klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, January 26, 2010

ALiA
bahagian 18


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

“Assalammualaikum,” Alia memberi salam. Kedengaran suara tua menyahut salamnya. Alia masuk ke rumah tersebut dengan bacaan Bismillah.

“Sunyinya. Atok, Cikgu Hamidah mana?” Soalnya lembut setelah berjabat tangan dengan atoknya.

“Kat dapur tu,” Datuk Zamri menunding jari ke dapur.

“Kenapa panggil cikgu lagi, panggil mama. Baru mesra,” Usik Datuk Zamri.

“Belum biasa Tok,” Alia tersipu malu dan meninggalkan orang tua itu.

“Wah!!!! Banyaknya lauk,” Alia menghampiri ibu mertuanya yang sedang mencuci ayam yang telah di potong.

“Malam ni, Alia makan kat sini je. Banyak lauk ni,” Pn.Hamidah mempelawa. ‘Kalau aku makan kat sini, nanti mereka marahkan aku. Tapi, tadi aku dah ajak mereka datang, tapi mereka menolak, ahhh. Biarlah, siapa suruh tak mahu temankan aku tadi,’ Alia segera membantu Pn.Hamidah memasak. Mereka seperti ibu dan anak saling membantu dan sekali sekala bergelak ketawa bercerita apasaja.

“Seronok juga bila memasak bersama-sama. Biasanya, Alia buat sorang je kat rumah. Nenek kadangkala je tolong Alia kat dapur. Itu pun dia hanya bagi tau cara dan petua saja.” Alia bercerita tanpa dipinta.

“Yelah. Mama pun macam kamu jugak. Selalu buat kerja sorang-sorang kat dapur ni.” Pn.Hamidah sengaja membahasakan dirinya mama di depan Alia. Dia mahu Alia sentiasa ingat akan statusnya kini. Alia tunduk memandang lantai bila teringat yang dia kini sedang bersama keluarga mertuanya.

“Janganlah bersedih. Mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu, dan Allah telah aturkan untuk kita. Lagipun, kahwin muda ni, ada baiknya, bagi mengelakkan gejala buruk. Mama lega kerana Alia yang jadi menantu mama. Sebab mama kenal Alia sejak berpindah ke sini dan mama sukakan ALia.” Pn.Hamidah menenangkan perasaan Alia. Walauapapun yang terjadi dia tetap menerima Alia malah amat senang sekali Alia menjadi menantunya.

“Tapi saya takut kalau rakan yang lain tahu, tentu mereka menjauhkan diri dari saya. Mereka akan kata yang saya ni jahat. Buat maksiat dengan cikgu sendiri pulak tu,” Alia mengesat airmatanya.

“Kenapa Alia cakap macam tu? Kami tahu Alia dan Syah tak buat apa-apa, itu sudah cukup. Jangan terlalu tertekan, kamu akan menduduki SPM hujung tahun ni. Mama tak mahu kamu gagal hanya kerana dugaan seperti ini.” Pn.Hamidah menasihati Alia sambil mengusap rambut Alia.

“Ni kenapa tak ikat rambut?” Pn.Hamidah bertanya. Alia tersengih.

“Eh!! Lupa pulak nak ikat. Tapi, Alia tak bawa ikat rambut.” Alia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Pn.Hamidah geleng kepala.

“Dah 5.30 petang. Tolong kamu kejutkan, Syah tu. Dah petang macam ni dia tidur pulak. Hai…”

Pn.Hamidah mengeluh mengenangkan perangai anaknya yang suka tidur pada waktu petang.

“Hahhh!! Kejutkan Cikgu Syah?” Soal Alia cemas.

“Kenapa?” Soal Pn.Hamidah hairan.

“Err.. Takde apa-apa. Mana bilik dia?” Soal Alia gugup. Pn.Hamidah tersenyum. Tahu yang Alia gelabah.
“Tu. Bilik yang tertutup rapat tu.” Alia berjalan perlahan menghampiri pintu bilik Syah.

Pintu di ketuk, namun tiada suara yang menyahut. Alia garu kepala. ‘Macamana ni. Nak masuk atau tak?’ Otaknya masih berfikir tetapi, tangannya sudah menolak pintu bilik tersebut. ‘Alamak!!!! Dah masuk pulak. Macamana ni?’ Syah sedang berbaring menelentang di katil diperhati lama. Perlahan Alia melangkah kaki menghampiri katil Syah dan berkira-kira hendak mengejutkan Syah. Ketika Alia tunduk hendak menyentuh lengan Syah, lelaki tersebut menarik tangan Alia hingga menyebabkan Alia terbaring sama di atas katil tersebut. Syah tergelak halus melihat wajah pucat Alia. Alia kaku bila diperlakukan sedemikian oleh Syah.


“Kenapa?” Soal Syah lembut sambil tangannya membelai wajah lembut itu. Alia berusaha menolak tubuh Syah yang berat itu.

“Ehhh. Tepilah. Sakit tahu tak,” Alia berusaha lagi namun tetap tidak berjaya.
“Lepaslah. Cikgu, saya menjerit nanti,” Ugutnya. Namun Syah hanya tersenyum.
“Jeritlah. Biar semua orang tahu yang kita ni sudah berkahwin. Biar si Salman tu malu sendiri sebab mengorat isteri guru dia,” Syah berkata selamba. Alia menggigit bibirnya tanda geram dengan perbuatan Syah.
“Jangan buat muka macam tu, tergoda saya dibuatnya,” Syah sengaja mengusik Alia. Alia menjeling tajam wajah Syah yang jelas tersenyum bahagia.
“Tak sangka, saya kahwin dengan budak sekolah yang garang. Bertumbuk dengan budak lelaki pulak tu. Kelak, bila kita ada anak, kita ceritakan kisah lucu Alia tu pada mereka,” Syah memasang angan-angan. Alia mencebik.

“Berangan. Siapa nak jadi isteri awak? Ehhh. Lepaslah, Cikgu Hamidah dah tunggu saya kat luar tu,” Alia masih meronta cuba melepaskan diri dari lelaki yang selalu menganggu hidupnya. ‘Kenapa dengan dia ni? Kalau kat luar selalu buat aku marah, selalu nak kenakan aku. Cakap pun garang. Sekarang boleh jadi romantic dan bercakap lembut je dengan aku. Apa perasaan dia pada aku sebenarnya?’ Alia keliru.
“Apa pulak berangan. Dah kenyataan awak ni isteri saya. Alia yang harus sedar, bahawa kini awak sudah bersuami.” Syah mencubit hidung Alia.

Sedang asyik dia memikirkan perasaan Syah padanya, dia tidak sedar Syah telah mengucup dahinya dengan lembut sekali. Akibat terkejut, Alia menolak tubuh Syah sekuat hati dan berdiri jauh dari Syah. Alia menggosok dahinya yang telah di cium oleh Syah sebentar tadi dengan tangannya. Syah tersenyum lucu dan berlalu ke pintu bilik.

“Lain kali tak perlulah pukul orang, sekalipun awak tak suka dia, cakap elok-elok. Kasihan Salman tu. Kena pukul,” Syah tergelak mengenangkan pipi Salman lebam sebelah terkena tumbukan Alia.
“Siapa suruh dia gatal sangat, orang nak belajar dia asyik mengganggu je. Cikgu pun, kalau cikgu buat apa-apa kat saya, saya tak takut nak pukul cikgu tau,” Alia membela diri. Syah tergelak kemudian bersuara lembut.

“Sebelum terlupa. Nah. Ini untuk perbelanjaan Alia. Sekarang Alia sudah menjadi tanggungjawab saya. Kalau ada apa-apa yang Alia perlukan, jangan malu dan segan nak bagi tahu. Saya dah cakap kat abah dan abang-abang Alia, semua perbelanjaan Alia saya yang akan tanggung,” Alia masih mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut diucap tetapi dia tetap menyambut duit yang di hulur oleh Syah.
“Selebihnya, saya akan masukkan ke akaun Alia,” Alia angguk kepala dan dengan berat hati dia mengucapkan terima kasih. Syah tersenyum lebar.

“Errrrrr…Cikgu, masa kat bilik pengetua tadi, Cikgu Hamidah cakap, cikgu marah kat saya? Kenapa cikgu marah?” Alia baru teringat perkara yang mengganggu fikirannya semenjak dari balik sekolah tadi.
“Marah? Bila masa saya marah? Nak marah pasal apa pulak. Mama bohong tu.” Syah menyangkal lalu bergerak ke pintu. Dia memang marah semenjak gosip Alia dan Salman sedang bercinta tersebar di seluruh sekolah. Dia merasa lega bila mengetahui Salman hanya bertepuk sebelah tangan.

“Mari keluar. Nanti mama ingat saya buat apa-apa kat Alia. Satu minggu saya kena ceramah nanti.” Alia muncung mulutnya bila soalannya tidak dijawab.

“Tunggu sekejap. Ni apasal rambut tak diikat?” Syah bertanya dengan wajah tegang. Alia tersengih tiada alasan yang baik untuk diberi.

“Errr. Datang sini tadi rambut masih basah, getah ikat rambut pulak lupa kat asrama. Errrr…. Cikgu sendiri tu, jambang kat muka dah semakin tebal, bila lagi nak dicukur. Geli saya tengok,” Alia buat muka jijik. Syah menyentuh dagunya.

“Hensem apa,” Katanya selamba sebelum menolak pintu bilik. Malas mahu melayan kata-kata Alia. Alia mencebik sambil mengekori langkah Syah. ‘Hensem? Dah macam monyet aku tengok.’ Alia tergelak dalam hati.

“Monyet yang hensem tau. Dan juga suami awak. Ingat tu,” Syah berkata selamba. Alia tutup mulut dan berasa hairan, Syah seperti tahu apa yang sedang bermain difikirannya.
“Perasan,” Alia segera ke dapur membantu Pn.Hamidah menyediakan makan malam mereka.
“Syah dah bagi duit pada kamu tadi?” Soal Pn.Hamidah lembut sambil menyusun tapak di atas meja. Alia angguk kepala sambil tersenyum.

“Mama mahu ikatan kamu berdua kekal hingga ke akhir hayat. Jaga anak mama dengan baik ye,” Pn.Hamidah mengusap rambut Alia.

“Tapi, Alia masih budak lagi. Alia ni nakal, degil dan suka cari pasal dengan dia. Semua orang tahu yang kami tak sebulu,” Alia tunduk bermain kain tepi meja makan.

“Tak mengapa, Syah tu pun masih budak jugak. Sama-samalah kamu berdua mengatasinya.” Pn.Hamidah berkata tenang. Alia angguk kepala dengan lemah.

Sebelum balik ke asrama, Alia sempat mengambil MP3 Syah yang terletak kat atas katil lelaki tersebut.
“Cikgu, saya pinjam ni ye?” Alia buat muka simpati.

“Ehhhh. Jangan mimpi. Asyik nak dengar lagu je. Sini,” Syah merampas kembali MP3nya dari tangan Alia.
“Huhhh. Kedekut,” Ucapnya spontan. Alia terpandang telefon bimbit Syah yang terletak di atas meja ruang tamu, sementara menunggu Pn.Hamidah mengemas bekal untuk rakan-rakan di asrama, Alia membelek telefon bimbit Syah. Alia tersentak bila melihat gambar muka depan telefon bimbit tersebut adalah gambarnya.
“Gambar saya,” Alia berkata perlahan. Syah yang tersedar sesuatu segera merampas telefon dari tangan Alia.
“Gambar saya,” Alia seperti orang kena pukau.

“Kenapa Cikgu ada simpan gambar saya?” Soalnya pelik. Syah berlagak selamba dan terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam saku seluarnya.

“Cikgu,” Alia masih menarik baju Syah serta menghentak kakinya meminta penjelasan.
“Eiiii. Budak ni. Dah, balik lagi. Nanti risau pulak kawan-kawan awak kat asrama tu,” Syah menolak tubuh Alia ke pintu rumah. Datuk Zamri dan Pn.Hamidah tersenyum melihat gelagat Alia dan Syah.
“Tak aci macam ni. Cikgu ambil gambar saya tanpa kebenaran,” Alia membentak sambil kakinya melangkah meninggalkan rumah tersebut. Seketika kemudian, dia berpaling, merenung tajam Syah yang tersenyum.

*******************************

No comments:

Post a Comment