klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, January 5, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 18

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Akmal mana Nal?” Zuriana bertanya sambil matanya meliar mencari kelibat Akmal. Mira mendiamkan diri. Walau keinginan untuk menatap wajah Akmal semakin membuak-buak, tetapi dia berusaha menyembungikannya.

“Entah. Mungkin bersama Rita.” Wajah Mira berubah. Zainal melirik ke arah Mira kemudian tersenyum.

“Iye? Kenapa dia nak jalan sama dengan Rita? Mereka berdua tu, ada apa-apa ke?” Zuriana tayang muka tak puas hati. Zainal dan Azlan geleng kepala.

“Lupa pulak aku nak tanya dia. Yang kau sibuk pasal dia tu, kenapa?” Zainal bertanya sinis. Zuriana menoleh ke arah Mira. Mira hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanannya.

“Mira, kau tak apa-apa? Kenapa senyap je?” Azlan bertanya perlahan sambil berjalan disisi Mira.

“Kenapa dengan aku? Nampak macam tak sihat ke?” Mira tersenyum. Dan yang pasti senyumannya itu nampak hambar.

“Petang ni kita buat study group, nak tak?” Mira angguk kepala.

“Okey.” Azlan membiarkan Mira bersendirian. Zainal geleng kepala. Melihat wajah muram Mira, Zainal membuat kesimpulan bahawa gadis itu mempunyai masalah. ‘Mungkin dia cemburu bila dengar tentang Akmal dan Rita,’ Zainal tersenyum.

“Apahal senyum sorang diri ni? Tak nak kongsi dengan aku?” Zainal tersentak bila di tegur oleh Akmal yang tiba-tiba berada disisinya.

“Mana kau pergi tadi?” Akmal tersengih.

“Aku sakit perut. Pergi tandas sekejap. Balik ke bilik, tengok korang dah tak ada.” Akmal membetulkan tali pinggangnya.

“Ada jumpa Mira tak?” Akmal bertanya sambil matanya meliar mencari Mira.

“Tadi ada. Tak tahu pulak dia pergi mana,” Zainal berkata perlahan. Tangannya asyik bermain dengan sebatang pen. Beberapa minit kemudian, Zainal menyiku pinggang Akmal.

“Apa hal ni? Sakitlah,” Akmal menahan pinggangnya yang disiku oleh Zainal sebentar tadi. Mata Zainal mengarah ke luar kelas. Akmal turut sama memandang keluar kelas. Wajahnya berubah.

No comments:

Post a Comment