klik untuk ke blog di alam angker

Saturday, January 9, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 20

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Zu, cepat sikit” Mira memanggil rakannya sambil menjenguk ke dalam bilik mereka. Zuriana masih membetulkan tudungnya. ‘Iskh...lambat betul budak ni. Aku tinggal nanti, baru padan muka,’ Mira berbisik sendirian. Sebenarnya dia turun awal ke sekolah adalah untuk mengelak dari bertembung dengan Akmal dan rakan-rakannya.

“Yelah, aku dah siap. Kau ni, tak pandai bersabar. Apa yang seronok sangat kat sekolah tu, sampai kau sanggup datang awal? Dulu kau tak macam ni, susah sangat nak turun ke sekolah. Kalau jam tu belum menunjukan pukul 6.45, jangan harap muka kau nak keluar dari asrama ni,” Zuriana membebel. Mira ternganga bila mendengar Zuriana membebel. Otaknya kosong.

“Kau cakap tentang apa Zu?” Mira bertanya selamba. Zuriana geleng kepala.

“Tak ada apa-apa. Malas aku nak layan kau,” Zuriana berjalan pantas meninggalkan Mira. Mira mengejar Zuriana sambil ketawa.

“Suka lah?” Zuriana menjeling tajam wajah Mira yang masih ada sisa ketawa.

“Kau membebel macam macam nenek aku.” Mira berkata perlahan. zuriana geleng kepala.

“Mira, kenapa aku tengok, sekarang ni, kau macam cuba mengelakkan diri dari Akmal? Kau dah tak minat kat dia lagi?” Zuriana bertanya perlahan. Dia menyedari kelakuan Mira, Cuma dia tidak mahu campur tangan dan menunggu Mira sendiri menceritakan masalahnya. Namun semakin di tunggu, semakin Mira merahsiakan masalahnya.

“Entah. Mungkin benar kata orang, cinta monyet mudah dilupakan,” Mira menjawab ringkas. Zuriana pandang wajah Mira. Mira tersenyum. Apa yang pasti, senyumannya itu jelas kelihatan hambar.

“Betul apa yang aku dengar ni?” Zuriana menanti jawapan dari mulut Mira.

“Ye. Betul. Aku malas nak fikirkan tentang perasaan aku tu. Lagipun, kita masih bersekolah. Sekarang masa untuk belajar.” Mira berkata tenang dan memujuk hatinya sendiri.

“Tak faham aku. Kenapa begitu mudah kau nak lupakan perasaan kau tu?” Zuriana mengeluh. Mira tersenyum.

“Hai Mira,” Mazlan menghampiri Mira sambil tersenyum manis.

“Hai. Awalnya sampai?” Mira bertanya selamba. Mazlan tersenyum.

“Kau dah lupa yang aku pengawas bertugas hari ni?” Mira tergelak.

“Maaf. Aku terlupa. Mungkin sebab aku selalu sangat datang lambat, jadi tak perasaan hari ni giliran kau yang bertugas,” Mira tersenyum lagi.

“Ye. Siapalah kita ni,kan? Takde orang nak perasan kewujudan kita,” Mazlan bersuara lemah. Mira serba salah.

“Okey. Aku masuk dulu. Nak buat ulang kaji,” Mira bergegas masuk ke dalam kelas bila matanya terpandang kelibat Akmal di koridor sekolah.

***********************

Semasa di dalam kelas, Akmal merenung wajah Mira sehingga perbuatannya itu ditangkap oleh guru kelas mereka.

“Akmal. Apa yang menarik kat muka Mira tu? Ada keluar dalam peperiksaan lakaran wajah Mira tu?” Akmal tersentak. Begitu juga Mira. ‘Aku pulak yang kena,’ Mira berkata marah. Dia menoleh ke arah Akmal yang tersipu malu. Semua pelajar di dalam kelas tersebut memandang wajah Akmal dan Mira silih berganti.

“Errrr....Takde,” Akmal menjawab gugup.

“Saya tahulah. Syamira tu cantik. Tapi sekarang, masa untuk kamu belajar. Bukan masa untuk bercinta. Faham?” Akmal angguk kepala. Mira berdengus kasar. Beberapa orang pelajar terus tergelak.

“Haiii....Asfa, apa yang lucu sangat tu? Kongsilah dengan kami semua,” Cikgu Arif memandang wajah Asfa. Asfa tertunduk malu.

“Dalam kelas, saya mahu semua pelajar tumpukan perhatian semasa saya mengajar. Jangan leka dengan perkara lain. Nanti pelajaran entah ke mana, bercinta tak sampai ke penghujung. Menyesal kelak tak berguna,” Cikgu Arif memandang satu persatu wajah pelajarnya. Semua mereka mendiamkan diri.

No comments:

Post a Comment