klik untuk ke blog di alam angker

Monday, January 25, 2010

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 27

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/




“Hai...” Mira menyapa Akmal yang sedang menikmati kuih karipap di kantin. Akmal tersentak. Kuih yang dimakannya terjatuh. Terkejut bila di sapa oleh Mira. Bagaikan bermimpi disiang hari.

“Hai,” Ucapnya sepatah. Mira duduk dihadapan Akmal sambil tersenyum.

“Berdamai?” Mira hulur tangan untuk bersalam. Akmal pandang tangan Mira di hadapannya. Teragak-agak dia menyambut tangan halus itu.

“Kita lupakan perkara lepas ye. Kita masih kawan,kan?” Mira bersuara perlahan. Akmal terdiam. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Kemudian dia angguk kepala. Mira tersenyum.

“Ok. Awak apa khabar?” Mira bertanya lembut bila merasa tidak selesa bila Akmal masih merenungnya.

“Errrrr...Saya sihat. Awak?” Mira tersenyum kelat.

“Macam yang awak nampak. Kat luar sihat. Tapi kat dalam tu, tak pasti. Sebab duduk kat dalam. Tak nampak,” Mira tersenyum. Akmal gelisah.

“Saya minta maaf jika menyakitkan hati awak. Saya tak bermaksud nak buat begitu,” Akmal tunduk merenung piring. Mira mengeluh.

“Tak mengapa. Niat awak baik. Saya je yang tak faham. Jangan risaulah. Saya dah okey,” Mira berusaha tersenyum.

“Baguslah. Sekarang bolehlah saya tumpukan perhatian dalam pelajaran.” Akmal bersuara perlahan. Mira angguk kepala.

“Janji awak tak cuba satukan saya dengan mana-mana lelaki sudahlah,” Akmal tersenyum.

“Ok. Saya janji tak buat lagi,” Mereka sama-sama mendiamkan diri melayan perasaan.

“Akmal, jum masuk kelas,” Mira tersentak bila mendengar suara Rita menyapa. Akmal angkat kepala dan tersenyum.

“Mira, saya masuk kelas dulu,” Mira membalas senyuman Rita yang jelas mengejek dirinya.

“Ok,” Mira hanya mampu melihat Akmal dan Rita berlalu.

“Sudahlah Mira. Dia dah ada kekasih. Baik kau lupakan perasaan kau tu. Lebih baik tumpukan perhatian dalam pelajaran. Pelajaran lebih penting. Nanti bila dan berjaya, baru fikir tentang cinta,” Mira berkata perlahan bagi memujuk hatinya yang merana. Mira tarik nafas perlahan dan menghembusnya. Hilang sesak di dada.

Sepanjang beberapa bulan terakhir sebelum ujian STPM bermula, hubungan mereka kembali seperti sediakala, Cuma bezanya, masa Akmal lebih banyak bersama Rita. Dan Mira hanya mampu memandang dari jauh Akmal yang ceria bersama Rita.

********************

“Mira, kau tahu tak, Akmal...” Zuriana menghampiri Mira yang sedang mengemas mejanya. Mereka baru sahaja selesai menduduki ujian STPM.

“Apahal?” Mira bertanya hairan.

“Akmal pengsan tadi. Dia di hantar ke hospital,” Bekas pensilnya terjatuh.

“Bila?” Mira bertanya cemas. Zuriana membantu Mira mengutip pen dan pensil Mira.

“ Lebih kurang 15 minit sebelum habis masa ujian tadi. ” Mira terduduk.

“Kenapa dia pengsan?” Mira bertanya hairan. Zuriana geleng kepala. Mereka bergegas balik ke asrama untuk mengemas barang.

“Nal, Akmal kenapa?” Mira tarik tangan Zainal yang sudah bersedia hendak masuk ke dalam kereta. Zainal memandang wajah risau Mira.

“Aku tak tahu. Dia masih di hospital. Belum sedarkan diri,” Mira melepaskan tangannya dari lengan Zainal. Terasa lemah segala sendinya mendengar khabar berita tersebut.

“Nanti, kalau ada berita, bagi tahu kita orang ye?” Zuriana pandang wajah Zainal. Mira mendiamkan diri sehingga kereta mamanya menjemputnya.

No comments:

Post a Comment