klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, January 6, 2010

ALiA
bahagian 14


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Hoi budak!!!! Kalau aku kata aku tak suka kau, jangan mimpi kau nak jadi kekasih aku. Sekali lagi kau hantar bunga ke, coklat ke, aku bagi kau sebiji,” Alia menumbuk pipi Salman. Ketika itu semua pelajar kelas 5B sedang bersedia untuk memulakan pelajaran pada pagi itu. Salman jatuh terduduk.
“Dan kau Sara, kalau kerana Salman tu, kita bergaduh, bermasam muka, aku pun malas nak berbaik dengan kau.” Alia berlalu meninggalkan kelas 5B dan berlari ke tandas. Ajay dan Ariy mengejar dari belakang. Begitu juga dengan Ros dan Imah. Maziah, Hafiz dan Fizan menghampiri Sara. Sara menangis.
“Sudahlah Sara. Memang bukan salah Alia, Salman yang syok sendiri. Semua tu tak benar,” Maziah memujuk Sara. Dan kejadian itu menjadi buah mulut pelajar dan sampai ke telinga pengetua. Alia dan Salman di panggil ke bilik guru.
“Alia, Salman. Apa semua ni? Kenapa sampai bergaduh?” Soal Cikgu Sahri, guru disiplin. Alia memandang wajah tenang Pn.Hamidah.
“Dia yang ganggu saya dulu, cikgu. Hantar bungalah, hantar coklatlah, hantar macam-macam. Lepas tu, dia cakap kat Sara yang saya ni tergila-gilakan dia. Sara pun salahkan saya dan membenci saya,” Alia berkata sayu. Salman mendiamkan diri. Memang salahnya, setelah tahu yang Sara meminatinya, dia ingin membalas dendam untuk memisahkan Sara dan Alia. Semuanya gara-gara Alia yang terang-terangan menolak cintanya.
“Salman, kamu ke sekolah ni, sebab nak belajar, kan? Sekarang bukan masa untuk berkasih-kasihan. Sekaranglah masa untuk kamu belajar, bila dah berjaya, dapat kerja yang elok, baru fikir tentang cinta. Masa tu nanti, kamu akan jumpa lebih ramai lagi gadis cantik kat luar sana kelak,” Cikgu Sahri memberi nasihat. Salman tunduk merenung lantai. Alia cuba menenangkan hatinya. Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saja dia memukul Salman secukupnya.
“SPM tinggal 4 bulan lagi. Bila lagi kamu nak mula belajar?” Soal Pn.Hamidah agak marah. Salman dan Alia tunduk memandang lantai.
“Baiklah. Saya maafkan kamu berdua kali ini. Sekarang balik ke kelas kamu.” Alia dan Salman beredar meninggalkan bilik pengetua.
“Alia, tunggu dulu,” Alia menghentikan langkahnya apabila di panggil oleh Pn.Hamidah. “Salman, awak balik ke kelas awak. Jangan buat perkara yang sia-sia lagi.” Pesannya. Salman angguk kepala dan beredar.
“Petang nanti datang ke rumah sekejap. Ada barang yang saya nak bagi pada kamu,” Pn.Hamidah menyuruh Alia duduk . Cikgu Sahri sudah beredar menginggalkan mereka berdua sahaja.
“Betul apa yang terjadi tadi tu?” Soalnya lembut.
“Ye. Dia sakit hati bila saya tolak cinta dia. Lepas tu, saya bagi tau dia yang Sara meminatinya. Saya rasa dia yang menyebabkan Sara benci pada saya.” Alia menjawab tenang. Lega setelah meluahkan apa yang tersimpan semenjak beberapa minggu yang lalu.
“Awak kena terangkan pada Syah. Dia dah marah-marah semenjak heboh kat sekolah ni kamu sedang bercinta,” Pn.Hamidah tersenyum melihat menantunya itu. Alia terkejut mendengar kata-kata dari mulut Pn.Hamidah.
“Marah?” Soal Alia pelik. ‘Budak ni. Itu pun dia tak tahu. Kasihan pulak aku tengok,’ Pn.Hamidah geleng kepala melihat Alia menggigit jarinya sambil berfikir.
“Kenapa pulak dia nak marah,Cikgu?” Soal Alia lagi. Pn.Hamidah menepuk dahinya kemudian menggeleng kepala.
“Tanya dia sendiri. Awak boleh masuk kelas. Berbaiklah dengan Sara tu. Kasihan mereka yang lain, serba salah mereka kerana kamu berdua.” Alia angguk kepala.
Sepanjang perjalanan ke kelas, Alia masih memikirkan kenapa Syah marah-marah sehingga tanpa sedar dia terlanggar seseorang ketika hendak menaiki tangga. Alia mendongak memandang orang yang sedang memeluknya.
“Errrr. Cikgu,” Alia menolak tubuh lelaki yang memeluknya itu. Alia memandang sekeliling. ‘Nasib baik takde orang lain,’ Alia mengurut dadanya kemudian berlari pantas ke kelasnya.
“Pantasnya dia berlari. Tak sempat aku nak cakap apa-apa,” Syah bercakap sendirian. Loceng sudah berbunyi menandakan pertukaran mata pelajaran. Syah berjalan pantas untuk masuk ke kelas sebelum kelasnya bertukar menjadi pasar sayur.
“Selamat pagi, cikgu,” Semua pelajar mengucap selamat padanya.
“Pagi,” Syah menjawab perlahan. Matanya memandang wajah Alia yang muram dan lesu. Timbul rasa belas dihatinya mengenangkan pelbagai perkara menimpa Alia semenjak dia mengajar di sekolah tersebut. Kini tinggal dua minggu lagi dia menjadi guru sandaran di sekolah tersebut.
“Kerja rumah yang saya bagi kelmarin sudah siap?” Soalnya pada anak-anak muridnya. “Letak atas meja, saya nak tengok,” Semua pelajar meletak buku latihan mereka di atas meja. Syah menyemak satu persatu buku latihan pelajarnya.
“Siapa yang ajar kamu buat ni?” Soal Syah marah. Hafiz tersengih menatap wajah garang cikgunya.
“Hari ni tak meniru lagi?” Soal Syah perlahan sambil matanya melirik ke arah Alia.
“Tak berani nak meniru lagi cikgu. Alia dah bertukar jadi monster.” Jawabnya sambil di sambut oleh gelak ketawa pelajar yang lain.
“Pandai pun. Ni tidak, asyik nak meniru je.” Syah tersenyum melihat Hafiz tersenyum bangga bila di puji.
“Buku awak mana?” Soal Syah marah. Semua mata memandang wajah Alia yang selamba dan wajah Syah yang bengang.
“Lupa,” Jawabnya sepatah.
“Berdiri kat luar,” Alia bergerak perlahan menuju ke luar kelas dengan wajah selamba. Di luar Alia menyanyi kecil, sekejap berdiri, sekejap duduk.
“Alia, masuk.” Suara Syah memecah kesunyian. Dengan langkah malas, Alia masuk semula ke dalam kelas dan duduk di kerusinya. Beberapa minit kemudian loceng berbunyi.
“Kerja rumah yang saya beri tu, jangan lupa dibuat. Alia, saya nak kamu siapkan kerja yang saya bagi tu, esok saya nak tengok. Dan, habis waktu kelas nanti, saya nak awak cuci tandas guru,” Syah mengingatkan pelajarnya sebelum beredar.
“Apa? Tadi dah kena hukum berdiri kat luar. Ada lagi hukuman rupanya?” Alia berkata kasar. Syah hanya angkat bahu dan berlalu meninggalkan Alia yang tidak puas hati. Hubungan mereka semakin tegang.

Alia mencuci tandas guru dengan tekun sekali sambil menyanyi kecil.
“Alia, apa kamu buat ni? Habis basah kasut saya,” Alia mendongak bila mendengar seseorang memarahinya. Glup!!!!! ‘Harimau versi monyet,’ Alia garu dahi yang tidak gatal.
“Errrr. Sorry cikgu. Tak sengaja.” Jawabnya gugup. Namun dalam hati, Alia ketawa puas-puas. ‘Padan muka. Itu balasan sebab buli orang yang tidak bersalah.’ Alia tersenyum.
“Apa kamu buat kat tandas guru lelaki ni?” Syah memarahi Alia.
“La… cikgu yang suruh saya cuci tandas tadi.” Alia menjawab keras. ‘Takkan dah lupa. Sayang muka hensem tapi pelupa,’ Alia berbisik sendirian.
“Saya tak suruh kamu cuci tandas guru lelaki. Tu tandas guru perempuan yang patut kamu cuci,” Syah menunding jari ke tandas guru perempuan.
“Saya dah cuci pun. Tadi cikgu tak cakap pun cuci tandas guru perempuan saja. Cikgu suruh cuci tandas guru saja. Saya ikut je,” Alia angkat bahu. Syah geleng kepala.
“Sudah. Balik lagi. Pening kepala saya ni. Suka sangat menjawab.” Syah menyentuh kepala Alia. Alia menepis tangan Syah yang sedang membelai rambutnya. Bimbang ada mata yang memandang. Nanti kena tangkap basah kat sekolah pula. Alia segera beredar meninggalkan Syah yang tergamam bila tangannya di tepis kasar.

No comments:

Post a Comment