klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, January 20, 2010

ALiA
bahagian 17


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"


“Alia!!!!” Alia berlari meninggalkan Sara yang sedang memanggilnya. Sara mengejar Alia dan diikuti oleh mereka yang lain.

“Alia tunggu dulu. Maafkan aku.” Sara menarik tangan Alia. Ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke asrama selepas selesai kegiatan gerko pada petang tersebut. Alia menghentikan langkahnya.

“Maafkan aku. Ini semua salah aku. Aku… aku sakit hati bukan kerana Salman bercinta dengan kau. Aku sakit hati sebab kau bagi tau dia yang aku suka kat dia. Aku tak kisah pun kalau kau nak bercinta dengannya,” Sara berkata sedih.

“Kau gila ke? Kau kenal aku sejak bila? Dan aku bercinta dengan dia? Tolonglah Sara. Banyak lagi perkara lain yang aku nak buat dari fikir tentang budak tu. Dan aku hanya nak tolong kau, aku nak sedarkan budak tu, bahawa ada orang lain yang suka kat dia. Aku tak nak dia membazir masa dengan perkara yang sia-sia,” Alia berkata marah. Mereka yang lain mendiamkan diri. Membiarkan Alia dan Sara meluahkan apa yang tersimpan di hati mereka.

“Ok. aku minta maaf ye. Maafkanlah aku.” Sara buat muka sedih sambil kedua-dua tangannya memeluk tangan Alia. Alia merenung wajah Sara.

“Belanja aku makan coklat. Budak tu punya pasal, aku terliur setiap kali tengok coklat yang dia beri. Tapi, Ros jugak yang kenyang,” Mereka tergelak riang. Sara dan Alia saling berpelukan.

“Rugi aku tak tumbuk si Salman tu sekali. Kerana dia kita berdua bergaduh. Bagi free pun aku tak nak kat budak tu. Merosakkan suasana je,” Mereka tersenyum mendengar Sara mengutuk Salman.

Petang yang dingin kerana hujan baru saja teduh. “Sara, temankan aku pergi rumah pengetua,” Alia merenung Sara yang leka membaca novel.

“Eiii. Malas, lah. Kau ajak Ros tu,” Sara muncung mulut ke arah Ros. Alia memandang wajah Ros dengan riak sedih.

“Laaa… Aku nak gunting rambut Maziah ni. Kau ajak si Imah tu, dia free. Imah, kau temankan Alia ke rumah pengetua kejap. Kasian dia ni,” Ros menyuruh Imah menemani Alia sambil tangannya mengusap bahu Alia. Alia menepis tangan Ros yang berada dilehernya.

“Eiiii. Geli lah.” Ros tersengih.

“Aku tak nak temankan kau. Aku nak berehat ni. Ala… macam tak biasa ke rumah pengetua tu, dulu kau kan selalu ke situ?” Imah menjawab selamba.

“Ok. Jangan menyesal. Kalau pengetua bagi aku makanan sedap, aku tak mahu bagi korang,” Alia berkata sombong sambil berlalu.

“Ala… Katakan saja yang kau takut terserempak dengan Cikgu Syah. Kalau kau jumpa Cikgu Syah, bagi tau dia, kami kirim salam,” Mereka berempat ketawa riang. Alia berdengus marah. Kawan-kawannya itu, bukan mahu menolong, semakin menyakitkan hatinya saja. ‘Bagaimana reaksi mereka kalau tahu aku dah kahwin dengan Cikgu Syah tu?’ Alia gerun memikirkan apa yang bakal terjadi. Tentu mereka menjauhkan diri darinya. Bukankah orang yang ditangkap berkhalwat akan dipandang serong. Alia mengeluh mengenang nasib diri. ‘Kenapa aku diuji dengan ujian yang berat ini?’ Soalnya pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment