klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, January 28, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 28

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




Mira memandang sekeliling kedai makan tersebut. Akmal berjanji hendak berjumpa dengannya di kedai tersebut. Setelah hampir 6 bulan Akmal menyepikan diri. Mira terkejut bila mendapat panggilan telefon dari Akmal. Sungguh dia tidak menyangka Akmal hendak berjumpa dengannya. Mira hampir melompat dan menjerit kesukaan bila mendengar suara perlahan Akmal. Apa yang pasti, cintanya pada lelaki itu masih kuat, walau berkali-kali cuba dinafikan.

“Assalammualaikum.” Mira menoleh ke arah lelaki yang memberi salam tersebut.

“Waalaikumsalam.” Mira menjawab perlahan. Dia berdiri dan membalas renungan mata lelaki tersebut.

“Awak apa khabar?” Mira masih mendiamkan diri.

“Awak. Awak dengar tak?” Akmal melambai tangan di hadapan muka Mira. Namun Mira masih setia merenung wajahnya sehingga menimbulkan riak hairan pengunjung yang lain.

“Mira,” Akmal tepuk bahu Mira perlahan. Mira tersentak dan tertunduk malu.

“Maaf.” Mira terus duduk tanpa memandang wajah Akmal yang tersenyum melihat kegugupannya.

“Dah lama sampai?” Akmal memulakan bicara.

“Baru jugak.” Mira menjawab perlahan. Akmal angguk kepala.

“Kita makan dulu. Lepas ni kita jalan-jalan. Ada perkara yang hendak saya bagitau awak,” Akmal tersenyum. Mira kerutkan dahi. ‘Perkara apa ye? Adakah dia akan luahkan perasaan dia pada aku?’ Mira berbisik sendirian. Kemudian dia tersenyum dalam hati. ‘Perasan.’ Mira kutuk diri sendiri.

“Masa last kita exam hari tu, saya dengar awak pengsan dan di hantar ke hospital. Awak tak apa-apa ke?” Sudah lama Mira ingin mengetahui perkara tersebut. Akmal tersenyum.

“Ye. Saya tak apa-apa. Cuma keletihan sebab tak cukup rehat. Sebelum tu, Tahniah!!! Awak dah jadi pelajar U sekarang,” Mira tersenyum halus.

“Terima kasih. Awak pulak. Saya langsung tak dengar cerita tentang awak,” Mira menghirup Ice Lemon Tea yang dipesannya sebentar tadi.

“Saya belum dapat tawaran lagi. Tak tahu nak masuk ke mana. Mak suruh belajar kat sini je, tapi ayah suruh sambung belajar kat luar negeri.” Mira angguk kepala.

“Mana-mana pun okey. Yang penting niat kita nak belajar.” Akmal angguk kepala mendengar kata-kata dari bibir comel itu. Akmal terus merenung wajah gadis yang terlalu dirinduinya. Mereka menjamu selera dalam suasana sunyi. Sesekali mereka berbalas senyum. Masing-masing mengambil peluang tersebut untuk menikmati saat-saat yang mereka tunggu selama ini.

“Zainal apa khabar?” Mira bertanya khabar berita sahabatnya itu. Semenjak tamat sekolah, dia jarang berhubung dengan Zuriana. memandangkan dia dan Zuriana berlainan Universiti membuatkan hubungan mereka agak renggang.

“Zainal sihat. Zuriana pun okey. Kadangkala kami bertiga pernah jugak keluar bersama. Tapi tak seronok keluar dengan mereka berdua tu, maklumlah orang bercinta, terasa pulak yang kita ni kacau daun,” Akmal tersenyum kecil. Mira geleng kepala.

“Iye ke?” Mira bertanya sinis. Rasa tidak percaya Zuriana dan Zainal tidak menyenangi kehadiran orang lain.

“Takdelah. Kami tetap sama macam dulu jugak. Kadangkala mereka berdua tu, tak mcam orang bercinta, nampak macam orang berkawan rapat.” Mira angguk kepala mendengar kata-kata dari mulut Akmal.

“Awak, errr....awak pernah dengar tentang Rita?” Mira pandang wajah selamba Akmal.

“Kenapa dengan dia?” Akmal bertanya hairan.

“Dulu, awak dan Rita....itukan...errr..” Akmal menanti dengan sabar ayat seterusnya. Tetapi hampa.

“Maksud awak, saya dan Rita bercinta?” Mira angguk kepala. Akmal tergelak besar. Beberapa mata pengunjung memandang hairan kearah mereka. Mira tertunduk malu bila perasaan akan pandangan mata dari pengunjung lain.

“Awak ni, perlahanlah sikit,” Mira berdengus.

“Sebenarnya, saya dan Rita tak pernah ada hubungan lebih dari seorang kawan. Sebenarnya, Azlan yang merancang supaya saya berkawan rapat dengan Rita. Kami bertiga sengaja hendak menguji awak.” Akmal tersenyum penuh rahsia.

“Menguji saya? tentang apa?” Mira kerutkan dahi. Tidak faham maksud tersirat.

“Adalah perkara yang ...nanti kita cerita lagi. Makan dulu.” Mira jungkit bahu.

“Rita dan Azlan memang dah lama bercinta. Tapi mereka tak nak bising-bising. Takut heboh satu sekolah, nanti kena tangkap oleh cikgu pulak. Kena hukum lagi,” Mira tergelak.

“Yelah tu. Kenapa nak rahsiakan dari saya?” Mira hairan. Akmal terus tersenyum.

“Rahsia,” Akmal tersenyum lagi. Mira kerutkan dahi. Tidak puas hati. Akmal batuk beberapa kali sehingga menimbulkan rasa hairan di hati Mira.

“Awak tak apa-apa? Kenapa muka awak pucat?” Akmal meraba pipinya.

“Yeke? Ni mesti sebab terkena hujan semalam. Masa main bola petang semalam, kena hujan. Pagi tadi rasa berat sangat hendak bangun, tapi bila memikirkan saya dah janji nak jumpa awak, saya gagahkan jua. Saya mesti jumpa awak hari ni. Sebab itulah, saya tak kisah sekalipun saya sakit teruk,” Mira geleng kepala.

“Lain kali, kalau tak sihat tak payah pergi. Lain kali boleh jumpa lagi.” Mira membebel.

“Saya takut takde lain kali. Takut tak sempat,” Akmal bersuara perlahan. Wajahnya berubah muram.

“Apa pulak tak sempat. Kalau hari ni tak sempat, esok masih ada lagi. Kalau tak sempat jugak esok, hari berikutnya pun masih ada.” Akmal terus merenung Mira yang leka bercakap.

“Saya rindu nak tengok awak membebel,” Akmal tersenyum senang. Mira muncung mulutnya.

“Ada-ada je.” Mira menjeling tajam ke arah Akmal. Akmal tersenyum dan geleng kepala.

No comments:

Post a Comment