klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, January 21, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 26

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Zu, aku suka kau,” Zainal berkata perlahan. Zuriana tergamam. Tidak menyangka Zainal akan berkata begitu padanya. 



“Jangan nak buat lawak. Kau berlakon ye?” Zuriana tampar bahu Zainal. Zainal geleng kepala.

“Tak. Aku memang maksudkannya.” Zuriana merenung tajam wajah Zainal.

“Kau tahu tak apa yang kau cakapkan ni? Ini soal hati dan perasaan. Sensitif. Tahu tak?” Zuriana berkata keras.

“Tahu.” Zainal masih menanti dengan sabar. Zuriana gelisah. Dia takut sekiranya Zainal hanya mempermainkan perasaannya.




“Aku nak balik,” Zuriana berdiri.



“Jadi kau tolak cinta aku? Mana janji kau semalam?” Zuriana tersentak. Dia teringat janjinya pada Zainal.



“Zainal, aku tak suka kau permainkan aku dengan cara ni. Kalau kau nak aku berlakon jadi pelajar 
perempuan tu, cakap awal-awal,” Zuriana bercekak pinggang. Zainal turut sama berdiri.



“Aku memang sukakan kau. Pelajar yang aku maksudkan itu adalah kau, Zuriana,” Zainal berkata yakin. Zuriana pandang wajah Zainal mencari kebenaran dalam kata-katanya.



“Bukankah kau janji ingin bahagiakan aku? Aku tuntut janji tu,” Zuriana serba salah. Zainal mengeluh.



“Aku tahu, kau mungkin tak percaya. Tapi, aku dah lama sukakan kau. Dan aku tak tahan bila tengok kau dan Azlan rapat sangat. Aku takut kehilangan kau.” Zainal meluahkan perasaannya. 



“Aku dan Azlan kawan biasa je. Tak ada apa-apa yang istimewa.” Zuriana berkata perlahan. Zainal tersenyum.

“Terima aku?” Zuriana garu kepala yang tidak gatal.

“Kalau tak, kau kena ketuk kepala sendiri,” Zainal tersenyum. Zuriana tunduk malu. Kemudian dia angguk kepala.

“Bagus. Kau dah tunaikan janji kau,” Zainal ketawa besar.

“Jangan bagi tahu orang lain. Kita buat macam biasa ye. Lagipun, kita masih belajar. Okey. Kurang sikit beban kat dalam kepala ni. Selesai satu masalah,” Zainal tersenyum senang. Zuriana geleng kepala.

“Aku pun suka kau jugak,” Zuriana berkata perlahan. Zainal tergelak besar bila melihat wajah Zuriana yang merona merah itu.

“Aku tahu. Tapi kau takut nak luahkan. Takut kena tolak. Betulkan?” Zuriana menjeling tajam pada Zainal yang tersenyum. Mereka sama-sama tersenyum senang.



************************************



“Mira....errrr..macamana nak mula ye,” Zuriana garu kepala. Mira memandang wajah Zuriana tanpa perasaan.

“Kalau kau nak tanya pasal aku dan Akmal. Baik kau lupakan,” Mira kembali merenung dinding bilik mereka. Zuriana duduk disisi Mira.

“Bukan pasal Akmal. Errr...kali ni pasal aku,” Zuriana tersengih. Mira angkat kening.

“Aku dan Zainal. Errrr...dia kata dia cintakan aku. Dan..... aku dah terima dia.” Mira pandang wajah Zuriana tidak percaya. Zuriana tergelak senang.

“Kau biar betul?” Mira duduk tegak.

“Aku sendiri pun tak faham. Kenapa mudah sangat aku terima dia.” Zuriana bersandar di katil. Mira turut sama.

“Baguslah. Dia lelaki yang baik. Tapi pastikan pelajaran kau tidak terabai,” Mira mengingatkan temannya. Zuriana angguk kepala.

“InsyaAllah. Dia pun tak mahu bising. Dia nak tumpukan perhatian pada pelajaran.” Mira angguk kepala.

“Kau dah jumpa Akmal?” Mira merenung tajam wajah Zuriana. zuriana serba salah. Mira mengeluh.

“Dia semakin kurus sekarang ni. Kenapa dengan kamu berdua? Dulu okey je aku tengok. Macam loving couple. Tiba-tiba je macam orang bermusuh,” Mira mengeluh lagi.

“Entahlah Zu. Malas aku nak fikir. Dia yang ketara sangat hendak menjauhkan diri dari aku. Aku marah kat dia sebab, pandai-pandai je nak satukan aku dengan Mazlan. Kalau ye pun dia tak suka kat aku, tapi janganlah tolak aku pada orang lain. Ingat aku ni barang mainan ke? Dah jemu, kasi kat orang lain yang masih berminat?” Mira membebel.

“Aku pun tak faham dengan kamu berdua ni. Akmal pun satu, dia nampak macam suka sangat kau. Tapi kenapa pulak dia nak mengelak diri dari kau? Lagipun, kamu berdua kan kawan lama. Parut kat tangan kau tu dan jugak kat lengan Akmal sepatutnya membawa kenangan yang sukar untuk dilupakan.” Mira mengesat airmatanya.

“Ianya tak membawa makna apa-apa pada dia. Dan, dia hanya menganggap aku sebagai kawan.” Mira berkata perlahan.

“Kenapa aku nak menangis. Huhhhh!!!!! Bodoh. Menangis kerana lelaki. Apa faedahnya. Okeylah. Sebenarnya aku yang syok sendiri. Selama ni, memang dia anggap aku sebagai kawan. Aku je yang berfikir jauh. Lupakan je. Jangan risau, esok aku tegur dia balik.” Zuriana geleng kepala. Zuriana kasihan melihat temannya itu.

“Kenapa kamu berdua suka sangat nak menyeksa diri sendiri.” Mira tersenyum kelat. Sudah hampir sebulan mereka berdua tidak bertegur sapa. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Memang patut kau tegur dia. Kasihan aku tengok Akmal. Kurus sangat. Kau pun, tak pernah nak pandang dia.” Zuriana menepuk bahu Mira. Selepas cuti sekolah yang lepas, Akmal berpindah masuk ke kelas yang lain. Memandangkan subjek yang diambil tidak sama dengan mereka bertiga. Mereka hanya akan berjumpa jika mengadakan study group bersama-sama Azlan dan Zainal.

No comments:

Post a Comment