klik untuk ke blog di alam angker

Wednesday, January 13, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 22

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Itulah masalahnya. Nampaknya, kita berdua ni senasib. Tapi takpe. Asalkan aku selalu berada dekat dengannya. Itu sudah mencukupi. Aku bimbang, jika aku meluahkan perasaan aku padanya, dan jika dia menolak. Aku juga yang malu sendiri. Dan yang paling aku takuti, dia menjauhkan diri dari aku. Semakin meranalah aku dibuatnya,” Zuriana berkata perlahan. Baginya, yang penting adalah menjadi sahabat kepada lelaki yang dia cinta dan dengan cara itu, dia dapat bersama. Mereka sama-sama mendiamkan diri. Berfikir akan nasib yang mereka lalui.

“Cuti sekolah ni, kau nak ke mana? Ada planing nak pergi ke mana-mana tak?” Mira bertanya pada Zuriana yang masih leka dengan dunianya.

“Aku? Tak pasti lagi. Mama aku cakap mungkin kami pergi ke Singapore.” Mira angguk kepala.

“Aku mungkin balik ke kampung. Aku ada dengar, mama aku cakap nak uruskan tanah dia kat kampung tu.” Mira menguis batu yang berada dihadapannya.

“Mira, nasib baik penceroboh hari tu tak masuk ke bilik kita,kan?” Zuriana tiba-tiba berpeluk tubuh.

“Eiiiiii. Kenapa kau ungkit lagi kisah tu? Berdiri bulu roma aku dibuatnya.” Mira turut sama berpeluk tubuh. Beberapa minggu lepas, asrama pelajar perempuan diceroboh oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan berbadan tegap. Lelaki tersebut cuba membuka pintu bilik pelajar yang berdekatan dengan tangga. Dan nasib baik, ada seorang pelajar perempuan yang agak berani dan memukul dinding bilik dan meminta pertolongan. Jika tidak, pasti ada perkara buruk yang berlaku. Kerana kejadian itu, selama dua malam berturut-turut pelajar perempuan mengalami hesteria.

“Nasib baik dia tak panjat dari pintu belakang. Sudahlah, pintu bilik belakang tu, aku lupa nak kunci.” Mira mengucap syukur kerana tiada perkara buruk yang menimpa mereka semua. Dan penceroboh tersebut tidak sempat melakukan apa-apa.

“Tuhan memang nak tolong kita,” Zuriana tersenyum. Apa yang mereka kesalkan, penceroboh berkenaan masih belum dijumpai. Dan ada yang beranggapan, penceroboh itu adalah pekerja ladang kelapa sawit dibelakang asrama mereka.


“Masuk lagi. Seram je aku tengok ladang kelapa sawit tu. Macam ada orang yang perhatikan kita,” Mira berdiri dan berlari ke bilik. Begitu juga Zuriana.

No comments:

Post a Comment