klik untuk ke blog di alam angker

Thursday, December 31, 2009

ALiA
bahagian 12/37  


oleh kaira_syuma
http://hasilpenulisanku.blogspot.com/
 


"cinta dan pesahabatan....andai cinta itu mungkin akan memisahkan kita....biarlah tali persahabatan aku hulurkan.....semoga segala kenangan itu hidup bersama"

 “Assalammualaikum,” Alia memberi salam. Rumahnya kelihatan sunyi. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Keadaan di luar semakin gelap kerana siang sudah melabuhkan tirainya.
“Waalaikumsalam. Alia?” Suara tua menyambutnya.
“Nek!!!!” Alia menyalami tangan tua itu dan memeluk wanita yang hampir berusia 70 tahun itu.
“Nenek apa khabar?” Soal Alia ramah sekali. Rindu pada neneknya telerai sudah. Hampir sebulan dia tidak menjenguk kampung kerana sibuk dengan aktiviti di sekolah.
“Siapa ni Alia?” Nek Aton bertanya bila menyedari cucu kesayangannya itu ditemani seseorang.
“Cucu nenek bawak lelaki balik. Dah sedia nak berkahwin ye.” Alia menjerit bila mendengar kata-kata dari neneknya.

“Apalah nenek ni. Ke situ pulak.!!! Ni Cikgu kat sekolah Lia, nek. Dia tolong hantar Lia balik. Lia kena demam campak ni,” Alia berkata manja sambil menunjuk lengannya yang berbintik merah.
“Assalammulaikun, Nek. Saya Syah. Guru sandaran kat sekolah Alia,” Syah menghulur tangan.
“Waalaikumsalam. Owh..Jemputlah naik.” Mereka menaiki rumah kayu yang kemas dan terjaga itu.
“Syah bermalamlah kat sini dulu. Nak balik pun ,dah lewat sangat ni,” Pelawa Nek Aton. Syah juga bersetuju. Sewaktu memasuki kampung tersebut, Syah terpikat dengan keindahan kampung yang memang masih mengekalkan ciri-ciri kampung. Tiada satu pun tiang eletrik kelihatan. Setiap rumah menggunakan generator sebagai sumber eletrik. ‘Tak sangka sampai juga aku kat kampung seperti ini.’ Bisik Syah perlahan sambil memandang sekeliling rumah Alia yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Pokok rambutan dan mempelam berbuah dengan lebatnya.
“Seronoknya tinggal kat kampung.” Syah berkata perlahan.
“Cikgu suka?” Soal Alia sambil berdiri di sebelah Syah. Syah angguk kepala.
Mereka bersama-sama menikmati keindahan petang di kampung dengan perasaan tenang.
“Kamu berdua berehat dulu, nenek dan atuk nak ke masjid.” Alia tersentak mendengar suara neneknya. Alia segera berpaling dan menyalami tangan Tok Man.
“Atok apa khabar?” Soalnya ramah. Syah turut sama menyalami tangan datuk Alia.
“Sihat. Kamu berdua berehat dulu kat rumah ye. Kami nak ke masjid dulu.” Tok Man tersenyum memandang wajah cucu kesayangannya.
“Abah mana, Tok?” Soal Alia hairan.
“Dia berburu. Bermalam di hutan agaknya.” Tok Man menjawab soalan cucunya. Mereka mengangguk kepala.
“Ubat jangan lupa di makan,” Pesan Syah sebelum masuk ke bilik yang disediakan oleh Alia untuknya.
“Ok.” Alia menjawab perlahan. ‘Nak mandi kejap,’ Alia mencapai kain tuala dan berlalu ke bilik mandi. ‘Eh…Lupa pulak. Ada orang lain kat rumah ni,’ Alia kembali ke bilik untuk membawa baju tidurnya sekali.
“Alia, saya nak mandi ni. Mana bilik air?” Syah membuka pintu biliknya.
“Erk…. Kejap lagi cikgu mandi. Saya nak mandi dulu.” Alia berlari ke bilik air sebelum Syah berebut dengannya.
“Ala… Alia ni. Bagilah tetamu dulu mandi.” Syah merungut. Kemudian dia bergerak ke ruang tamu untuk menonton tv sementara menunggu Alia selesai mandi. Setengah jam kemudian, Alia keluar lengkap berpakaian dari bilik air. Alia beredar ke dapur menyediakan lauk untuk makan malam mereka.
“Alia, saya tengok banyak buah mempelam kat luar tu, boleh buat sambal tak?” Pinta Syah sambil tersengih. Ketika itu Syah hanya berkain tuala, maklumlah baru habis mandi.
“Errr. Cikgu ni, pakailah baju dulu,” Alia terkejut bila melihat Syah tidak berbaju.
“Owh…Terlupa pulak. Hehehehe,” Syah berlalu ke bilik menukar pakaian. Alia segera mengupas kulit buah mempelam untuk dibuat sambal. Beberapa minit kemudian Syah keluar dari bilik lalu duduk di meja dan membantu Alia membuang kepala ikan bilis untuk dijadikan sambal.
“Seronok tinggal kat kampung ni ye,” Syah berkata perlahan.
“Ye ke? Mana ada seronok, takde hiburan langsung,” Alia dengan pantas mencincang buah mempelam tersebut.
“Asyik nak seronok je. Kamu tu dah nak SPM tahun ni. Jangan asyik nak seronok je,” Syah membebel sambil geleng kepala. Alia mencebik.
“Apalah cikgu ni, sekarang kat rumah, bukan kat sekolah. Lagi pun saya demam ni.” Alia buat muka bosan. Syah geleng kepala. Badannya terasa panas.
“Alia, ubat kamu mana. Badan saya rasa tak sihat jugak ni,” Syah menggosok dahinya. “Huhhhh. Apa pulak. Ubat tu cukup untuk saya je,” Jawab Alia kasar. Syah membeliakkan matanya.
“Oiii. Kedekut betullah awak ni. Saya rasa tak sihat disebabkan awak tau. Ni tentu dah kena jangkit. Mama tu, tak nak murid-murid dia kena jangkit, anak dia pulak dia tak kisah,” Syah membebel. Alia merenung hairan wajah cikgunya.
“Kenapa?” Soal Syah hairan bila melihat wajah Alia yang keliru.
“Takde apa-apa. Kuat membebellah cikgu ni,” Ucapnya selamba lalu beredar ke bilik untuk mengambil ubat.
“Apa? Apa awak kata?” Syah memandang tajam Alia yang berlalu ke bilik.
“Budak ni nak kena agaknya.” Syah menyambung kembali kerjanya yang tergendala sebentar tadi. ‘Tak patut betullah. Dia kata aku kuat membebel. Dia sendiri tu, dahlah kedekut, degil,’ Syah berkata geram.
“Eiiii. Sempat juga mengutuk orang. Cikgu ni, macam budak-budaklah,” Syah tersentak bila di tegur oleh Alia. Syah tersentak bila mendengar Alia mengutuknya. Alia memang berani dan selamba.
“Ni ubatnya.” Alia memberi segelas air suam dan ubat kepada Syah. Syah menyambutnya dan terus menelan ubat tersebut.
“Lambat juga nenek dan datuk awak balik dari masjid ye.” Syah berkata tenang.
“Malam ni malam jumaat. Mungkin mereka ada buat majlis kat masjid tu,” Alia menjawab perlahan sambil menggaul sambal buah mempelam itu.
“Ehhh. Cikgu tak boleh makan sambal ni. Cikgu kan dah kena demam campak tu, kan?” Alia baru teringat pesan Syah semasa di warong petang tadi.
“Ehh... Tak mengapa. Baru je nak kena. Dah lama tak makan sambal buah mempelam ni,” Syah tersengih.
“Apalah cikgu ni. Cakap tak serupa bikin,” Katanya dan terus beredar ke sinki untuk mencuci tangan. Alia membetulkan rambutnya yang panjang dan terbiar bebas. Syah memerhati dengan penuh minat ke arah rambut Alia yang lurus dan hitam berkilat itu. “Kenapa tak ikat rambut tu? Rimas saya tengok,” Syah menegur rambut Alia yang lepas bebas itu.
“Suka hati saya,” Alia menjawab geram sambil cuba menyanggul rambutnya. Beberapa kali di cuba, namun tidak berjaya. Alia berdengus geram.
“Ni yang aku malas nak berambut panjang ni,” Alia melempar ikat rambutnya ke bawah. Syah tergelak melihat aksi lucu Alia yang marah kerana tidak pandai mengikat rambut. “Dah besar pun tak pandai ikat rambut,” Syah mencapai ikat rambut tersebut lalu menghampiri Alia.

“Sini,” Syah memaut bahu Alia. Alia dilihatnya sedang menangis.

“Kenapa ni?” Soal Syah lembut. Hairan dengan gelagat Alia.

“Saya tak pandai ikat rambut. Dah berkali-kali mereka ajar, saya masih tak dapat nak ingat macamana nak buat,” Alia berkata perlahan sambil mengesat airmatanya.

“Kamu bukan tak pandai, Cuma malas,kan?” Syah berkata sinis. Rambut Alia diikat kemas. Syah sempat mencium rambut tersebut. ‘Harumnya,’ Syah leka seketika.

“Ye memang saya malas. Saya tak suka rambut panjang. Rimas. Mereka yang nak saya berambut panjang, jadi mereka yang kena ikat untuk saya,” Alia menjawab kasar. Syah tersenyum kecil.

“Besok saya nak potong rambut ni,” Ujarnya geram lalu melurut ikatan rambutnya.

“Ehhh. Jangan. Awak cantik bila berambut panjang,” Syah melarang Alia memotong rambut.

“Suka hati saya. Nak potong ke tidak. Yang cikgu sibuk ni kenapa? Cikgu bukan ada apa-apa hubungan dengan saya,” Alia menepis tangan Syah yang masih menyentuh rambutnya.

No comments:

Post a Comment