klik untuk ke blog di alam angker

Tuesday, December 29, 2009

KEMBALI PULANG
BAHAGIAN 15

oleh kaira_syuma

http://hasilpenulisanku.blogspot.com/





“Akmal mana?” Azlan bertanya pada Zainal.

“Apa hal cari aku ni?” Akmal tersengih sambil kakinya melangkah menghampiri rakannya itu.

“Gembira nampak? Jumpa buah hati?” Zainal kenyit mata.

“Taklah. Sementara tunggu Mira tadi, aku berborak sekejap dengan Rita. Dia okey jugak.” Akmal memuji Rita. Zainal dan Azlan memandang pelik ke arah Akmal.

“Aihh!!! Al, kenapa lain je aku dengar ni? Nak tukar haluan ke?” Zainal bertanya sinis. Akmal tersenyum.

“Mungkin. Lagipun yang dikejar tu, belum tentu dapat. Nampak macam jinak tapi bila dekat je terus terbang,” Akmal tersengih. Zainal geleng kepala.

“Suka hati kau. Jangan menyesal kelak, sudahlah. Tapi satu je yang aku nak ingatkan, pesan ayah kau jangan lupa,” Akmal tersenyum dan angguk kepala.

******************************

“Kenapa mata kau merah?” Zuriana bertanya hairan. Mira tersenyum.

“Yeke? Aku tidur lambat semalam. Study,” Mira berdalih.

“Kau study tak bawa aku ye? Pukul berapa kau tidur semalam?” Zuriana memandang hairan temannya itu.

“Errrrr...tak ingatlah pulak. Mungkin dalam pukul 2 lebih,” Mira menjawab perlahan.

“Sempat tak kau jumpa Akmal semalam?” Zuriana bertanya sambil membetulkan kain tudungnya. Mira tersenyum kelat tanpa memandang wajah Zuriana.

“Tak.” Jawabnya perlahan. Sebak bila mengingatkan kejadian semalam.

“Owh!!! Ye ke?” Mira angguk kepala. Zuriana segera berjalan laju ke pintu.

“Cepatlah. Aku nak duduk kat depan pulak. Mana tahu dapat bersihkan rumah Cikgu Amin. Dapat minta buah jambu batu. Okey tak?” Zuriana menarik tangan Mira. Mira hanya mengikut langkah kaki Zuriana. Hari ahad merupakan hari mereka bergotong royong membersihkan kawasan sekolah termasuk kawasan kuarters guru.

“Tak bestlah macam ni. Kenapalah kena rumah Cikgu Awang. Takde buah jambu batu,” Zuriana mengeluh kecewa.

“Ishk....Kak Zu ni. Okey lah dapat bersihkan rumah Cikgu Awang. Ada pokok betik. Boleh kita ambil buah betik. Dah lama tak makan betik.” Sita menepuk bahu Zuriana. Gadis lincah itu memang sentiasa gembira dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

“Sita, kita ni perempuan, takkan nak panjat pokok betik tu? Budak ni tak makan ubat ke pagi tadi?” Zuriana geleng kepala melihat Sita berlari sambil melompat. Sita merupakan adik angkat Mira dan Zuriana. Pelajar tingkatan 2 itu memang rapat dengan mereka berdua. Sebuah rumah dikhaskan 5 orang pelajar untuk mencuci kawasan sekitar kuarters guru.
Mereka mencuci kawasan sekitar rumah Cikgu Awang. Mencuci longkang dan mencabut rumput di sekeliling rumah guru bujang itu.

No comments:

Post a Comment