri bulu roma aku dibuatnya.” Mira turut sama berpeluk tubuh. Beberapa minggu lepas, asrama pelajar perempuan diceroboh oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan berbadan tegap. Lelaki tersebut cuba membuka pintu bilik pelajar yang berdekatan dengan tangga. Dan nasib baik, ada seorang pelajar perempuan yang agak berani dan memukul dinding bilik dan meminta pertolongan. Jika tidak, pasti ada perkara buruk yang berlaku. Kerana kejadian itu, selama dua malam berturut-turut pelajar perempuan mengalami hesteria.

“Nasib baik dia tak panjat dari pintu belakang. Sudahlah, pintu bilik belakang tu, aku lupa nak kunci.” Mira mengucap syukur kerana tiada perkara buruk yang menimpa mereka semua. Dan penceroboh tersebut tidak sempat melakukan apa-apa.

“Tuhan memang nak tolong kita,” Zuriana tersenyum. Apa yang mereka kesalkan, penceroboh berkenaan masih belum dijumpai. Dan ada yang beranggapan, penceroboh itu adalah pekerja ladang kelapa sawit dibelakang asrama mereka.

“Masuk lagi. Seram je aku tengok ladang kelapa sawit tu. Macam ada orang yang perhatikan kita,” Mira berdiri dan berlari ke bilik. Begitu juga Zuriana.





No comments:

Post a Comment